Anda di halaman 1dari 22

i

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Yang Benar,

(MOHAMMAD NORHISYAM BIN TIKA) Guru pelatih, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.

ii

PENGHARGAAN

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk Nabi Muhammad s.a.w., Ahli keluarga Baginda, para Sahabat Baginda serta seluruh umat Islam yang mengikuti jalan Baginda s.a.w. yang benar hingga hari Akhirat.

Rasa syukur yang tidak terhingga dirafakkan ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya tugasan ini dapat disempurnakan penulisan dan penyusunannya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran, En. Che Othman bin Che wil, atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Terima kasih juga kepada beliau kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta dorongan di sepanjang tugasan ini disiapkan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya atas sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang sudi melapangkan masa dalam perbincangan dan memberi pandangan serta berkongsi ilmu mengenai tugasan ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Mudah-mudahan kita semua ditempatkan di dalam syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan. Insya Allah.

iii

ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat

Pengakuan Penghargaan Isi kandungan Pengenalan Gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) A) Persekitaran B) Emosional C) Sosiologikal D) Fizikal E) Psikologikal Kategori pilihan Kesimpulan Refleksi Rujukan Lampiran

i ii iii 1 3 3 4 5 6 7 8 10 11 12 13

PENGENALAN

embelajaran

adalah

proses

untuk

mendapatkan

pengetahuan

dan

maklumat, dan seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta kepercayaan. Pembelajaran tidak hanya berkait

dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula apa yang telah dipelajari, sebaliknya adalah berkaitan dengan kefahaman tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang boleh diaplikasi dalam dunia sebenar (Hargreaves, 1996).

Semua pihak yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran harus mencari cara untuk menjauhkan proses pembelajaran daripada pengaruh peperiksaan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna (Asiah, 1994).

Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang digunakan secara meluas dalam institusi pendidikan di seluruh dunia. Dunn dan Dunn (1978) di dalam buku Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A practical Approach, menyatakan bahawa gaya pembelajaran adalah cara tersendiri seseorang individu balajar untuk memahami, mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran tertentu. Mereka telah mengkategorikan gaya pembelajaran dalam 5 (lima) kategori iaitu Pesekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal; yang memberi kesan kepada kebolehan individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak mengikut suasana pembelajaran.

2 Cahaya

Suhu Kecekalan

Motivasi Reka Bentuk Persekitaran Emosional

Tanggungjawab Persekitaran Struktur

Diri Sendiri GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN (1978) Sosiologikal Berpasangan Orang Dewasa Rakan Sebaya Psikologikal

Impulsif atau Analitik atau Global Pergerakan Dominan Otak Kiri (HOKI) atau Dominan Otak Kanan (HOKA) Reflektif

Fizikal

Pancaindera

Waktu Belajar

Makanan dan Minuman

2 PERSEKITARAN Cahaya Bunyi Suhu Reka Bentuk EMOSIONAL Motivasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur

GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN (1978)

Fizikal Sosiologikal Pancaindera Makanan dan Minuman Waktu Belajar Pergerakan Psikologikal Impulsif atau Reflektif Analitik atau Global Dominan Otak Kiri (HOKI) atau Dominan Otak Kanan (HOKA) Diri Sendiri Berpasangan Rakan Sebaya Orang Dewasa

GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN (1978)


Dunn dan Dunn (1978) telah mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 (lima) kategori iaitu: A) Persekitaran Persekitaran rekabentuk. terdiri daripada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan

Cahaya Dunn dan Dunn mendapati cahaya memberikan kesan yang berbeza pada individu dan terdapat pelajar yang sangat sensitif terhadap cahaya. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran yang terang semasa belajar kerana pencahayaan yang samar akan menyebabkan mereka cepat letih dan mengantuk.

Bunyi Terdapat individu yang memerlukan bunyi ketika belajar seperti muzik. Oleh itu, mereka akan memainkan muzik sewaktu belajar kerana ia akan mengatasi suasana sunyi dan memberi lebih konsentrasi terhadap pelajaran mereka. Tedapat juga individu yang suka suasana sunyi kerana suasana bising akan menyebabkan mereka kurang minat terhadap pelajaran mereka (Ibrahim Abu Samah, 1995).

Suhu Dunn dan Dunn mendapati setiap individu mempunyai tindak balas terhadap suhu persekitaran yang berbeza. Proses pembelajaran akan berlaku sekiranya berada dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan seseorang merasa cepat letih dan mengantuk. Namun begitu, terdapat juga individu yang tidak dapat tumpukan perhatian dalam suasana yang berhawa dingin.

4 Rekabentuk Gaya pembelajaran individu ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza (garger, 1985). Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan tempat khas untuk aktiviti pembelajaran seperti kerusi dan meja. Bagi pelajar yang gemar dalam keadaan informal pula mereka akan memilih tempat yang selesa begi mereka seperti katil dan lantai.

B) Emosional Emosional terdiri daripada elemen-elemen motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur.

Motivasi Motivasi merupakan penggerak yang dapat menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan yang menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Menurut Siti Hawa Munji (1990) seseorang yang dapat dorongan akan mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagi pelajar yang memerlukan motivasi, mereka selalu diberi galakan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran.

Kecekalan Seseorang individu yang mempunyai kecekalan penumpuan yang tinggi dapat membantu mereka balajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza.

Tanggungjawab Menurut Bell (1972), Individu yang ingin berjaya belajar perlu tekun bertanggungjawab. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri (Dunn dan Dunn, 1978).

5 Struktur Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas. Pelbagai jenis struktur yang berbeza yang diambil oleh pelajar bergantung kepada cara belajar setiap individu dan kebolehannya membuat keputusan.

C) Sosiologikal Sosiologikal terdiri daripada elemen-elemen diri sendiri, berpasangan, sebaya dan orang dewasa. rakan

Diri sendiri Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Mereka lebih selesa bersendirian berbanding berkelompok.

Berpasangan Individu yang belajar secara berpasangan lebih suka belajar dengan individu rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala.

Rakan sebaya Belajar secara kumpulan biasanya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya dan banyak melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea tentang cara pembelajaran yang berkesan.

Orang dewasa Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang sebaya akan lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa.

6 D) Fizikal Fizikal terdiri daripada elemen-elemen persepsi pancaindera, makanan dan minuman, waktu belajar dan pergerakan.

Persepsi pancaindera Pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan

penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera (Atan Long, 1988). Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Oleh itu, Persepsi pancaindera amat penting pada Individu kerana ia mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang.

Makanan dan minuman Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan ketika belajar. Namun begitu, terdapat juga individu tidak gemar makan dan minum sambil belajar kerana ia akan menyebabkan mereka kurang memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Waktu belajar Waktu belajar memainkan peranan membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut Dunn dan Dunn (1978), waktu perdana sangat penting kerana pelajar dapat belajar dengan paling berkesan. Waktu perdana didefinisikan sebagai waktu bagi seseorang itu paling bertenaga untuk menyiapkan sesuatu tugas dengan baik (Haynes, 1989).

Pergerakan Terdapat pelajar yang gemar beralih tempat duduk sekiranya belajar untuk jangka masa yang lama seperti membuat regangan kerana mereka merasa letih. Dalam setiap proses pembelajaran, waktu rehat merupakan satu kemestian bagi setiap pelajar.

7 E) Psikologikal Psikologikal terdiri daripada elemen-elemen analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan.

Analitik/global Pelajar analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan pembelajaran yang dilakukan. Golongan ini hanya melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa. pelajar global pula akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka dan lebih cenderung untuk bekerjasama. Pelajar tersebut gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.

Impulsif/reflektif Individu impulsif gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Individu reflektif pula lebih berhati-hati dalam membuat kerja. Individu ini sangat prihatin dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Dominan otak kiri/dominan otak kanan Otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak kiri ialah mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

KATEGORI PILIHAN
Menggunakan model Dunn dan Dunn, kategori yang paling penting dan memberi kesan bermakna kepada saya sebagai pelajar baharu di IPG ialah kategori fizikal. Saya memilih kategori ini kerana ia telah banyak mempengaruhi gaya pembelajaran saya sebagai pelajar baharu. Terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam kategori ini.

Antaranya ialah dari aspek persepsi pancaindera. Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar dan menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan kinestetik.

Belajar secara auditif dapat membantu saya sewaktu belajar. Belajar secara auditif ialah belajar dengan mengeluarkan bunyi. Melalui pengeluaran bunyi saya dapat mendengar dan mengingat dengan mudah. Biasanya saya mengeluarkan bunyi dalam bentuk suara dan kata-kata.

Belajar secara visual saya gunakan semasa mencari maklumat. Belajar secara visual ialah belajar secara pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat. Pelajar yang menggunakan kaedah visual ini lebih cenderung untuk membaca buku. Oleh itu, semasa mencari maklumat saya membaca buku-buku yang dapat memberi maklumat.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah taktual. Belajar secara taktual adalah pembelajaran melalui sentuhan kerana penterjemahan serta penggabungan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa menyentuh bahan yang ingin dipelajari. Saya menggunakan kaedah ini ketika dalam permainan bola tampar dengan memegang bola dan membuat pukulan. Di samping itu, saya menggunakan kaedah kinestetik.

9 Kaedah ini melibatkan pergerakan fizikal dan gerak kerja semasa proses pembelajaran berlaku.

Semasa belajar, saya juga gemar makan dan minum ketika belajar. Hal ini kerana ia dapat menghilangkan tekanan ketika belajar. Namun, makan yang dimaksudkan ialah makan makanan ringan seperti gula-gula dan biskut, bukan makan makanan berat. Sekiranya saya belajar untuk jangka masa yang lama, saya akan membuat pergerakan. Menurut Dunn dan Dunn (1978), individu perlu melakukan sedikit pergerakan dalam proses pembelajaran tersebut, misalnya bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman, berpindah ke tempat lain bagi meneruskan pembelajaran dan sebagainya.

Selain itu, waktu belajar juga mempengaruhi proses pembelajaran saya. Waktu perdana sangat penting kerana ketika itulah pelajar akan dapat belajar dengan paling berkesan (Dunn dan Dunn, 1978). Waktu perdana bagi saya ialah pada waktu malam. Menurut Haynes (1989), waktu perdana didefinisikan sebagai waktu bagi seseorang itu paling bertenaga untuk menyiapkan sesuatu tugas dengan baik.

Secara konklusinya, kategori fizikal merupakan gaya pembelajaran yang paling banyak mempengaruhi corak pembelajaran saya sebagai pelajar baharu IPG. Meskipun terdapat gaya pembelajaran yang lain juga saya gunakan, namun kategori fizikallah yang banyak memberi kesan terhadap gaya pembelajaran saya.

10

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, gaya pembelajaran amat penting dalam kehidupan seorang pelajar kerana ia akan mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Sekiranya seseorang tidak mempunyai gaya pembelajaran, maka mereka akan mudah merasa tekanan dan akhirnya putus asa. Akibatnya, kegagalan yang akan ditemui.

Walaupun

begitu,

seseorang

pelajar

haruslah

bijak

memilih

gaya

pembelajaran yang terbaik untuk mereka. Oleh itu, elemen-elemen yang diketengahkan dalam gaya pembelajaran Dunn dan Dunn adalah gaya

pembelajaran yang terbaik dan sesuai digunakan oleh setiap individu yang bergelar pelajar mahupun pengajar.

(1533 patah perkataan)

11

REFLEKSI
Setiap pelajar inginkan kejayaan. Namun, untuk mencapai kejayaan mereka hendaklah mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri. Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Belajar amat penting kerana ia banyak mempengaruhi kejayaan seseorang individu yang bergelar pelajar.

Untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mengikuti beberapa langkah iaitu mencari maklumat, menghuraikan maklumat dan memilih kategori gaya

pembelajaran yang sesuai terhadap diri saya.

Dalam proses mencari maklumat, saya menghadapi banyak rintangan seperti sukar untuk mendapatkan maklumat. Namun, saya sedar ia banyak memberikan pengajaran. Antaranya kita hendaklah sabar dan tabah dalam apa jua rintangan dating. Kita juga hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang dituju.

Semasa menghuraikan maklumat yang saya perolehi, saya dapat mengetahui terdapat banyak gaya pembelajaran selain model Dunn dan Dunn. Antaranya ialah Gregorc (1979), gaya belajar Quadrant dan banyak lagi. Saya juga mendapati setiap gaya pembelajaran yang saya perolehi mempunyai banyak persamaan dan saling berkait rapat.

Dalam proses pemilihan gaya pembelajaran, saya hendaklah meneliti kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang berkait rapat dengan diri saya. Saya mendapati kategori fizikal merupakan kategori yang paling banyak

mempengaruhi saya sebagai pelajar baharu di IPG Kampus Kota Bharu ini.

Secara konklusinya, banyak nilai-nilai dan pengajaran yang saya perolehi di sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah sabar, kesungguhan, ketabahan dalam menghadapi cabaran dan banyak lagi. Saya rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya dapat siapkan tugasan ini dengan sempurna.

12

RUJUKAN
http://abdullah042008.tripod.com/id6.html diakses pada 01.08.2011

http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf diakses pada 01.08.2011

http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/model-dunn-dan-dunn.html diakses pada 10.08.2011

http://www.amaljaya.com/guru/Psikologi/GAYA BELAJAR.pdf diakses pada 01.08.2011

http://www.teachersrock.net/masteri3.htm diakses pada 10.08.2011

http://www.zawinaida.blogspot.com/2010/11/model-gaya-pembelajaran-canfield.html diakses pada 01.08.2011

13

LAMPIRAN
Lampiran 1: Jadual 1

Stimulus

Unsur

Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka

Bunyi

Cahaya Alam Sekitar Suhu

Reka bentuk

Motivasi

Ketabahan Emosi

Tanggungjawab

Struktur

belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara

Sendiri Sosiologi Pasangan

Suka belajar dengan sendiri Suka berlajar secara pasangan

Rakan sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Suka belajar dengan rakan sebaya

Suka belajar dalam pasukan Suka belajar dengan guru di sebelahnya Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis

Persepsi

Makan Fizikal Waktu

Gerakan

Global atau Analitik

Otak Kiri atau Otak Kasnan Psikologi

Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu

Impulsif atau Reflektif

Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak

15 jadual 1: model dunn dan dunn Model Dunn dan Dunn 1. Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1. 2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya.

Lampiran 2: Rajah 1: HOKI dan HOKA

Perbandingan Antara Individu Yang Mempunyai Pemproses Otak Kiri dan Pemprosesan Otak Kanan.

PEMPROSES OTAK KIRI PEMPROSES OTAK KANAN yang lebih terang dan tempat duduk yang tersusun. HOKI HOKA muzik, keadaan yang sederhana terang, tempat duduk yang tersusun (informal) dan gemar menyempurnakan beberapa tugas pada sesuatu masa.

senyap, bekerja di hadapan pihak berkuasa, menyempurnakan tugas pada satu masa dan melaksanakan tugas yang berstruktur (arahan yang jelas)

dapat menjalankan tugas.

membuat kerja dan suka tugasan yang tidak berstruktur.

tugasan. makan / minum ketika membuat kerja. pihak berkuasa

16

Lampiran 3:

Gambar 1: Sedang mencari maklumat.

Lampiran 4:

Gambar 2: Belajar secara informal

Lampiran 5: Gambar 3: Amalan yang tidak boleh dicontohi.

Lampiran 6: Gambar 4: Belajar secara berkelompok (rakan sebaya).

17

Lampiran 7:

Gambar 5: Belajar sambil makan.

Lampiran 8:

Gambar 6: Belajar secara formal.

18 Lampiran 9:

Rajah 2: hala tuju pelajar.