Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

Metakognitif adalah tentang proses berfikir mengenai pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran yang relevan. Semakin canggih metakognitif pelajar-pelajar, semakin tinggi pencapaian pembelajaran mereka. Malangnya, kebanyakan pelajar pada semua peringkat umur mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang bagaimana pembelajaran dan ingatan yang berkesan. Dengan kata lain, metakognitif adalah sebagai pengurus atau jurulatih pembelajaran. Hal ini dapat membantu pelajar memproses informasi dan memantau keberkesanan pelbagai strategi yang digunakan untuk tugasan pembelajaran yang tertentu.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF Metakognitif meliputi pengetahuan dan kemahiran seperti yang berikut:

1. Mempunyai kesedaran tentang apa yang kita pelajari dan kemampuan memori kita serta mengetahui tentang tugasan pembelajaran yang mampu (secara realistik) kita selesaikan. Contohnya, mengenal pasti adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelesaikan tugasan membaca 200 halaman dalam satu malam. 2. Mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan dan yang tidak

berkesan. Contohnya, menyedari tentang pembelajaran bermakna lebih berkesan daripada pembelajaran hafazan bagi jangka masa panjang. 1

3. Merancang pendekatan bagi tugasan pembelajaran yang mungkin akan Berjaya. .Contohnya, mencari tempat sunyi untuk belajar yang kurang gangguannya. 4. Menggunakan strategi pembelajaran berkesan. Contohnya, mengambil nota lengkap apabila bahan kuliah sukar untuk diingati dan sebaliknya. 5. Memantau pengetahuan semasa diri sendiri. Contohnya, mengetahui bila maklumat itu berjaya dipelajari dan sebaliknya. 6. Mengetahui strategi berkesan untuk mengeluarkan semula maklumat yang tersimpan. Contohnya, memikirkan konteks yang sesuai bagi suatu maklumat yang mungkin telah dipelajari.

Kebanyakan idea dan proses cara berfikir tidak diajarkan di dalam bilik darjah. Oleh itu, akibatnya kebanyakan pelajar akan membentuk pengetahuan dan kemahiran metakognitif dengan perlahan serta hanya dicapai setelah melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang mencabar. Pelajar membaca untuk belajar. Pembaca yang baik adalah mereka yang belajar dengan berkesan daripada apa-apa yang mereka baca, seperti hal yang berikut:

1. Menjelaskan tujuan mereka membaca sesuatu 2. Pembacaan bergantung pada sama ada mereka mahukan isi kandungan tertentu dalam petikan, belajar secara terperinci sesuatu petikan, atau sekadar membaca untuk menikmatinya. 3. Menentukan apakah yang amat penting mereka pelajari, ingati dan menumpukan fokus dan usaha terhadap bahan pembelajaran itu.

4. Berusaha

untuk

memahami

dan

meluaskan

apa-apa

yang

dibaca.

Contohnya, membuat rumusan dan mengidentifikasi hubung kait wacana dalam bahan bacaan. 5. Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan meluaskan lagi apa-apa yang dibaca. 6. Membuat jangkaan tentang apa yang akan mereka baca pada bab berikutnya. 7. Menanyakan soalan kepada diri sendiri dan cuba menjawabnya semasa mereka membaca. 8. Dari semasa ke semasa menyemak pemahaman mereka dan mengingati apa-apa yang telah dibaca. 9. Berusaha untuk menjelaskan isi-isi penting yang ambuguiti semasa membaca. 10. Tegas dalam usaha untuk memahami bahan yang dibaca apabila sukar untuk memahami apa yang dibaca. 11. Berusaha untuk membayangkan contoh-contoh yang sesuai dan dapat diaplikasikan dengan idea-idea yang ada. 12. Membaca untuk kemungkinan perubahan konsep iaitu membaca dengan pemahaman bahawa idea-idea yang ditemukan berkemungkinan tidak sejajar dengan perkara-perkara yang mereka percayai 13. Menilai secara kritikal tentang apa-apa yang dibaca 14. Ringkaskan apa-apa yang dibaca

Sebaliknya, kesukaran

pembaca untuk

yang

tidak

berkemahiran

iaitu

yang

menghadapi kurang

belajar

dan

mengingati

apa-apa

yang

dibaca

menggunakan strategi yang telah dinyatakan. Contohnya, mereka kurang fokus tentang bahan yang dibaca, sukar untuk menggambarkan inferens daripada ideaidea yang ditemukan,; jarang bertanyakan diri sendiri tentang bahan yang dibaca, menjangkakan hal berikutnya, menjelaskan penyataan kabur, atau meringkaskan apa-apa yang dibaca. Mereka juga tidak konsisten mencari ideaidea daripada pembacaan bahkan idea-idea tersebut tidak selari dengan kepercayaan atau pegangan mereka terhadap realiti. Pembaca yang tidak mahir juga mempunyai sedikit kesedaran tentang metakognitif perkara-perkara yang perlu digambarkan dalam otak ketika membaca. Proses metakognisi adalah konsisten dengan teori pembelajaran sosial yakni pembelajaran regulasi kendiri iaitu suatu mekanisme yang digunakan untuk membiasakan diri sendiri dalam aspek kehidupan termasuklah cara mereka belajar.

PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI (Self-Regulated) Teori pembelajaran sosial dan kognitif bersependapat dalam menggambarkan pembelajaran berkesan iaitu sebagai suatu proses menetapkan matlamat, memilih strategi belajar yang digemari bagi mencapai matlamat tersebut dan kemudian menilai hasil usaha sendiri. Dengan kata lain, pembelajaran regulasi kendiri termasuklah elemen-elemen yang berikut:

1. Motivasi kendiri: mempunyai keinginan untuk menyudahkan tugasan belajar dengan berkesan. Motivasi tersebut hendaklah datang dari dalam

diri

individu

berbanding Pelajar akan

pengaruh

luaran

seperti hanya

ganjaran jika

atau

peneguhan.

bermotivasi

kendiri

mereka

mempunyai kualiti kendiri (self-efficacy)yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya. 2. Menetapkan matlamat: Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri tahu tentang yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca iaitu mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah. 3. Merancang: mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka. 4. Pengawalan tumpuan: pembelajaran. Memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan

Pelajar regulasi kendiri cuba memokuskan tumpuan

mereka pada isi-isi pelajaran yang ada dan menghindarkan fikiran dan emosi mereka daripada tersasar atau tidak fokus. 5. Aplikasi strategi pembelajaran: memilih dan menggunakan dengan Pelajar regulasi

betul cara untuk memproses bahan yang dipelajari.

kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi; contohnya, cara mereka membaca artikel

majalah berbeza mengikut keadaan iaitu membaca untuk hiburan atau untuk peperiksaan. 6. Pemantauan kendiri: dari semasa ke semasa menyemak untuk melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat. Pelajar

regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mereka mengubah strategi pembelajaran atau

memodifikasi matlamat mereka jika perlu. 7. Penilaian kendiri: menilai hasil terakhir daripada usaha seseorang.

Pelajar regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang mereka sendiri tetapkan .

Apabila murid-murid adalah pelajar regulasi kendiri, mereka menetapkan matlamat akademik yang tinggi untuk diri mereka, belajar dengan lebih berkesan, dan mencapai tahap yang tinggi dalam bilik darjah. Sayangnya, tidak banyak pelajar cara memiliki atau regulasi kebiasaan kendiri yang yang sangat tinggi, sedikit mungkin kerana /

sebahagian

mempromosi

memperkenalkan cara ini.

PEMBELAJARAN BERKESAN DAN STRATEGI BELAJAR Manusia banyak melakukan perkara-perkara yang memerlukan aktiviti berfikir apabila mereka belajar dan mengingat perkara baru, tetapi sesetengah strategi mereka jelas lebih efektif berbanding yang lain. Dapatan kajian mendapati

beberapa pembelajaran berkesan dan strategi belajar seperti pembelajaran bermakna, elaborasi dan organisasi adalah proses penyimpanan ingatan jangka

panjang manakala kemahiran mengambil nota, mengenal pasti maklumat penting, pemantauan pemahaman dan meringkaskan adalah strategi tambahan yang ditemukan sebagai teknik yang bernilai dalam tugasan pembelajaran akademik jika digunakan secara tekal.

a) Pembelajaran Bermakna dan Elaborasi Pembelajaran bermakna (meaningful learning) ialah proses mengaitkan

pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada yang disimpan dalam ingatan jangka panjang manakala elaborasi (elaboration) ialah proses menggunakan pengetahuan terdahulu untuk menginterpretasi dan meluaskan perkara baharu. Kedua-dua proses melibatkan kaitan antara informasi baru dengan perkaraperkara yang telah diketahui; dan kedua-dua proses ini dengan jelas membantu pembelajaran kita. Kajian yang dijalankan oleh Van Rossum dan Schenk (1984) menggambarkan hal ini dengan jelas. Pelajar-pelajar kolej belajar dan mengambil nota daripada petikan bersejarah, kemudian menduduki ujian bagi bahan-bahan daripada petikan dan menjawab soalan tentang bagaimana mereka belajar. Kebanyakan pelajar menerangkan pendekatan pembelajaran hafalan (rote-learning) sebagai strategi belajar. Sebahagian pelajar yang lain menggambarkan pembelajaran bermakna sebagai pendekatan proses belajar. Mereka berusaha untuk

memahami interpretasi, makna abstrak, dan mengaplikasi apa-apa yang dibaca. Tidak ada perbezaan pencapaian antara dua kumpulan pelajar ini dalam soalan aneka pilihan yang menguji pengetahuan mereka berdasarkan petikan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang menggunakan strategi pembelajaran 7

bermakna menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam soalan aneka pilihan yang memerlukan mereka membuat inferens dan menghasilkan integrasi yang baik dan respons kualitatif dalam ujian esei berdasarkan bahan yang sama. Pelajar-pelajar menunjukan perbezaan menginterpretasi informasi berdasarkan sama ada mereka mengingati fakta atau aplikasi biasa. Kajian McCallin (1997) terhadap pelajar-pelajar ijazah pertama tentang pendekatan pembelajaran mereka berhubung dengan bahan kursus. Sebahagian pelajar menggambarkan keperluan mereka untuk belajar teknik pengajaran yang khusus. Mereka mahu diberitahu dengan jelas apa yang mereka perlu buat di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar yang membentuk pemahaman elaborasi dan mengaitkan topiktopik dalam soalan supaya mereka dapat mengaplikasikannya sendiri akan dapat rekonstruksi dan mendapatkan semula bahan kursus/pembelajaran dengan berkesan.

b) Organisasi Kepentingan organisasi dalaman (internal organization) ialah menemukan kaitan dan hubungan antara kaitan dalam sesuatu infromasi baru yang diperlu disimpan dalam ingatan jangka panjang. Organisasi dalaman boleh bagi

menyebabkan sesorang itu sedar akan kewujudan struktur organisasi

kemudahan bahan pembelajaran baru adalah juga merupakan penetapan struktur organisasi pada bahan walaupun sebenarnya struktur tersebut tidak wujud. Para pelajar boleh menggunakan beberapa teknik untuk membantu mereka mengorganisasi bahan dalam bilik darjah dengan berkesan. Pendekatan yang biasa digunakan ialah menggariskan idea-idea utama dan tajuk-tajuk penting. 8

Apabila pelajar belajar tentang menggariskan perkara-perkara yang mereka dengar dalam kuliah dan bacaan dalam buku teks, biasanya pembelajaran mereka di dalam bilik darjah meningkat. Pelajar cerdas kurang menggariskan perkara-perkara yang mereka baca

berbanding dengan rakan-rakan normal mereka yang lain. Hal ini mungkin kerana pelajar cerdas mengorganisasi bahan dalam minda mereka dengan mudah, oleh itu menggariskan idea utama di kertas adalah tidak perlu. Pendekatan lain ialah membentuk persembahan grafik daripada informasi yang dipelajari seperti peta, carta alir, carta pai atau matriks. Peta konsep, dibina oleh guru atau pelajar sendiri biasanya dapat membantu prncapaian pelajar dalam bilik darjah. Dengan memfokuskan bagaimana sesuatu konsep itu

berkaitan antara satu sama lain, pelajar-pelajar dapat mengorganisasi bahan pembelajaran dengan lebih baik. Mereka juga akan dapat mengesan dengan cepat bagaimana konsep-konsep baru adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang mereka telah ketahui. Oleh itu, mereka dapat mempelajari bahan-bahan

pembelajaran dengan bermakna. Peta konsep dapat membantu pelajar mengenkod informasi dalam ingatan

penglihatan jangka panjang selain secara verbal. Peta konsep dapat membantu pelajar-pelajar berpencapaian rendah dengan lebih berkesan kerana mereka memproses informasi dengan pelbagai cara sama seperti pelajar-pelajar

berpencapaian tinggi.

c) Mengambil Nota

Mengambil nota semasa kuliah dan bacaan buku teks adalah berkorelasi positif dengan pembelajaran pelajar. Ada dua fungsi pelajar mengambil nota iaitu;

Membantu membacanya

mengenkod di

bahan,

dengan

menulis

informasi

sambil besar

kertas

pelajar-pelajar

berkemungkinan

mengenkodnya secara penglihatan dan verbal. Dengan kewujudan fungsi pengenkodan semasa mengambil nota, pelajar-pelajar dapat lebih

mengingati bahan tersebut walaupun mereka tidak berpeluang untuk membaca semula nota-nota tersebut.

Nota berfungsi sebagai bentuk luaran konkrit bagi informasi yang diperoleh dalam bilik darjah. Berbanding dengan pelbagai cara

penyimpanan ingatan jangka panjang yang mungkin bermasalah, pensel dan kertas sering membekalkan alternatif jitu.

Keberkesanan pengambilan nota bergantung pada jenis nota yang dibuat. Notanota lebih berguna kepada pelajar-pelajar apabila nota yang diambil itu merangkumi apa-apa yang terkandung dalam bahan pembelajaran. Peningkatan pembelajaran para pelajar berlaku apabila informasi itu mengandungi objektifobjektif yang dapat memandu pelajar mengambil maklumat dengan berkesan. Adalah lebih baik jika nota-nota tersebut mengandungi penerangan luas yang dibuat sendiri oleh pelajar.

d) Mengenal pasti Maklumat Penting Seringkali pelajar-pelajar bertemu dengan banyak informasi yang seboleh mungkin disimpan dalam ingatan jangka panjang bagi suatu tempoh masa. 10

Hasilnya, mereka mesti mengenal pasti yang manakah maklumat paling penting untuk mereka pilih dan pelajari. Tugasan tersebut kian mencabar apabila guru yang menentukan idea-idea penting, yang kadang kala ditanggap berbeza oleh pelajar-pelajar. Pelbagai tanda-tanda yang dibuat di dalam buku teks atau

kuliah, dapat membantu pelajar mendiskriminasi informasi yang penting dengan yang tidak penting. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar mungkin akan

tersalah tanggap jika tanda-tanda tersebut hadir dalam jumlah yang sedikit atau jauh daripada penerangannya. Ketiadaan tanda-tanda yang sesuai akan menyebabkan pelajar-pelajar tersasar daripada idea utama atau isi-isi penting dalam tugasan membaca atau kuliah, terutama jika pelajar-pelajar tiada atau hanya mempunyai sedikit latar belakang pengetahuan tentang mata pelajaran / isi kandungan sesuatu bahan pembelajaran. Kebanyakan pelajar biasanya menggunakan kaedah-kaedah memilih informasi yang kurang berkesan, contohnya; memfokuskan ayat daripada perenggan pertama atau pada informasi yang distingtif (definisi dan formula) oleh itu mereka sering tertinggal idea utama. Apabila pelajar telah mahir dalam

mengenal pasti idea utama, menggaris atau mewarna isi-isi penting / idea-idea utama pada buku teks atau nota kuliah amat bermanfaat bagi mereka. Walau bagaimanapun, jika terlampau banyak yang digaris atau diwarna, cara ini pasti kurang berkesan.

e) Memantau Pemahaman Pelajar yang baik iaitu yang belajar dengan berkesan akan menyemak dari masa ke masa diri mereka untuk memastikan mereka sebenarnya telah menyerap apa11

apa yang mereka dengar di dalam kelas atau bacaan dalam buku teks. Mereka turut mengambil langkah untuk memulih kesukaran pemahaman mereka

contohnya bertanyakan soalan-soalan dan membaca semula petikan. Dengan kata lain, pelajar yang baik terlibat dalam pemantauan pemahaman kendiri. Malangnya, kebanyakan pelajar pada semua peringkat umur tidak memantau pemahaman mereka semasa mereka berada di dalam kelas atau ketika membaca buku teks. Hasilnya, mereka sering mengabaikan apa-apa yang mereka tahu dan yang tidak diketahui, serta mereka mungkin berfikir mereka mamahami sesuatu yang sebenarnya mereka salah tanggap. Fenomena ini dirujuk sebagai pengetahuan ilusi (illusion of knowledge) atau pengabaian kedua (secondary ignorance) Contohnya, pelajar-pelajar sering berfikir mereka tahu mengeja

suatu perkataan, yang sebenarnya tidak mereka ketahui. Apabila pelajar-pelajar fikir mereka tahu bahan-bahan pembelajaran di dalam kelas, mereka akan berhenti mempelajarinya. Oleh itu, pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan ilusi (illusion) akan berhenti belajar sebelum mereka benar-benar menguasainya. Akhirnya, mereka kebingungan kerana apabila

keputusan peperiksaan atau markah tugasan diperoleh pencapaian mereka rendah. Salah satu strategi untuk membantu pelajar-pelajar memantau

pemahaman mereka ialah dengan meminta mereka membentuk soalan-soalan sebelum melakukan pembelajaran atau tugasan membaca yang kemudiannya perlu dijawab semasa mereka melaksanakan tugasan atau pembelajaran. Sebagai contoh, sebelum membaca buku teks, pelajar mungkin menukar setiap topic dan subtopik kepada soalan yang perlu dijawab dan kemudian membaca

12

setiap bahagian teks dengan tendensi untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan tersebut. Soalan kendiri (self-questioning) mungkin akan lebih berkesan

apabila pelajar-pelajar melakukannya sepanjang pembelajaran atau tugasan membaca. Sebagai contoh, pelajar-pelajar ijazah pertama yang bertanyakan

soalan kendiri dan mencari jawapan semasa mereka mengambil nota kuliah, akan memahami dengan lebih baik lagi bahan pembelajaran dan mengingatinya dalam jangka masa panjang. Dengan bertanyakan soalan kendiri, para pelajar akan lebih mengetahui apabila mereka menguasai sesuatu pengetahuan dan bila mereka belum lagi

menguasainya.

Snowman (1986) selepas membuat pembacaan terhadap soalan

kendiri mendapati wujudnya kesan positif terhadap pemerolehan fakta, tanpa impak yang nyata pada tingkah laku yang canggih seperti mengaplikasi atau membuat penilaian ke atas fakta tersebut. kebanyakan pelajar bertanyakan diri Hal ini berkemungkinan kerana soalan-soalan utama yang

mereka

berasaskan fakta berbanding dengan soalan-soalan tahap tinggi mungkin kerana mereka telah mempelajari soalan-soalan kendiri berasaskan fakta dalam peperiksaan di bilik darjah seperti yang diharapkan. Untuk mempromosikan pembelajaran bermakna, elaborasi dan pada keseluruhannya memproses

maklumat pada tahap tinggi, guru-guru patut

menggalakkan pelajar-pelajar

sentiasa bertanyakan diri sendiri soalan-soalan seperti berikut: Terangkan mengapa (bagaimana) . Apakah idea utama Bagaimanakah kamu dapat menggunakan

13

Apakah contoh baru bagi .. Apakah yang kamu fikirkan akan terjadi jika .. Apakah perbezaan antara .. dengan .. Bagaimanakah .. dan . mempunyai persamaan Apakah rumusan yang kamu dapat bina berdasarkan ......... Bagaimanakah ............akan memberi kesan ................ Apakah kekuatan dah kelemahan bagi ................ Apakah yang terbaik ..............dan mengapa? Bagaimanakah .............berkait dengan ............ yang telah kita pelajari? Sebaiknya, pelajar patut menilai pemahaman mereka terhadap pembelajaran bilik darjah pada masa yang lain juga. Manusia sering melakukan kesilapan dan terlalu cepat optimistik tentang banyak mana ingatan mereka terhadap sesuatu yang telah dibaca. Pelajar-pelajar perlu memilih cara yang betul untuk mengeluarkan semula maklumat daripada ingatan jangka panjang, yang mana hal ini hanya dapat dibuat jika pelajar memantau pemahaman mereka selepas beberapa minit, jam atau hari-hari berikutnya. f) Rumusan Pelajar-pelajar biasanya digalakkan untuk merumuskan bahan yang dibaca atau dengar, contohnya dengan mengintegrasi dan menyejatkan,

mempersembahkan bahan abstrak tentangnya atau mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk melabelkannya. Malangnya kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk merumuskan dengan secukupnya perkara-perkara yang

didengar atau dibaca.

14

Jika difikirkan, kita akan sedari bahawa membina suatu rumusan yang baik bukanlah perkara yang mudah; pelajar-pelajar mesti dapat

mendiskriminasikan antara informasi yang penting dengan yang tidak penting, mengenal pasti idea utama yang perlu atau tidak dinyatakan secara terperinci dan mengurus elemen-elemen kritikal dalam bentuk kohesif sepenuhnya. Dalam situasi di bilik darjah, pelajar-pelajar juga mesti mempunyai kepekaan tentang bagaimana mereka hendak menilai dan menentukan rumusan mereka itu mempunyai kriteria-kriteria yang telah dinilai. Pelbagai teori telah mencadangkan beberapa cadangan untuk membantu pelajarpelajar membentuk rumusan yang lebih baik dalam mata pelajaran yang dipelajari di bilik darjah: Pelajar-pelajar hendaklah berlatih membentuk rumusan bagi suatu petikan yang pendek, mudah dan diurus dengan baik yang kemudiannya diperkenalkan pula petikan dan teks yang lebih panjang dan sukar untuk dirumuskan. Setiap kali pelajar-pelajar membentuk ringkasan/rumusan, minta mereka;

Mengenal pasti dan mewujudkan satu ayat tajuk bagi setiap perenggan dan bahagian

Mengenal pasti konsep-konsep utama atau idea yang akan menjurus kepada sub-subtajuk dan akhirnya kepada poin-poin yang lebih

terperinci

Cari informasi yang dapat menyokong bagi setiap idea utama. Hapuskan informasi lama dan bertindan

15

Pelajar-pelajar

membanding

dan

berbincang

tentang

rumusan

mereka,

mempertimbangkan idea yang manakah yang paling penting dan mengapa Strategi-strategi tadi dapat membantu pelajar membentuk rumusan yang baik dan kemuncaknya, dapat belajar dan mengingati bahan-bahan pembelajaran bilik darjah dengan lebih berkesan. Strategi-strategi seperti rangka kasar,

mengambil nota, dan menulis rumusan adalah strategi overt ( overt strategies) ; yakni perlakuan yang dapat dilihat. Strategi lain seperti elaborasi, mengenal pasti informasi utama dan memantau pemahaman adalah strategi covert ( covert strategies); yakni proses mental yang tidak dapat dilihat. Kemuncaknya cara bagaimana pelajar-pelajar memproses informasi yang diterima iaitu strategi covert akan menentukan sama ada apa-apa informasi yang mereka pelajari dan ingati itu berkesan.

16

KESIMPULAN Pengetahuan manusia tentang pembelajaran yang berkesan dan proses kognitif serta cara-cara mereka menggunakan proses tersebut untuk menambahkayakan pembelajaran mereka adalah dikenali sebagai metakognitif. Pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar terhadap metakognitif adalah signifikan berkaitan dengan pencapaian mereka dalam bilik darjah dan pencapaian akademik. Pelajar-pelajar yang berjaya merupakan pelajar-pelajar yang regulasi kendiri (self-regulated learners), yang secara intrinsik bermotivasi untuk belajar, menetapkan matlamat bagi pencapaian mereka, merancang cara menguruskan masa yang terbaik untuk belajar, sentiasa memastikan perhatian mereka fokus terhadap tugasan pembelajaran, menggunakan strategi-strategi pembelajaran yang efektif, memantau perkembangan pembelajaran mereka dan menilai hasil daripada usaha-usaha yang mereka curahkan. Pembelajaran dan strategi belajar yang berkesan adalah merupakan

pembelajaran bermakna, elaborasi, mengorganisasi, mengambil nota, mengenal pasti maklumat-maklumat penting, pemantauan pemahaman dan rumusan. Lebih penting lagi, proses mental (strategi covert) yang digunakan oleh pelajar dan mana-mana penggunaan strategi overt hanya akan berkesan apabila strategi covert merupakan penggunaan yang produktif. Kanak-kanak akan

memperlihatkan kematangan metakognitif yang canggih apabila mereka kian membesar dan melalui banyak pengalaman semasa melaksanakan tugasan akademik.

17

2976 perkataan RUJUKAN

Modul KPLI SR (2007) Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Keguruan Unit 2/3, BPG Kementerian Pelajaran Malaysia. Ormrod, J.E (1999) Human Learning Third Edition, Prentice-Hall International (UK) Limited, London.

(Lefrancois, 1972) DeMar, G. (n.d.). Behaviorism.Retrieved September 19, 2003, from http://www.forerunner.com/forerunner/X0497_DeMar_-_Behaviorism.html Anderson, R.C. (1977). The notion of schemata and the educational enterprise. In R. C. Anderson, R. J. Spiro, & W. E. Montague (Eds.). Schooling and the acquisition of knowldege. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Argyris, C. and Schn, D. (1974) Theory in Practice. Increasing professional effectiveness, San Francisco: Jossey-Bass. Argyris, C. (1993) Knowledge for Action. A guide to overcoming barriers to organizational change, San Francisco: Jossey Bass. Armstrong, Thomas. (n.d.) Multiple intelligences and adult learning. Retrieved January 11, 2002, from http://www.thomasarmstrong.com/multiple_intelligences.htm Bache, C. M. (n.d.). What is transformational learning? Retrieved September 13, 2001, from: http://www.noetic.org/Ions/events/translearning.htm Campbell, R. L. (2002). Jean Piaget's Genetic Epistemology: Appreciation and Critique. Retreived from the World Wide Web September 21, 2003 from http://hubcap.clemson.edu/~campber/piaget.html Campbell, L., Campbell, B., Dickinson, D. (1999). Teaching and Learning through multiple intelligences. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon

18

Anda mungkin juga menyukai