Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PENUTUP KURSUS BADAN KHIMAT SMK PERI PERLING,JOHOR BAHRU 2012 SOLUTASI (P) YANG DIHORMATI PUAN

HJH MAIMON BINTI IDRIS PENGETUA SMK SERI PERLING YANG DIHORMATI PUAN SHAHRU BANUN BT ABD GHANI PEN. KANAN HEM SMK SERI PERLING YANG BERUSAHA ENCIK AZRI AZMI BIN ABD AZIZ DAN PUAN ZURAIDAH BINTI HASSAN PENYELARAS KURSUS BADAN KHIMAT SMK SERI PERLING 2012 GURU-GURU PEMBIMBING DAN PARA PESERTA KURSUS SEKALIAN ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA (L) MAJLIS PADA HARI INI KITA MULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU,LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU MALAYSIA SATU. HADIRIN DIMINTA BERDIRI ***** NYANYIAN LAGU NEGARAKU,BANGSA JOHOR DAN MALAYSIA SATU (P) SETERUSNYA DIPERSILAKAN DARICK DAGAN UNTUK BACAAN IKRAR , VISI DAN MISI SEKOLAH. DIPERSILAKAN. ***** BACAAN IKRAR

(L) MAJLIS KITA TERUSKAN LAGI DENGAN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN SAUDARA MUHD HILMAN BIN SAHARDI UNTUK MENGEPALAI BACAAN DOA. ***** BACAAN DOA MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. (P) SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PERSERTA KURSUS KERANA TELAH BERJAYA MENGIKUTI KURSUS BADAN KHIDMAT YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN. KITA SEBENARNYA SANGAT BERTUAH KERANA DIBERI KESEMPATAN, KEYAKINAN DAN KUDRAT UNTUK MENYERTAI SETIAP AKTIVITI YANG DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU PEMBIMBING KITA KALI INI. SESUNGGUHNYA BANYAK PENGALAMAN DAN PENGAJARAN YANG DAPAT KAMI DITIMBA DI SEPANJANG KURSUS INI DIADAKAN. (L) UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN SAUDARA CHRIS PANG SELAKU KETUA PENGAWAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN. ****** UCAPAN KETUA PENGAWAS TERIMA KASIH DIUCAPKAN. (P) SETERUSNYA, MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN HJH MAIMON BT IDRIS PENGETUA SMK SERI PERLING UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN PUAN. ****** UCAPAN PENGETUA MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU TADI. (L) SEBELUM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA DILAKSANAKAN ELOKLAH KIRANYA KITA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN PESERTA KURSUS BADAN KHIDMAT 2012. ****** PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN ITU TADI TELAH OLEH.............................................................................................................. DIPERSEMBAHKAN

(P) SETERUSNYA MAJLIS KITA TERUSKAN LAGI DENGAN UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH.UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN HJ MAIMON BT IDRIS UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS. DIPERSILAKAN. KITA MULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PARA PESERTA. UNTUK ITU DIPERSILAKAN CHRIS PANG UNTUK MENERIMA SIJIL TERSEBUT MEWAKILI SEMUA PESERTA KURSUS BADAN KHIDMAT KALI INI. (L) SETERUSNYA ANUGERAH.......(RUJUK LAMPIRAN) (P) TIDAK ELOK KIRANYA KITA JIKA TIDAK DISAMPAIKAN CENDERAMATA UNTUK TETAMU KITA PADA HARI INI . UNTUK ITU DIJEMPUT EN AZRI AZMI B ABD AZIZ UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN . DIPERSILAKAN. ******** CENDERAMATA PENGETUA MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH. (L) DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH KURSUS KITA PADA KALI INI. SEMOGA KURSUS-KURSUS SEPERTI INI AKAN DITERUSKAN LAGI PADA MASA-MASA AKAN DATANG DEMI MENINGKATKAN KEYAKINAN , KREDIBILITI DAN MEMPAMERKAN KETERAMPILAN PENGAWAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DI SEKOLAH. (P) SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU PEMBIMBING YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM KALI INI. KEPADA SEMUA PESERTA DIHARAPKAN DAPAT MENERAP APA-APA YANG DIPELAJARI DI SINI DI SEKOLAH BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA PENGAWAS SMK SERI PERLING LAYAK BERGELAR PENGAWAS DAN BERFUNGSI SEBAGAI PENGAWAS DALAM ERTI KATA SEBENAR. TERIMA KASIH DAUN KELADI, TAHUN HADAPAN BUATLAH LAGI. (L & P) SAYA .................................................................... DAN SAYA............................................................ MENYUSUN SEPULUH JARI JIKA ADA TERSILAP KATA DAN TERKASAR BAHASA SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

(L) KITA AKHIRI KURSUS KITA HARI INI DENGAN NYANYIAN LAGU SERI PERLING SEKOLAHKU. HADIRIN DIMINTA BERDIRI. ***** NYANYIAN LAGU SEKOLAH

SEKIAN. WBT DAN JUMPA LAGI.