Anda di halaman 1dari 23

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN PROFESIONAL KEGURUAN OLEH PN FAZIRAH BINTI ABDUL WAHAB

PENGENALAN
PROFESION KEGURUAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN DUNIA PENDIDIKAN DALAM SESEBUAH NEGARA DIPANDU OLEH FALSAFAH MENGAJAR DAN BELAJAR YANG BERTUJUAN MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU DAN MEMBENTUK INDIVIDU YANG BERKETERAMPILAN. FALSAFAH KEGURUAN PADA UMUMNYA BERTUJANGKAN MENDIDIK, MELATIH, MEMIMPIN, DAN MEMBIMBING PELAJAR YANG MELETAKKAN SUATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR KEPADA PARA PENDIDIK DAN GURU-GURU SEBAGAI GOLONGAN YANG TERPENTING DALAM MASYARAKAT.

PENGENALAN
FALSAFAH IALAH PEMIKIRAN DAN PENGETAHUAN YANG IDEALISTIK BERSIFAT MURNI DAN TERSOHOR YANG MENJADI PANDUAN SESUATU PROFESION. SIFAT PROFESION KEGURUAN BERTUMPU PADA PENGAJARAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA MEMERLUKAN PERKHIDMATAN INI MEMPUNYAI ASASASAS FALSAFAH YANG MANTAP DAN KUAT SERTA LUAS YANG MENCAKUPI PENGETAHUAN FALSAFAH PENGAJARAN , PEMBELAJARAN, FALSAFAH SOSIAL ,BUDAYA , FALSAFAH PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB GURU-GURU MENDALAMI BIDANG INI YANG BOLEH MEMBANTU MEMBINA DAN MENGEMBANGKAN DIRI MEREKA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK YANG BERWIBAWA.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DIPETIK SEPERTI BERIKUT: PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA
BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK,ROHANI,EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.USAHA INI BERTUJUAN MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN,BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMMBANGAN TERHDAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA , MASYARAKAT DAN NEGARA.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


BEBERAPA PENEKANAN PENTING YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MEMERLUKAN RANGKA TINDAKAN PELAKSANAAN PROFESION KEGURUAN TERUTAMA BERKAITAN DENGAN PROSES PENGAJARANPEMBELAJARAN DAN JUGA TUGAS SERTA PERANAN PENTING YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SESEORANG GURU IAITU :

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU PEMBANGUNAN BERSEPADU KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN KUALITI WARGANEGARA KESEJAHTERAAN DIRI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

FALSAFAH PROFESION KEGURUAN


PROFESION KEGURUAN MERUPAKAN PERKHIDMATAN YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG AMAT PENTING KEPADA PEMBANGUNAN INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA. WALAUPUN TIADA SUATU FALSAFAH PROFESION KEGURUAN YANG JELAS DI NEGARA INI, NAMUN PROFESION INI ADALAH SATU PROFESION YANG MURNI , UNGGUL DAN DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT.

FALSAFAH PROFESION KEGURUAN


FALSAFAH YANG MENCORAKKAN PROFESION KEGURUAN IALAH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN UNTUK MENDIDIK, MELATIH, MEMBIMBING DAN MEMBANTU INDIVIDU MEMBANGUNKAN POTENSI MEREKA MELALUI KUALITI PENDIDIKAN YANG UNGGUL. BERDASARKAN FALSAFAH UNTUK MENDIDIK, GURU BERTANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN ILMU PENGETAHUAN DAN MEMBIMBING PELAJARNYA KE ARAH KEJAYAAN DAN KESEMPURNAAN.GURU JUGA MENYEMAI SEMANGAT DAN MENDORONG PELAJAR MENCAPAI CITA-CITA MEREKA.GURU IALAH PEMIMPIN YANG IDEAL DARI SEGI WATAK, PERANAN,SUMBANGAN,IMEJ DAN STATUSNYA SEBAGAI PENDIDIK.

IDEALISME PENDIDIKAN
PROFESION KEGURUAN BERBEZA DENGAN PROFESION LAIN KERANA KEKUATAN IDEALISME PENDIDIKAN YANG MEMBENTUK GURU-GURU SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT DAN PEMIMPIM MASA DEPAN GENERASI MUDA. GURU TIDAK MENGEJAR KEDUDUKAN, PANGKAT, KUASA , PENGARUH POLITIK, KEKAYAAN DAN STATUS SOSIAL, SEBALIKNYA MERUPAKAN PEJUANG DAN REFORMIS SOSIAL YANG PENTING DALAM MASYARAKAT MEMBANGUN. RAMAI PEMIMPIN YANG BERJAYA HARI INI DIDIDIK OLEH GOLONGAN GURU YANG BERPENGARUH DAN BERWIBAWA.

IDEALISME PENDIDIKAN
GURU YANG MEMPUNYAI IDEALISME YANG TINGGI ADALAH GURU YANG BERJASA KEPADA MURIDMURIDNYA KERANA KEKUATANNYA MEMBANGUNKAN INSAN YANG BERPENDIDIKAN DAN BERPENGETAHUAN. IDEALISME PENDIDIKAN MENDORONG GURUGURU MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA DENGAN LEBIH DEDIKASI DAN PRODUKTIF. PENDEK KATA, DUNIA YANG MEMBANGUNKAN MODAL INSAN YANG BERPERANAN UNTUK MENGUBAH MASA DEPAN DAN MEMBENTUK MANUSIA BERJASA DAN BERCITA-CITA TINGGI UNTUK MEMIMPIN BANGSA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

FALSAFAH PENGAJARAN
FALSAFAH PENGAJARAN ADALAH UNTUK MENGEMBANGKAN KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KREATIF, INOVATIF DAN MENYERONOKKAN. FALSAFAH PENGAJARAN JUGA UNTUK MENCAPAI WISDOM OF KNOWLEDGE MELUASKAN MINDA DAN MEMBANGUNKAN PEMIKIRAN PELAJAR, MENGEMBANGKAN TEKNIK DAN CARA BELAJAR YANG BERPANDUKAN PENDEKATAN DAN STRATEGI YANG INOVATIF, KREATIF DAN SISTEMATIK.

FALSAFAH PENGAJARAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU TIDAK AKAN BERKESAN SEKIRANYA GURU TIDAK MEMAHAMI FALSAFAH PENGAJARAN UNTUK MEMBINA KEKUATAN DAN MEMAHAMI SESUATU KESAN SESUATU PEMBELAJARAN DALAM MEMBANGUNKAN POTENSI DAN KEBOLEHAN SESEORANG PELAJAR. ISU-ISU SEPERTI STAIL PENGAJARAN DAN KAEDAH PENGAJARAN, OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENGAJARAN MENCORAKKAN FALSAFAH PENGAJARAN.

FALSAFAH HUMANISTIK
GURU MERUPAKAN GOLONGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PERUBAHAN DAN KEMAJUAN MASYARAKAT. PEKERJAAN GURU MEMERLUKAN PROFESION INI MENGHAYATI FALSAFAH HUMANISTIK ATAU FALSAFAH KEMANUSIAN UNTUK MEMBOLEHKAN PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK YANG BERWAWASAN DAPAT DILAKUKAN DENGAN LEBIH BERKESAN. SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA JUGA AMAT MENEKANKAN KEPADA FALSAFAH HUMANISTIK IAITU PENDEKATAN PEMBELAJARAN YANG BERTUJUAN MENGUKUHKAN PEMBINAAN INSAN DAN PERKEMBANGAN WATAK SERTA PERSONALITI MANUSIA.

FALSAFAH HUMANISTIK
NILAI-NILAI HUMANISTIK YANG DITERAPKAN DALAM KURIKULUM SEKOLAH MEMBERIKAN CABARAN KEPADA GURU BAGAIMANA FALSAFAH HUMANISTIK DAPAT DIREALISASIKAN DALAM PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH. CABARAN INI TERMASUKLAH PEMILIHAN BAHANBAHAN PENGJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH, PENDEKATAN PENGAJARAN, PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PERANAN GURU ITU SENDIRI.

FALSAFAH MORAL DAN TINGKAH LAKU


SATU ALIRAN PENTING DALAM FALSAFAH YANG RELEVAN KEPADA PROFESION KEGURUAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI NEGARA INI IALAH FALSAFAH MORAL DAN TINGKAH LAKU. FALSAFAH INI MEMERLUKAN PERANAN POSITIF DAN KONSTRUKTIF PROFESION KEGURUAN KE ARAH MEMBINA MORAL DAN TINGKAH LAKU PELAJAR [ ABD.RAHIM, 2001(a);ABD. RAHIM,2001(b)] - GURU YANG BAIK PERLU MEMPUNYAI KOMITMEN MORAL YANG TINGGI DAN MENJADIKAN DIRI MEREKA TELADAN YANG BAIK KEPADA PELAJAR.

FALSAFAH MORAL DAN TINGKAH LAKU


UMPAMANYA , GURU TIDAK SEHARUSNYA MENDENDA DAN MELARANG PELAJAR MEROKOK, SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA GURU MEROKOK DI KAWASAN SEKOLAH DAN DI MANA-MANA SAHAJA. OLEH SEBAB NILAI SEKOLAH DAN NILAI PENDIDIKAN YANG MELARANG PELAJAR MEROKOK PERLU JUGA DIKENAKAN PADA SEMUA GURU. FALSAFAH MORAL DAPAT MENOLAK FAHAMAN KEBENDAAN YANG MENGUASAI MASYARAKAT DAN MEMBERIKAN KESAN TERTENTU KEPADA DUNIA PENDIDIKAN NEGARA DAN PROFESION KEGURUAN.

FALSAFAH MORAL DAN TINGKAH LAKU


FALSAFAH MORAL DAPAT MENOLAK FAHAMAN KEBENDAAN YANG MENGUASAI MASYARAKAT DAN MEMBERIKAN KESAN TERTENTU KEPADA DUNIA PENDIDIKAN NEGARA DAN PROFESION KEGURUAN. SEMANGAT BERUSAHA KUAT UNTUK MENCAPAI PERUBAHAN PERLU DITANAMKAN KEPADA ANAKANAK GOLONGAN MISKIN SUPAYA KEMAJUAN KEBENDAAN DAPAT MEMBANTU DAN MEMBENTUK MEREKA MENCAPAI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DAN MENYEDIAKAN PELUANG PELAJARAN DAN KEMUDAHAN BELAJAR DI RUMAH YANG MENDORONG KEMAJUAN MEREKA.

FALSAFAH KOGNITIF DAN INTELEKTUAL


FALSAFAH KOGNITIF MERUPAKAN RANGKA TINDAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM YANG MEMERLUKAN KEPAKARAN DAN KECEKAPAN GURU MENGGERAKKAN KEMAJUAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH. OPERASI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN MELIBATKAN PENDEKATAN MENGEMBANGKAN DAYA FIKIRAN ,KECERDASAN MENTAL,TAAKULAN , IMAGINASI, PENGGUNAAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN,MEMPERTAHANKAN DAYA INGATAN, KREATIVITI, FANTASI, PENSKEMAAN, PENYIMPANAN MAKLUMAT,APLIKASI DAN PENEROKAAN MINDA.

FALSAFAH EPISTEMOLOGI
FALSAFAH ESPISTEMOLOGI IALAH FALSAFAH PENGETAHUAN YANG AMAT RELEVAN KEPADA PERKEMBANGAN PROFESION KEGURUAN. GURU HARUS SENTIASA MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG PENGAJARAN DAN JUGA DALAM BIDANG-BIDANG LAIN. PROFESION INI JUGA MEMERLUKAN GURU MENGAMALKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT YANG MERUPAKAN SATU KONSEP BELAJAR YANG AMAT PENTING DALAM PERKEMBANGAN SESUATU PROFESION ( LONGWORTH DAN DAVIES, 1996).

FALSAFAH TIMUR
FALSAFAH TIMUR MENEKANKAN ASPEK-ASPEK MORAL, ETIKA, TANGGUNGJAWAB INDIVIDU KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA, KEPIMPINAN, KEPENTINGAN PENDIDIKAN TTANGGUNGJAWAB ORANG YANG BERPELAJARAN, KEMULIAAN ORANG BERILMU PENGETAHUAN, ASPEK KEROHANIAN, HUBUNGAN GURU DENGAN MURID, MENGHORMATI ORANG TUA, KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEBAGAINYA.

FALSAFAH BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TELAH MENJADIKAN PENDIDIKAN BARAT LEBIH SUPERIOR DAN DAPAT MEMPERTAHANKAN KUALITI PENDIDIKAN YANG BAIK. PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA , PERLU MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK KURSUS BIDANG FALSAFAH SUPAYA BIDANG INI DAPAT DI MANFAATKAN DEMI UNTUK KEMAJUAN PROFESION KEGURUAN DAN DALAM PERKHIDMATAN LAIN. MASYARAKAT KITA YANG TANDUS DENGAN FALSAFAH SERING KALIB TIDAK BERPEGANG PADA PANDUAN DAN PEMIKIRAN YANG BETUL.

FALSAFAH ISLAM
FALSAFAH ISLAM AMAT PENTING KEPADA PROFESION KEGURUAN. KEMUNCULAN RAMAI AHLI PEMIKIR ISLAM SEPERTI IBNU KHADLUN, IBNU SINA, DAN AL-FARABI BOLEH MEMBERIKAN IKHTIBAR DAN PEDOMAN KEPADA DUNIA PENDIDIKAN DAN PROFESION PENDIDIKAN DI NEGARA INI. BANYAK LUNAS DAN ASAS-ASAS PENDIDIKAN ISLAM PERLU DI FAHAMI OLEH GURU-GURU DAN DI APLIKASIKAN DALAM TUGAS DAN PERANAN MEREKA SEBAGAI PENDIDIK YANG BERWIBAWA. FALSAFAH INI JUGA BOLEH MEMBINA WATAK GURU YANG WARAK DAN SOLEH YANG DAPAT MENJADI CONTOH YANG PENTING KEPADA MURID-MURID.