Anda di halaman 1dari 51

1

UMNO LUCUT KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU (Berdasarkan Berita/ Rencana/Lidah Pengarang Akhbar-Akhbar Arus Perdana 1992-1993)
Oleh Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato Menteri Besar Selangor.

29 Nov 2010; 23 Zulhijah 1431.

Senarai Kandungan

1. 2.

Pendahuluan Latar Belakang a. Perlembagaan Malayan Union b. Perlembagaan Tanah Melayu

3.

Sistem Raja Berperlembagaan a. Yang di-Pertuan Agong b. Majlis Raja-Raja c. Raja-Raja Melayu

4.

Keperluan Mewujudkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Liputan Media Massa a. Krisis Istana atau Krisis Perlembagaan?

5.

b. Hubungan Kerajaan dengan Sultan Kelantan c. Insiden Gomez 6. 7. Pindaan yang Dicadangkan Justifikasi Umno, Semangat 46, DAP dan PAS terhadap Pindaan Perlembagaan Akhirnya Pindaan Perlembagaan Diluluskan! Ulasan dan Penutup a. Ulasan b. Penutup

8. 9.

1. Pendahuluan Kajian ringkas ini memperkatakan rentetan peristiwa yang akhirnya dilakukan pindaan dalam Perlembagaan bertujuan menghapuskan kekebalan dan keistimewaaan raja-raja Melayu dan kerabat, dan diluluskan Parlimen Malaysia pada 9 Mac 1993. Literatur kajian ini adalah berita/rencana/lidah pengarang dalam akhbarakhbar arus perdana Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, berhubung dengan permasalahan ini, terbitan dari Disember 1992 hingga Mac 1993. Beberapa buku tertentu dirujuk untuk semakan fakta daripada segi latar belakang.

2. Latar Belakang Dalam kerajaan tradisional, masyarakat Melayu yang awal bersifat sederhana dan feudal manakala masyarakat Melayu di negeri-negeri Melayu Semenanjung pada masa itu tergolong dalam masyarakat petani. Sistem politik Melayu pada

awal abad ke-19 berbentuk hierarki. Di atas sekali adalah raja atau sultan yang bertindak sebagai ketua sistem politik, diikuti oleh pembesar atau orang besar daerah (Muhammad Kamil Awang, 2001). Ia menunjukkan dalam masyarakat Melayu, Raja Melayu merupakan raja mutlak. Bagaimanapun, disebabkan berlakunya transformasi, terutama dalam era penjajahan British, sistem beraja mutlak ini berubah menjadi raja berperlembagaanapatah lagi apabila negerinegeri Melayu menerima perlembagaan bertulis yang pertama pada tahun 1957.

a. Perlembagaan Malayan Union Selepas tamat Perang Dunia Kedua dan penjajah Jepun di Tanah Melayu (Malaya) menyerah kepada British pada tahun 1945, British kembali ke Tanah Melayu pada September 1945 dan menubuhkan Malayan Union yang mengandungi Sembilan negeri Melayu, Pulau pinang dan Melaka, yakni tidak melibatkan Singapura.

Perlembagaan Malayan Union diluluskan pada Januari 1946 dan diisytiharkan dengan rasminya pada 14 April 1946.

Antara ciri-ciri terpenting, gabenor British merupakan ketua pentadbir Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur. Edward Gent dilantik sebagai gabenor pertamanya. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat gabenor sedangkan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri masing-masing dihapuskan.

Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. Hak kewarganegaraan pula adalah sama rata kepada semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan.

Bagaimanapun, pihak melaksanakan Malayan

Britiah dilihat Union kerana,

gagal antara

puncanya ia ditentang hebat oleh orang Melayu dan raja-raja Melayu yang berpendapat ciri-ciri dalam Malayan Union ternyata menghilangkan hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk jati Tanah Melayu.

Pihak British juga tidak mendapat sokongan daripada orang bukan Melayu bahkan mendapat tentangan daripada mantan-mantan pentadbir British sendiri di Tanah Melayu.

b. Perlembagaan Tanah Melayu Akhirnya, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan baharu yang antara lain mencadangkan supaya kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu dipelihara; syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum yang bukan Mlayu, dan kedudukan istimewa kaum Melayu dijamin.

Walaupun British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu, namun golongan bukan Melayu melalui Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) pimpinan Tan Cheng Lock yang ditubuhkan pada Disember 1946, menolak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan cadangan perlembagaan yang baharu itu.

Alhamdulillah, British, dengan desakan dan sokongan kuat orang Melayu dan mantan-mantan pentabdir British, mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dengan satu Perlembagaan yang baharu.

Dari tarikh tersebut, muncullah pelbagai peristiwa yang digerakkan pelbagai pertubuhan dan parti termasuk golongan ulama dan cendekiawan Melayu muslim, yang memberi laluan terhadap kemerdekaan Tanah Melayu, antaranya pilihan raya pada 1955, perundingan kemerdekaan pada 1956 dan pembentukan Perlembagaan negara 15 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkonsepkan raja berperlembagaan dan demokrasi berperlembagaan. Asas-asas permbagaan yang dipersetujui bersama adalah:

(1) Ketua negara Tanah Melayu adalah Yang diPertuan Agong manakala raja-raja pula menjadi ketua di negeri masing-masing. (2) Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin perlembagaan. (3) Bahasa Melayu kebangsaan. dijadikan bahasa

(4) Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas kemerdekaan, secara langsung menjadi warganegara Tanah Melayu, dan (5) Walaupun Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin.

10

3. Sistem Raja Berperlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu merdeka dengan rasminya pada 31 Ogos 1957. Lima tahun kemudian, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 yang menggabung Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, dan Singapura, tetapi ia kemudiannya keluar Malaysia pada 1965.

Perlembagaan Persekutuan menakrifkan raja sebagai mana-mana orang yang mengikut perlembagaan bagi negeri itu, menjalankan fungsi seorang raja. Malaysia hari ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, kuasa pemerintahan dibahagi tiga iaitu Perundangan,

11

Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Daripada sudut raja berperlembagaan, Perlembagaan memperuntukkan institusi Yang diPertuan Agong, raja-raja Melayu di sembilan negeri dan Majlis Raja-Raja.

a. Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda juga adalah Kepala Utama Negara dan baginda Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda melaksanakan tugas-tugas menurut Perlembagaan dengan nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

b. Majlis Raja-Raja Walaupun tiada kuasa perundangan tetapi ia merupakan badan rasmi yang paling luhur dan tinggi martabatnya serta memainkan peranan yang mustahak di negara ini. Ahli Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara mereka mengenai

12

tugas-tugas seperti memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

c.

Raja-Raja Melayu

Raja diberi kuasa untuk melantik Menteri Besar, memelihara adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri masingmasing. Raja-raja juga adalah Ketua Negeri masing-masing dan melaksanakan tugas mengikut nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ia juga bermakna, setiap negeri mempunyai Perlembagaan sendiri yang digubal dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, Perlembagaan Negeri Selangor yang digubal pada tahun 1959 (Abdul Aziz Bari, 2010).

Dalam setiap perlembagaan negeri, raja adalah raja berdaulat negeri tersebut. Namun begitu, baginda tidak mempunyai kuasa autokratik. Kelayakan seseorang raja adalah baginda mestilah seorang Melayu, lelaki daripada keturunan raja dan beragama Islam. Menurut perlembagaan negeri,

13

raja perlu bertindak menurut nasihat Mesyuarat Kerajaan atau Menteri Besar.

Majlis

Dalam Dewan Negeri, raja merupakan konstituen Dewan Negeri tetapi baginda tidak perlu menghadiri mesyuarat Dewan Negeri kecuali semasa bertitah dalam upacara pembukaan Sidang Dewan Negeri.

Di setiap negeri raja mempunyai fungsi budi bicara, misalnya untuk melantik Menteri Besar, tidak memberi persetujuan untuk membubarkan Dewan Negeri dan dalam soal pelantikan waris atau pemangku raja.

Di semua negeri, raja dikenali sebagai sultan kecuali Perlis, baginda dikenali sebagai raja. Di Negeri Sembilan pula baginda dikenali sebagai Yang Dipertuan Besar.

14

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

4.

Keperluan Mewujudkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

Jawapan bagi soalan ini ada hubung kait dengan sejarah pemerintahan raja-raja Melayu yang semakin menurun prestasinya di negeri masingmasing. Setelah ratusan tahun, sistem feudal, iaitu kuasa di tangan raja sepenuhnya didapati gagal mentadbir urus negeri terutama ketika menentang kemaraan penjajahan kuasa-kuasa luar selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.

Pemerintahan raja-raja di negeri-negeri Melayu, contohnya di Perak, Johor, Pahang dan Terengganu didapati berada dalam keadaan kucarkacir dengan dipenuhi perebutan kuasa, dengki

15

mendengki dan pembunuhan. Raja-raja Melayu dilihat semakin gagal mewujudkan keamanan apatah lagi untuk menguatkuasakan undangundang atau hukum kanun.

Akibatnya, sebilangan negeri Melayu ini terpaksa meletakkan diri dalam naungan kuasa-kuasa asing seperti Siam, China dan Barat. Keadaan ini memberi laluan mudah bagi British untuk menakluk semua negeri Melayu ini melalui perjanjian dengan raja-raja Melayu yang lemah dan pendek akal.

Tambahan pula, selepas Perang Dunia, di seluruh dunia kuasa raja sudah dianggap lapuk lantaran rakyat kurang berpuas hati kerana kuasa mutlak di tangan raja sedangkan rakyat tidak diberi apa-apa peranan dalam politik negeri/negara.

Natijahnya, ada kuasa raja yang dihapus sama sekali manakala yang dikekalkan kuasa raja hanya

16

dihadkan oleh perlembagaan. Contoh di Britain, Jepun dan Thailand.

Justeru itu, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 turut berhasrat untuk mentadbir urus negara berkonsepkan demokrasi berperlembagaan dan raja berperlembagaan. Usaha ini, antara lain supaya raja-raja Melayu terus berkuasa, iaitu menerusi konsep raja berperlembagaan.

5. Liputan Media Massa

Sebenarnya media massa pro-kerajaan Persekutuan sudah kerap juga menyiarkan pelbagai berita dan rencana tentang penyalahgunaan kekebalan dan kestimewa dalam kalangan raja (sultan) dan kerabat mereka. Namun, pendedahan itu kurang mendatangkan kesan yang besar. Pada akhir tahun-tahun 1980-an dan pada awal tahun 1990-an, dikatakan berlaku beberapa

17

insiden kontroversi yang melibatkan perilaku melampau segelintir sultan dan kerabat. Hal tersebut menimbulkan konflik kepentingan dengan kalangan pemimpin politik Kerajaan Persekutuan, yang mencetuskan keperluan untuk mengehadkan kekebalan raja-raja Melayu atau menghapuskannya sama sekali! Ternyata raja-raja Melayu sangat murka terhadap usaha kerajaan Persekutuan hendak menghapuskan kekebalan undang-undang mereka, dan lantaran itu mengambil sikap bermusuhan dengan kerajaan Persekutuan. Di antara tahun 1992 dan 1993 media massa proKerajaan Persekutuan kerap memperincikan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kekebalan dalam kalangan raja dan kerabat. Pendedahan bukan sekadar perilaku keluarga diraja Johor (List of criminal acts done by the Johor Sultan, New Straits Times, Jan. 20, 1993, pg 4) tetapi juga melibatkan pembinaan istana oleh sultan-sultan di negeri lain, gaya hidup mewah dan penyalahgunaan hak istimewa untuk mendapat konsesi balak dan bisnes lainnya (Union: Review timber permits for royalty, New Straits Times, Dec. 15, 1992, pg 2).

18

It was alleged that between 1988 and July 1992, they were given 37,223.6 hectares of timber worth $270 millionPahang royalty demands more timber concessions, says Minister.. (New Straits Times,

Dec. 18, 1992, p 1, 2).

Mingguan Malaysia, 6 Disember 1992, ms.1, melaporkan, PM Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan akan melindungi mana-mana individu yang tampil membuat laporan akibat dianiaya oleh pihak istana. Terdapat beberapa tuduhan lagi tentang penyalahgunaan kekebalan undang-undang dan keistimewaan oleh raja-raja Melayu dan kerabat. Misalnya, kerabat diraja Pahang dituduh memberikan tekanan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan pegawai-pegawai perhutanannya supaya diberikan lebih banyak konsesi balak. Sultan juga dituduh enggan membayar hutang. Akhbar-akhbar turut menyiarkan pandangan kalangan pemimpin Islam, yang mengkritik amalan hidup mewah dan membazir keluarga raja walhal kedudukan mereka di sisi Allah adalah sama

19

dengan golongan rakyat biasa atau golongan miskin (Qualities worthy of a Ruler in light of Islamic teachings, New Straits Times, Dec. 15, 1992, pg 11; Ulamas back constitutional change, New Straits Times, Jan. 1, 1993, pg 2; Zaleha: Action was against Islamic teachings, New Straits Times, Jan. 21, 1993, pg 2). Berita Harian, 17 Januari 1993): melaporkan;
Pergerakan Pemuda Umno mahu raja-raja menggunakan kebijaksanaan bagi menentukan pendirian berhubung cadangan kerajaan meminda Perlembagaan untuk menghapuskan kekebalan mereka di segi undang-undang. Sehubungan itu, Najib meminta kerajaan berpendirian tegas dan tidak berganjak daripada sebarang pindaan, terutamanya prinsip kekebalan raja-raja, supaya matlamatnya dapat dicapai

Berita Harian, 19 Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium

20

Menteri Besar Johor dilaporkan mendesak supaya para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang perlunya pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan rajaraja (Berita Harian, 16 Januari 1993). Ahli Parlimen dari Rompin, Pahang dilaporkan memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut. Pergerakan Pemuda Umno pula mahu Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak daripada sebarang pindaan, terutamanya prinsip kekebalan raja-raja, supaya matlamatnya dapat dicapai.. (Berita Harian, 17 Januari 1993): Malahan, pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak lagi boleh berurusan dengan Istana Negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama raja-raja Melayu (Berita Harian, 25 Januari 1993):

21

a. Krisis Kesultanan Perlembagaan?

atau

Krisis

Bagi sesetengah tafsiran, beberapa peristiwa yang membawa ke beberapa pindaan dalam Perlembagaan dianggap sebagai krisis Perlembagaan, yang bermaksud Kerajaan Persekutuan, yang memerlukan pengesahan rajaraja Melayu untuk melaksanakan undang-undang tersebut, didapati enggan memberi perkenan, dan menyebabkan wujudnya pergeseran buat beberapa ketika antara dua pihak ini.
By some interpretations, these events leading up to the constitutional amendments was considered to be a constitutional crisis, given that the federal government, who needed the endorsement of the Sultans to implement the law, refused and subsequently led to a brief standoff between both sides. However, in most cases, the events leading up to the constitutional amendment was generally closely identified as a monarchy crisis rather than a constitutional crisis. (New Straits Times, 18 January, 1993).

Bagaimanapun, dalam banyak perkara, beberapa peristiwa yang membawa kepada pindaan Perlembagaan adalah secara umumnya lebih dikenal pasti sebagai krisis kesultanan bukan sebagai krisis Perlembagaan.

22

b. Hubungan Kerajaan dengan Sultan Kelantan Pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, adalah seorang kerabat diraja Kelantan dan sangat dihormati oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Sultan Ismail Petra dilihat secara terang-terang berkempen untuk Semangat 46 semasa Pilihan Raya tahun 1990, yang menyebabkan Semangat 46 dan rakan sekutunya Parti PAS bersaing untuk merampas Kerajaan Negeri Barisan Nasional di Kelantan. Pada Mac 1992, akhbar-akhbar melaporkan pendedahan pegawai-pegawai kastam bahawa Sultan Ismail Petra berhutang dengan kerajaan sebanyak RM$2.1 juta dalam entuk cukai import kerana baginda membeliu sebanyak 20 buah kereta Lamborghini Diablo yang diterbangkan terus dari London. Sultan Kelantan dilaporkan dengan tegas menafikan melakukan apa-apa kesalahan, dan seterusnya mengeluarkan kenyataan mengisytiharkan sokongan bagi melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan. Laporan akhbar itu menimbulkan kemarahan Kerajaan Persekutuan.

23

c.

Insiden Gomez

Bagaimanapun, pemangkin yang menyebabkan tuduhan penyalahgunaan kekebalan oleh raja-raja dan kerabat menjadi pengetahuan umum dan merangsang pihak kerajaan untuk menyegerakan usaha menghapuskan kekebalan undang-undang raja-raja Melayu, adalah insiden Douglas Gomez. Gomez adalah jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu. Pasukan itu berjaya ke separuh akhir Perlawanan Hoki Piala Milo Antara Sekolah-Sekolah. Perlawanan sepatutnya diadakan pada Rabu, 25 November 1992. Beberapa jam sebelum perlawanan Gomez diarahkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Jodor supaya pasukannya menarik diri daripada perlawanan itu. Ia merupakan antara penarikan pasukan hoki Johor daripada perlawanan, beberapa bulan sebelum kejadian pada 25 November itu. Gomez lantas bertindak dengan mendesak semua ahli jawatankuasa utama Persatuan Hoki Johor meletak jawatan dan beliau lantas mengkritik kepemimpinan kerana merosakkan pasukan hoki di negeri Johor.

24

Sebenarnya, insiden Gomez itu tidak begitu penting atau mempengaruhi kedudukan manamana raja-raja Melayu. Api pergeseran rakyat dan raja itu tercetus apabila Gomez dipanggil ke Istana Bukit Serene di Johor Baru pada Isnin, 30 November. Beliau di situ kira-kira empat jam. Jam pertama beliau diberi taklimat tentang etiket istana dan bagaimana memohon maaf sekiranya dia membuat salah dalam perilakunya semasa berkomunikasi dengan Sultan. Berikutnya, menurut Gomez, Sultan Johor tiba dengan dikelilingi enam lelaki berselur jeans dan berbajuT beserta 10 ke 12 orang pasukan tentera peribadi. Pada Selasa, 1 Disember 1992, Gomez mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana luka dan lebam di muka dan perutnya. Pada Ahad, 6 Disember, dia membuat aduan di balai polis dengan mengatakan dia menjadi mangsa keganasan semasa berada di istana, dan walaupun terdapat beberapa orang pada ketika itu, namun hanya seorang yang melakukan kecederaan kepada dirinya, iaitu Sultan sendiri! (New Straits Times, 8 Dec., 1992)

25

Perkaitan antara kisah Sultan Johor, Dauglas Gomez dan padang hoki adalah peristiwa yang terjadi pada Julai 1992. Putera Sultan, Tengku Abdul Majid Idris dikatakan dicederakan oleh penjaga gol pasukan hoki Perak selepas perlawanan akhir kejuaraan dan pasukan Perak menang menerusi pukulan penalti. Persekutuan Hoki Malaysia memutuskan tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya kecederaan dan mengharamkan Tengku Majid daripada bermain selama lima tahun. Maka, keputusan oleh Persekutuan Hoki Malaysia ini menimbulkan kemurkaan Sultan Johor dan menjadi sebab penarikan semua pasukan hoki Johor daripada menyertai perlawanan kebangsaan New Straits Times, 7 Dec., 1992, p. 13). Insiden Gomez kemudian disusuli beberapa hari liputan akhbar yang mendedahkan kekasaran Sultan kepada Dauglas Gomez. Beberapa laporan pada minggu-minggu seterusnya mengandungi tuduhan tentang penyalahgunaan kekebalan oleh Sultan Johor dan kerabat diraja Johor. Laporanlaporan akhbar tentang kecederaan Gomez oleh tindakan melampau Sultan Johor itu menimbulkan

26

kemarahan orang ramai (New Straits Times, 7 Dec., 1992, p. 4).

6. Pindaan yang Dicadangkan Satu sesi khas Parlimen diadakan pada 10 Disember 1992 yang menunjukkan kesemua 96 ahli Dewan Rakyat yang hadir bersetuju meluluskan resolusi untuk mengehadkan kuasa raja-raja Melayu sekiranyanya perlu. Murka terhadap cadangan penghapusan kekebalan itu, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, ms 1, melaporkan, Sultan Johor meminta rakyat berhimpun untuk mengemukakan bantahan kepada cadangan kerajaan hendak menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu. Pada muka surat yang sama, Utusan Malaysia melaporkan,
Perdana Menteri, Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat Johor supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan menghadap Sultan Johor di Istana Besar Johor Baharu pada 8 Januari 1992.

27

Dr. Mahathir meminta Menteri Besar Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak campur tangan dalam perhimpunan tersebut kerana terdapat bukti parti Semangat 46 turut terlibat menganjurkannya

Kerajaan Persekutuan dilihat menggunakan dua pendekatan; berlembut dan berkeras bagi mendapatkan perkenan raja-raja berhubung mengehadkan kekebalan itu. Sebelum pindaan dibuat, Perlembagaan menjamin bahawa mana-mana raja yang melanggar undangundang tidak boleh didakwa oleh mahkamah jenayah melainkan baginda secara sukarela menyerah diri untuk dibicarakan. Oleh sebab itu, pindaan beberapa Artikel dalam Perlembagaan menimbulkan keadaan tegang dalam hal perhubungan antara istana dengan kerajaan Malaysia. Sesi Parlimen berikutnya pada 27 Disember 1992 menunjukkan perbahasan untuk menghapuskan kekebalan undang-undang dalam kalangan raja Melayu dan kerabat masing-masing.

28

Pindaan Perlembagaan Malaysia yang bakal diluluskan oleh Parlimen Malaysia bertujuan mengehadkan kekebalan (legal immunity) undangundang raja-raja Melayu. Perubahan tersebut, dapat dilihat pada pindaan artikel (fasal) 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 . Seterusnya, pindaan itu membolehkan raja-raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas sekiranya melakukan kesalahan jenayah dan sivil (Mingguan Malaysia 7 Mac, 1993). Ahli-ahli Parlimen pembangkang, terutama Semangat 46, dikatakan memperlihatkan pendirian yang tidak sekata terhadap cadangan kerajaan Persekutuan. Sesi perbahasan dalam kalangan raja dan kerabat pula diadakan pada 16 Januari 1993, yang meminta masa tambahan daripada kerajaan Persekutuan untuk menimbang keputusan kerajaan itu. Utusan Malaysia, 17 Disember 1992, melaporkan
Sultan Terengganu menyambut baik cadangan Kerajaan Pusat untuk meminda perlembagaan yang bertujuan menamatkan kuasa kekebalan raja-raja. Namun, baginda dilaporkan menolak pindaan

29

tersebut kerana mungkin untuk saling menghormati di kalangan raja (Utusan Malaysia, 21 Januari 1993. Sultan Selangor pula awal-awal lagi menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap usaha kerajaan bagi meminda perlembagaan kerana menurut baginda sesiapa sahaja mesti mematuhi undangundang

Datuk panglima membawa kandil, Di hujung taman berhenti singgah; Sultan Sharafudin raja nan adil, Kesultanan Selangor dijunjung megah. Cadangan pindaan juga ditimbulkan berikutan undang-undang untuk membenarkan orang awam mengkritik Sultan, termasuk Yang di-Pertuan Agong tanpa khuatir dituduh menurut Akta Hasutan, tetapi tidak dibenarkan mempersoalkan kesahihan pemerintahan beraja (New Straits Times, 19 January, 1993, p. 2). Sebagai tambahan, cadangan pindaan bakal mengehadkan kuasa raja-raja mengampunkan kesalahan kerabat raja.

30

Kritikan orang awam terhadap raja-raja juga dibenarkan dalam pindaan terhadap Akta Hasutan, iaitu tidak lagi menjadi kesalahan untuk mengkritik keluarga diraja melainkan bahagian-bahagian yang menjurus pada kesahihan kewujudan mereka.

7. Justifikasi Umno, Semangat 46, DAP dan PAS Terhadap Pindaan Perlembagaan Umno berpendirian pindaan itu penting bagi melindungi raja-raja Melayu dan mempertahan institusi raja berperlembagaan (Utusan Malaysia, 17 Disember, 1992). Cadangan pindaan itu bertujuan mengelak atau memberhentikan kebencian yang meningkat dalam kalangan rakyat terhadap raja-raja dan kerabat yang jika tidak dibendung boleh menghapuskan sama sekali kekuasaan raja-raja Melayu. Sebagai respons terhadap dakwaan bahawa pindaan itu merupakan langkah pertama pembentukan sebuah republik, Umno memaklumkan pindaan itu merupakan hasutan yang membolehkan seseorang itu dituduh di mahkamah jika dia terus-menerus mengeluarkan kenyataan bagi penghapusan pemerintahan

31

beraja, di Parlimen atau dalam Sidang Dewan Negeri. PM Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapan pengenalan terhadap pindaan itu di Dewan Rakyat, antara lain beliau berkata;
the actions of the rulers and those hiding behind who exceed their rights and privileges, ara becoming serious with the passage of time. It is possible that this could become more serius in the future. If the law is not amended, as proposed, it is certain that worse things could happen to cause the institution of the monarchy to be hated by the people. It s not ompossible that, some days, representations may be made to abolish the system of monarchy, whatever the provisions of the constitution,

(Teks ucapan ini disiarkan penuh dalam New Straits Times, 19 January, 1993, p. 10, 11). Semangat 46, iaitu parti pembangkang daripada serpihan Umno, berpendirian menentang pindaan itu, dan sebaliknya menyokong kuat mana-mana pihak yang memihak kepada raja-raja Melayu. Walaupun Semangat 46 bersimpati terhadap rakyat yang dianiaya oleh segelintir raja dan

32

kerabat raja, namun mereka berpendapat pindaan itu mencampuri kedaulatan raja-raja Melayu dan merupakan langkah awal terhadap pembentukan sebuah republik (the Star, 17 December, 1992; New Straits Times, 19 January, 1993). Mereka juga mempersoal kesan penghapusan rajaraja akhirnya turut melenyapkan aspek budaya, tradisi Melayu dan lambang penyatuan umat Melayu. Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti yang majotiti ahlinya orang Cina, adalah gabungan pembangkang bersama Semangat 46, yang pada mulanya menyokong usaha kerajaan itu pada Disember apabila mereka menyatakan keperluan mengenakan tindakan kepada Sultan ekoran insiden Douglas Gomez. Bagaimanapun, DAP berkecuali daripada mengundi apabila cadangan pindaan itu dibentangkan di Parlimen pada Januari 1993 New Straits Times, 21 January, 1993). Alasannya, Perlembagaan memerlukan perkenan raja-raja terhadap pindaan yang menyentuh keistimewaan mereka. Menurut DAP perkenan itu diperlukan sebelum cadangan pindaan dibentang di Parlimen. Lantas, DAP dituduh mengorbankan

33

prinsipnya demi memelihara gabungan dengan Semangat 46. Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti Melayu pro-Islam dan rakan campuran pembangkang, menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan dan cadangan menghapuskan keekbalan raja-raja Melayu ekoran insiden Gomez (New Straits Times, 11 December, 1992) tetapi kemudian berkecuali mengundi pindaan pindaan yang dibentangkan di Parlimen pada Januari 1993. Walaupun PAS menyokong penghapusan kekebalan raja-raja yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam, namun mereka berpendapat pindaan itu belum tuntas dan malah mereka tidak setuju perilaku raja-raja Melayu didedahkan di Parlimen. Tambahan pula PAS berada dalam kedudukan serba salah berikutan Sultan dan kerabat Kelantan menyokong kedudukan PAS untuk mempertahankan kuasa di Kelantan.

34

8. Akhirnya Pindaan Perlembagaan Diluluskan! Utusan Malaysia, 19 Januari 1993, melaporkan, pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 18 Januari 1993, raja-raja Melayu berpandangan bahawa pindaan undang-undang dalam bentuknya sekarang seperti mana yang dipersembahkan kepadanya, sekiranya dikuatkuasakan, akan membawa perubahan yang radikal kepada kedaulatan, kedudukan dan martabat raja-raja Melayu. Maka, beberapa orang raja membuat keputusan untuk menolak daripada menyetujui beberapa cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, malah selepas tawaran diadakan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja (New Straits Times, 18 January, 1993), yang mereka dakwa pelaksanaan mahkamah khas boleh mendatangkan kesukaran dalam teknikaliti perundangan (New Straits Times, 19 January, 1993). Walaupun raja-raja Melayu menentang pindaan tersebut, namun sesi parlimen pada hari-hari berikutnya menunjukkan PM Dr. Mahathir

35

Mohamad membentangkan cadangan pindaan di Dewan Rakyat , dengan pernyataan bahawa mereka tidak perlu mendapat perkenaan raja untuk melaksanakan undang-undang (New Straits Times,, January 19, 1993, pg 1,4). Sejurus sebelum berakhir sesi Dewan Rakyat, seramai 133 daripada 180 ahli-ahli Parlimen bersetuju meluluskan pindaan cadangan walaupun parti-parti pembangkang berkecuali daripada mengundi kerana perbezaan pendirian (New Straits Times, 19 January, 1993, p. 12). Keesokannya, Dewan Negara pun meluluskan cadangan pindaan dengan sebulat suara (Utusan Malaysia, 20 Januari 1993, ms 5. Tiga sultan (Johor, Kedah, Kelantan) meneruskan tindakan menangguh memberi perkenan terhadap pindaan itu. Pihak kerajaan lantas mengancam untuk menarik semua keistimewaan di samping meneruskan pendedahan menerusi media arus perdana berhubung gaya hidup mewah sultansultan dan para kerabat diraja. Berita Harian, 19 Januari 1993, melaporkan;

36

Majlis Raja-Raja diminta menggunakan tempoh 30 hari selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut. Ahli Parlimen Rompin, Dato Dr. Jamaludin Jarjis berkata, raja-raja harus mengambil masa itu untuk bertanya kepada hati kecil dan naluri masing-masing hasrat murni undang-undang tersebut

Tindakan kerajaan Persekutuan itu malah dilihat memungkinkan menamatkan pemerintahan beraja di Malaysia seperti penerbitan rencana-rencana tentang penghapusan sistem beraja di beberapa negara di dunia selepas tamat Perang Dunia Kedua. Berita Harian, 19 Januari 1993, melaporkan;
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, hari ini mendedahkan insiden raja menganiaya rakyat menyalahi undang-undang sivil satu jenayah, menyalahgunakan wang, harta kerajaan dan negara serta menekan dan menganiaya pegawai-pegawai. PM berkata apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awal Malaysia

37

merdeka dilakukan dengan semakin ketara dan meluas

Seterusnya, rencana pengarang Utusan Malaysia, 20 Januari 1993, mengulas keperluan mencari proses perundangan sekiranya raja-raja masih menolak pindaan yang dicadangkan. Malah kalau perlu sebagai pilihan terakhir kerajaan membuat pungutan suara. Satu tinjauan umum oleh Bernama mendapati, 76% orang Melayu menyokong pendirian Kerajaan Pusat terhadap raja berperlembagaan; hanya 47% rakyat Kelantan yang menyokong pendirian Kerajaan Pusat (New Straits Times, January, 14, 1993, p 1,2. Akhirnya, satu kompromi dicapai dengan Yang diPertuan Agong apabila kerajaan bersedia menerima penangguhan perkenan sultan-sultan dalam tempoh 60 hari tertakluk pada syarat-syarat tertentu. Maka, pada 9 Mac 1993, Dewan Rakyat pun meluluskan pindaan tersebut manakala Dewan Negara meluluskan pindaan tersebut pada 30 Mac

38

1993. Satu tambahan Fasal baharu diisytiharkan, iaitu Bahagian 15 Perlembagaan bertajuk Prosiding kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, New Straits Times, March, 10, 1993, p 1, 4 melaporkan tidak semua Ahli Parlimen mengundi menyokong. Akhbar itu melaporkan;
PAS members abstained. One PAS and six Semangat 46 members were absent. DAP, Parti Bersatu Malaysia and four independents voted in favour of the amendments

9. Ulasan dan Penutup Demikianlah, akhirnya, pada 9 Mac 1993 raja-raja Melayu pun memberi perkenan terhadap cadangan meminda Perlembagaan yang menghapuskan kekebalan mereka dan beberapa penyesuaian terhadap keistimewaan lain. Media massa pro-Kerajaan Pusat dilihat memainkan peranan penting dalam usaha membantu mempercepat usaha meluluskan pindaan Perlembagaan yang antara lain mengehadkan kekebalan raja-raja Melayu dan kerabat.

39

Gaya pemberitaan dan persembahan teks akhbarakhbar pro-Kerajaan Persekutuan didapati menampilkan dan mengukuhkan apa-apa pendapat daripada para pemimpin kerajaan Persekutuan, khususnya perdana menteri, menteri-menteri besar dan pemimpin Umno. Segala cadangan pindaan perlembagaan untuk menghapuskan kekebalan undang-undang raja-raja Melayu dan kerabat berjaya dimanifestasi sedemikian rupa oleh tiga media cetak pro-kerajaan Persekutuan ini sehingga menimbulkan tarikan sokongan yang cepat dalam kalangan rakyat, sekali gus menentang perilaku raja-raja Melayu. Usaha tiga media cetak ini dalam usaha menelanjangkan peribadi dan perilaku melampau segelintir raja dan kerabat seperti kaki judi, kaki minum dan kaki perempuan, di samping penyiaran berita-berita tentang penghapusan institusi raja-raja sebagaimana dilakukan di negara-negara lain sekiranya raja-raja Melayu tidak menghormati kehendak rakyat terbanyak, pada ketika itu, tidak dinafikan, semuanya berjaya memaksa raja-raja Melayu untuk memberi perkenan terhadap cadangan pindaan perlembagaan yang mengehadkan kekebalan undang-undang raja-raja Melayu dan beberapa keistimewaan lainnya.

40

a. Ulasan Perkara yang penting, Kerajaan Persekutuan sejak Disember 1992 awal hingga Mac 1993 dilihat begitu beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan raja-raja Melayu dihapuskan dan malah terdapat beberapa pemimpin Umno seolah-olah mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan dihalau daripada istana! Namun, secara tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun, kini pihak yang berusaha dan berjaya menghapuskan kekebalan dan beberapa keistimewaaan raja-raja Melayu, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan serta mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu sebagaimana termaktub dalam prinsip kedua Rukun Negara. Baguslah, parti dan para pemimpin Kerajaan Pusat bersikap penuh takzim kembali kepada tuanku kerana raja-raja Melayu merupakan lambang penyatuan umat Melayu. Terhapus institusi raja

41

bermakna terpupuslah aspek budaya dan tradisi Melayu! Tetapi, apakah yang bakal terjadi sekiranya golongan petualang atau si kitul ini kembali memperalatkan raja atau sultan demi kepentingan politik mereka? Antara catatan yang menjadi sejarah, laporan dalam New Straits Times, 18 January, 1993, p. 1 dan 2, tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang menyatakan rasa tidak senangnya terhadap sikap dan pendirian kerabat raja Kelantan memberikan sokongan terbuka kepada Semangat 46, dan menuduh ia melanggar peraturan berkecuali dalam politik yang semestinya dipatuhi oleh raja berperlembagaan. Walhal sekarang, semakin ramai pemimpin Umno kembali memuja raja, sultan dan kerabat istana. Pelbagai acara yang melibatkan pertemuan raja dan pemimpin kerajaan Pusat semakin kerap diadakan, termasuk pelancaran buku untuk membuktikan semakin akrabnya hubungan raja dengan rakyat. Namun, bolehkah dibuktikan tidak ada udang di sebalik batu terutama menjelang

42

Pilihan Raya Ke-13? Atau, golongan yang dahulunya menghapuskan kekebalan istana ini bersikap telunjuk lurus kelengkeng berkait? Jika menyorot rentetan peristiwa sebelum pindaan perlembagaan yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu, diluluskan pada 9 Mac 1993 itu, terbukti betapa hambarnya hubungan rakyat dengan raja-raja Melayu, yang kebanyakannya diapi-apikan oleh kalangan pemimpin Kerajaan Pusat dan disebarluaskan menerusi media massa arus perdana. Contoh jelas, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, melaporkan, Perdana Menteri, Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat Johor supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan menghadap Sultan Johor di Istana Besar Johor Baharu pada 8 Januari 1992 untuk menyokong Sultan menentang cadangan pindaan Perlembagaan yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu. PM Datuk Seri Dr. Mahathir meminta Menteri Besar Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak campur tangan dalam perhimpunan tersebut

43

kerana terdapat bukti parti Semangat 46 turut terlibat menganjurkannya. Ternyata, mantan Menteri Besar Johor itu, yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri, dilaporkan dalam peringkat sering merapati Istana Besar Johor Baharu untuk mendapat restu bagi memastikan tali hayat tidak putus pada Pilihan Raya Ke-13. Tidak beberapa lama dahulu, seorang sultan di negeri yang menempatkan pusat perjudian berlesen yang terkenal, sudah secara terangterangan menyatakan sokongan kepada Umno Inilah antara Sultan yang didedahkan oleh media massa pro-Kerajaan Pusat kerana keengganan baginda membayar hutang (New Straits Times, December 15, 1992). Terkini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti tikus membaiki labu.

44

PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan adalah untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Tegasnya, akhirakhir ini isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah umno, setelah isu pembangunan sudah lapuk, kerana dunia semakin maju.

Kekesalan PAS itu ada logiknya, lantaran Datuk Seri Najib sewaktu menerajui Pergerakan Pemuda Umno, begitu lantang mendesak raja-raja Melayu supaya menerima pindaan menghapuskan kekebalan raja-raja. Berita Harian, 17 Januari 1993, melaporkan;
Ketuanya, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Pemuda Umno berpendirian bahawa raja-raja perlu menerima sepenuhnya prinsip dan semangat pindaan Sehubungan itu, Najib meminta kerajaan berpendirian tegas dan tidak berganjak daripada

45

sebarang pindaan, terutamanya prinsip kekebalan raja-raja, supaya matlamatnya dapat dicapai..

b. Penutup Kita sewajarnya jangan lupa bahawa Tanah Melayu (sejak 1963, Malaysia) merdeka setelah bersetuju meletakkan perlembagaan negara yang berkiblatkan British sebagai tukaran untuk merdeka. Perlembagaan tahun 1957 itulah yang terus diterima pakai hingga ke hari ini dengan hanya melakukan beberapa pindaan kecil, termasuk mengehadkan kekebalan dan keistimewaan raja-raja Melayu (Ishak Saat, 2009). Perlu disedari bahawa penjajah tidak mungkin menyerahkan secara percuma tanah jajahan mereka kepada anak watan melainkan dimeterai beberapa perjanjian atau anak watan yang pernah menerima pendidikan Barat bersedia meneruskan aspirasi penjajah. Situasi ala penjajahan itulah yang terus menyelubungi pemikiran dan tindakan kalangan pemimpin di negara kita sekarang. Adakah sesiapa yang berani menafikan?

46

Akhirulkalam, apakah yang bakal terjadi sekiranya golongan petualang atau si kitul ini kembali memperalatkan raja atau sultan demi kepentingan politik mereka? Pantang Melayu mengundur pasti, Raja Melayu mahkota negeri, Agama Islam tiang seri, Tonggak negeri agama rasmi. Melayu itu pusakaku, Tanah bertuah bumiku, Dari dahulu penuh berliku, Dirgahayu tuanku raja Melayu. Namun, manusia hanya boleh merancang tetapi hanya Allah yang menentukan Daulat Tuanku!

47

RUJUKAN Buku Abdul Aziz Bari, 2010. Understanding Selangors Constitution dalam The Road to Freedom, Tricia Yeoh (ed), 2010, p. 27-34. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Developmnet Centre (SIRD).

Ishak Saat, 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Muhammad Kamil Awang, 2001. Sultan & Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surat Khabar

UTUSAN MALAYSIA/MINGGUAN MALAYSIA Tindakan istana: PM jamin perlindungan, Utusan Malaysia, 6 Disember 1992, ms 1. Agenda Baru untuk Pemuda Umno, Utusan Malaysia, 7 Disember 1992, ms 12. Tentang tahta dan kebajikan rakyat: akan berpindahkah tahta ke muzium seni?, Utusan Malaysia, 11 Disember 1992, ms12.

48

Institusi Beraja Di Zaman Moden, Utusan Malaysia, 14 Disember, 1992, ms 12. Isu Raja: Mencari Kebijaksanaan Baru, Utusan Malaysia, 15 Disember, 1992, ms 12. Umno akan jumpa raja-raja untuk dapat persetujuan, Utusan Malaysia, 17 Disember 1992, ms 3. Suara Rakyat Suara Keramat, Utusan Malaysia, 30 Disember, 1992, ms 12. Pindaan baru: Raja tidak boleh ampun diri sendiri, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, ms 1. PM: Jangan sertai perhimpunan istana, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, ms 1. PM: Jangan sertai perhimpunan istana, Utusan Malaysia, 31 Disember 1992, ms 1. Mencari Persefahaman Raja-Rakyat, Utusan Malaysia, 8 Januari 1993, ms 8. Harapan Rakyat, Utusan Malaysia, 16 Januari 1993, ms 1. Apabila Suara Rakyat Diketepikan, Utusan Malaysia, 19 Januari 1993, ms 8. Mencari Penyelesaian Cara Rakyat, Utusan Malaysia, 20 Januari 1993, ms 8. Tindakan Istana: PM Jamin Perlindungan, Mingguan Malaysia, 6 Disember 1992, ms 1 Mingguan Malaysia 7 Mac, 1993).

49

BERITA HARIAN

Gunalah kebijaksanaan, Berita Harian, 17 Januari 1993. Annuar Musa Larang Sultan Berpolitik, Berita Harian, 18 Januari 1993. Perilaku sultan makin ketara, Berita Harian, 19 Januari 1993. Guna Tempoh 30 Hari Ubah Sikap Dr. Jamaludin, (Berita Harian 19 Januari 1993). Larangan Berurus Dengan Istana Negara, Berita Harian, 25 Januari 1993.

NEW STRAITS TIMES Gomez lodges police report, Zaman: We will seek A-G's direction to investigate case, New Straits Times, Dec . 7, 19 92, p 1, 4 Crux of the problem lies with the JHA, New Straits Times, Dec. 7, 1992, p. 13 Vijayan, Gomez: Sultan beat me, New Straits Times, Dec. 8, 1992, pg 1, 3 Abdullah: Rakyat ashamed and angry, New Straits Times. December 7, 1992. p 4.

50

Time to redefine powers of Rulers, New Straits Times. December 8, 1992. p 13. Union: Review timber permits for royalty, New Straits Times, Dec. 15, 1992, p 2 Qualities worthy of a Ruler in light of Islamic teachings, New Straits Times, Dec. 15, 1992, p 11 Ulamas back constitutional change, New Straits Times, Jan. 1, 1993, p 2 Amendments made to proposal to remove legal immunity: Six Rulers say 'yes', New Straits Times, Jan. 18, 1993, p 1, 2 Decision of the Special Meeting of the Conference of Rulers on Jan. 18, 1993, New Straits Times, Jan. 19, 1993, p 2 Rulers: Closer study of draft Bill Needed, New Straits Times, Jan. 19, 1993, p 1. PM tables amendment Bill despite Rulers' disagreement, New Straits Times, Jan. 19, 1993, at 1, 4. 133 MPs vote to remove legal immunity of Rulers: Amendment Bill passed, New Straits Times, Jan. 20, 1993, p 1, 2 List of criminal acts done by the Johor Sultan, New Straits Times, Jan. 20, 1993, p 4 Senate passes Bill unanimously, New Straits Times, Jan. 21, 1993, p 1, 2 Zaleha: Action was against Islamic teachings, New Straits Times, Jan. 21, 1993, p 2 Istana become a casino for a birthday party, New Straits Times, Jan. 27, 1993, p 2

51

Kelantan Ruler voiced support for the Bill, says statements: Kedah Sultan stands firm, New Straits Times, March, 5, 1993, p 1, 2 Sultan to stop his statements, New Straits Times, Marrch, 7, 1993, p 2

Ahad, 28 Nov 2010.