Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI NAMA: MUHAMMAD SYAHMI BIN RAZALI UNIT : PPISMP SEM 2 PRASEKOLAH Assalamualaikum w.b.

t, Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menjalani program ini dengan jayanya.Untuk makluman, program tersebut merupakan Program Latihan Transformasi Negara yang diadakan di Kem Bina Negara Lipis, Kuala Lipis Pahang dan disertai seramai 72 orang pelajar IPG Kampus Raja Melewar tetapi daripada 4 badan yang berlainan iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Rakan Integriti Mahasiswa, Pembimbing Rakan Sebaya dan Persatuan Guru Pelatih Islam. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam bersamaan dengan 27 Februari hingga 1 mac 2012.Sepanjang program ini berlangsung, terdapat banyak perkara baru yang dapat saya pelajari dan ketahui.Program ini dikendalikan oleh Biro Tatanegara Negeri Sembilan Jabatan Perdana Menteri. Aktiviti ini telah meningkatkan lagi nilai-nilai murni yang ada dalam diri saya seperti sikap setiakawan, kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati, amanah , bertanggungjawab dan banyak lagi. Aktiviti jungle tracking misalnya telah memberi kesedaran betapa pentingnya kita bekerjasama antara pasukan untuk membantu ahli pasukan agar dapat bersama-sama mengharungi cabaran yang dilalui sepanjang aktiviti diadakan. Selain itu, terdapat aktiviti Kembara 1 Malaysia yang merupakan salah satu aktiviti yang menduga sepenuh kesabaran fizikal dan mental kami. Terdapat beberapa aktiviti yang telah menyedarkan saya tentang Gagasan 1 Malaysia, nilai-nilai aspirasi 1 Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi. Sebagai contoh, semasa latihan dalam kumpulan pada hari ketiga telah mencelikkan minda kami mengenai apa itu Perlembagaan Persekutuan yang selama ini kami hanya memandang ringan mengenainya. Justeru, terbuktilah bahawa Program Latihan Transformasi Negara ini telah menyedarkan kami dan membuka minda kami dengan lebih luas mengenai isu-isu semasa, pentadbiran negara dan perlembagaan persekutuan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI NAMA: NAZATUL LYDIA AFZAN BINTI AZMAN UNIT : PPISMP SEM 2 PSV/PJ/BM Assalamualaikum w.b.t, Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2012 telah diadakan Program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Lipis, Kuala Lipis Pahang yang disertai seramai 72 pelajar IPG Kampus Raja Melewar dari 4 badan kepimpinan yang berlainan iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Rakan Integriti Mahasiswa, Pembimbing Rakan Sebaya dan Persatuan Guru Pelatih Islam. Program ini dikendalikan oleh Biro Tatanegara Negeri Sembilan. Melalui aktiviti ini, terdapat banyak perkara yang telah dapat saya ketahui dan pelajari secara langsung dan tidak langsung. Secara jujurnya selama ini saya tidak begitu menghiraukan tentang sistem pentadbiran negara, perlembagaan negara dan kurang mengikuti tentang isu-isu semasa yang berlaku di negara Malaysia ini. Namun apabila mengikuti program ini, minda saya telah disedarkan dan mulai celik tentang isu-isu yang berlaku di sekitar saya.Jelas terbukti bahawa program ini bukanlah hanya sekadar membuang masa mahupun sekadar untuk suka-suka namun program ini bertujuan untuk menyedarkan generasi-generasi baru tentang betapa pentingnya negara ini terhadap setiap individu dan tidak seharusnya kita memandang enteng tentang perkara ini. Selain itu, program ini juga telah menjelaskan dengan lebih dalam mengenai Gagasan 1 Malaysia, nilai-nilai aspirasi 1 Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi. Sebagai contoh nilai-nilai aspirasi 1 Malaysia terbahagi kepada 8 nilai, iaitu nilai budaya dan bukan budaya. Nilai budaya ialah budaya ilmu, budaya inovasi, budaya ketepatan dan budaya berprestasi tinggi, manakala bukan budaya ialah integriti, kebijaksanaan, ketabahan dan kesetiaan. Maka dengan ini,program ini telah banyak menyedarkan saya tentang perkaraperkara yang dahulunya dipandang ringan oleh saya,seharusnya program ini harus didedahkan kepada generasi-generasi baru yang lain untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya negara kita ini serta perlembagaannya dan mengubah persepsi mereka agar lebih bersikap patriotik. Sekian, terima kasih.