Anda di halaman 1dari 5

Laporan Ciri-ciri Keselamatan di Sekolah

Pada 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 saya Mohd Adzmi Adzim bin Haji Poniran bersama rakan saya Mohd Fauzan Bin Yusoff telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sam Yoke. Di sana kami telah ditugaskan untuk memeriksa ciri-ciri keselamatan di beberapa tempat di sekolah dengan keizinan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cina Sam Yoke tersebut berdasarkan tugasan Pendidikan Keselamatan. Sepanjang kami berada di sana kami telah menjalankan pemeriksaan di beberapa tempat antaranya Makmal Kemahiran Hidup, Stor Sukan, Koridor dan Tangga, Kantin Sekolah, Tandas, Padang dan Gelanggang, Makmal Sains, Kawasan meletakkan kenderaan, dan Bilik Darjah. MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP Semasa kami menjalankan pemeriksaan di kawasan Makmal Kemahiran Hidup kami dapat lihat ciri-ciri keselamatan dijalankan di Makmal Kemahiran Hidup tersebut. Kami mendapati peraturan makmal dilampirkan di makmal. Walaupun peraturan makmal yang dipamerkan adalah bahasa cina, namun begitu murid melayu juga diterangkan mengenai peraturan di makmal berdasarkan penerangan daripada guru. Alatan di dalam makmal juga disusun kemas mengikut tempatnya dan alatan tersebut dilabelkan. Ini adalah supaya murid dapat meletakkan semula di tempatnya yang asal setelah digunakan. Di makmal tersebut saya dapat lihat kebersihan dijaga di bahagian meja, kerusi, alatan dan juga lantai. Akhir sekali pendawaian elektrik selamat dan tidak membahayakan. Ini adalah supaya tidak berlaku lintar pintas dan kelas dapat dijalankan dalam keadaan yang selamat. STOR SUKAN Selain itu, stor sukan dipastikan berkunci untuk memastikan tiada murid yang cuba masuk ke dalam stor untuk mengambil alatan sukan tanpa kebenaran daripada guru. Kami perlu meminta kunci untuk membuka pintu tersebut yang dikunci dengan menggunakan 2 mangga supaya dapat memeriksa keadaan stor tersebut. Kami

mendapati alatan sukan disusun rapi dan dilabel. Kebersihan stor sukan dijaga walaupun dikunci. Kami dapat lihat keadaan alatan masih elok dan boleh digunakan. Tiada alatan sukan yang rosak disimpan dalam stor sukan tersebut. Dalam aspek pencahayaan, ianya amat bersesuaian dengan bilik stor sukan. Stor sukan tidak berada dalam keadaan yang gelap dan lampu dalam stor tersebut masih boleh digunakan. Akan tetapi, buku rekod alatan dan senarai alatan tidak disediakan di dalam stor sukan tersebut. Buku rekod sepatutnya disediakan untuk memastikan alatan masih cukup dan tidak ada alatan yang hilang. KORIDOR DAN TANGGA Tambahan pula, setelah kami melakukan pemerhatian di koridor dan tangga kami yakin keadaan tempat ini berada dalam keadaan selamat. Kami mendapati permukaan lantai tidak licin. Oleh itu murid selamat untuk menggunakan koridor dan tangga tersebut. Kebersihan koridor dan tangga juga dijaga dan tiada barang yang membayakan di letakkan di kawasan tersebut. Untuk bahagian tangga, tahap kecerunan tidak terlalu cerun dan sesuai untuk murid sekolah. Keadaan pencahayaan juga baik dan ketinggian palang / tembok bersesuaian dengan murid sekolah. Ini menyukarkan murid untuk memanjat tembok di koridor tersebut dan keselamatan lebih terjamin. Setiap koridor menyediakan loceng keselamatan dan juga pemadam api. Sekiranya berlaku kemalangan murid boleh mengesan bahaya yang akan datang dengan amaran daripada loceng keselamatan. Murid / guru juga boleh menggunakan pemadam api yang disediakan jika kebakaran berlaku. KANTIN Seterusnya, di kawasan kantin sekolah. Berdasarkan pemerhatian kami, hanya murid cina makan di kawasan kantin sekolah. Kebiasaannya murid berbangsa melayu makan bekalan yang dibawa dari rumah di wakaf yang berdekatan. Kami mendapati kerusi dan meja di atur kemas di kantin. Keadaan ini menyebabkan murid selesa untuk makan dan rehat di kantin sekolah. Selain itu, permukaan lantai bersih dan tiada benda yang membahayakan. Ini menyebabkan murid berada dalam keadaan selamat walaupun kadangkala terdapat murid yang berlari di kantin. Keadaan sinki juga dalam

keadaan yang bersih dan keadaan perkakas yang masih elok. Namun begitu, palang beratur tidak disediakan di kantin. Ini akan menyebabkan murid-murid berebut-rebut untuk membeli makanan. Kemalangan yang tidak diduga mungkin akan berlaku kerana ketiadaan palang beratur ini. TANDAS Di kawasan tandas pula ciri ciri keselamatan menepati borang senarai semak kami. Kami mendapati papan tanda disediakan untuk lelaki, perempuan, guru lelaki, guru wanita dan juga kakitangan sekolah. Ini untuk memastikan setiap individu menggunakan tandas yang disediakan untuk mereka. Keadaan lantai di tandas juga dalam keadaan bersih dan tidak licin. Jika tandas dalam kotor murid tidak akan menggunakan tandas dan mungkin terdapat murid melepaskan hajat mereka di dalam kelas. Tandas yang licin juga membahayakan murid dan berisiko untuk mendapat kecederaan.Kami dapat lihat tong sampah disediakan untuk memastikan keadaan yang bersih. Kemudahan dalam tandas masih dalam keadaan elok dan boleh digunakan. Kami juga dapat lihat pencahayaan di tandas elok dan sangat bersesuaian dengan keadaan tandas. PADANG DAN GELANGGANG Sebagai pelatih yang mengambil pendidikan jasmani kawasan inilah yang kami paling seronok kami perhatikan iaitu kawasan padang dan gelanggang. Kami mendapati kawasan padang bebas dari sebarang objek atau alatan sukan. Kawasan padang sangat selamat digunakan walaupun kecil dan peralatan sukan yang digunakan segera dipulangkan ke stor sukan selepas digunakan.Jika terdapat peralatan di tepi padang ianya akan disusun dengan rapi. Rumput di padang dalam keadaan pendek dan yang paling penting pengajaran dan pembelajaran dengan pengawasan guru. Jika murid ingin bermain di padang, mereka hendaklah diawasi oleh guru supaya keselamatan mereka boleh dijaga. Akan tetapi, tiada peraturan penggunaan padang dipamerkan di padang Sekolah Kebangsaan Cina Sam Yoke ini.

MAKMAL SAINS Seterusnya kami memerhatikan kawasan yang sangat merbahaya dan mudah berlaku kemalangan iaitu makmal sains. Kami mendapati peralatan disimpan dengan rapi dan dilabel. Tiada peralatan yang telah rosak disimpan di almari. Selain itu, peralatan dalam keadaan selamat untuk digunakan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diduga semasa kelas dijalankan. Setelah memerhatikan makmal sains, kami mendapati peraturan makmal disediakan. Seperti makmal kemahiran hidup, peraturan di makmal sains juga dipamerkan dalam bahasa cina. Bagi murid yang berbangsa melayu guru juga telah menerangkan peraturan makmal sains yang p[erlu diikuti sepanjang kelas dijalankan.Jika murid hendak menjalankan eksperimen mereka akan dipantau sewaktu kelas dijalankan dan guru tidak akan meninggalkan kelas sehingga mereka selesai menjalankan eksperimen. Akan tetapi, pembantu makmal tidak disediakan dan tidak berada dalam makmal. Ini mungkin adalah kerana bilangan murid yang sedikit mengurangkan risiko bahaya di makmal sains. KAWASAN MELETAK KENDERAAN Sementalahan, kawasan yang kita kurang ambil perhatian iaitu kawasan letak kenderaan. Kawasan ini juga terdapat risiko berlaku kemalangan. Setelah kami melakukan pemerhatian, kami mendapati kawasan ini bebas daripada benda-benda yang tajam seperti paku. Murid mungkin mengalami akan mengalami kecederaan jika mereka terjatuh kawasan ini jika terdapat paku di kawasan tersebut. Kawasan meletak kenderaan ini juga mempunyai petak kawasan letak kenderaan. Oleh itu, guru akan meletakkan kenderaan mereka yang disediakan. Kawasan ini mempunyai papan tanda kawasan meletak kenderaan. Keadaan ini akan memudahkan ibu bapa yang datang melawat anak-anak mereka di sekolah untuk meleletakkan kenderaan mereka di tempan yang bersesuaian. Setelah kami menjalankan pemeriksaan kami dapati jalan dalam keadaan rata dan selamat.

BILIK DARJAH Akhir sekali, kawasan yang penting di sekolah iaitu bilik darjah. Kami mendapati susun atur bilik darjah bersesuaian dengan jumlah ahli. Susunan dalam kelas sangat penting untuk memastikan murid selesa untuk menuntut ilmu. Selain itu, jadual tugas dan pelan kebakaran dipamerkan. Ini adalah untuk memudahkan murid untuk melepaskan diri jika terdapat kebakaran berlaku. Peralatan dan kemudahan di dalam kelas juga berada dalam baik. Oleh itu murid akan dalam keadaan selamat untuk belajar. Mungkin kerusi akan patah ketika mereka sedang belajar jika peralatan dan kemudahan tidak berada dalam keadaan yang elok dan menyebabkan mereka tercedera. Selepas waktu persekolahan pula kami mendapati semua peralatan dan kemudahan elektrik ditutup selepas kelas berakhir. Kami juga dapati tiada sebarang aktiviti selepas waktu sekolah dan pintu di tutup dan dikunci selepas tamat sekolah. Kesimpulannya, sekolah yang kami melakukan pengalaman berasaskan sekolah ini cukup selamat untuk murid menuntut ilmu.