Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang melatih guru menjadi seorang guru

yang berkualiti. Program ini selari dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik. Pada fasa pertama, program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam secara perkhemahan dan aktiviti lasak. Aktiviti yang disusun amat mencabar dan bersesuaian dengan profesion perguruan. Ia dapat memupuk semangat kerjasama diantara guru pelatih dalam membuat gerak kerja secara berkumpulan, melatih untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis, belajar merancang dan membuat kerja dengan sistematik, melatih sifat-sifat kepimpinan dan sebagainya. Program ini bukan sahaja melatih guru untuk berdiri di atas tapak kaki sendiri malah dapat melahirkan guru yang serba boleh dalam pelbagai aspek dan aktiviti kemasyarakatan. Hasilnya, guru-guru di Malaysia dapat membawa mesej pendidikan dalam pelbagai suasana politik Malaysia dan keadaan muka bumi termasuklah di kawasan pedalaman. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seorang guru bukan sahaja mengajar generasi akan datang, tetapi mendidik mereka untuk menjadi seorang insan yang berdaya saing dan berkompetensi. Kesimpulannya, program ini amat bersesuaian dengan profesion ini. Seorang guru pelatih tidak cukup latihannya jika tidak merasai pengalaman dalam program BIG.

Anda mungkin juga menyukai