Anda di halaman 1dari 30

1.0 1.

PENDAHULUAN REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU/ REFLEKSI SOROTAN

LITERATUR Pengalaman mengajar sudah 26 tahun mengajar murid Tahap 1, saya rasa pengalaman selama ini amat berharga buat saya. Perkara ini bermula dengan perubahan sukatan pelajaran KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era baru KSSR perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam kelas, ujian atau peperiksaan,murid yang bijak sering kali membuat kesilapan dan cuai dalam penggunaan huruf besar. Seringkali menjadi persoalan saya, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca yang sesuai. Saya sering mendapati kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut setiap kali ujian diadakan. Perkara ini telah terbukti setelah saya membuat analisa item soalan. Soalan-soalan yang banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah soalan salin semula ayat dengan menggunakan tanda baca dengan betul. Murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurang di permulaan ayat dan nama khas, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara. Berdasarkan pemerhatian saya semasa pengajaran dan pembelajaran, punca utamanya ialah sikap murid yang menganggap bahawa penggunaan huruf besar tidak penting dan kurang faham akan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan teknik bulatan bagi membantu dan mengatasi masalah kurang pemahaman murid dengan

penggunaan huruf besar.

2.0

ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya mendapati murid-murid masih lagi lemah dan murid-murid yang pandai pun sering kali membuat kesalahan dalam penggunaan huruf besar, terutama dalam menulis jawapan kefahaman, menyalin ayat dengan tanda baca yang betul , menyusun semula ayat dengan urutan yang betul dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang mengajar murid Tahun 2 Effective saya dapat mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar amat penting dalam aktiviti penulisan. Peratus markah dalam subjek Bahasa Malaysia nanti akan terjejas. Merujukan Sukatan KBSR Bahasa Malaysia Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan tanda baca dan penggunaan huruf besar. Contoh: Pembelajaran Kemahiran Menulis. 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 3.2.6-Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 3.3.3-Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan. 3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengeditkan perkataan dalam ayat daripada ejaan dan tanda baca. 3.8.2 Mengeditkan dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

Apa yang harus saya lakukan ? Saya harus membantu murid untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman penggunaan huruf besar melalui Teknik Bulatan yang dirancangkan. Saya harus fikirkan sesuatu penilaian yang berfokus berdasakan kriteria yang kebolehtadbiran dan mempunyai

kepentingan bagi membantu guru-guru dengan menggunakan Teknik Bulatan dapat menjadi model bagi guru-guru untuk mangatasi masalah murid-murid.tentang kelemahan mereka dalam kemahiran penggunaan huruf besar di sekolah nanti. Disamping itu teknik bulatan juga mempunyai kawalan tentang penggunaannya dari segi kolaborasi dan diterima kerelevanan kepada pihak sekolah dari segi pencapaian prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. 3.0 3.1 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif Umum i. 3.2 Meningkatkan kemahiran dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus i. Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas. ii. Mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.dengan menggunakan Teknik Bulatan.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Kelas yang saya pilih untuk membuat kajian ini ialah kelas Tahun 2 Effective yang terdiri daripada 38 orang , 20 orang perempuan dan 18 orang lelaki. .Mereka mempunyai

pencapaian yang rendah (kurang dari 40 markah) dalam ujian bulan Mac yang lalu. Dalam analisis item soalan, kesalahan yang lebih ketara sekali yang dilakukan oleh murid-murid ialah penggunaan huruf besar dan tanda baca. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan Teknik Bulatan untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam penggunaan huruf besar. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 , sudah tentu menjadi tanggungjawab saya untuk mengatasi masalah kelemahan murid-murid tentang penggunaan huruf besar dalam penulisan.

5.0

TINDAKAN

5.1 PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur tindakan kajian yang saya akan buat berdasarkan pendapat Lewin (1946; 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama, iaitu: i. ii. iii. iv. Merancang Bertindak Memerhati; dan Merefleks

Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penialaian formatif. Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yangmengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) tindakan yang diambil itu. Zuber-Skerritt (1996) menyarankan bahawa proses gelungan dalam kajian tindakan sebagai mempunyai i.perancangan strategik; ii. Melaksanakan pelam; iii. Memerhati, menilai dan menialai sendiri; iv. Refleksi kritikal dan refleksi sendiri ke atas keputusn (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang gelungan kajian seterusnya.

McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau, iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. Mengkaji semula amalan semasa (refleksi); Mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji; Membayangkan langkah seterusnya (merancang), Mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana), Memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati); Mengubah pelan berdasrkan apa yang telah dijumpai,apa yang berlaku dan meneruskannya. vii. viii. Menilai tindakan yang telah diubah itu; dan Menruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan). (McNiff, 2002)

5.2 Proses Kajian Tindakan

Proses kajian tindakan oleh ditunjukkan sebagai gelung spiral iaitu satu isu akan menjadi asas kepada satu isu lain dan satu persoalan yang terjawab akan menjana persoalanpersoalan baru. Kajian Tindakan melibatkan gelung spiral yang bermula daripada proses mereflek, diikuti oleh proses merancang, bertindak dan memerhati.Setiap proses pula mempunyai aktiviti tertentu seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.2.

MEREFLEK muhasabah/merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri

TINJAUAN AWAL -Pengumpul awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar -Mengenal pasti focus masalah yang menjadi keperihatianan

MEMERHATI Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan

GELUNG 1 MERANCANG Merancang tindakan/intervensi/bagi mengatasi masalah yang difokuskan. BERTINDAKAN Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus

MEREFLEK
TERUSKAN KE GELUNG SETERUSNYA (JIKA PERLU)

GELUNG 2

MEMERHATI

MERANCANG

BERTINDAKAN

RAJAH 2.2 : PROSES KAJIAN TINDAKAN

5.3 Merancang dan Melaksanakan Tindakan 5.3.1 Tinjauan Awal masalah Semasa membuat tinjauan awal, saya telah mengumpul data dan menggunakan beberapa instrument kajian. Ia bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal dengan lebih mendalam. Sebelum merancang,saya perlu mengenalpasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Saya boleh mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah, contohnya dengan menggunakan soal selidik, menjalankan temubual, membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra, membuat analisis dokumen (hasil kerja murid, jadual kedatangan, rekod keputusan ujian//peperiksaan, rekod latar belakang murid dan sebagainya).

Contoh: Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan buku latihan murid, menganalisis markah Ujian Bulan Mac sertamerta semasa menjalankan aktiviti dalam kelas, saya dapati laithan kerja salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar masih tidak dituliskan dengan betul. Mereka masih agi keliru tentang penggunaan huruf besar. Contohnya: pak abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Seharusnya murid-murid menulis ayat macam ini. Pak Abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan bahawa sesuatu pelu dilakukan terhadap murid-murid tahun 2 Effective ini untuk membantu mereka memantapkan penulisan ayat khasnya penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka.

5.3.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah

Data yang telah dikumpul perlu dinalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana masalah-masalah itu disenaraaaikan mengikut keutamaanya. Antara masalah-masalah diberi keutamaan adalah seperti berikut: i. ii. Masalah yang mengongkong kemajuan pembelajaran murid. Masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

Setelah masalah dikenal pasti, saya perlu membuat huraian dari data yang dianalisis dan persembahkan data dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan sebagainya. Contoh: Berdasarkan Ujian Bulan Mac, buku latihan murid serta permerhatian saya dibilik darjah, saya dapati ramai murid tidak menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul. Berikut adalah analisis penulisan ayat mengikut format subject-verb agreement.

Jadual 5.1: Analisis penulisan ayat menggunakan huruf besar mengikut format subject-verb. Agreement. Nama Menepati Tidak menepati Nama Menepati Tidak menepati Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 x x x x x x x x x x Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 Murid 16 x x x x x x x x

Berdasarkan analisis di dalam Jadual 5.1 di atas, hanya 6 (37.%%) orang murid yang menjawab menepati menggunakan huruf besar dengan betul di dalam Ujian Mac dan Buku latihan. Agak menyedihkan apabila saya dapati seramai 10 orang (62.5%) orang murid tidak menepati apa yang dikehendaki. Mungkin murid-murid ini tidak memahami dengan baik dan keliru dengan konsep subject-verb-agreement.

5.4 Merancang Tindakan Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian saya. Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu: i. ii. iii. iv. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti. Mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. Menyemak buku latihan untuk menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan dan dicatat. v. Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan

keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan seperti ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. vi. Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk mengesankan keberkesanannya. vii. Menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada murid bagi mendapatkan jawapan yang tepat dan jujur.

5.4.1 Tindakan dan aktiviti yang dirancang

Tindakan yang dicadangkan ialah Teknik Bulatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia telah dirancang bagi menangani masalah murid-murid agar dapat mengingati cara penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Antara aktiviti tersebut ialah: i. Menggunakan Teknik Bulatan dalam melengkapkan ayat dengan menggunakan huruf besar. ii. iii. Mengecam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat . Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan. iv. Menyediakan soalan-soalan yang berfokuskan kepada kemahiran yang lebih khusus dalam penggunaan huruf besar dalam ayat Bahasa Melayu. v. Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenal pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

5.4.2 Merancang Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. 2. 3. 4. 5.

Mengenal pasti masalah dan pengumplan data Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan (individu/panitia) Melaksanakan tindakan-Aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia)

11Mac 2012 12 Mac 2012 18 Mac 2012 23 Mac 2012 27 Mac 2012

6. 7.

Melaksanakan tindakan-Aktiviti 2 Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 2 (dalam panitia)

5 April 2012 8 April 2012

8. 9

Melaksanakan tindakan-Aktiviti 3 Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 3 (dalam panitia)

10 April 2012 12 April 2012

10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 11. Refleksi Kajian 12. Menulis laporan Kajian 13 Pembentangan dapatan kajian

15 Mei 2012 20 Mei 2012 21 Mel 2012 24 Mei 2012

6.0

CARA MENGUMPUL DATA

6.1 Kaedah Pengumpulan data Kajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Dalam kajian tindakan, guru memungut data menggunakan instrument seperti berikut: 1. Pra ujian / Ujian Pengesanan 2. Soal selidik 3. Temu bual 4. Pemerhatian 5. Ujian Selain daripada itu, data juga boleh diperoleh daripada Analisis Dokumen.

6.2 Pra Ujian /Ujian Pengesanan Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah saya akan membuat satu Pra Ujian untuk mengesan murid-murid yang lemah dalam kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan, salin balik ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul kepada murid kelas 2 Effective. Hasil daripada ujian itu nanti saya akan dapat mengenal pasti murid-murid yang betul-betul bermasalah dalam penggunaan huruf besar.

Aktiviti dijalankan seperti berikut: Item 1: 1. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf besar. 2. Mengesam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat tersebut. 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan. Item 2 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat. 2. Salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar ditanda bulatan pada permulaan ayat sahaja ). Item 3 1. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar. 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. ( Huruf besar ditanda bulatan untuk memudahkan murid mengecam huruf besar)

6.3

Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian terhadap keberkesanaan kajian tindakan. Soal Selidik ini mengandungi 5 item.

CONTOH SOAL SELIDIK:


Soalan Selidik Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Arahan: Tandakan (/) atau tulis ruang yang berkenaan.

Pada tahun persekolahan yang lalu, adakah ibu bapa anda berbincang a) dengan guru Bahasa Malaysia berkenaan pembelajaran Bahasa Melayu? b) dengan anda berkenaan masalah pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihadapi ? c) dengan anda tentang pencapaian Bahasa Malaysia anda ?

Ya

Tidak

Bagi soalan 2 isikan ruang berkenaan berdasrkan skala berikut: 1. Tidak Pernah 2.Jarang 3. Kadang-Kadang 4. Selalu

Di rumah, bapa saya a) memastikan saya menyempurnakan kerja rumah bahasa Malaysia yang ditugaskan b) menolong saya dalam kerja rumah jika saya menghadapi sebarang masalah. c) memberi hadiah jika saya mendapatkan gred A dalam Bahasa Malaysia. Lelaki

Skala

Maklumat asas murid 1. Jantina

Perempuan

2. Pencapaian Bahasa Melayu : Gred Amat 3.Pengetahuan dalam Bahasa Malysia: a) Bapa b) Ibu 4 Taraf Pendidikan: a) Bapa b) Ibu 5 Pekerjaan: a) Bapa ( ( ) ) Sarjana Baik

D Amat

Baik

Sederhana

Lemah

Lemah

Ijazah

Diploma

STPM

SPM

Kakitangan kerajaan Tiada pekerjaan

( (

) )

Kakitangan swasta Lain-lain (nyatakan)

b) Ibu

( (

) )

Kakitangan kerajaan Tiada pekerjaan

( (

) )

Kakitangan swasta Lain-lain (nyatakan)

6.4 Temu Bual Dalam kajian ini, saya telah menemu bual 3 orang responden yang petah bercakap. Dalam temu bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan keberkesanan Teknik Bulatan yang dilaksanakan. Temubual ini dilaksanakan selepaskan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut: (i) Apakah pandangan anda terhadap teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa mengajar dalam penulisan ayat denganmenggunakan huruf besar ? (ii) Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul ? (iii) Apakah cadangan kamu untuk membantu cikgu memperbaiki teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa pengajaran tadi ?

Jadual 6.4: Teknik Utama Temu Bual Teknik Temu Bual Berstruktur Ciri Utama Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan jawapan informan. Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan informan.

Separa Berstruktur

Tidak Berstruktur

Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan yang saya gunakan adalah seperti berikut: Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual. Pilih masa yang sesuai Bina hubungan (raport) dengan murid-murid. Sekiranya perlu, minta kebenaran murid-murid untuk merakamkan sesi temu bual. Berikan tempoh masa yang sesuai kepada murid-murid untuk menjawab.

6.5 Pemerhatian Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bagaimana guru dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.Teknik yang yang saya akan gunakan untuk memerhatikan tingkahlaku murid-murid iaitu melalui dua cara: a) Berstruktur b) Tidak Berstruktur

a) Pemerhatian Berstruktur

Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Saya akan memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.

b) Pemerhatian Tidak Berstruktur

Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti. Saya perlu menentukan fokus pemerhatian. Fokus ini termasuk tingkah laku murid, body language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan murid dan pergerakan dalam bilik darjah. Saya juga perlu menentukan tingakah laku murid yang ada kaitan dengan isu yang dikaji. Semasa menjalankan pemerhatian tidak berstruktur, saya boleh meneliti perkara-perkara seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.5 berikut:

PESERTA

Subjek yang hendak diperhatikan termasuk umur, jantina,kelas dan sebagainya.Hubungan antara murid (akan, saudara dsb).Bilangan murid.

LATAR/ SETTING

Rupa/bentuk latar seperti susunan kerusi meja,kedudukan murid,papan hitam, OHP,projector LCD

TUJUAN

Sebab murid berkumpul.Matlamat anatara murid, sama ada selaras atau bercanggah

PERLAKUAN SOSIAL

Apa yang dibuat? Apa pendorongnya ? Apa kegiatannya? Kadar/ kualiti pelakuan Kesan Bila berlaku ? Berapa kali? Berulang atau tidak ? Mengapa berulang (suasana yang menyebabkannya berulangan) ? Kedudukan murid Meja guru Pintu , tingkap Pancaran matahari , dsb

KEKERAPAN & JANGKA

LUKIS RAJAH

Rajah 6.5: Proses dalam Pemerhatian Tidak Berstruktur.

6.6 UJIAN

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam kemahiran menulis yang dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas Ujian). Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Keputusan yang diperoleh daripada boleh ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.

7.0

DAPATAN /ANALISIS DAN INTERPRASI DATA Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, hasil dapatan saya peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan dan dapat mengurang kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar terutamanya untuk item 1, item 2 dan item 3. Murid yang seringkali membuat kesilapan dapat di atasi dengan penggunaan huruf besar ditanda bulatan dipermulaan ayat. Disamping itu saya telah membuat satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan sejauhmana keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Analisis Pencapaian adalah seperti berikut: MARKAH PENCAPAIAN UJIAN PENGESANAN 20-16 15-10 9- 6 5-0 22 % 22% 26% 30% ITEM 1 100% 0% 0% 0% ITEM 2 100% 4% 0% 0% ITEM 3 96% 4% 0% 0% UJIAN PENCAPAIAN 95% 2.5% 2.5% 0%

Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir. 7.1 ANALISIS DOKUMEN Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh dokumen yang boleh digunakan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Rancangan Mengajar Harian. Buku teks dan buku rujukan Kertas peperiksaan dan ujian bulanan Tugasan dan buku latihan murid. Rekod pencapaian atau rekod adab Minit mesyuarat Panitia Jadual Kedatangan Murid

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Saya akan mengekalkan kaedah Teknik Bulatan ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana teknik bulatan sangat berkesan dan paling mudah untuk mengajar kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Pendedahan awal awal adalah perlu supaya murid tidak menghadapi msalah bila berada di tahap dua nanti. Kaedah ini juga boleh mengingat daya ingatan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca dalam penulisan ayat.

9.0 REFLEKSI KAJIAN 9.1 Penilaian Pencapaian Pelajar Kesemua aktiviti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Murid didapati lebih berkeyakinan diri dan juga telah menunjukkan minat dan peningkatan yang positif untuk belajar. Latihan latih tubi masih perlu menggunakan tanda bulatan pada huruf besar tanpa arahan daripada guru lagi. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah(PKSR 1,2,3 dan 4,2011) yang lalu, hanya 4 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat dibawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. 4 orang daripada murid tersebut adalah murid linus. Soalan ujian pertengahan dan akhir tahun disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Markah yang diperolehi murid tidak berapa cemerlang tetapi dapat membantu murid yang lemah untuk mendapat gred B dan Gred C . Sekurang-kurangnya murid dapat lulus dalam ujian Bahasa Malaysia.

9.2 Rumusan Pemerhatian Sikap murid kurang menumpukan perhatian , tidak ikut arahan dan tidak faham arahan , serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai dan suka tergesa-gesa membuat latihan dan tanpa berfikir panjang akan melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang sepatutnya dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa Malaysia, guru mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan peratus kelulusan prestasi Bahasa Malaysia. Kesemua program aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid tersebut. Saya bercadang akan meneruskan program ini dan menambahbaikkan supaya dapat mengembangkan idea untuk guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia .

10.0 PENUTUP Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M. Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita untuk memikul amanah tersebut. Walaupun banyakan kekangan masa dan bebanan tugas semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang guru kita buat semampu yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan Visi dan Misi pendidikan berkualiti dan selaras beraskan Kurikulum Pendidikan kebangsaan.

BIBLOGRAFI Asmah Omar. (1991). Kemahiran berbahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Buku latihan dan aktiviti bahasa Melayu Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka Buku panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas.jabatan Pendidikan Khas. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Unit Perkembangan Kurikulum Kementeian Malaysia,2003

Manual kajian Tindakan, Bahagaian Perancangan dan Penelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London: Routledge.

LAMPIRAN 1

CONTOH

BORANG SKOR ITEM

SALIN SEMULA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 NAMA AHMAD ASYRAF HAKIMI BIN M. NORULKHAKIM AMMAR BIN NAJMUDDIN MOHAMAD AIDIL ADHA BIN MOHAMAD SOBRI MOHAMAD NURHIDAYAT BIN MOHAMAD RIZAL MOHD ARIF ZAFRAN BIN MOHD SABRI MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD MUHAMAD AIMAN BIN AZMI MUHAMMAD ABDUL RASYID BIN RUMLI MUHAMMAD AIDIL HAIKAL BIN ASRI MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN SHAHRUL AMER MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN HISHAM MUHAMMAD DANISH BIN IZAMRUL HELMI MUHAMMAD FARIS BIN PUZIL MUHAMMAD HAIRUL HAFIZ BIN HASBOLLAH MUHAMMAD RAIMI HAZIQ BIN HARUN MUHD DANIAL AFIF B. MOHD FISOL MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSHARIZAL CHALEEDA A/P PERAK KEROF NOOR SHAMILA BINTI RAMLE NOR ELIYANA NATASHA BINTI KAMARUDIN NOR FARHANA NADHIRAH BINTI ROSLAN NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHD RADZI NUR AINNATASYA BINTI ABDUL WAHAB NUR ATHIRAH BINTI AZMAN NUR AZALIEYA EISHA BINTI SUKOR NUR AZLINA BINTI ZULKIFLI NUR FAIZATUL HUSNA BINTI MOHD ZAMRI NUR LIYANA BINTI MD NASER NUREEN AISYA MALISSA BINTI SURA PUTRA NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ISMAIL NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLI MUHD IQBAL BIN YAACOF KEMAHIRAN MENULIS AYAT 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 UJIAN PENCAPAIAN

LAMPIRAN 2

UJIAN PENGESAN Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar ditempat yang sesuai.

1.

h ari

a had

yang

lalu kami sekeluarga pergi

ke p erlis.

2.

a hmad dan

a bu sedang bermain bola di padang.

3.

e ncik

i mran

bekerja

sebagai

doktor.

..

4.

b liau bertugas di

h ospital

k uala

l umpur.

5.

ama

kucing

m aisara

ialah

s i

p utih.

LAMPIRAN 3

UJIAN PENCAPAIAN Nama : .. Kelas : Tahun 2 Effective Item 1: Salin semula ayat dibawah dengan tanda baca yang betul.

1. d atuk belikan saya basikal merah. .

2. a hmad suka makan biskut rasa coklat.

3. n enek beli ikan dan sayur di pasar.

4. p ak c ik m an bekerja sebagai doktor gigi.

5. i bu masak kari ikan bawal.

(10 markah) LAMPIRAN 4 Item 2: Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. sudin johan acara lumba lari. ..

2. kakak siram pokok bunga ros. ..

3. ayah pergi ke kuala l umpur. ..

4. emak pergi ke pasar dengan adik. .

5. a bu, a hmad dan b akar bermain bola sepak. .

LAMPIRAN 5

Item 3 Salin semula petikan dengan huruf besar yang betul. i ni keluarga m ajid.

e mak majid sedang mencuci pinggan mangkuk. k akak sedang memotong ikan dengan pisau. b apa mengangkat air dengan baldi. m ajid suka menolong emaknya menyapu sampah. a diknya pula sedang bermain anak patung. k eluarga m ajid hidup bahagia.

................................ (10 markah)