Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB BAHAS BAHASA MELAYU INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA, KUALA LUMPUR.

1.0 PENGENALAN

Perbahasan merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berhujah dalam khalayak ramai, selain itu dengan aktiviti berbahas juga ma mpu mendidik diri pelajar untuk mengikuti perkembangan semasa dan berani untu k memberikan pendapat berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. Malahan mampu memb entuk kemahiran interpersonal, nilai dan keterampilan diri dengan seni komunikas i yang baik. Baru-baru ini, dua pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia telah terl ibat untuk mencipta Rekod Malaysia dan Rekod Dunia dalam Bahas Bahasa Melay u 100 Jam Tanpa Henti , anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan UITM, Shah Alam. Sesua i dengan penglibatan secara aktif ini, diharap pihak atasan IPBMM mempertim bangkan penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu untuk memperluaskan kemahiran berb ahas dalam kalangan pelajar IPBMM khususnya. Selaras dengan visi Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi institusi yang terunggul dalam bidang bahasa, budaya dan sast era Melayu. Maka eloklah kiranya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini ditubuhkan untuk merealisasikan visi tersebut. 2.0 RASIONAL 2.1. Pertandingan bahas merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan ol eh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Hal Ehwal Pengguna (FOMCA) dan sebagainya. 2.2. Aktiviti seperti ini terbuka untuk semua IPT/IPTS di Malaysia. Oleh sebab itu pelajar dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia telah terlibat secara langsung untuk menjayakannya. 2.3. Kebanyakan pelajar di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia ini mempuny ai kebolehan serta berminat untuk mengikuti pertandingan bahas peringkat K ebangsaan anjuran dari pihak luar. 3.0 OBJEKTIF 3.1. Menggalakkan perkongsian bijak ( smart partnership) antara pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan kursus yang terdapat di IPBMM.

3.2. Berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan peserta bahas dari Inst itusi lain yang terlibat dalam pertandingan Bahas Peringkat Kebangsaan. 3.3. Memudahkan pengurusan pihak Institut untuk menghantar wakil bagi pertanding an Bahas Bahasa Melayu peringkat KAGUM dan peringkat IPT/IPTS. 3.4. Mengoptimumkan penggunaan Bahasa Melayu standar dalam pengucapan umum 3.5. Mengisi masa lapang pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia denga n mengadakan perbincangan kelompok bagi ahli Kelab Bahas Bahasa Melayu. 4.0 JAWATANKUASA INDUK PENAUNG : KETUA PENASI HAT : PENSYARAH PENASIHAT :

PENGERUSI : SETIAUSAHA : BENDAHARI : 5.0 SASARAN AHLI

: NAIB PENGERUSI : NAIB SETIAUSAHA : NAIB BENDAHARI

Terbuka untuk semua pelajar IPBMM yang berminat.

6.0 SENARAI PESERTA BAHAS IPBMM

Berikut adalah senarai peserta Bahas Bahasa Melayu yang pernah menyertai pertand ingan bahas peringkat IPT/IPTS ( Anjuran Jabatan Hal Elwal Pengguna, Jabatan Per paduan dan Integrasi Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka serta UITM, Shah Alam.) dan KAGUM. i. Ruziatul Adibah Binti Sailin

ii. iii. v.

Siti Hajar Aisyah Binti Ibrahim Noor Farieza Binti Mohd Nashiruddin iv. Muhammad Safwan Bin Mohd Noor Azmi Nor Hasmi Bin Othman

7.0 CADANGAN JADUAL LATIHAN BAHAS BAHASA MELAYU IPBMM

Di sini kami mencadangkan jadual latihan Bahas Bahasa Melayu IPBMM yang akan dij alankan, sekiranya Kertas Kerja ini diluluskan oleh pihak Tuan. Hal ini menunjuk kan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini. Bil 1 Sabtu 2 Sabtu 3:00 9:00 3:00 5:00 ptg 11:00 pg 5:00 ptg Ketiga Jumaat Minggu Pertama Hari Jumaat Masa

9:00 11:00 pg Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Untuk makluman pihak Tuan, kami juga tidak akan mengganggu sebarang proses Pengajaran dan Pembelajaran (kuliah) yang diadakan oleh pihak I nstitut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek akademik di sam ping bergiat aktif dalam aktiviti ko- kurikulum.

8.0 PENUTUP

Penubuhan Kelab Bahas Bahasa Melayu ini akan memberikan peluang kepada para pela jar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia untuk menjadi seorang guru yang be rkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis . Seandainya Kelab Bahas Bahasa Melayu ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripa da pihak Tuan untuk menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi memudahkan pengurusan kelab ini berjalan dengan lancar. Diharap Kertas Kerja Kelab Bahas Bahasa Melayu ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia d emi mempertingkat mutu dan kualiti penggunaan Bahasa Melayu yang sempurna da

lam kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai