Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN KBSR yang pada mulanya dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Objektif atau matlamat sebenar KBSR ialah agar murid-murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk berfikir , berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Selain itu, mereka juga akan dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara, selain daripada peluangpeluang yang disediakan untuk mereka mengembangkan bakat, potensi, minat dan daya kreatif.

Walaubagaimanapun,

penambahbaikan tetap diteruskan, iaitu pada tahun

2010 dan 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

KSSR penambahan

yang

mengekalkan

prinsip

KBSR

telah

dimantapkan

dengan

dalam reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum,

peruntukan masa dan pengurusan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan,

Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

Secara ringkasnya, KSSR menggunakan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Manakala berbeza dengan KBSR, iaitu ianya adalah reka bentuk kurikulum

berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi; manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Kaedah ini menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan fokus kepada 3M (membaca, menulis dan mengira).
1

2.0

PRINSIP, STRUKTUR , BIDANG PELAJARAN DAN STRATEGI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KSSR

2.1 Prinsip KSSR KSSR mempunyai empat prinsip iaitu: Pendekatan bersepadu Perkembangan individu secara menyeluruh Pendidikan yang sama untuk semua murid Pendidikan seumur hidup.

Prinsip 1 :Pendekatan bersepadu Satu pendekatan di mana unsur pengatahuan, kemahiran, dan nilai

digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya berlaku melalui empat cara, iaitu penggabungjalinan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur, dan unsur merentasi kurikulum.

Melalui penggabungjalinan kemahiran

ianya terbahagi kepada dua. Iaitu

dalam satu mata pelajaran dan antara mata pelajaran. Manakala penyerapan pula ialah pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran, dan nilai dalam mata pelajaran.

Cara ketiga pula ialah kesepaduan antara dua unsur sama ada melalui kurikulum dan kokurikulum, pengatahuan dan amalan, dan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Manakala cara keempat pula ialah unsur merentasi kurikulum, contohnya bahasa merentasi kurikulum, alam sekitar merentasi kurikulum, sains merentasi kurikulum, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan sebagainya.

Prinsip 2: Perkembangan individu secara menyeluruh Semua mata pelajaran memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi individu tidak boleh

dikembangkan secara berasingan. Hal ini bermakna, setiap potensi mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.
2

Prinsip 3: Pendidikan seumur hidup Pendidikan diibaratkan sebagai satu usaha yang berterusan dimana tiada had dari segi jangka waktu. Secara am sekolah mempunyai dua peranan, yang pertama menyampaikan ilmu dan kemahiran iaitu membina pengatahuan dan kemahiran untuk mereka menghadapi situasi dalam kehidupan. Individu digalakkan meneruskan pembelajaran sekiranya tamat persekolahan.

Manakala yang kedua, memupuk budaya membaca iaitu memupuk murid supaya mencari ilmu dan memberi sumbangan kepada khazanah ilmu. Ianya memerlukan tabiat mencari ilmu dan tahu mencari ilmu. budaya ilmu dan menbaca. Guru perlu menanam

Prinsip 4: Pendidikan yang sama untuk semua murid Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan, yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.

2.2 Struktur KSSR Terdapat enam struktur atau tunjang dalam KSSR. Di mana untuk melahirkan insan yang seimbang dan mempunyai pemikiran kritis dan kreatif serta berinovatif . Antara struktur pertama yang direka bentuk ialah komunikasi. komunikasi ialah

kemahiran asas yang perlu ada pada setiap murid. Komunikasi disini ialah penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Kedua, ialah perkembangan Fizikal dan Estetika. Fizikal disini bermaksud perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Manakala, estetika secara umum ialah kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain ianya lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Walaubagaimanpun, untuk KSSR estetika ialah pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

Struktur ketiga pula ialah kemanusiaan. Kemanusiaan disini ialah bermaksud penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat dan masyarakat. Pada masa yang sama juga ialah penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global.

Tunjang atau struktur yang berikutnya ialah keterampilan diri. Ianya bermaksud pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan gabungan dua aspek berikut akan dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat yakin diri, berani menghadapi cabaran dan sabar menghadapi dugaan.

Selain itu, sains dan teknologi juga termasuk di dalam struktur KSSR. Ianya menekankan tiga penguasaan. Iaitu penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik, penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik, dan

penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

Struktur terakhir di dalam KSSR ialah kerohanian, sikap dan nilai. Ianya bermaksud penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Di mana turut mempunyai kaitan dari segi keseimbangan rohani dan emosi.

2.3 Bidang Pelajaran KSSR telah menyediakan satu disiplin ilmu yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Iaitu pada tahap satu kurikulum telah dilaksanakan dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Manakala tahap dua pula kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular.

Tahap satu ialah untuk penguasaan 3M & Menaakul, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai. Manakala mata pelajaran bagi Modul Teras Asas, ianya mengandungi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, pendidikan jasmani dan kesihatan, dan Matematik. Manakala untuk Modul Teras Tema pula, subjek yang disediakan ialah Dunia sains dan teknologi, Seni visual dan
4

muzik, dan Malaysia Negaraku. Seterusnya untuk Modul Elektif ialah BCSK /BTSK/ B.Arab.

Selain itu, mata pelajaran Modul Teras untuk tahap dua pula ialah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, pendidikan jasmani dan kesihatan, Matematik, sejarah / Malaysia Negaraku, seni visual dan seni muzik, sains, dan reka bentuk dan teknologi (TMK). Manakala untuk pelajaran elektif pula ialah BCSK /BTSK/ B.Arab /b. Kadazandusun / b. Semai / b.Iban. Perkara yang ditekankan oleh KSSR pada tahap dua ialah pengukuhan dan aplikasi 3M, & menaakul, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam KSSR.

Kurikulum standard telah menegaskan pelbagai penggunaan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Iaitu seperti berikut hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara

konstruktivisme, dan pembelajaran misteri.

3.0 BANDING BEZA ANTARA CIRI-CIRI KBSR DAN KSSR

Aspek Bentuk

KBSR Komunikasi manusia dengan alam sekelilingnya Perkembangan diri individu

KSSR Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Organisasi

Berasaskan mata pelajaran

Tahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Tahap II Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

Pedagogi

Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Pembelajaran luar bilik darjah Inkuiri penemuan Hands-on learning Pembelajaran melalui bermain Pembelajaran berasaskan projek

Kaedah Pentaksiran

Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif

Bahan Konsep Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran

Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran Buku Teks

Konsep 3M Membaca Menulis Mengira Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Elemen

Konsep 4M Membaca Menulis Mengira menaakul Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit Modular

Reka bentuk kurikulum

Linear

4.0 IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KBSR KEPADA KSSR

Perubahan KBSR kepada KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2011. Pelbagai transformasi telah dibawa untuk memperbaharui kurikulum dan kokurikulum pendidikan sejajar dengan arus peredaran masa yang memerlukan penambahbaikan dari segala aspek. Di sebalik perubahan yang dilakukan, semestinya terdapatnya impliksi yang berlaku.

4.1 Norma Perjawatan Guru Antara implikasi terhadap perubahan KBSR kepada KSSR ialah berkaitan norma perjawatan guru. Pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini dibekalkan

dengan guru yang berkonsepkan KBSR. Oleh itu, untuk melaksanakan transformsi berikut norma perjawatan guru perlu disemak semula bagi memenuhi keperluan KSPK dan KSSR.

4.2 Akta dan Peraturan Pendidikan Selain itu, perubahan dalam komposisi kurikulum sekolah turut berlaku, di mana bukan sahaja mata pelajaran yang mengalami perubahan malah jadual waktu juga terkesan. Oleh yang demikian, Akta dan Peraturan Pendidikan perlu melakukan perubahan peruntukan waktu minimum seminggu.

4.3 Latihan Guru, Pentadbir Sekolah dan JPN Melaksanakan sesuatu perubahan memerlukan satu usaha untuk

memperbaharui yang lama. Transformasi tersebut menyebabkan Latihan Guru, Pentadbir Sekolah dan JPN perlu menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Pentadbir sekolah dan JPN perlu diberikan taklimat berkaitan pelaksanaan KSPK dan KSSR.

4.4 Kewangan Tambahan lagi, implikasi lain yang berlaku ialah Kewangan PCG perlu dikaji semula untuk semua mata pelajaran. Peruntukan kewangan perlu disediakan bagi keseluruhan pelaksanaan KSPK dan KSSR.

4.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menghantar Surat Pekeliling Ikhtisas kepada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri kerana tentang pelaksanaan KSPK dan KSSR. perlu dimaklumkan

4.6 Bahan Kurikulum dan Pentaksiran Tambahan lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan bahan Kurikulum, iaitu dokumen standard bagi semua mata pelajaran mengikut wajaran masa yang ditetapkan. Di samping itu, Pentaksiran juga ada penambahbaikan. Iaitu
8

Pelbagai kaedah pentaksiran, Pentaksiran berasaskan sekolah, dan pemulihan dan pengayaan.

Aktiviti

4.7 Bahan Sokongan Kurikulum dan Prasarana Sekolah Seterusnya, bahan sokongan kurikulum iaitu bahan P&P perlu disediakan oleh bahagian yang berkaitan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan prasarana sekolah perlu disediakan dengan prasarana yang sesuai dengan keperluan kurikulum.

(1645 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai