Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TERAPI MUZIK

Muzik adalah salah satu terapi yang difikirkan sebagai satu alternatif dalam rawatan moden yang bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Ini kerana, terapi muzik dikatakan dapat digunakan untuk mengawal emosi murid Pendidikan Khas kerana muzik dapat mententeramkan murid. Melalui terapi muzik, murid dapat melatih pertuturan mereka, memperkembangkan emosi, meningkatkan pelahiran perasaan dan juga memudahkan komunikasi

interpersonal dan intrapersonal. Terapi muzik juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor murid kerana apabila mereka melakukan gerakan secara spontan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi.

Seramai 99 orang guru pelatih mengikuti sesi amali terapi muzik yang dikendalikan oleh Encik Yunus. Kami telah diberi pendedahan mengenai not-not muzik, lontaran suara dan jeda bagi setiap sebutan yang dilafazkan. Malahan juga, kami turut diperkenalkan dengan peralatan muzik tradisional Melayu iaitu rebana, beduk, kompang, rebab, gambus, kecapi, serunai, seruling dan angklung.

Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut unit masing-masing dan kami diminta memilih peralatan muzik yang disediakan dan mencipta lagu kanak-kanak yang mengandungi unsur alam semulajadi. Kumpulan kami seramai 20 orang telah memilih peralatan kompang, kerincing dan beduk untuk dimainkan bersama lagu yang akan dinyanyikan. Kami juga turut memilih lagi atas kaki ada rumput berserta pergerakan kreatif semasa menyanyi lagu tersebut.

Langkah-langkah bermain alat muzik adalah, pada mulanya guru akan memperkenalkan alatan muzik. Kemudian, apabila murid sudah dapat melihat, menyentuh peralatan muzik secara maujud, guru akan membuat demostrasi. Guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk menggunakan peralatan muzik tersebut menggunakan teknik yang betul untuk membentuk postur badan yang betul dan dapat

membunyikan corak ritma. Akhir sekali, guru akan meminta murid mencipta pergerakan yang sesuai selari dengan ritma yang dibunyikan oleh mereka.

melalui aktiviti seperti ini, ianya dapat membantu kami semua memikirkan aktiviti yang dapat menaikan perasaan dan emosi murid-murid. Malahan juga, seseorang guru itu juga boleh menvariasikan terapi muzik bersama terapi pergerakan dimana apabila murid menyanyikan lagu atau mendengar lagu, mereka dapat bergerak secara bebas untuk mengekspresskan jiwa mereka. Ianya turut membantu bagi meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka.