Anda di halaman 1dari 1

Menurut Maslow dalam Teori Humanistiknya manusia dilahirkan dengan fitrah semulajdi Yang memerlukan keperluan-keperluan tertentu dimana

keperluan-keperluan ini akan mempengaruhi tingkahlaku individu tersebut.Keperluan ini dijelaskan oleh Maslow secara hieraki seperti sebuah pyramid dan mempunyai 5 tingkat keperluan 1. Keperluan Fisiologi(80%)- Keperluan peringkat pertama yang mesti dipenuhi. Keperluan ini adalah merupakan keperluan asas kita iaitu makan, minum,tidur,rehat,sex, pakaian, dan tempat tinggal. 2. Keperluan Keselamatan(70%)- Keperluan ini merujuk kepada keperluan untuk mendapat ketenteraman, kedamaian dan kebebasan yang dapat menjamin keselesaan hidup. 3. Keperluan Kasih Sayang(50%) - Keperluan kasih sayang juga merupakan aspek penting yang perlu diambil kira. Dalam kehidupan ini, kita memerlukan seseorang untuk disayangi dan menyayangi. Sebagai contohnya, kanak-kanak perlukan kasih sayang daripada ibu bapanya. Seorang remaja perlukan kasih sayang daripada rakannya yang berlainan jantina. 4. Keperluan Penghargaan Kendiri(40%) - Keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan terhadap apa yang telah dilakukan.Jika penghargaan dapat dicapai,ianya boleh membentuk sifat yakin diri dan berdikari. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri(10%) Keperluan berada diperingkat puncak hireraki,Individu yang berjaya mencapai puncak ini memiliki keyakinan,ketenangan dan kebahagiaan yang tinggi dalam hidup.

Read Re : Re : TEORI HUMANISTIK Posted By Reply To : HABSAH BT AB GHANI : Hamdan Bin Yacob

27 Apr 2011 05:45:00 PM 23 Apr 2011 12:37:47 AM

Anda mungkin juga menyukai