Anda di halaman 1dari 8

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Posted on 8 Disember 2011 | Tinggalkan komen PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM a. Membina, memilih dan menggunakan strategi Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil yang maksimum. Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran. Guru tidak harus terikat dengan hanya satu atau dua kaedah sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 40 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif. b. Persediaan guru Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiranmengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Disamping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktivit kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. c. Persediaan mengajar Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat. Iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian. d. Perkembangan Langkah-langkah pengajaran Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan menegaskan kembali isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya. FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR SEMAKAN 2003 Mata pelajaran : Kelas/ tingkatan : Tarikh : Masa : Bilangan Pelajar : Bidang : Tajuk : Pengetahuan Sedia Ada : Hasil pembelajaran : Aras 1 : Aras 2 : Aras 3 : Kemahiran berfikir : Penerapan Nilai : Gabungjalin : Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD : Bahan Bantu Mengajar : Leave a comment Tagged Pendidikan Islam

PRINSIP PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Posted on 8 Disember 2011 | Tinggalkan komen Prinsip dalam strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam a. Dari mudah kepada susah mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. b. Dari maujud kepada mujarad menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud

c. Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru d. Dari dekat kepada jauh memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi. e. Dari spesifik kepada umum memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Leave a comment Tagged Pendidikan Islam

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Posted on 8 Disember 2011 | Tinggalkan komen Kaedah Dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam a. Pemahaman Pemikiran yang diperolehi hasil dari bacaan, kajian dan hafazan. b. Ulangan Pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang c. Lawatan Aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan. d. Latih tubi Pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai. e. Dialog Teknik bersoal jawab atau perbualan mengenai sesuatu tajuk. f. Talaqqi/musyafahah Kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah Al-Quran di mana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan. g. Inkuiri Dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada soalan0soalan dan masalah yang dikemjukakan. h. Bacaan Mendapatkan maklumat melalui bacaan teks. i. Hafazan Melibatkan proses mengingat secara langsung. j. Cerita Menyampaikan isi pelajaran menggunakan kaedah bercerita supaya lebih menarik. k. Halaqah Murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. l. Soaljawab Guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan sewajarnya. m. Perbincangan Melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru boleh berperanan sebagai fasilitator sahaja.

n. Sumbangsaran Murid memberi idea atau pandangan dalam sesi perbincangan. o. Penyelesaian masalah Pelajar membuat apliksai menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. p. Main peranan Mengambil peranan tertentu seperti menjadi seorang guru besar. q. Simulasi Suatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah. r. Tunjukcara Teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu sebelum aktiviti sebenar dijalankan. s. Projek Pelajar mengalami dan membuat sendiri sesuatu kemahiran dengan tujuan menarik minat murid dan menghasilkan kefahaman yang mendalam. t. Kuiz Berbentuk pertandingan menjawab soalan. u. Kuliah Guru memberi penerangan dan huraian terhadap sesuatu konsep yang sukar difahami murid. v. Bermain Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomoto, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah. a. Pemahaman Pemikiran yang diperolehi hasil dari bacaan, kajian dan hafazan. b. Ulangan Pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang c. Lawatan Aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan. d. Latih tubi Pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai. e. Dialog Teknik bersoal jawab atau perbualan mengenai sesuatu tajuk. f. Talaqqi/musyafahah Kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah Al-Quran di mana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan. g. Inkuiri Dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada soalan0soalan dan masalah yang dikemjukakan. h. Bacaan Mendapatkan maklumat melalui bacaan teks. i. Hafazan Melibatkan proses mengingat secara langsung. j. Cerita Menyampaikan isi pelajaran menggunakan kaedah bercerita supaya lebih menarik. k. Halaqah Murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan.

l. Soaljawab Guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan sewajarnya. m. Perbincangan Melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru boleh berperanan sebagai fasilitator sahaja. n. Sumbangsaran Murid memberi idea atau pandangan dalam sesi perbincangan. o. Penyelesaian masalah Pelajar membuat apliksai menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. p. Main peranan Mengambil peranan tertentu seperti menjadi seorang guru besar. q. Simulasi Suatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah. r. Tunjukcara Teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu sebelum aktiviti sebenar dijalankan. s. Projek Pelajar mengalami dan membuat sendiri sesuatu kemahiran dengan tujuan menarik minat murid dan menghasilkan kefahaman yang mendalam. t. Kuiz Berbentuk pertandingan menjawab soalan. u. Kuliah Guru memberi penerangan dan huraian terhadap sesuatu konsep yang sukar difahami murid. v. Bermain Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid seperti psikomoto, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat rendah. Leave a comment Tagged Pendidikan Islam

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Posted on 8 Disember 2011 | Tinggalkan komen 1. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam a. Bersepadu Mengitegrasi atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Biasanya dalam pendekatan ini kemahiran-kemahiran belajar dan memperoleh ilmu diajarkan serentak semasa guru mengajar. Kemahiran yang diserap dalam mata pelajaran dijadikan fokus secara sampingan tetapi terancang. b. Induktif

Merupakan pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Melalui pendekatan ini guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat suatu kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka. c. Deduktif Pendekatan ini bermaksud guru memberikan rumus-rumus atau teori-teori yang sudah diketahui umum, kemudian proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di mana para pelajar menganalisis melalui contoh yang dibentangkan. d. Qudwah Hasanah Guru menjadi model kepada murid. Sebarang tingkahlaku guru akan ditiru oleh murid. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik. e. Kelas, kumpulan dan individu Pendekatan yang dilaksanakan oleh guru melibatkan murid secara kelas, kumpulan dan individu. Sesuai dilaksanakan dengan menggunakan teknik latih tubi, seperti mengajar tilawah dan hafazan. f. Berpusatkan Guru Ialah pendekatan lama yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. g. Berpusatkan Pelajar Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utamadalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator. Leave a comment Tagged Pendidikan Islam

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Posted on 8 Disember 2011 | Tinggalkan komen PENDEKATAN

Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori KAEDAH Siri tindakan guru yang sistematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih Mendokong pendekatan dipilih TEKNIK merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dalam langkah pengajaran perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih STRATEGI Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya Leave a comment Tagged Pendidikan Islam

APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Posted on 4 Disember 2011 | Tinggalkan komen Tajuk ini akan memberi pendedahan kepada anda mengenai aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam mengandungi bidang Tilawah al-Quran, Ulum Syariah dan Akhlak Islamiyah. 3.1 Tilawah al-Quran Bidang al-Quran merangkumi tiga aspek iaitu Tilawah al-Quran, Kefahaman ayat-ayat alQuran dan Hafazan. Tilawah al-Quran menggunakan kaeadh Talaqqi Musyafahah,Iqra, Baghdadiyah,Hattaiyah dan Qiraati.

Kefahaman ayat-ayat al-Quran menggunakan kaedah penerangan, soal jawab, perbincangan dan sumbangsaran. Hafazan menggunakan kaedah bacaan, latih tubi, hafazan dan tasmi`. 3.2 Ulum Syar`iyah Bidang Ulum Syariyah merangkumi aspek Aqidah, Ibadat dan Sirah Nabawiyah. Aqidah menggunakan kaedah syarahan, penerangan,sumbangsaran, soal jawab, cerita dan sebagainya. Ibadat menggunakan kaedah penerangan, soal jawab, perbincangan, tunjukcara, simulasi dan sebagainya. Sirah Nabawiyah menggunakan kaedah cerita, perbincangan, soal jawab, kuiz, penerangan dan sebagainya. 3.3 Akhlak Islamiyah. Akhlak Islamiyah menggunakan kaedah cerita,penerangan, perbincangan ,soal jawab, dialoq, penyelesaian maslah dan sebagainya. Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat : 1. Mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi setiap tajuk pelajaran Pendidikan Islam. 2. Mengenalpasti ciri-ciri dan pelaksanaan bagi setiap kaedah. 3. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kaedah yang dipilih. 4. Memastikan setiap kaedah yang dipilh bagi setiap tajuk pelajaran mendatangkan keberkesan yang maksimum. 5. Membezakan kekuatan dan keberkesanan bagi setiap kaedah mengikut tajuk pelajaran.