Anda di halaman 1dari 12

Wednesday, February 22, 2012

Bukti Menutup Aurat Bukan Penghalang Muslimah Bersukan


Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan? Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a. Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu . -Riwayat Ahmad dan Abu Daud Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang? Gambar di bawah adalah buktinya...

Siapa cakap berkuda kena pakai seluar ketat?

Ruqaya al-Ghasara tak perlu pakai spender sewaktu berlumba lari untuk meraih pingat emas di sukan Asia.

Tinju..

angkat berat? seriously?

wushu.. (psssttt.. comey..)

main basketball pakai jubah.. apa ada hal..

main bola sepak..

ragbi!

tak pakai bikini pun still boleh berenang..

tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet..

lawan pedang

tahik kwando..

Ini paling awesome! ninja muslimah..

err.. ni bersukan ke? tapi still hebat! *Gambar-gambar disedut melalui google images. Ada banyak lagi... Boleh cari sendiri.. Dah nampak? Tiada sebab dan alasan untuk tidak menutup aurat. Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk kata 'belum bersedia' atau 'belum sampai seru' sedangkan arahan tu datang daripada ALLAH. Sudah-sudahlah memberi alasan tipikal tu. SZ : Lelaki pun sama.. Malu la sikit.. Perempuan pun boleh tutup aurat ketika bersukan walaupun aurat diorang lebih berat daripada kita..

Friday, January 6, 2012


Alasan Berhingus Daripada Amalina Yang Genius
Pada mulanya, aku malas hendak ambil port sangat dengan isu Nur Amalina Che Bakri yang dikatakan mengalami kejutan budaya tu. Bagi aku, itu dah jadi macam perkara biasa sebab memang dah biasa sangat berlaku. Cuba check kat kolej or universiti masing-masing. Berapa ramai student yang rosak? Bukan setakat cara pemakaian yang menjolok mata. Malah budaya ber'couple', pergaulan bebas, ber'clubbing', minum arak, zina dah berleluasa di mana-mana IPT. Itu belum lagi belajar kat oversea, dah jadi macam-macam. So, apa nak dikecohkan sangat dengan kes Amalina? Owhh... Mungkin sebab beliau pelajar genius yang pernah menggemparkan negara dengan rekod pencapaian cemerlangnya dalam SPM dengan keputusan 17A1? Maka, pelajar-pelajar yang bengang kerana guru-guru asyik menyuruh mereka supaya menjadikan Amalina sebagai role model suatu ketika dulu, sekarang sudah dapat tersenyum dengan sinisnya. Terasa ingin bertemu dengan guru tersebut dan menunjukkan kepadanya bagaimana Amalina yang sekarang. "Ini ke Amalina yang cikgu suruh kitorang jadikan contoh dulu?". (Sekadar contoh) Memandangkan mental aku tengah down gara-gara domain aku dicuri dan terpaksa menggunakan domain sementara, aku sebenarnya dah malas nak update blog. Tetapi, disebabkan aku tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amalina dan ibunya di akhbar, malah siap ada sidang video dalam TV semalam, aku terpanggil untuk memberi komen.

Kan segak kalau maintain macam ni sampai sekarang..

Berikut adalah antara komen berhingus Amalina yang aku sangat tidak berpuas hati : Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama. Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar. Yaaa... Aku akui yang aku pun pernah tengok gambar Amalina free hair di akhbar dalam sisipan khas yang menceritakan tentang kejayaan beliau ketika dulu. So, aku tak hairan sangat kalau dia free hair. Cuma sekarang ni berkarat je. Berkenaan seluar yang dipakai, lantaklah legging tu warna coklat atau kelabu tahi anjing sekalipun, pemakaiannya tetap haram kerana menampakkan bentuk tubuh. Alasan yang mengatakan seluar itu pemberian ibunya, cukup memeranjatkan. Aku pun tak pasti samada memang betul itu pemberian ibunya ataupun sekadar ingin cover line keterlanjuran anaknya. Cumanya, aku berharap agar para ibu bapa lebih tegas memberi didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Bukannya mendorong mereka melakukan perkara yang ditegah agama. Ini kalau aku kat tempat Amalina, mati aku dikerjakan ayah aku. Confirm kena berhenti belajar, balik Malaysia serta merta. Lepas tu kena lempang, kena pulau dengan orang kampung kerana memalukan keluarga dan masyarakat. Kalau tak kena halau dari rumah, mesti kena hantar masuk sekolah pondok. Yeah.. Itulah yang bakal aku alami kalau aku di tempat Amalina sekarang. Pasti! Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil." Ini alasan tipikal yang kita semua dah biasa dengar oleh wanita yang ego tidak mahu menutup aurat. Amalina memandang remeh suruhan Allah tersebut. Adakah dia over confident yang beliau akan terselamat daripada siksaan api neraka tanpa perlu menutup aurat? Cukup dengan hanya bersolat dan membaca Yassin? Amalina, anda perlu tahu. Orang yang benar-benar menghayati solat dan ayat AlQuran, pasti akan menurut segala perintah Allah. Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakanrakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya. Berpeluk dengan lelaki bukan mahram belum dikira melampaui batas? Bersosial dengan pergaulan bebas seperti itu adalah cara untuk melepaskan tekanan? Terbaeklah! Lepas ni boleh la mohon kat kerajaan supaya mewujudkan kelab malam di setiap ipt di Malaysia dan mewajibkan parti-parti liar diadakan di setiap hujung minggu. Kerana ianya bagus untuk meredakan tekanan sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar kita dalam pelajaran. Nice! Ini kaedah terbaik dalam mencorak anak

muda sebagai bakal pemimpin masa hadapan. * Kenyataan Amalina tersebut dipetik daripada akhbar Sinar Harian

http://hotfile.com/dl/121467096/fdc47dd/Gelanggang.Akhir.Raja.Lawak.Musim.Pertama.part2.r ar.html http://hotfile.com/dl/121467240/9247ca2/Gelanggang.Akhir.Raja.Lawak.Musim.Pertama.part3.r ar.html http://hotfile.com/dl/121467402/67e7256/Gelanggang.Akhir.Raja.Lawak.Musim.Pertama.part4.r ar.html http://hotfile.com/dl/121467910/2a1bc08/Gelanggang.Akhir.Raja.Lawak.Musim.Pertama.part1.r ar.htm


ntara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki 1. Islam lebih menekankan aurat perempuan. Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hanbali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki. 2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki. Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka. 3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka. Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan

sendiri juga tinggi. 4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana. Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

Fesyen seluar londeh nampak boxer yang cute.. Wekkk..

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki. Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!) Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar. *************************** Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka. Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.

SZ : Biarlah orang mengutuk fesyen kita ketinggalan zaman.. Asalkan kita tidak dikutuk di akhirat kelak kerana memakai fesyen akhir zaman..