Anda di halaman 1dari 4

Kemudahan di Taska widad

Adakah barang permainan membantu merangsang daya kreativiti anak anda? permainan yang bersesuaian dengan sastera,hobi,bahasa,pembacaan, muzik, pergerakan dan drama berupaya membantu mengembangkan daya imaginasi,pemikiran dan pemahaman anak anda. Bolehkah permainan itu menyeronokkan anak anda? membuatkan anak ketawa, enjoy semasa menggunakan barang mainan tersebut.Ini kerana tujuan bermainan adalah untuk memperolehi keseronokkan dan pembelajaran menjadi lebih mudah dipelajari jika ia menyeronokkan. Pilihlah alat permainan yang boleh membantu anak anda berfikir, belajar sesuatu yang baru, mempraktik atau mencuba memperolehi sesuatu yang bermanfaat.

TIPS MENCEGAH KEBAKARAN Sepuluh (10) Cara Mencegah Kebakaran: 1. Keselamatan Di Dapur Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk. 2. Ruang Alat Pemanas Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar. 3. Perkakas Merokok Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur. 4. Mancis dan Pemetik Api Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak. 5. Elektrik Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas. 6. Lilin Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin. 7. Alat Pengesan Asap LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP. Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap. Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut. 8. Sentiasa Membuat Pemeriksaan Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap sepuluh (10) tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih. 9. Perancangan Untuk Melepaskan Diri TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN? Pastikan setiap rumah mempunyai satu (satu) lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran. 10. Merangkak Di Dalam Asap Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm (kurang daripada dua (2) kaki) dari aras lantai.

Kemudahan dan Fasiliti


Taska Rania menyediakan kemudahan yang terbaik kepada anak2 yang dihantar di taska kami. Diantara kemudahan yang disediakan termasuk:

Kemudahan Asas

Persekitaran yang bersih dan selesa Halaman yang luas bagi kanak2 bermain diwaktu petang dibawah pengawasan staf Halaman yang luas juga memudahkan ibubapa keluar dan masuk sewaktu menjemput anak-anak Ruang penjagaan yang luas dan selesa Kanak2 diasingkan mengikut umur secara sistematik Bilik bayi diasingkan dari kanak2 Tilam yang disediakan adalah setebal 5 inci (dengan kata lain, ia amat selesa) Kemudahan 'water heater' untuk mandian kanak-kanak

Kebersihan

Tandas yang bersih dan dibasuh dengan clorox Perkhidmatan pembasmian kutu (shampu kutu) percuma Cadar ditukar setiap hari Air minuman yang ditapis, selamat dan berkualiti (Jenama 'Puretech') Penyediaan sabun mandian kebersihan bagi menjamin kesihatan anak-anak (Jenama Lifebuoy, Dettol, Antabax) Lantai di mop setiap hari dengan sabun Dettol Rawatan Rentokil sekali setiap bulan bagi menghapuskan makhlus perosak - lipas, tikus, anai-anai, semut