Anda di halaman 1dari 7

5.

FUNGSI PEMBUGAR (ENERGIZERS)

Tingkah laku disruptif atau dikenali juga sebagai tingkah laku mengganggu. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.

Oleh itu dalam mengatasi tingkah laku bermasalah ini, telah diperkenalkan pembugar (energizers) yang boleh dilakukan oleh guru dalam mengatasi masalah ini. Menurut kamus Webster energizer atau pembugar bermaksud One who, or that which, gives energy, or acts in producing an effect. Seseorang guru hendaklah kreatif dalam menghasilkan pembugar untuk memastikan murid-murid tidak bosan semasa melakukan aktiviti ini. Dalam mengatasi masalah tingkahlaku disruptif ini aktiviti pembugar amat sesuai dijalankan dalam kelas.

Fungsi pembugar adalah untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri anak murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sesi pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu apabila terdapat murid yang mula bosan semasa guru sedang mengajar. Hasilnya objektif pembelajaran pada waktu tersebut tidak akan tercapai. Oleh itu, guru perlu peka akan keadaan sekeliling anak-anak muridnya. Kebosanan boleh berlaku dalam kalangan murid disebabkan cara penyampaian yang kurang menarik ataupun sikap murid itu sendiri yang tidak minat akan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti pembugar tingkah laku disruptif dapat diatasi sekaligus pengajaran pada waktu tersebut berjalan dengan lancar kerana murid-murid menumpukan perhatian dan membuat aktiviti yang disuruh oleh guru mereka semasa dalam kelas.

Pembugar yang dilakukan dalam kelas adalah lebih bersifat santai dan kebiasaannya dilakukan dalam bentuk permainan. Bermain merupakan unsur yang penting dalam

kehidupan semua kanak-kanak dalam dunia. Mengikut kamus dewan Edisi Keempat (2005) bermain bermaksud melakukan sesuatu untuk bersenang-senang atau bersukasuka. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) menyatakan bahawa keseimbangan antara bermain dan belajar menjadi rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, kanakkanak dapat belajar melalui bermain kerana kanak-kanak dapat meneroka, berfikir dan mencipta melalui aktiviti pembugar yang dilakukan.

Selain itu, ia juga pembugar juga adalah untuk melatih kekuatan ingatan murid dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam salah satu pembugar yang telah dikenalpasti, murid-murid akan melakukan aktiviti pembugar berkenaan dengan ingatan mereka. Sekiranya mereka tidak dapat mengingat sesuatu perkara tersebut dengan cepat, maka murid tersebut dikira kalah dalam aktiviti tersebut. Hal ini kerana, pembugar yang baik adalah bukan sahaja menyeronokkan malah ia boleh membantu secara tidak langsung proses ingatan murid untuk mengingat sesuatu perkara.

Tambahan lagi, dengan adanya aktiviti pembugar ini ia dapat melatih murid agar belajar mendengar arahan dengan baik, memberi tindak balas dan belajar bekerjasama antara mereka. Sebelum seseorang guru itu ingin memulakan pembugarnya, guru tersebut hendaklah memberi arahan yang jelas kepada murid-murid agar aktiviti yang dijalankan berjalan lancar. Oleh itu, murid-murid hendaklah mendengar dengan teliti arahan yang guru berikan kepada mereka. Sekiranya arahan tidak didengar dengan jelas maka murid-murid tidak akan memberikan tindak balas mereka dengan tidak melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru mereka. Secara tidak langsung ia turut melatih murid agar memberi tindak balas dalam melakukan aktivit tersebut. seterusnya amalan nilai murni dapat diterapkan seperti bekerjasama dalam melakukan aktiviti tersebut.

Seterusnya pembugar ini juga dikenali sebagai aktiviti bermotivasi. Menurut Ormord (2006), motivation is something that energizes, directs and sustains behavior; its gets students moving, point them in a particular direction and keeps them going. Crow dan Crow (1983) pula menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Definisi yang digunakan dalam kajian ini ialah: peransang yang membangkitkan dan mengekalkan keseronokan dan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Jelaslah disini apabila murid-murid melakukan aktiviti pembugar ia dapat meningkatkan motivasinya dari segi luaran dan dalaman. Aktiviti motivasi ini merupakan cadangan yang baik sebagai merehatkan otak mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran belangsung dan menaikkan semangat mereka untuk meneruskan aktiviti yang baru. Oleh itu ia amat sesuai juga dikenali sebagai aktiviti memotivasikan.

Selain itu, fungsi pembugar ini adalah sebagai penghubung kait antara aktiviti fizikal dengan sesuatu konsep yang dipelajari. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan merupakan aktiviti fizikal. Dengan cara ini, secara tidak langsung aktiviti pembugar yang dilakukan merupakan satu pengisian kepada murid-murid untuk mengaitkannya dengan pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini kerana, apabila murid itu melakukan sendiri ia dapat memindahkan pengalaman yang dilakukan dalam situasi yang bersesuaian. Ia juga dikenali sebagai hands on. Menurut Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Marys Elementary School, Sandusky, OH menyatakan pembelajaran hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajarii dalam kehidupan tetapi apa penting ialah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi yang pelbagai.

Koordinasi mata dan tangan amat penting bagi perkembangan murid-murid di peringkat rendah. Hal ini kerana, perkembangan ini dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran agar berjalan lancar. Slavin (1997) berpendapat perkembangan

adalah kaitan mengapa dan bagaimana individu bekembangn dan membesar menyesuaikan diri kepada persekitaran dan dan berubah melalui peredaran masa. Oleh itu, salah satu daripada fungsi pembugar adalah dapat mengkoordinasikan mata dan tangan sekaligus dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak tersebut.

Akhir sekali, fungsi pembugar yang telah dikenalpasti ialah dapat membantu perkembangan sosio emosi murid-murid. Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam

perkembangan sosio emosi, membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Dalam perkara ini teori yang terkenal berkaitan dengan emosi ini ialah teori perkembangan psikososial Erik Erikson. Salah satu elemen penting dalam peringkat teori

perkembangan erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego ialah kesedaran diri yang dikembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego individu biasanya berubah selaras dengan pengalaman dan maklumat baru yang diperoleh hasil daripada interaksi dengan orang lain. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Oleh itu, aktiviti pembugar amat sesuai dilakukan di sekolah kerana ia turut menggabungkan ketiga-tiga faktor tersebut.

Guru-guru dan ibu bapa

menggunakan

Pembugar yang

mudah

untuk

memastikan anak-anak dan murid-murid memberi tumpuan kepada apa yang mereka ingin ajarkan.

Meningkatkan Menghilang kan rasa bosan Membantu perkembang an sosio emosi muridmurid. suasana pembelajaran

Memberi keseronokan Aktiviti yang memotivasikan murid murid yang mempunyai masalah tingkah laku disiplin untuk belajar di dalam kelas. FUNGSI-FUNGSI PEMBUGAR murid

Melatih murid agar belajar mendengar arahan dengan baik, memberi tindak balas dan belajar bekerjasama antara mereka.

Penghubung kait antara aktiviti fizikal dengan sesuatu konsep yang dipelajari.

Menaikkan semangat untuk meneruskan pembelajaran

6.0

Kesimpulan

Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang pelu dikuasai oleh semua guru khususnya guru baru. Guru bertindak sebagai pengurus dalam bilik darjah dalam memastikan bilik darjah dalam keadaan yang berkesan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah seperti faktor fizikal, sosial dan emosi. Rutin bilik darjah melibatkan pengurusan yang dijalankan setiap hari dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah akan terganggu jika terdapat masalah displin yang ditimbulkan oleh pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenalpasti punca yang menyebabkan masalah displin dan cuba untuk menangani masalah displin yang wujud dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah tidak akan berkesan jika masalah displin dibiarkan begitu sahaja. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan bermula daripada pengurusan guru dalam menangani pelajar, bahan P&P, persekitaran bilik darjah, rutin bilik darjah dan masalah displin. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai. insyaAllah. Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran.

Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu caracara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.

Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalahmasalah yang dihadapi. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai