Anda di halaman 1dari 51

PPK332

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ART IN EARLY CHILDHOOD

DEFINISI SENI
Berbagai makna dan huraian diberikan Eugene Johnson di dalam The Encylopedia Americana : seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran ukiran dan pertukangan. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian .kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia , yg mempunyai fitrah semula jadi cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera .

Seni atau Art dalam bahasa Inggerisnya merupakan satu perkataan yang merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) , Seni diperoleh melalui empat cara utama: 1. Melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. 2. Melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. 3. Melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya 4. Melalui bacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa

SAMBUNGAN...

TOKOH TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENGUTAMAKAN SENI:

Maria Montessori Harvard Gardner John Dewey John Amos Comenius

MARIA MONTESSORI
Menekankan kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak iaitu penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan supaya kanakkanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria yang cekap. Kanak-kanak perlu dilayan dengan baik kerana layanan yang tidak sesuai akan menghalang perkembangan sahsiah kanak-kanak.

HOWARD GARDNER
Memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan. Bahasa kebolehan menulis, melahirkan idea dengan bahasa yang retorik, pantun, sajak dan bercerita. Logik-matematik kebolehan mencorak, melukis dan mengukir. Kinestetik kebolehan dalam membuat gerakan, menari, berlakon, sukan dan permainan

HOWARD GARDNER
Ruang (spatial) kebolehan mencorak, melukis dan mengukir. Muzik kebolehan mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik dan bermain alat-alat muzik. Interpersonal kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dan bekerjasama dalam kumpulan. Intrapersonal kebolehan memahami perasaan diri sendiri dan motivasi dir

JOHN DEWEY
Mengatakan pendidikan adalah suatu proses kehidupan, bukannya persediaan untuk kehidupan akan datang. Menekankan kanak-kanak di dalam bilik darjah terlibat dengan aktiviti fizikal, menggunakan bahanbahan, mengembangkan intelek dan mewujudkan interaksi sosial. Menggalakkan kanak-kanak belajar dengan membuat learning by doing kerana kanak-kanak secara semulajadi adalah aktif, kerana menjadikan kanakkanak lebih bersedia dan lebih seronok.

JOHN AMOS COMENIUS


Percaya pendidikan haruslah berdasarkan kepada keadaan semulajadi, kecenderungan dan pengalaman kanak-kanak. Pendidikan perlu kanak-kanak. mengikut peringkat semulajadi

Pendidikan awal kanak-kanak perlu membuat pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari sesuatu yang mereka belum bersedia.

JOHN AMOS COMENIUS


Beliau juga yakin bahawa pengalaman yang dirancang dengan baik adalah perlu untuk memperkembangkan idea semulajadi kanak-kanak. Beliau juga berpendapat bahawa pembelajaran akan mencapai matlamat apabila melibatkan deria dan pendidikan yang menggunakan deria dianggap sebagai asas kepada semua pembelajaran. Pendidikan yang disediakan haruslah berbentuk pengalaman pembelajaran yang positif yang mempunyai unsur-unsur kebebasan dan keseronokan.

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Seni sebagai satu bentuk permainan kepada kanak-kanak. mendedahkan gaya hidup dan panduan kepada kanak-kanak. Seni Seni membolehkan mental kanak-kanak berkembang dan mula melambangkan objek melalui gambar dan juga aktiviti seni yang lain. Boleh membina sifat berdikari dan juga imaginasi kanak-kanak. Seni membolehkan kanak-kanak bereksprimen dengan pelbagai bahan dan menggunakan imaginasi untuk menceritakan apa yang diciptakan oleh mereka. Aktiviti seni boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran di dalam semua domain seperti kognitif, sosio-emosi, bahasa dan pertuturan dan kemahiran motor.

KEPENTINGAN SENI DALAM PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Seni Untuk Perkembangan Kognitif Seni Untuk Perkembangan Sosio-emosi Seni Untuk Perkembangan Bahasa Dan Pertuturan Seni Untuk Perkembangan Motor

SENI UNTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF


Satu aktiviti penerokaan deria Melalui penerokaan deria, kanak-kanak akan melibatkan penggunaan simbol-simbol. Kanak-kanak mula mewakili benda sebenar, peristiwa dan mempunyai perasaan dalam seni. Contoh : Kanak-kanak akan menikmati satu perasaan apabila sebatang krayon bergerak di atas kertas dan melihat setompok warna menjadi kembang. Kamii & DeVeries (1993) mengatakan bahawa penerokaan bahan amat penting kerana melalui penerokaan, kanak-kanak akan membina satu pengetahuan tentang objek di dunia sekeliling mereka. Aktiviti seni juga memerlukan kanak-kanak membuat keputusan dan penilaian kendiri.

SAMBUNGAN
Klein (1991) empat keputusan yang dibuat oleh kanak-kanak iaitu: - tentukan apa yang ingin digambarkan - bahan yang akan digunakan - susunan objek dalam kerja - tempoh masa untuk menyiapkan kerja Feeney & Moravcik (1987) kanak-kanak menilai kerja seni dengan memikirkan apa yang mereka suka dan apa yang orang lain beritahu yang menyenangkan mereka. De la Roche (1996) seni merupakan satu aktiviti yang membolehkan kanak-kanak meluahkan apa yang mereka tahu dan rasa. Ia juga satu jalan keluar bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan kata, tulisan atau lisan yang agak terhad.

SENI UNTUK PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI


Kanak-kanak akan menggambarkan diri mereka melalui aktiviti seni. Contoh: Kanak-kanak mungkin melukis gambar seekor raksasa yang berada di bawah katil. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu takut ataupun mengalami masalah sosial atau emosi yang serius. Kanak-kanak akan memberi maklumat mengenai perasaan mereka melalui aktiviti seni. Sesetengah dari maklumat tersebut menunjukkan peristiwa harian dan sesetengahnya menunjukkan masalah emosi. Contoh: kanak-kanak mematahkan krayon, mengoyak kertas, menconteng gambar mungkin menunjukkan perasaan marah, tidak gembira ataupun konsep kendiri negatif. Cohen (1974) - Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri negatif sering merasa ragu untuk menyiapkan tugasan kerana kanak-kanak ini percaya mereka tidak membuat kerja dengan baik.

SAMBUNGAN
Lowenfeld & Brittain (1969) aktiviti seni merupakan satu cara tanpa lisan bagi kanak-kanak menggambarkan pemahaman mereka mengenai sesetengah konsep. Sautter (1994) apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti seni bersama rakan sekelas, mereka dapat membina harga diri. Ini dapat dilakukan melalui cara bagaimana kanak-kanak tersebut belajar menerima kritikan dan pujian dari orang lain. Rasa seronok dalam melakukan aktiviti seni akan meningkatkan cara bersosial seperti bercakap, bahasa badan dan juga senyuman. Selain itu juga ianya membina keyakinan pelajar dan juga menggalakkan kanak-kanak menjadi kreatif.

SENI UNTUK PERKEMBANGAN BAHASA DAN PERTUTURAN


Seni memudahkan kanak-kanak untuk menunjukkan kebolehan berbahasa dan juga bahasa penerimaan. Contohnya: kebolehan berbahasa boleh dibina oleh guru dengan bertanyakan kanak-kanak tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan projek seni. Manakala bahasa penerimaan pula boleh ditingkatkan dengan cara guru meminta murid meletakkan sekeping kertas di atas meja. Minat kanak-kanak terhadap projek seni termasuklah melukis, mengecat dan mencipta objek 3D boleh digunakan untuk meningkatkan kebolehan berbahasa di kalangan kanakkanak.(kajian)

Aktiviti seni dalam permainan untuk merangsang motor

SENI UNTUK PERKEMBANGAN MOTOR


Aktiviti seni boleh meningkatkan perkembangan motor dan kemahiran pengurusan diri. Kemahiran kawalan motor boleh ditingkatkan melalui aktiviti seperti mengecat menggunakan berus dan juga bermain dengan tanah liat. Aktiviti seni seperti melutut atau berdiri semasa mengecat boleh meningkatkan perkembangan motor kasar. Gerakan kecil jari-jari, tangan dan pergelangan tangan dikehendaki untuk memotong dengan gunting, membuat daripada tanah liat atau melukis di atas permukaan kecil untuk membina ketangkasan dan kawalan motor. Aktiviti seni juga menolong kanak-kanak membangunkan koordinasi- mata tangan. Mereka belajar untuk menyelaras apa yang mereka lihat dengan gerakan tangan dan jari mereka. Koordinasi mata-tangan ini adalah penting untuk kebanyakan aktiviti, termasuk membentuk huruf dan menjarakkan perkataan dalam tulisan formal.

Kemahiran dalam motor halus

BIDANG SENI
Drama Dan Puisi Muzik Persekitaran Dan Keindahan Alam Pergerakan Kreatif Permainan Seni Visual

DRAMA DAN PUISI


K2 bebas melahirkan perasaan mereka. Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan dengan mudah, kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. K2 diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka. Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaaan kendiri kanak-kanak.
Mudah belajar apabila dapat mendengar perkataan yang mempunyai bunyi yang sama, dan seronok pula mengulang-ulang sesuatu perkataan . Puisi dan pantun merupakan rangkap-rangkap ayat yang mudah untuk dibaca kerana ia mengandungi rentak tertentu. K2 mampu untuk memahirkan penggunaan bahasa selain mengembangkan pengetahuan mereka.

DRAMA DAN PUISI


Wujudkan semangat kerjasama menyediakan persembahan. Pemilihan pelakon, penghafalan dialog, memilih kostum, menyediakan pentas, mengadakan latihan dan sebagainya memberi peluang untuk guru dan kanak bekerjasama. Boleh menggalakkan komunikasi sosial antara kanak-kanak. Kanak-kanak bangga dapat menunjukkan bakat kepada ibu bapa dan orang dewasa. Ini menanam semangat berani mencuba.

Muzik dalam seni

MUZIK

K2 dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Kefahaman konsep dan bahasa dapat ditingkatkan melalui aktiviti muzik, nyanyian dan pergerakan. Penguasaan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa nyanyian, dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan meningkatkan kemahiran kognitif.

Seni menggambarkan alam

PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM


Keindahan alam sekitar memberi idea untuk seseorang berkarya, bukan sahaja kepada orang dewasa malah kepada2. Kanak2 diberi peluang untuk meneroka alam sekitar dan kemudiannya menyampaikan rasa penghargaan mereka dengan pelbagai cara yang lebih kreatif mereka sentiasa ingin belajar secara aktif. mereka lihat sendiri sesuatu perubahan yang berlaku. Misalnya mereka boleh nampak daun muda berwarna hijau, kemudian layu menjadi warna kuning dan akhirnya mati menjadi coklat.

Aktivi yang merangsang perkembangan kognitif

PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan : tiada had rupa bentuk, di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengarkan. Dua elemen penting dalam pergerakan - ruang (atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang) - masa (cepat-perlahan, panjang-pendek, detik)

PERGERAKAN KREATIF
Contoh: Gunakan badan sebagai instrumen bagi membuat pergerakan seperti hujan turun, angin bertiup, air mengalir di sungai ataupun seperti binatang kegemaran kanak-kanak seperti burung, ikan dan lain-lain. Pergerakan dengan corak dan irama Pergerakan ini agak susah dipelajari kerana perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Jadi pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.

SENI VISUAL
Ahli falsafah Susanne Langer mempercayai manusia dilahirkan dengan satu biologi penting yang memerlukan seni. Seni memainkan peranan penting dalam perancangan awal alam kanak-kanak. Ia menyediakan sesuatu yang bermakna bagi mentafsir dan menjelaskan tingkah laku manusia dan pengalaman-pengalaman.

Samb
Guru mesti menghargai diri kanak-kanak dan bertindak untuk meningkatkan perkembangan dengan aktiviti seni dengan memberi galakkan menggunakan bahan-bahan yang dapat melahirkan perasaan diri. Melalui aktiviti seni juga guru bertanya soalan yang akan merangsang perkembangan idea dan perasaan seterusnya menjadikan kanak-kanak aktif, berorientasikan kejayaan, bermotivasi dan membiarkan mereka menemui dan menjalankan penyiasatan.

Samb
Dengan menyiasat dunia sekeliling mereka, kanak-kanak memperkembangkan konsep-konsep yang meningkatkan permahaman mereka dengan alam sekitar dan sedia untuk membina sebuah stor imej-imej. Di samping kanak-kanak meneroka dan memerhati dunia mereka melalui seni, mereka belajar mengenai dunia sekeliling mereka, mereka membangunkan harga diri apabila cara-cara pemikiran mereka diterima dan dihargai. Kreativiti sangat berharga untuk kanak-kanak kerana: Ia meningkat perasaan harga diri kanak-kanak, memudahkan pernyataan kendiri dan menyuarakan emosi-emosi dan ideaidea, menyediakan sebuah keseimbangan yang penting untuk program-program bahagian kognitif.

Merancang Ruang Aktiviti Pendidikan Seni:


LOKASI: Pilih lokasi hampir dgn tingkap utk dptkan cahaya asli memudahkan k2 mengeluarkan kreativiti sendiri. Adakan bilik atau sudut khas dlm b.djh. Adakan sinki atau bekas air besar bersabun bg kemudahan kerja membersihkan ruang , alat-alat dan tangan dan tuala/kain basah uth mengelap. Perlu jauh dpd tempat menyimpan mainan spt patung, permainan dan buku yg boleh terkena kotoran . Ada ruang boleh membiarkan hasil seni di jemur tanpa mengganggu kegiatan lain. Ruang dapat mengawal t.laku dan pergerakan k2.

Sambung:
Perabut: Gunakan perabut mudah alih spt meja, kerusi, papan tulis, rak-rak dll. Bekalan bahan :perlu pebagai, bahan beru dan lama/terbuang/terpakai. Kit Seni : atau dulang mudah alih utk setiap murid menyimpan alat-alat sendiri. Galeri : ruang pameran hasil kerja.

STRATEGI PENGAJARAN AKTIVITI SENI


Semasa aktiviti seni, pengajaran secara langsung dan tak langsung digunakan. Jenis-jenis pengajaran yang dipilih harus berdasarkan keupayaan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak dan jenis bahan-bahan seni yang digunakan (Rubin, 1984) Terdapat dua strategi pengajaran iaitu: - Pengajaran secara langsung - Pengajaran secara tak langsung

PENGAJARAN SECARA LANGSUNG


Ia ditafsirkan sebagai memberitahu kanak-kanak apa yang perlu dilakukan dan bagaimana hendak melakukannya. K2 menjalankan aktiviti yang ditunjukkan oleh guru. Sangat berguna bagi kanakkanak yang baru pertama kali menggunakan peralatan seni atau bahan baru contohnya gunting. Contoh, memerhatikan guru memakai apron atau baju lama, menutup meja, campuran warna, memilih berus, menunjukkan bagaimana mencelup berus di dalam cat dan menyapu lebihan Kaedah ini dilakukan berulang ssehingga kanak-kanak berkeperluan khas mampu melakukannya sendiri.

PENGAJARAN SECARA TAK LANGSUNG


Lebih baik dari secara langsung kerana melibatkan bahan-bahan yang boleh didapati tanpa menyediakan arahan-arahan atau model-model sepatutnya dibuat (Grozinger, 1955). Dpt menyediakan peluang kanak-kanak akses kepada bahan-bahan seni seperti kertas-kertas, gunting, marker, dan krayon untuk mereka bermain secara bebas. K2 memerlukan peluang untuk meneroka secara bebas menggunakan bahan-bahan seni supaya boleh menemui, mencipta dan berjaya dengan sendirinya.

PENGAJARAN SECARA TAK LANGSUNG


Peranan guru semasa menggunakan pengajaran secara tak langsung ialah untuk menyediakan kemudahan kepada bahan-bahan untuk meningkatkan pembelajaran. Guru sepatutnya mengalakkan dan menolong kanak-kanak semasa aktiviti. Aktiviti secara terbuka menggalakkan penerokaan terhadap bahan yang dirasakan sesuai. Tumpuan aktiviti sepatutnya memberi tumpuan terhadap pengalaman kanak-kanak melakukan aktiviti seni berbanding hasil daripada aktiviti tersebut. Aktiviti seni sepatutnya dirangka mengikut tahap perkembangan supaya kanak-kanak memerlukan sedikit sahaja bantuan daripada guru dalam aktiviti seni.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI SENI

Peranan dan galakan ibu bapa dalam aktiviti seni

Aktiviti seni

Aktiviti seni merangsang minda

Seni untuk kemahiran motorkoordinasi mata dan tangan

Deria sentuhan

Menjalankan aktiviti seni melalui komputer

Menggunakan patung sebagai alat untuk aktiviti bercerita

Aktiviti dalam seni

Mencipta kreativiti daripada doh

RUMUSAN
Setiap kanak-kanak dilahirkan dgn keupayaan untuk menggerakkan fikiran, emosi semangat,imaginasi, yg boleh dididik. Benih-benih imaginasi dan kreativiti mestilah disemai sejak awal usia kanak-kanak dan diperkembangkan.

Anda mungkin juga menyukai