Anda di halaman 1dari 5

SPM CONTOH KARANGAN Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak piha k kurang melibatkan

diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan langkahlangkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme. ________________________________________________________________________________ __ Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang ku kuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang dicapa i ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang me ngorak langkah ke arah menju taraf sebagai negara yang maju seperti negara Engla nd dan Jepun yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Mente ri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Ant arabangsa Kula Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang sema kin luntur tidak diatasi. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dal am kalangan masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kem enterian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semang at patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurka n.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang, bukanlah m asa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insa n kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang suda h lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya men yalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi : Burung merbuk terbang melayang, Hinggap setenggak d i dahan mati, Kalau menepuk air di dulang Nanti memercik ke muka sendiri. Persoa lannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patrio tisme di kalangan masyarakat? COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis per nah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita berperanan signni fikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kita haruslah gia t melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh pihak-p ihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukan kerajaan.Re ntentan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siaran tel evisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyema i semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita juga sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme seperti Keranamu Malaysia. Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang p enting dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ib u bapa merupakan orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak me nghabiskan kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi ob ligasi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat patrio tisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai hadiah. Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini mudah di ajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur bulu h biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladan de ngan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut teori Pol vo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa me reka. Langkah yang seterusnya ilah pihak masyarakat haruslah sering mengadakan k empen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkan s emangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampu mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat patriotisme da lam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnya menjalan kan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu, masya rakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkan semangat pa triotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti Rukun Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dap at dipupuk atau disuburkan. COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalam usah a menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen dan radio .Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan programprogr am yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen haru lah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubari rakyat. Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan poster-poster berkai tan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premispremis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar mengha rgai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan pe rasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme yang tinggi. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupaya dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sem emangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun Abdulla h b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan pro duk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. G uru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuang masa d ahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini, pelajar-pel ajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutan kemerdekaan seti ap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam menjalan kan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Prinsip 'b agai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni' haru slah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam negara ki ta untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama menyuburkan semula sema ngat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia untuk 'duduk sama rendah, be rdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa. Ingatlah, sema ngat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar mata hari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia menjadi s ebiji bintang yang terang di dunia! COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM