Anda di halaman 1dari 16

1.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

1.0.1 NAMA PERNIAGAAN Anis Food Chocolate Moist cake

1.0.2 OBJEKTIF PERNIAGAAN Menjadi salah satu Syarikat Bumiputera yang berdaya maju dan unggul bagi membekalkan produk kek coklat moist yang lazat dan bermutu di seluruh Negara dan seterusnya dapat menembusi pasaran antarabangsa amnya. 1. 0.3 PERNIAGAAN. Nama perniagaan : Anis Food Chocolate Moist Cake Alamat perniagaan: No.37 Jalan Lawan Pedang 13/27 Tadisma Business Centre Seksyen 13 40100 Shah Alam, Selangor Telefon : 016-2638546 / 013-3566966 E-mel : anisfood@streamyx.com Laman web : anisfood.com.my Bentuk perniagaan : Persendirian Jenis perniagaan : Pengeluaran produk kek coklat dan biskut tart Tarikh beroperasi : 22 Oktober 2009 No. pendaftaran: SA0137782-P Modal permulaan : RM 350, 000

1.0.4 LOKASI PERNIAGAAN Alamat: Anis Food Chocolate Moist Cake No.37 Jalan Lawan Pedang 13/27 Tadisma Business Centre Seksyen 13 40100 Shah Alam, Selangor Peta Lokasi:

Pemilihan lokasi : 1. Tempat yang strategik.Tempat ini berdekatan dengan kawasan Bandar dan secara tidak langsung menarik minat para pelanggan untuk membeli kek coklat ini. 2. Alamat kedai ini jugak mudah di cari melalui internet. Hal ini demikian kerana kedai ini mempunyai web rasmi iaitu anisfood.com.my 3. Memudahkan jaringan antara pengeluar dan pengedar. Tambahan pula, pengedar memudahkan kerja perniagaan ini kerana pengedar ini akan mempromosikan produk kek coklat ini kepada orang ramai.

1.0.5 JENIS PERNIAGAAN Pengeluaran produk kek chocolate moist dan tart nenas.

Gambar 1.1: Tart Nenas

Gambar 1.2: Chocolate moist cake Perniagaan ini hanya mengeluarkan 2 jenis makanan sahaja. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan permintaan yang terlalu tinggi daripada para pelanggan. Perniagaan ini juga menggunakan perkhidmatan pengedar. Melalui perkhidmatan pengedar ini berperanan sebagai pengantara antara pelanggan dengan pengusaha bagi mempromosikan kek coklat ini kepada orang ramai.

1.0.6 PRODUK Produk kek chocolate moist dan tart nenas. Produk yang di hasilkan ini akan di beri kepada pengedar yang di daftar untuk di jual kepada para pelanggan. Pengedar akan membuat segala urusan dengan pengusaha untuk mengambil kek yang telah di keluarkan bagi memenuhi cita rasa para pelanggan. Istimewa produk ini adalah : 1. Kebersihan yang terjamin. Kebersihan yang terjamin mampu memberikan suasana kerja dengan lebih selesa dan mampu menarik minat para pelanggan untuk membeli produk keluaran Anisfood Chocalate Moist Cake. 2. Tahan lama. Produk ini akan di simpan di dalam bekas yang telah di reka khas untuk memastikan kek coklat ini tahan lama selama seminggu. Tambahan pula, apabila kek coklat ini di simpan di dalam peti sejuk, ia akan bertahan lebih lama lagi. 3. Sedap dan di sediakan secara asli dengan menggunakan bahan mentah yang asli. Selain itu, mereka menggunakan mesin yang di khaskan untuk pembuatan kek coklat dan ini memudahkan proses pembuatan ini.

2.0

LATAR BELAKANG USAHAWAN

2.0.1 PEMILIK PERNIAGAAN Nama penuh : Sophiahanis binti Md Hanipah Jantina : Perempuan No. telefon : 016-2638546 / 013-3566966 Taraf perkahwinan : Berkahwin Suami: Encik Junaidy bin Abu Bakar Lulusan ijazah Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Khidmat: Pengurus Sumber Manusia yang bertauliah di beberapa buah syarikat multinasional. Kelayakan akademik : 1. Ijazah Pengurusan(Pemasaran) Universiti Sains Malaysia (USM) Kursus : Program Bisnes Tanpa Modal Memperkenalkan hampir 250 orang pengedar atau usahawan yang menjadi rakan pengedar di seluruh negara. Program yang pertama seupamanya di negara ini telah mencetuskan fenomena baru produk Anis Food yang mana melalui program ini telah mencipta pelbagai peluang bisnes kepada orang ramai. Kemahiran : komunikasi dengan para pelanggan Pengalaman pekerjaan : 1. Berkhidmat sebagai Eksekutif Syarikat Kolongmerat terbesar iaitu Petronas selama 5 tahun(2000-2005) 2. Selepas berkhid dengan Petronas itu, beliau mula berkecimpung dalam di dunia perniagaan dan memulakan perniagaan pembuatan kek coklat.
5

3.0

SEJARAH PERNIAGAAN Perniagaan pembuatan kek coklat ini telah di perkenalkan dengan usaha pengusaha kedai

kek coklat ini sendiri dengan menggunakan simpanan duit nya sendiri sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan kek coklat ini. Selain itu, minat nya yang tersendiri dalam pembuatan kek coklat membuatkan ingin memulakan perniagaan ini secara besar-besaran. 2005: Anis Food adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan secara kecil-kecilan di rumah oleh pasangan suami isteri iaitu Puan Sophiahanis Binti Md Hanipah dan Encik Junaidy bin Abu Bakar.Anis Food Memulakan perniagaan dengan produk utamanya adalah kek coklat basah dan kek coklat..Pada mulanya pasaran kek coklat ini lebih tertumpu kepada kantin kantin kilang yang terdapat di sekitar negeri Selangor sahaja. 2010: Anis Food telah mengembangkan lagi perniagaan yang mana dahulunya hanya kecilkecilan diusahakan di rumah tetapi kini telah menyewa sebuah premis rumah kedai yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Pada permulaan menghasilkan kek coklat di kedai syarikat ini sudah mampu menghasilkan 300 400 biji kek coklat sehari.Setelah penjualan kek coklat ini telah meningkat naik, pengusaha mengeluarkan produk yang lain iaitu kuih tart. 2011: Anis Food terus mengembangkan sayap perniagaannya apabila produk keluaran Syarikat telah berjaya mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan produk keluaran Anis Food sememangnya memenuhi tuntutan syarak. Perniagaan ini juga telah menjadi satu peristiwa bersejarah bagi anis Food kerana telah berjaya membuka sebuah Showroom yang merupakan juga Pejabat Urusan Syarikat serta Pusat perniagaan (Business Centre ) bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan memberi peluang bisnes kepada orangramai yang tercari-cari selama ini.
6

Disebabkan minat yang mendalam dalam menghasilkan kek coklat dan minat menceburi bidang perniagaan pasangan suami isteri ini berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang semakin dikenali ramai. Selain itu, perniagaan ini jugak dilihat mempunyai potensi besar untuk berjaya, jadi mereka mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.

4.0

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN

Cabaran-cabaran yang di hadapi oleh para pengusaha sangat di hargai kerana mampu melaluinya dengan penuh sabar. Di dalam bahagian ini akan di sertakan dengan pelbagai aspek seperti kewangan, kuasa, pengeluaran dan pemasaran produk.

4.0.1 KEWANGAN Menurut pengusaha tersebut, dari segi kewangan dalam pembuatan produk ini tidak mempunyai sebarang masalah.Modal simpanan sendiri telah di gunakan dalam membeli mesin pembacuh kek dan ketuhar.Setelah produk mereka di pasarkan, ia mampu untuk meningkatkan beberapa peratus dari segi kewangan. 4.0.2 SUMBER MANUSIA Sumber yang telah digunakan dalam pembuatan kek coklat ini adalah sumber para pekerja. Pada permulaan Puan Sophianis hanya memiliki dua orang pekerja sahaja dan ini adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha perniagaan kek coklat ini. Akan tetapi, masalah ini telah di atasi selepas menyewa rumah premis kedai dan bilangan pekerja mulai bertambah. Akan tetapi, adakalanya pekerja akan mengambil keputusan untuk berhenti dan memberikan impak kepada pengeluaran kek coklat ini. 4.0.3 BAHAN MENTAH Bahan mentah amat di perlukan dalam pembuatan kek coklat ini. Jika tiada nya bahan mentah ini, makan tidak terhasil akan kek coklat tersebut dan sekaligus menganggu pembuatan kek coklat tersebut. Oleh itu, pengusaha perlu mengurangkan pengeluaran kek coklat buat sementara waktu bagi memastikan kewangan pembelian bahan mentah dalam keadaan yang stabil.

4.0.4 PENGELUARAN PRODUK 2005: Hanya mampu menghasilkan 100 200 biji kek coklat sehari untuk dipasarkan kerana kekurangan pekerja dan mesin pembuatan kek coklat. 2010: Kedai syarikat ini sudah mampu menghasilkan 300 400 biji kek coklat sehari setelah kewangan kedai ini mulai stabil dengan pertambahan bilangan pekerjaan. Dengan pertambahan ini akan meningkatkan bilangan kek yang di hasilkan. 4.0.5 PEMASARAN PRODUK Adakalanya produk ini tidak mampu di pasarkan secara besar-besaran. Hal ini demikian kerana kekurangan pengedar kek coklat ini. Peranan pengedar ini memberikan impak yang penting kepada perusahaan kek coklat ini kerana melalui pengedar ini akan menyebabkan orang ramai meminati kek coklat ini. Oleh itu, antara jalan penyelesaiannya adalah pengusaha bersungguhsungguh dalam mengadakan seminar bagi memberikan beberapa input kepada orang ramai akan kepentingan pengedar ini kepada perusahaan kek coklat ini. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan orang ramai tertarik untuk menjadi antara pengedar di bawah kek chocolate moist cake.

5.0

PERKHIDMATAN

5.0.1 KEPERLUAN KEWANGAN Modal keseluruhan dalam menubuhkan perniagaan Anis Food adalah dengan menggunakan modal simpanan sendiri dalam lingkungan RM 350,000. Menurut pengusaha tersebut, beliau tiada masalah kewangan dalam meneruskan perniagaan beliau ini. Segalanya telah di aturkan mengikut kemampuannya sendiri.Pada mulanya, pengusaha hanya menggunakan oven sahaja dalam pembuatan kek coklat ini kerana kekurangan modal. Akan tetapi, dengan kesungguhan dua pekerja beliau tekun dalam mengeluarkan mutu kek yang tinggi maka modal kek coklat ini makin lama makin dalam keadaan stabil. 5.0.2 PUSAT LATIHAN Sebelum memulakan perniagaan kek coklat, Puan Sophiahanis Binti Md Hanipah dan Encik Junaidy bin Abu Bakar telah menghadiri kursus membuat kek di Morning Star Baking Training Centre. Pusat latihan membuat kek ini terletak di alamat:

Morning Star Baking Training Centre 2438 Taman Samudera, Bandar Baru Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Pusat latihan ini mempunyai 20 tahun pengalaman dalam membuat dan menghias kek. Pusat ini juga memberi peluang kepada pelajarnya untuk mendapat kemahiran melalui latihan secara hands-on. Selain saiz kelas yang kecil dapat menjamin tumpuan di kalangan pelajar. Para pelajar dilengkapi dengan kemahiran membuat dan menghias kek yang dikehendaki oleh pelanggan. Selain mendapat latihan membuat kek di pusat latihan, Puan Sophiahanis Binti Md Hanipah juga mewarisi resipi-resipi ibunya.

10

5.0.3 SUMBER MANUSIA Perniagaan dan pemasaran produk ini terus berkembang apabila memulakan perniagaan di premis baru. Daripada 100 bekas sehari dan 2orang pekerja, kini Anis Food telah berkembang dengan kapasiti pengeluaran 2000 bekas sehari dan berupaya megupah hamper 20 pekerja. Konsep perniagaan Anis Food yang diperkenalkan sistem perkongsian bersama pelanggan telah merancakkan perniagaan ini dimana setakat hari ini, Anis Food telah berjaya memperkenalkan hamper 250 orang pengedar atau usahawan yang menjadi rakan pengedar di seluruh Negara melalui Program Bisnes Tanpa Modal. 5.0.4 PEMASARAN PRODUK Selain itu, dengan bantuan pengedar bagi perniagaan ini, seterusnya meningkatkan pertambahan bilangan pelangan dari semasa ke semasa. Pengedar akan membuat segala urusan dengan pengusaha untuk mengambil kek yang telah di keluarkan bagi memenuhi cita rasa para pelanggan.

11

6.0

PENCAPAIAN PERNIAGAAN Pencapaian perniagaan kek coklat ini dapat di lihat dari segi penghasilan kek di mana

pada awal pembukaannya mereka telah berjaya menghasilkan purata 200 biji kek sehari di rumah nya pada tahun 2005. Lima tahun kemudian, perniagaan kek coklat pengusaha mulai berkembang dan beroperasi di premis perniagaan mereka sendiri pada bulan Mei dan telah menghasilkan purata 5000 biji kek sehari. Di awal pembukaan perniagaan ini,mereka hanya menggunakan dua orang pekerja sahja yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri namun perkembangan pembuatan kek coklat ini meningkat dari semasa ke semasa atas kerjasama daripada pelbagai pihak secara langsung maupun tidak langsung. Sehingga hari ini, perniagaan mereka dapat beroperasi dengan lebih baik dengan jumlah tenaga kerja yang melebihi 20 orang pekerja. Dengan pekerja yang berkaliber dalam melakukan sesuatu pekerjaan ini akan meningkatkan mutu penghasilan kek ini dari semasa ke semasa.

Selain itu, pengedar yang sebagai pengantara dalam meluaskan atau mempromosikan kek coklat ini kepada orang ramai berperanan sebagai pihak yang penting. Hal ini demikian kerana pengedar ini akan menjual kek coklat ini kepada orang ramai dan secara tidak langsung kek coklat ini telah di pasarkan di serata negeri-negeri. Hal ini juga telah di kenali ramai malah media massa seperti telivisyen, video dan surat khabar. Ini menunjukkan objektif utama perusahaan kek coklat ini di capai dan di harapkan agar pelanggan akan sentiasa menyokong pembuatan kek coklat ini di pasaran dunia.

Dari tahun ke tahun, pelbagai rintangan telah di lalui. Antaranya ialah dari segi teknologi iaitu mesin penghasilan produk utama pengusaha ini. Pada mulanya, mereka hanya menggunakan oven sahaja dalam memastikan pengeluaran produk ini dapat di keluarkan mengikut permintaan pelanggan. Akan tetapi, setelah kewangan telah di stabilkan dengan penjualan kek coklat ini,maka pengusaha cuba untuk memperbanyakkan mesin agar penghasilan produk ini akan bertambah meningkat. Antaranya termasuklah mesin penguap, mesin

12

pencampur, ketuhar dan sebagainya. Setelah premis perniagaan mereka mulai beroperasi, mesin yang digunakan mampu menghasilkan kek dengan kapasti yang lebih banyak.

Perniagaan kek coklat ini telah mempromosikan perniagaan melalui media menerusi ikalan di akhbar-akhbar tempatan dan juga iklan di dalam internet sedangkan pada awal pembukaannya tiada sebarang pengiklanan dibuat.Dari dahulu lagi, kedai kek coklat ini mulai beroperasi di sekitar hah Alam dan juga Kuala Lumpur. Namun, pada hari ini telah berkembang di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia. Hal ini demikian dengan bantuan pengedar yang di daftar dalam Anis Food Chocalate Moist Cake.

Anis Food Chocolate Moist Cake juga telah menjalankan beberapa kursus dan juga seminar seperti seminar kesihatan dan seminar motivasi. Namun pada hari ini, mereka telah menerima jemputan Universiti Teknologi Mara Shah Alam bagi menganjurkan seminar keusahawanan di mana sesi berkongsi pengalaman dan member galakan serta kata-kata semangat kepada mahasiswa bagi menarik minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan sepert ini.

13

7.0

PERANCANGAN MASA HADAPAN Bagi perancangan masa depan, AnisFood merancang untuk membuka cawangan kedai

coklat kek mereka di seluruh Malaysia. Dalam merealisasikan perancangan ini, AnisFood berusaha mengukuhkan kewangan mereka dengan meluaskan promosi produk mereka di internet, televisyen, surat khabar dan lain-lain media massa. AnisFood juga merancang untuk membuka kilang pembuatan mereka sendiri. Dengan adanya kilang ini lebih menyenangkan mereka memproses sendiri produk mereka dari segi pembungkusan dan mengekalkan keaslian produk.

Selain kek coklat, AnisFood menghasilkan produk lain seperti kuih tart. Mereka juga merancang untuk mempelbagaikan lagi produk mereka pada masa hadapan. Ini bagi menarik minta orang ramai untuk membeli produk mereka. Pada masa hadapan juga mereka merancang untuk memberi lebih banyak maklumat kepada orang ramai mengenai perancangan perniagaan dan bagaimana memulakan perniagaan melalui seminar, ceramah dan sebagainya.

Selain itu, AnisFood merancang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menyediakan peluang perniagaan kepada orang ramai. AnisFood menyediakan perkhidmatan secara runcit dimana orang ramai yang minat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan dengan modal yang sedikit boleh mendapatkan khidmat AnisFood sebagai pembekal. Dengan bermodalkan serendah RM 2 peniaga boleh memulakan perniagaan mereka.

14

8.0

NASIHAT DAN CADANGAN Dalam memulakan perniagaan, AnisFood menyatakan sebagai peniaga haruslah bersedia

dari segi fizikal dan mental. Risiko dalam perniagaan sangat besar dan peniaga harus bersedia dalam menghadapi apa jua risiko mendatang. Dalam melakukan perniagaan ini, peniaga seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi itu. Sebagai contoh, pemilik AnisFood ini sendiri sangat meminati bidang pembuatan makanan. Ini yang menjadikan perniagaan mereka lebih maju dengan minat yang mendalam.

Peniaga yang berjaya seharusnya mempunyai sangka baik antara manusia dan juga sangka baik dengan Allah. Dengan kekuatan inilah yang memudahkan kita berjaya di masa hadapan. Pemilik AnisFood sendiri sangat mementingkan hubungan di antara pelanggan. Mereka mengutamakan kualiti produk mereka agar pelanggan sentiasa tertarik untuk membeli produk mereka. Pemilik AnisFood juga menyatakan untuk berjaya, peniaga harus memiliki ilmu yang mendalam dalam bidang perniagaan. Ini bagi mengelakkan peniaga ditipu atau mudah diseleweng oleh peniaga-peniaga lain yang lebih berpengalaman.

Di zaman yang serba moden ini, peniaga yang ingin berjaya haruslah merebut apa jua peluang yang ada kerana peluang datang hanya sekali. Peniaga seharusnya bijak dalam mempromosikan produk mereka supaya mudah dikenali ramai. Dengan adanya teknologiteknologi yang serba canggih ini memudahkan lagi para peniaga untuk mempromosikan produk mereka sama ada melalui internet, surat khabar dan lain-lain.

Bagi peniaga kecil-kecilan haruslah sabar dalam melakukan perniagaan mereka. Pemilik AnisFood ini juga memulakan langkah secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Dalam mengecapi kejayaan bukan jalan yang mudah. Peniaga harus sedia bersaing dengan peniaga-peniaga yang lebih berpengalaman dan lama dalam bidang ini.

15

9.0

APAKAH YANG DIPELAJARI MELALUI PERUSAHAAN YANG DIURUSKAN OLEH USAHAWAN? Dari tugasan yang diberi, kami mendapat pengalaman baru yang sangat bermakna dan

memberi kami peluang dalam mendalami bidang perniagaan. Pada pendapat kami, bidang perniagaan ini satu bidang yang tinggi risiko dan tidak ramai orang kebanyakan orang melayu yang berani menceburi bidang sebegini. Setelah menemuramah pemilik AnisFood, kami mendapati bidang perniagaan ini sangat menguntungkan terutama bagi golongan muda.

Setelah temuramah, banyak nilai-nilai yang kami pelajari dari pemilik AnisFood bagaimana untuk mengendalikan perniagaan dengan betul dan berjaya untuk masa hadapan. Kami berpendapat golongan muda terutama pelajar haruslah berani untuk menceburi bidang perniagaan ini kerana bidang ini banyak mengajar kita erti hidup dan memberi kita kematangan apabila bercakap dan bersemuka dengan orang ramai. Selain itu, apabila menceburi bidang perniagaan ini, kita dapat mempelajari bagaimana untuk mengendalikan perniagaan sendiri dan memperolehi keuntungan.

Selain mendapat banyak pengajaran, kami dapat merasa suasana bekerja dalam bidang pembuatan. Bidang pembuatan bukanlah satu perkara yang mudah. Bidang ini memerlukan kesabaran, ketelitian dan kepakaran yang tinggi dalam menghasilan produk yang bermutu tinggi dan dapat memuaskan hati para pelanggan. Menghasilkan sesuatu produk haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarikat serta mendapat mengiktirafan dari jabatanjabatan kerajaan.Pengalaman berada selama beberapa jam di kedai AnisFood banyak membantu kami mengeTahui selok belok perniagaan. Dengan sedikit pengalaman dan tunjuk ajar dari pemilik AnisFood membuatkan kami bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.

16