Anda di halaman 1dari 3

Isnin, 2 April 2012 Penulisan refleksi : guru yang berjaya memanfaatkan sukatan pelajaran.

Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran/kuliah. Berdasarkan persediaan mengajar, guru boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancar dan berkesan, serta mengelakkan sebarang masalah pengajaran semasa dalam kelas. Di samping itu, persediaan mengajar membantu para guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan. Dengan adanya sukatan pelajaran, guru boleh menyampaikan isi pengajarannya dengan lebih teratur mengikut minggu dan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, guru boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai berdasarkan huraian sukatan pelajaran mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Hal ini akan menjadikan guru lebih bersedia dan yakin untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas kerana ternyata murid akan lebih berminat sekiranya pengarajan tersebut disertakan dengan alat bantu mengajar. Sukatan pelajaran juga dapat membantu guru menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajaran yang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pelajarannya. Sekiranya guru mendapati ada diantara murid yang tidak mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran, guru boleh memilih isi pelajaran lain yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid masing-masing.

Dengan adanya rancangan yang disediakan secara rapi, persediaan mengajar boleh membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan baik. Kita sudah sedia maklum dengan disiplin murid zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi di sekolah. Oleh sebab itu, guru harus bijak merancang pengawalan bilik darjah dengan lebih teratur. Sebagai contoh, sekiranya guru subjek Bahasa Melayu telah bersedia dengan persediaan mengajarnya yang dilengkapi dengan huraian sukatan pelajaran yang bersesuaian, guru

tersebut mungkin tidak mempunyai masalah jika terdapat murid di dalam kelas tersebut melakukan masalah disiplin. Hal ini kerana, guru tersebut tidak perlu risau dengan proses PnP yang sedang berjalan, dan beliau boleh menguruskan pelajar yang bermaslah tersebut.

Berdasarkan sukatan pelajaran juga, guru boleh merancang aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya. Sebagai contoh, dalam tema keluarga, guru boleh merancang aktiviti berkumpulan di antara murid. Hal ini secara tidak langsung akan menambahkan minat murid untuk belajar kerana kebanyakan murid berasa cepat bosan sekiranya proses PNP dijalankan dengan bersertakan aktiviti yang menarik. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati matlamat dan objektif SPBM KBSR untuk memastikan sesuatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bukan itu sahaja, guru juga haruslah mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta

mempunyai cirri-ciri keguruan yang positif dan kreatif dalam menjayakan objebtif yang telah terbentuk. Guru harus mengetahui peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan

pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum iaitu dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum, serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai