Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke
Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani
Keluar darah Haid bagi wanita. Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasai I/186)
Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah) Wiladah - wanita yang melahirkan anak. Mati. Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaaul Ghalil no. 128)
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala) Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.
Jika dia mandi dengan menggunakan shower, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari. Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atausanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai. Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.