Anda di halaman 1dari 6

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

Ciri-ciri pantun:
1. 2. 3. 4. 5. Rima akhir abab, Unsur jeda (pemberhetian seketika kebiasaannya ditengah-tengah) 1 Baris atas pembayang dan 1 Baris bawah maksud (Pantun 2 kerat) 2 Baris atas pembayang dan 2 Baris bawah maksud (Pantun 4 kerat) 3 Baris atas pembayang dan 3 Baris bawah maksud (Pantun 6 kerat)

Tingkatan 1: Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buatberani tanggung. Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Saya kata itik,awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam.
1

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

Md. Ali Bachik (penyelenggara)


Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003.

Rangkap 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Maksud Berharap agar rakan sudi membantunya lagi. Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong. Berharap agar rakan membalas surat yang diterima. Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya. Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara. Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya. Orang yang terakhir mestilah berkemas. Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya. Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat. Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.

Tema : Amalan yang baik dalam hidup. Persoalan: a) Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas berusaha akan hidup susah. b) Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong. c) Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat. Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa yang diucapkan benar dan bernas. b) Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita, contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita. c) Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh masyarakat.

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG Soalan Praktis : 1. Frasa sudah kene jentik baru nak diam dalam puisi bermasud A. tidak melawan setelah dihukum. B. Pandai membawa diri setelah dimarahi C. mendiamkan diri setelah dihukum D. Memohon maaf setelah melakukan kesalahan. 2. Mesej yang terdapat dalam rangkap kelima ialah A. orang yang cerdas akan dapat belajar dengan cepat. B. orang yang tenang akan hidup gembira C. orang yang rajin berfikir akan cepat pandai. D. orang yang bijak mudah diajak berunding. 3. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenam? A. Berani berdikari B. Berani menghadapi segala akibat C. Berani kerana benar D. Berani mempertahankan pendirian. 4. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang meminta rakannya membalas surat yang telah dikirimkan? A. Supaya mereka dapat mengekalkan persahabatan. B. Supaya pengarang mengetahui kedudukan rakannya. C. Supaya mereka dapat berkongsi pengalaman hidup. D. Supaya pengarang dapat menghubungi rakannya pada bila-bila masa. 5. Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat. A. Rima akhirnya abab. B. Jumlah suku katanya adalah bebas. C. Bunyi suku kata pada hujung baris adalah sama. D. Terdiri daripada satu baris pembayang dan satu baris maksud.

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

Tingkatan 1: Pantun Empat Kerat (Agama)

Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya; Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam riang-riang; Menangis di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang.

Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan, Tidak semulia bulan puasa; Banyaklah tuan serupa tuan, Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka, Memerintah kota dan negeri; Sengsara masuk dalam neraka, Hendaklah kita ingatkan diri.
4

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG

Pohon di kebun habis berbuah, Disambut masak buah rembega; Mohonkan ampun dosa yang sudah, Hendak masuk dalam syurga.

Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari (penyelenggara) Kuntum pertiwi buku 2, 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rangkap Maksud 1 Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang. 2 Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari. 3 Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu. 4 Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya. 5 Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat. 6 Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan Persoalan: a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhirat. b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf. Nilai : a) Semangat bermasyarakat saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang. b) Rasional mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan. c) Berhemah Tinggi mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

PUSAT TUSYEN PASTI CEMERLANG Pengajaran : a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahala. b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia. c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan. Soalan Praktis : 1. Frasa menangis di pintu kubur bermasud A. jujur B. menyesal C. merendah diri D. bercakap benar 2. Baris puisi bagai pohon tidak berbuah ialah gaya bahasa A. simile B. metafora C. hiperbola D. personifikasi 3. Apakah nasihat yang terdapat dalam rangkap ketiga? A. Rajin belajar dan gigih berusaha. B. Ilmu yang dipelajari hendaklah diingati. C. Kita perlu berwaspada ketika menuntut ilmu. D. Orang yang berilmu mesti bekerja untuk membantu keluarga. 4. Pantun Empat Kerat ini mengemukakan tema berunsur A. nasihat B. sindiran C. kias dan ibarat D. contoh dan teladan. 5. Ciri Pantun Empat Kerat yang betul ialah A. Rima akhirnya aaaa. B. Semua baris merupakan maksud. C. Jumlah suku kata adalah antara 8 hingga 12 D. Terdapat jeda pada bahagian awal dan akhir baris.