Anda di halaman 1dari 16

Sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel.

Sistem ini juga menolong menstabilkan suhu dan pH tubuh. Tiga jenis sistem kardiovaskular : tanpa sistem sirkulasi sistem sirkulasi terbuka sistem sirkulasi tertutup.

Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung,paru-paru, salur darah, darah dan otot Merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Juga dikenali sebagai VO2max (didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal)

Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular.

Didefinisikan sebagai keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal. Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan system kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang.

Pelari pecut memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi untuk masa yang singkat. Pelumba basikal jarak jauh memerlukan ketahanan kardiovaskular yang stabil sepanjang kayuhan. Perenang memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi dan stabil untuk mengawal penafasan dan suhu badan didalam air. Bagi ahli sukan bina badan, pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.

Senaman yang sesuai untuk melatih sistem ini ialah : Latihan di pusat gymnasium adalah antara yang terbaik untuk melatih sistem kardiovaskular. Latihan angkat berat yang berbeza mengikut bahagian badan tertumpu sama ada lengan, kaki, bahu dan lain-lain lagi, amat baik untuk mendapat kebaikan keseluruhan. Mulakan dengan yang tidak terlalu berat untuk menguji tahap ketahanan badan agar tidak berlaku kecederaan.

Berat latihan boleh ditambah tetapi adalah lebih baik memilih untuk melakukan latihan yang agak lama. Terlalu berat boleh memenatkan dan memendekkan masa latihan. Ketahanan fizikal, denyutan nadi dan jenis sukan diceburi perlu dititik beratkan dalam memilih corak latihan dan masa diperlukan. Latihan begini amat baik kerana mengabungkan kekuatan fizikal, pengawalan nafas, melatih jantung untuk menstabil denyutan, sistem rembesan peluh dan melatih agar stamina berpanjangan.

Thombosis koronar - pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung. Serangan jantung - tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini. Ritma jantung tidak normal.

Jika terjadi luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, kemungkinan berlaku kematian.

Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut. Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini rawatan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.

Sistem peredaran terdiri daripada sirisiri saluran yang rumit dan sesuai untuk mengangkut serta mengagihkan darah ke tisu-tisu. Salur darah yang mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung dipanggil arteri manakala salur darah yang membawa darah nyahoksigen balik semula ke organ jantung dipanggil vena

Kitaran pulmonari

Kitaran sistemik

Darah dipam dari jantung ke Darah beroksigen diangkut paru-paru dan kembali dari jantung ke bahagian semula kejantung. badan yang lain dan kembali semula ke jantung
Jantung Peparu - Jantung Jantung bahagian badan yang lain - jantung Darah terdeoksigen yang diangkut dari seluruh badan ke dalam autrium kanan jantung melalui vena kava akan masuk ke dalam ventrikel kanan. Darah beroksigen dari peparu yang memasuki autrium kiri di pam ke ventrikel kiri.

Dari ventrikel kanan, darah Dari ventrikel kiri, darah seterusnya dipam keluar dipam ke peparu melalui dari jantung ke dalam arteri pulmonari aorta. Aorta akan menghantar darah beroksigen ke semua bahagian badan. Darah beroksigen kemudian di angkut balik ke autrium kiri jantung oleh vena pulmonari. Pertukaran gas dan bahan berlaku di tisu badan. Darah yang terdeoksigen kemudian diangkut kembali ke autrium kanan jantung melalui vena kava.