Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB SENI BUDAYA ASRAMA SEMEKSI (KeSENDAMAKSI) SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM di ASRAMA SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SIKUATI
Oleh Prissla Jati Warden Asrama SEMEKSI

Tujuan Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati bagi menubuhkan Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi dan memohon dana untuk membeli kelengkapan Kelab. Nama Kelab Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi (KeSENDAMAKSI) Pengenalan Asrama SEMEKSI merupakan salah satu tempat yang penting sekali dalam institusi sekolah berasrama seperti SMK Sikuati. Banyak pelajar dari serta tempat mengambil keputusan untuk tinggal di asrama sekolah kerana tempat tinggal yang jauh dari sekolah. Namun demikian, disebabkan oleh jumlah aktiviti yang dijalankan di asrama adalah sangat kurang dan beberapa faktor lain, ramai pelajar asrama cenderung untuk tinggal di rumah yang jauh daripada di asrama. Sehubungan dengan ini, maka kertas kerja ini dihasilkan untuk mencadangkan agar Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam aktiviti Kokurikulum di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati. Matlamat Matlamat penubuhan Kelab Seni Budaya Asrama ini adalah untuk memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seni dan budaya untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan intipati falsafah pendidikan Negara iaitu keseimbangam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) seterusnya menjadikan Kelab Seni Budaya Asrama sebagai medium penting untuk mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya mencapai wawasan sekolah seterusnya wawasan negara.

Objektif Objektif bagi Kelab Seni Budaya Asrama ini adalah: i) ii) iii) iv) Meningkatkan keyakinan diri pelajar ke tahap yang maksimum Melatih semangat berkerja secara berkumpulan Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang terpendam

Spesifikasi Alatan Untuk menubuhkan Kelab Seni Budaya ini, langkah pertama yang harus dijalankan ialah dengan membeli peralatan yang diperlukan oleh pelajar semasa membuat persembahan atau menyertai pertandingan. Senarai Alatan dan Make-up Bil. Nama Alatan Busana/Pakaian Tarian Melayu (lelaki) Baju, Seluar, Kain Samping, Tali pinggang, Songkok, Keronsang Bilangan yang Diperlukan Harga (sum)

6 pasang

Rm 1500

1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

(perempuan) Baju Kurung, Kain, Selendang, Tali pinggang besi, Keronsang, Rantai, Anting-anting, Gelang Tangan Foundation Cake + Loose Powder Skin Remarker Liquid Foundation 2 in 1 Pressed Powder Concealer Stick 16 lip Color Set Lip Gloss Mascara Eyeliner pencil Glitter Eyeliner Make up Plate 48 Eyeshadow + 4 Blusher Brush Set (7 Brush) Bob Pin

6 pasang

Rm 1500

2 unit x (Rm 14.90) 3 unit x (Rm 11.90) 1 unit x (Rm 12.90) 3 unit x (Rm 12.90) 1 unit x (Rm 14.90) 1 unit x (Rm 7.90) 2 unit x (Rm 12.90) 2 unit x (Rm 3.90) 2 unit x (Rm 8.90) 1 unit x (Rm 55.90) 1 unit x (Rm 17.90) 2 unit x (Rm 2.90)

Rm 29.80 Rm 35.70 Rm 12.90 Rm 38.70 Rm 14.90 Rm 7.90 Rm 25.80 Rm 7.80 Rm 17.80 Rm 55.90 Rm 17.90 Rm 5.80

14. 15. 16.

Hair Band (sanggul) Eyelash Curler Cosmetic Bag

6 unit x (Rm 3.50) 1 unit x (Rm 3.90) 3 Unit x (Rm 5.00) Jumlah

Rm 21.00 Rm 3.90 Rm 15.00 Rm 3310.80

Struktur Organisasi Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi Jawatankuasa kelab akan terdiri daripada

Pemilihan Anggota Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi Pemilihan pelajar-pelajar yang akan menganggotai Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi dibuka kepada semua pelajar asrama Smk Sikuati. Penutup Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni Budaya Asrama Semeksi merupakan satu asset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab seni dan budaya mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai