Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMINAR TRANSFORMASI MINDA GAGASAN 1 MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) PERINGKAT IPG KAMPUS

PEREMPUAN MELAYU, MELAKA Semua hadirin diminta mengambil tempat masing-masing. Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia .. (BIRO TATANEGARA) diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Semua hadirin dijemput berdiri. ( Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Melaka)

Yang Berbahagia . (BTN) Yang Berusaha Pengarah IPG KPM Melaka Yang Berusaha KJ JABATAN, IPG KPM Yang Dihormati Yang Dipertua JPP Serta seluruh warga dewan sekalian. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum W.B.T.

Selamat datang ke : Seminar Transformasi Minda Gagasan 1 Malaysia Institut Pendidikan Guru (IPG) Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Anjuran Biro Tatanegara Dengan kerjasama IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Farahanis binti Mohd. Yusop Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Farhanis binti Mohd Yusop atas bacaan doa sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya dan Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang di-Rahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan Aluan daripada Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Mihat bin Dolah. Majlis mempersilakan. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang diRahmati Allah sekalian, Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan Seminar Transformasi Minda Gagasan 1 Malaysia Institut Pendidikan Guru (IPG) yang bertajuk GAGASAN 1 MALAYSIA Yang akan disampaikan oleh (BIODATA DIRI) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan - Ceramah Sesi soal jawab

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah Majlis berhenti rehat dan ditangguhkan sehingga jam 10.30 pagi. Semua hadirin diharap agar tidak meninggalkan majlis. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Assalamualaikum WBT Terima kasih kepada semua hadirin yang masih setia dalam mengikuti seminar Transformasi Minda Gagasan 1 Malaysia Institut Pendidikan Guru (IPG) Anjuran

Biro Tatanegara Dengan kerjasama IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Seminar ini diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk Cabaran dan Isu-isu Semasa Yang akan disampaikan oleh . (BIODATA PENCERAMAH) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Ceramah - Sesi soal jawab --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang telah disanpaikan. Diharapkan hadirin dapat mengambil iktibar serta input-input yang berguna berdasarkan ceramah tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Puan Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan hajah Noor Hayatee bt Md Noor di atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentara tadi. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis menjemput dan mempersilakan Untuk menyampaikan hadiah. Dijemput Naik ke pentas untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada Di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripadaNya.Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan seminar TRANSFORMASI MINDA GAGASAN 1 MALAYSIA kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Majlis bersurai. Dijemput dif-dif kehormat untuk jamuan di Mengumumkan Dif-dif kehormat meninggalkan majlis. Oleh : SITI ROZAWATI BINTI MOHD NAWAWI