Anda di halaman 1dari 2

Sarapan Makanan Untuk Otak

SARAPAN adalah makanan untuk otak. Ini kerana sarapan berkait rapat dengan
kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas,
peka dan fokus.

Tanpa sarapan, tenaga untuk digunakan sepanjang hari akan terjejas dan mempengaruhi
penumpuan anda. Lebih memudaratkan ialah anda akan terlebih makan pada waktu
malam.

Ada juga yang menganggap mengambil sarapan diibaratkan seperti memanaskan enjin
kereta pada waktu pagi. Dengan bersarapan pagi, dapat mengurangkan rasa lapar dan
membantu berfikir dengan lebih baik.

Namun, ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat
kepentingan mengambil sarapan pagi.

Malah golongan dewasa turut berbuat demikian dan telah menjadi tabiat sekarang kerana
mengejar masa untuk pergi bekerja atau leka menjalankan tugas.

Bagaimanapun, pemilihan makanan untuk sarapan juga penting. Pilihlah sarapan pagi
yang sihat mengandungi serat yang tinggi, contohnya roti, bijirin, buah-buahan seperti
kismis, prun dan pisang.

Elakkan mengambil makanan yang berat terutama makanan bergoreng dan berlemak.

Untuk mereka yang kesuntukan masa, bijirin sarapan adalah sarapan yang terbaik dan
senang untuk disediakan. Namun, bagaimana hendak memilih bijirin sarapan yang
berkhasiat bagi membantu merangsang minda dan kemampuan tenaga?

Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang mengandungi lebih gula, kurang fiber
dan sebaliknya. Pilih bijirin sarapan yang mengandungi karbohidrat dan vitamin yang
boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.

Ketua Komunikasi Penyelidikan dan Pembangunan Nestle S.A, Hilary Green berkata,
vitamin B yang diperkaya di dalam bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan
positif kepada fungsi otak.

Ia juga mengandungi karbohidrat yang boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien
dalam otak.

‘‘Bijirin sarapan adalah makanan terbaik dan segera untuk memulakan hari anda.
Pengambilannya cukup mudah dan khasiat yang dimiliki adalah lengkap bagi memberi
tenaga dan mampu meningkatkan fungsi otak.
‘‘Hanya masukkan bijirin itu di dalam mangkuk dan tuangkan susu. Sudah lengkap
sarapan pagi anda,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Green, bagi memastikan bijirin sarapan itu mengandungi khasiat yang
dikehendaki sentiasa semak melalui label pemakanan di kotak.

‘‘Di sinilah anda boleh mengetahui semua maklumat yang dikehendaki. Sentiasa lihat
fakta mengenai gula, fiber, vitamin dan mineral.

‘‘Selalunya pilihlah bijirin sarapan yang kurang gula kerana boleh ditambah dengan
buah-buahan seperti kismis atau potongan buah-buahan untuk menambah manisnya.

‘‘Jika gula banyak pada sesuatu bijirin sarapan itu, maka kurang fiber terkandung
dalamnya. Fiber amat penting dalam bijirin sarapan untuk mengelakkan sembelit, jadi
elakkan memilih bijirin yang kurang mengandunginya,’’ jelasnya.

Menurutnya, semua bijirin sarapan Nestle mengandungi bijirin mil penuh yang berguna
untuk tubuh. Ia rendah lemak dan tinggi dengan karbohidrat dan fiber yang membantu
meningkatkan kekenyangan.

‘‘Bersarapan dengan bijirin sarapan juga akan mengelakkan tubuh daripada mengalami
hidrasi. Ini kerana susu yang dicampurkan itu membekalkan kalsium dan air di dalam
tubuh,’’ ujarnya.

http://educare-aspirasi.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai