Anda di halaman 1dari 5

ABSTRAK

Vehicle Air- Conditioning Clamp Piping Machine ialah sebuah mesin yang berfungsi untuk mengapit paip penyaman udara kenderaan. Projek ini direkabentuk untuk memudahkan kerja penyambungan paip penyaman udara kenderaan dilakukan. Keseluruhan bahan binaan projek ini diperbuat daripada besi dan berbentuk empat segi. Dalam melaksanakan projek ini kemahiran dalam bidang mekanikal diaplikasikan. Mekanisma pergerakan projek ini menggerakkan sistem hidraulik untuk menggerakan plat besi turun dan naik. Dalam waktu yang sama suatu hasil kerja terhasil iaitu paip penyaman udara kenderaan

ABSTRACT

Function of Vehicle Air Conditioning Clamp Piping Machine for clamp pipe in the airconditioning system. Purposes this project is built for easier joined for vehicles air-conditioning pipe. Totally its made from iron and square of shape. The applications of this machine have using the mechanical equipment. In this project, hydraulic system will moved iron plate up and down. The result will showing when the schedule of clamp piping machine complete.

BAB 1

PENGENALAN

1.1

PENGENALAN PROJEK

Industri Kecil sederhana (IKS) sering dikaitkan dengan sistem yang kurang cekap dan tiada sebarang teknologi yang dihasilkan. Ini disebabkan modal yang kecil disamping kurangnya pasaran serta publisiti yang tidak meluas dalam memasarkan sesuatu produk. Di samping itu kebanyakan pengusaha kurang pendedahan dalam memasarkan produk yang telah dihasilkan. Kebanyakan perusahaan kecil aktif di kawasan luar bandar.

Industri perusahaan kecil dan sederhana beroperasi secara manual tanpa sebarang teknologi diaplikasikan dalam semua aspek. Ini kerana mesin yang terdapat di pasaran memerlukan modal yang tinggi serta kos penyelenggaran yang besar. Disebabkan masalah

tersebut tercetuslah Clamp Piping Machine iaitu sebuah mesin mengepit paip penghawa dingin kenderaan bermotor. Mesin ini amat mudah dikendalikan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang terdapat didalam pasaran seterusnya memudahkan dalam meletakkan pada sesuatu ruang.

Mesin ini akan dapat membantu mencapai sasaran pengeluaran penghasilan produk dalam sehari tanpa merasa risau dengan kebolehupayaan tenaga manusia yang tidak konsisten. Apabila produk dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki dengan cerpat, ini akan dapat membantu perusahaan kecil ini meningkatkan kuantiti produk dan meluaskan produk dengan cepat di samping menguasai teknologi pemasaran sama taraf dengan industri besar di Malaysia.

1.2

OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah:

1.2.1

Menghasilkan sebuah mesin Clamp Piping Machineyang berfungsi untuk mengepit paip penyaman udara kenderaan.

1.2.2

Projek yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik.

1.3

LATAR BELAKANG MASALAH

Projek ini merupakan mesin yang hanya menggunakan konsep, manual dalam pengendaliannya. Disebabkan itu sekiranya penambahan dilakukan pada kaedah pengendalian secara semi- auto atau automatik mungkin menjadikan projek ini lebih mudah untuk dikendalikan. Selain itu jek hidraulik yang digunakan juga boleh diganti kepada mekanisme yang lain seperti contoh menggunakan sistem pneumatic atau penggunaan motor. Projek ini bukan sahaja penting pada kendaliannya tetapi tapak yang mengikatnya juga penting agar projek dapat stabil ketika dikendalikan.

1.4

MEKANISME PERGERAKAN PROJEK

Nat pengunci jek di tutup

Paip aluminium yang telah siap dimasukkan ke dalam hos getah diletakkan pada pengapit

Jek di gerakkan

Mata pengapit bergerak

Paip di apit

Paip siap diapit dan boleh digunakan. (Mata pengapit balik semula)

Anda mungkin juga menyukai