Anda di halaman 1dari 10

27/07/2006

ASEAN terus melangkah ke depan


Oleh Mustafa Kamal Basri KUALA LUMPUR ASEAN terus mencapai banyak kemajuan dalam usahanya merealisasikan agenda ke arah pembentukan Komuniti ASEAN seperti yang ditetapkan dalam Program Tindakan Vientiane (VAP), yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-9 pada 2004. Selain mempercepatkan sasarannya daripada tahun 2020 kepada 2015, ASEAN juga melangkah ke hadapan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja ASEAN Mengenai Pengecualian Visa bagi mempercepatkan proses itu. Perjanjian mengenai visa itu ditandatangani oleh kesemua negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-39 di sini, kelmarin. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Menteri-Menteri Luar ASEAN menjayakan agenda pembentukan Komuniti ASEAN ke arah mendekatkan pertubuhan serantau itu yang mewakili 500 juta orang penduduk. Selain mengusahakan kemajuan proses pembentukan Komuniti ASEAN, semasa AMM, Menteri-Menteri Luar ASEAN turut memberi fokus ke atas tiga lagi gagasan penting dalam pelan tindakan yang diluluskan dalam Perjanjian Bali iaitu Komuniti Keselamatan, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN. Perjanjian mengenai visa itu merupakan satu kemajuan penting kepada pembentukan Komuniti ASEAN membolehkan penduduk ASEAN menggunakan visa untuk lawatan sosial selama 14 hari di mana-mana negara anggota. Ia juga akan memudahkan perjalanan antara ASEAN dan juga mempromosi pelancongan, hubungan antara penduduk dan pembangunan ekonomi di kalangan negara anggota. Selain mengenai visa, AMM kali ini juga mencapai kemajuan dalam meningkatkan hubungan antara negara anggota. Kematangan ASEAN menangani isu dalaman terutama berhubung isu Myanmar sekali gus mengekalkan solidariti dalam pertubuhan serantau itu. Walaupun semua negara anggota melahirkan kebimbangan mereka terhadap sikap acuh tak acuh junta tentera Myanmar menangani isu demokrasi di negara berkenaan termasuk membebaskan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi, ASEAN bersedia memberi masa kepada Myanmar untuk memberi respon positif kepada saranan ASEAN. Sejak Myanmar menjadi anggota ASEAN pada 1997, ASEAN secara berterusan telah meminta Myanmar mengadakan perubahan demokrasi di negaranya tetapi sehingga hari ini tidak banyak kemajuan yang dilakukan oleh Myanmar. Pada masa yang sama, ASEAN tetap berdiri bersama Myanmar berdepan dengan kritikan antarabangsa kerana Myanmar memberi jaminan akan membuat perubahan berperingat-peringkat. Pada AMM kali ini, ASEAN tetap membuat pendirian serupa, akan bersama Myanmar bukannya memulaukan negara itu setelah ia sekali lagi memberi jaminan akan membuat perubahan berperingkatperingkat melaksanakan desakan-desakan ASEAN terutama berhubung proses demokrasi di negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ASEAN tidak boleh meminggirkan Myanmar walaupun ia mengambil tindakan yang perlahan untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi yang disarankan oleh ASEAN. ASEAN melihat penglibatan Myanmar terus dalam ASEAN adalah lebih baik daripada memulaukan negara itu, walaupun kita sedar Myanmar mengambil tindakan yang perlahan melaksanakan proses demokrasi. Jika kita mahu melihat Myanmar bergerak ke hadapan memenuhi tuntutan ASEAN, kita tidak harus meminggirkan Myanmar, katanya. Sekurang-kurangnya Myanmar menunjukkan sikap terbuka bersedia menerima pandangan ASEAN bersetuju membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar wakil melawat negara itu. AMM kali ini bukan sahaja penting tetapi sangat bermakna kerana negara-negara anggota telah menunjukkan perpaduan yang jitu. Dalam konteks ini, ASEAN tetap berpegang pada pendirian sepakat dalam membuat sebarang keputusan selaras dengan aspirasi pembentukan pertubuhan serantau itu. Walaupun ada perbezaan pendapat terutama berhubung isu serangan tentera rejim Zionis di Genting Gaza dan Lebanon, tetapi Menteri-Menteri Luar ASEAN berjaya mencapai kata sepakat mengeluarkan kenyataan berasingan mengutuk serangan itu. ASEAN juga membuat kemajuan dalam hubungannya dengan negara-negara anggota dan di kalangan negara di rantau ini termasuk negara pemerhati Timor Leste dan Papua New Guinea. Walaupun kedua-dua negara itu masih belum diterima sebagai anggota tetap tetapi ASEAN mahu memperluaskan dan mengukuhkan hubungan dengan membenarkan Timor Leste dan Papua New Guinea melibatkan diri dalam aktiviti ASEAN secara sektoral. Perbincangan-perbincangan AMM bukan sahaja melibatkan isu dalaman ASEAN, tetapi juga meliputi isu kerjasama dengan rakan dialog ASEAN, ASEAN + 3, Forum Serantau ASEAN (ARF). AMM turut mengiktiraf hubungannya konteks kerjasama ASEAN + 3 terdiri daripada China, Jepun dan Korea Selatan dengan mengadakan mesyuarat dengan menteri-menteri luar negara-negara berkenaan di luar msyuarat PMC termasuk rundingan mengenai pembentukan Komuniti Asia Timur (EAS) yang digerakkan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di sini Disember lalu. Begitu juga AMM mengiktiraf hubungannya dalam konteks kerjasama Sidang Kemuncak ASEAN + Rusia dan memutuskan supaya sidang kemuncak itu diadakan setiap tahun. Filipina akan menjadi tuan rumah ASEAN selepas Malaysia, dengan Sidang Kemuncak ASEAN dijadual diadakan di Cebu pada Disember ini. Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam memimpin ASEAN dan Filipina berjanji akan meneruskan agenda itu terutama dalam pembentukan Komuniti ASEAN dan melihat kemajuan penggubalan Piagam ASEAN yang mengandungi 23 rukun. ASEAN telah membentuk Pasukan Tokoh-Tokoh Terkemuka ASEAN yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bagi mengemukakan cadangan kepada pembentukan piagam itu.

Hutang Negara boleh cecah RM 1Trilion:'Bio pape ase begaye'


REFSA:Hutang negara mungkin RM1 Trilion Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA). Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya. Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004. "Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu. Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun. Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion. "Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu. Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun. "Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.-Malaysiakini .
Posted by MISAIMERAH at 1:41 PTG

itali dan sepanyol menuju muflis. BRUSSELS, Belgium - Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain. Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis. Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah. Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion). Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion). "Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing," kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca. Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam. Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat. Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat. Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. - Agensi bincang.net forum

Ulasan Akhbar Eropah Menghampiri Muflis | Krisis Ekonomi dan Hutang Greece, Itali dan Sepanyol BRUSSELS, Belgium Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain. Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis. Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah. Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion). Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion). Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing, kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca. Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam. Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat. Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat. Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. Agensi

Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Berlangsung di Kunming, Yunnan


2011-01-25 11:47:05 CRI
Cetak

Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN telah berlangsung di bandar Kunming, provinsi Yunnan pagi tadi. Ia dihadiri oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi dan menteri luar atau wakil mereka dari sepuluh buah negara anggota ASEAN.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut, Yang Jiechi menyatakan bahawa sempena menyambut ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan rakan dialog antara China dengan ASEAN tahun ini, kita akan menyaksikan satu detik permulaan yang baru bagi hubungan antara kedua-dua pihak ini. China berharap untuk bertukar-tukar pendapat secara terbuka dengan ASEAN mengenai

program-program kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, termasuk pelan induk kesalinghubungan, program interaksi sosiobudaya, kerjasama dalam bidang keselamatan bukan tradisional serta kerjasama di rantau Asia Timur.

Serentak dengan mesyuarat ini, aktiviti "Tahun Persahabatan China-ASEAN" yang bertema "hubungan rakan kongsi yang saling menguntungkan dan muafakat bestari", turut dilancarkan secara rasmi pagi tadi.
China Radio International.CRI.

Isu Pinjaman Bantuan Keenam kepada Greece Bakal Dibincangkan


2011-12-02 14:57:07 Agensi Berita Xinhua China
Cetak Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bakal membincangkan isu pinjaman keenam kepada Greece dalam Sidang Lembaga Eksekutif yang akan diadakan pada 5 Disember depan. IMF semalam berkata, rombongan penilaian pakar akan mengadakan lawatan ke Greece mulai 12 hingga 16 Disember untuk menilai keadaan semasa ekonomi dan pembaharuan perbendaharaan di negara itu bagi menentukan pinjaman ketujuh. Presiden Kumpulan Euro, Jean-Claude Juncker baru-baru ini menyatakan bahawa Menteri Kewangan Zon Euro telah sepakat untuk memperuntukkan pinjaman keenam bernilai 8 bilion Euro kepada Greece kerana negara itu telah memenuhi tuntutan yang berkaitan. IMF menyumbang 2.2 bilion Euro bagi pinjaman keenam tersebut. Pada 1 Disember lalu, hampir sepuluh ribu orang pekerja dari sektor awam dan swasta di Greece telah melancarkan mogok untuk membantah dasar ekonomi ketat diambil oleh kerajaan baharu negaranya.

Utusan Malaysia 9 Ogos 2011

JAKARTA 8 Ogos - Negara-negara ASEAN dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi antara 5.7 hingga 6.4 peratus tahun ini. Angka pertumbuhan itu kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 4.5 peratus. "Selain diramal menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik, rantau Asia Tenggara juga telah membuktikan kemampuan berhadapan dengan ancaman krisis ekonomi global dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Presiden Indonesia itu ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ASEAN ke-44 di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di sini hari ini. Susilo berucap di hadapan lebih 300 tetamu yang terdiri daripada duta-duta besar ASEAN dan wakil pejabat ASEAN sempena Hari ASEAN yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun. ASEAN diasaskan pada tahun 1967 menerusi Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada tahun 1984, ASEAN menyaksikan kemasukan Brunei Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kamboja (1999). Dalam ucapannya, Susilo juga optimis ASEAN memiliki beberapa peluang unik untuk mengubah kawasan Asia Tenggara dan membentuk kerangka ekonomi Asia Pasifik selain memberikan sumbangan terhadap agenda global. "Pertama, melalui pelbagai mekanisme dialog kerana berbeza dengan dengan sejumlah organisasi serantau lain, ASEAN telah muncul sebagai hab diplomatik yang sangat diperlukan di kawasan Asia-Pasifik," kata beliau. Peluang tersebut katanya, telah menempatkan ASEAN dalam kedudukan yang sangat strategik untuk menjadi penggerak dan pembentuk isu-isu kawasan. Peluang kedua, jelas Presiden Indonesia itu, menerusi kemampuan ASEAN menghadapi krisis ekonomi global dengan ramalan pertumbuhan ekonomi yang positif. "Sementara peluang ketiga ialah ASEAN memiliki aset yang relevan dengan isu-isu global antara lain ASEAN memiliki hutan yang cukup, sumber daya alam dan komoditi, ruang maritim strategik dan sumber daya, populasi yang besar, budaya yang pelbagai serta masyarakat yang terbuka," sambung Susilo lagi. Presiden Indonesia itu juga menggariskan peluang terakhir iaitu kemampuan ASEAN untuk muncul dengan pendapat kolektif yang mewakili kawasan dalam forum-forum antarabangsa yang secara langsung meningkatkan kemampuan ASEAN menyumbang pada penyelesaian isu-isu global.

Paparan : 756 Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Ogos 2011

Anda mungkin juga menyukai