Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011. PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4. MASA : 1 JAM
ARAHAN. Terdapat tiga soalan. Pilih SATU soalan sahaja. Murid perlu membawa alatan sendiri.

1. Hasilkan corak geometri ( segitiga , segiempat tepat , segiempat sama dan bulatan ) untuk dijadikan kertas pembalut hadiah. Alatan : kertas lukisan , warna pensel atau warna air dan acuan bentuk bentuk geometri yang dibina sendiri daripada kad manila.

2. Hasilkan topeng mengikut watak sama ada watak sedih , gembira , marah dan lain lain mengikut kreativiti kamu sendiri. Alatan : kad manila atau pinggan kertas atau karung kertas dan alatan yang sesuai untuk dijadikan hiasan pada topeng tersebut.

3. Hasilkan hiasan diri sama ada gelang tangan atau rantai leher untuk dihadiahkan kepada rakan kamu . Alatan : tali tangsi atau benang kasar dan manik pelbagai saiz.

Disediakan oleh:

Disemak oleh

Disahkan oleh

............................................. ( NOOR AZIRANIZA BT AZIZ )

............................... ( NORAIN BT SAID)

............................