Anda di halaman 1dari 21

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA TINGKATAN EMPAT

ROHANA BINTI ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA TINGKATAN EMPAT

ROHANA BINTI ABDUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

Buat Ba dan Mak yang sangat dikasihi..,

En. Abdul Wahab Bin Abdul Rahman


dan Pn Hasmah Binti Daik. Pengorbananmu tiada nilai taranya dan tiada balasan yang setimpal dapat ku berikan. Semoga berbahagia dengan apa yang dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi. Buat adik beradik..,

Rozaini, Romainor, Rozaidah, Rohaya, Rohayati, Rozman, Rohaizan, Rohaizah dan Rohaniza.
Terima kasih di atas segalannya. Buat rakan-rakan dan pensyarah.., Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang dan menyusuri pengalaman bersama kalian kekal dalam ingatan...

iv

PENGHARGAAN

Pertama-tamanya syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah, Pengasih serta Penyayang. Tanpa pertolonganNya tidak mungkin sama sekali projek ini dapat disiapkan.

Sekalung penghargaan buat penyelia projek, Pn Noor Azean binti Atan di atas segala tunjuk ajar, panduan serta nasihat yang diberikan. Segala teguran serta dorongan pastinya akan menjadi ingatan sepanjang masa. Tidak lupa buat semua pensyarah lain yang banyak memberikan ilmu berkaitan dengan bidang Multimedia. Tanpa ilmu-ilmu ini pastinya projek ini tidak dapat dibangunkan mengikut aturan yang betul dan menepati keperluannya.

Seterusnya, tidak dilupakan rakan-rakan sepengajian serta rakan-rakan sekolej, segala bantuan, dorongan, serta sebarang bentuk bantuan yang diberikan amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan. Setiap detik bersama kalian amatlah dihargai dan pastinya menjadi kenangan manis seumur hidup.

Akhirnya, buat ayahbonda tercinta, serta keluarga tersayang. Pengorbanan yang tiada nilai taranya dan tiada balasan yang setimpal dapat diberikan. Semoga berbahagia dengan apa yang dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi. Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat.

ABSTRAK

Pembelajaran jirim di dalam subjek Kimia Tingkatan Empat merupakan satu topik yang abstrak dan sukar untuk digambarkan serta difahami oleh pelajar. Justeru itu sebagai seorang guru, teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan dalam pengajarannya. Pembangunan Bahan Bantu Mengajar (BBM) menerusi animasi berkomputer bagi topik jirim merupakan satu kaedah yang dicadangkan untuk mengatasi kesukaran penyampaian pengajaran guru sekaligus membantu pelajar belajar dengan lebih mudah dan efektif. Pembangunan BBM berkomputer ini dihasilkan dengan kombinasi elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi. Kandungan utama perisian ini ialah nota berkaitan jirim, eksperimen yang berkaitan dengan teori kinetik jirim, latihan yang berkaitan jirim serta glosari berkaitan istilah kimia yang digunakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware sebagai platform pembangunan di samping Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop dan Sonic Foundry Sound Forge sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan perisian yang lebih menarik. Dengan pembangunan Bahan Bantu Mengajar (BBM) menerusi animasi berkomputer ini diharapkan dapat memudahkan proses pengajaran guru dan dapat memudahkan pemahaman pelajar, menarik minat serta motivasi pelajar dan juga menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam memahami konsep-konsep berkaitan dengan jirim.

vi

ABSTRACT

Matter, one of the subtopic in Chemistry Form Four is an abstract topic which is difficult for student to understand and imagine. Therefore as a teacher, a good technique of teaching need to be adjust and implemented in their teaching. The development of teaching aids based on computer animation is one way that has been suggested to overcome the problem in delivering knowledge and as well as to help students to study easily and more effectively. This teaching aids was developed by combination of multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. The main content of this software are the notes of matter, experiments about kinetic theory of matter, exercises about the matter and the chemistry glossary. This software was developed by using Macromedia Authorware as the platform within the support of other software such as Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop and Sonic Foundry Sound Forge to make this software more interesting. Therefore, the development of teaching aids based on computer animation hopes the learning process easily so that the student can understand the concepts about the matter easily, increase the student motivation and also to stimulate the students to take part in learning process actively.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

i ii iii iv v vi vii xii xiii

BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif projek Rasional Projek Rasional Pemilihan Tajuk Batasan kajian 1 2 4 5 5 6 7

viii 1.7 Istilah/Definisi 1.7.1 1.7.2 1.7.3 Bahan Bantu Mengajar(BBM)) Animasi Multimedia 7 7 7 8 8

1.7.4 Perisian 1.7.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK) 1.8 Kesimpulan

8 8

BAB 2

SOROTAN KAJIAN 2.0 2.1 2.2 Pengenalan Multimedia dalam pendidikan Pengajaran dan Pembelajarn Berbantukan Komputer(PPBK) 2.3 Jenis-jenis PBK 2.3.1 Latih tubi 12 13 13 14 14 15 15 15 16 16 9 11

2.3.2 Tutorial 2.3.3 2.3.4 Simulasi Permainan

2.3.5 Penyelesaian masalah 2.3.6 2.3.7 2.4 2.5 Penemuan Eksperimen

Teori Pembelajaran Teori Konstruktivisme 2.5.1 Aplikasi teori konstruktivisme dalam perisian PPBK 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori konstruktivisme

20

21 22 24

2.6 2.7

Model reka bentuk pengajaran Model ADDIE

ix 2.7.1 Fasa analisis 2.7.2 2.7.3 Fasa reka bentuk Fasa pembangunan 24 25 25 26 26 27

2.7.4 Fasa perlaksanaan 2.7.5 2.8 Fasa penilaian

Kesimpulan

BAB 3

REKA BENTUK PERISIAN 3.0 3.1 Pengenalan Fasa analisis 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.2 Pemilihan tajuk Objektif perisian Sasaran pengguna Pengumpulan sumber maklumat 28 29 29 29 30 30 30 30 32 32 33 33 33 34 35 36 36 37

Fasa reka bentuk 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Kandungan perisian Carta alir Papan cerita

3.3

Fasa pembangunan 3.3.1 Spesifikasi sistem pembangunan 3.3.1.1 Spesifikasi perkakasan komputer 3.3.1.2 Spesifikasi perisian 3.3.2 Elemen mutimedia yang digunakan

3.4 3.5 3.6

Fasa perlaksanaan Fasa penilaian Kesimpulan

x BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.0 4.1 Pengenalan Kandungan perisian 4.1.1 Montaj intro 4.1.2 4.1.3 Menu utama Panduan Pengguna 38 38 39 40 40 41 42 44 45 46 47 48

4.1.4 Glosari 4.1.5 4.1.6 4.1.7 Nota Aktiviti makmal Kuiz

4.1.8 Keluar 4.1.9 4.2 Montaj kredit penamat

Kesimpulan

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 5.1 Pengenalan Kekangan yang dihadapi 5.1.1 Masa 5.1.2 Kurang kemahiran 5.1.3 5.2 Kretiviti 49 49 50 50 51 51 52

Kelebihan Perisian 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Antaramuka

Gabungan elemen multimedia yang pelbagai 52 Menambahkan perisian berbahasa Inggeris di pasaran 52

5.2.4

Tingkatkan penggunaan dan kemahiran ICT 53 53 54 54

5.2.5 Hasil dapatan penilaian 5.3 Kelemahan aplikasi 5.3.1 Tiada elemen video

xi 5.3.2 5.3.3 5.4 Tiada elemen audio Skop yang kecil 54 55 55 55 55 56 56 57

Cadangan memperbaiki perisian 5.4.1 5.4.2 5.4.3 5.4.4 Elemen 3 dimensi Elemen video Elemen audio Skop tajuk yang lebih luas

5.5

Kesimpulan

RUJUKAN

58

LAMPIRAN A

61

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

TAJUK Antaramuka Montaj Intro Antaramuka Menu Utama Antaramuka Panduan Pengguna Antaramuka Glosari Antaramuka Nota Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian Nota

MUKA SURAT 39 40 41 42 43

43 44

4.7 4.8

Antaramuka Aktiviti Makmal Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian Aktiviti Makmal

45 46 47 48

4.9 4.10 4.11

Antaramuka Kuiz Antaramuka Keluar Antaramuka Montaj Kredit Penamat

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN Lampiran A

TAJUK Carta Alir Pembangunan Bahan Bantu Mengajar menerusi animasi berkomputer Bagi Tajuk Jirim

MUKA SURAT

61

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar adalah dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) terbukti berkesan dan menampakkan kecekapan guru di dalam mempersembahkan pengajaran mereka. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang berlaku di dalam dunia pendidikan hari ini. Kebanyakkan daripada ciptaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah direkabentuk berasaskan komputer.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa bidang teknologi juga memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini dapat memberi kesan yang positif kepada guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar.

2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini juga dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Selain itu, dengan penggunaan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang sesuai ia dapat mencetuskan minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan ini juga dapat membentuk daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar. Sekiranya Bahan Bantu Mengajar (BBM) digunakan dengan baik, maka keberkesanan penyampaian pengajaran oleh guru akan bertambah dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang cukup positif terhadap pencapaian pelajar.

1.1

Latar belakang masalah

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menjadi semakin penting dalam zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemajuan hari ini. Salah satu agenda dalam MSC adalah konsep Sekolah Bestari. Kemunculan Sekolah Bestari menjadi pemangkin kepada perubahan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar di sekolah. Guru perlu bersedia untuk menukar corak pengajaran tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak membawa perubahan dalam sektor pendidikan. Jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkonsepkan chalk and talk tetapi kini komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan dalam setiap aspek pendidikan.

3 Penggunaan komputer yang semakin meluas ini telah mula merubah senario pengajaran dan pembelajaran di kelas. Komputer digunakan sebagai pemudahcara seperti pembangunan animasi berkomputer yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep Sains yang abstrak dengan lebih mudah. Justeru itu, mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas juga dapat diperbaiki serta ditingkatkan dengan wujudnya Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan komputer ini. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Diamond, Theimer, Charp, Howell, (1971), Hess dan Tenezakis, (1973), pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu

mempertingkatkan pengetahuan dan merubah sikap pelajar.

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Osborne, Bell, Gilbert, (1983) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menghadapi beberapa kesukaran dalam

pembelajaran konsep Sains. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan pelajar menghadapi pelbagai masalah serta halangan dalam mempelajari Sains dengan mudah. Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini ialah berkenaan dengan konsep Sains yang terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan kehidupan seharian dan skop pelajaran yang terlalu umum. Selain daripada itu pelajar juga mempunyai masalah untuk melakukan eksperimen bagi membuktikan konsep Sains yang telah dipelajarinya memandangkan pada kebiasaannya kelengkapan alat radas di makmal adalah tidak mencukupi.

Ekoran daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, maka guru perlu memikirkan satu alternatif baru dan mengambil inisiatif dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) agar ia dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep Sains yang abstrak. Selain itu ia juga dapat menarik minat serta motivasi pelajar, memberi pengalaman baru kepada pelajar serta mengekalkan tumpuan pelajar terhadap apa yang dipelajari.

4 1.2 Pernyataan masalah

Salah satu daripada matapelajaran Sains yang sukar untuk dipelajari oleh pelajar ialah matapelajaran Kimia di mana ia banyak melibatkan unsur-unsur yang abstrak, tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, terdapat bahan kimia yang mempunyai saiz yang amat kecil sehinggakan ianya amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Contohnya ialah atom, ion dan molekul yang membentuk zarah. Begitu juga dengan konsep cas negatif dan cas positif serta pergerakan ion-ion seperti dalam topik elektrokimia.

Memandangkan jirim merupakan subtopik pertama bagi struktur atom dan ia merupakan satu subtopik pengenalan yang penting untuk para pelajar memahami apa itu Kimia sebelum melangkah ke topik yang seterusnya. Justeru itu, pelajar perlu mempunyai asas yang kukuh dalam tajuk ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami tajuk jirim ini.

Antara masalah yang pada kebiasaannya dihadapi oleh pelajar di dalam mempelajari tajuk jirim ini ialah jirim adalah merupakan satu tajuk yang melibatkan unsur-unsur yang abstrak, tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, tajuk jirim ini juga merupakan satu tajuk yang baru, maka adalah sukar bagi seseorang pelajar itu untuk memahaminnya dan seterusnya akan menyebabkan pelajar akan merasa bosan dan kurang berminat untuk terus mempelajari tajuk ini sekiranya ia diajar dengan situasi yang kurang berkesan dan pendekatan yang kurang bersesuaian oleh guru. Justeru itu, sebagai seorang guru yang ingin menyampaikan pengajarnnya dengan lebih efektif serta menyeronokkan, maka teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan dalam pengajarannya.

Selain daripada itu, pelajar juga menghadapi masalah di dalam melakukan eksperimen bagi pembuktian teori kinetik jirim. Ini adalah disebabkan kelengkapan serta alat radas di makmal tidak mencukupi untuk membolehkan semua pelajar terlibat secara

5 aktif dalam melakukan eksperimen. Oleh itu, untuk membolehkan semua pelajar dapat melihat serta mendapat gambaran mengenai situasi sebenar berkaitan eksperimen yang dijalankan maka guru perlu mencari inisiatif dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu mereka membuat gambaran visualisasi.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan, maka satu perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan animasi berkomputer akan dibangunkan bagi tajuk jirim yang merangkumi sifat-sifat jirim, teori kinetik jirim, zarah yang membina jirim, perubahan keadaan jirim dan eksperimen bagi pembuktian teori kinetik jirim.

1.3

Objektif projek

Objektif utama projek ini adalah untuk : i. Membina satu perisian sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan pengajaran guru. ii. Membangunkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan animasi berkomputer.

Anda mungkin juga menyukai