Anda di halaman 1dari 30

Ibu dan Ceper

Shahnon Ahmad

Sinopsis
Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.

Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.

Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.

Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Tema
Keprihatinan penulis terhadap pencemaran
alam sekitar dan kasih sayangnya terhadap

ibunya.

Persoalan
Kepentingan air dalam kehidupan. Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Ketabahan anak

Plot

Binaan Plot ~Permulaan~


Aku memperkenalkan sebatang sungai yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper mengalir di sebuah kawasan sawah padi. Sungai ini masih belum tercemar dan digunakan untuk mengairi sawah padi. Sungai yang pelbagai gunanya itu diumpamakan seperti kegigihan ibunya yang mengerjakan sawah padi bagi menyara keluarga.

~Perkembangan~
Ibu seorang wanita yang rajin. Selain bersawah, ibu menetak mengkuang bagi menampung perbelajaan keluarga. Ibu juga aktif dalam kerjakerja kemasyarakatan.

~Konflik/Perumitan~
Suami/bapa tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini demikian kerana si suami tidak membantu mengusahakan sawah padi untuk menanggung kehidupan keluarganya. Suaminya banyak menghabiskan masa memenuhi hobinya, iaitu memikat burung ketitir.

~Klimaks/Kemuncak~
Ibu tidak dapat bekerja lagi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Sebagai akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa- apa untuk membantu menyara keluarga. Akhirnya, ibu dan bapa aku meninggal dunia.

~Peleraian~
Sungai Ceper semakin kotor akibat pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut sehingga menyebabkan Sungai Ceper gagal berfungsi lagi. Aku membuat tafsiran bahawa kematian ibunya sama keadaannya seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

(penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau kejadian) Itulah detik- detik yang tidak dapat kulupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyakbanyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu. (hal. 106)

Teknik Penceritaan ~Pemerian~

~Dialog~

Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!(hal. 102)

~Imbas Kembali~

Aku masih ingat betul. Dan itu sebenarnya 40 tahun yang lampau sewaktu aku masih anak teruna dan ibu masih boleh beranak lagi. (hal. 104)

Watak Perwatakan

Watak Utama ~Ibu~


Cekap bekerja
Rajin

Bermasyarakat
Kuat semangat

Watak Sampingan ~Aku~


Anak tunggal dalam keluarga

Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah


Sudah berumah tangga Penyayang Bertanggungjawab

~Ayah~
Kurang bertanggungjawab Suka membuang masa Penyayang Hanya melakukan tanggungjawab sebagai suami setelah didesak oleh isteri Berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak mendatangkan hasil

Latar ~Latar Masyarakat~


Masyarakat petani Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup Masyarakat yang tidak bertanggungjawab

~Latar Masa~
Masa kini 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia 40 tahun yang lalu Siang

Malam

~Latar Tempat~

Sungai Ceper

Rimba belantara

Di sebuah desa
Kawasan sawah padi

Telaga
Sebatang sungai

Gaya Bahasa
Diksi : (beberapa dialek utara) selut, baruh, gemal, acilut, reba, meragau ikan dan terbongkeh Simile : seperti air terjun.. (hal. 99) : bagaikan anak panah yang baru dilepaskan dari busur (hal. 99) : ibu tidur bergolek bagaikan batang pisang (hal. 102) : airnya keruh macam susu... (hal. 102)

Peribahasa: - tulang empat kerat(hal. 99) - naik angin (hal. 103) - besar panjang (hal. 108) Personifikasi Ceper terus menggila dan mengamuk.. (hal. 103) air Ceper yang memukul dan membedal tebing (hal. 102) Ceper sudah benar- benar lemas (hal. 108)

Pengulangan kata: bersama ikan- ikan yang bercahaya matanya, bersama anak- anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut- lumut yang kehijauhijauan.(hal. 99-100) Kalau musim bersawah, bersawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, dipayalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga, menziarahi mayat, ibu adaada saja kerjanya. (hal. 100) Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. (hal. 103)

Nilai
Bertanggungjawab Kegigihan Kesabaran Berdikari

Pengajaran
Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat. Kita perlulah gigih menjalani kehidupan walaupun dihimpit kesusahan.

Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri. Kita janganlah terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya kita hendaklah berdikari. Kita hendaklah bersabar menghadapi karenah seseorang.

Sekian, Terima Kasih...

Anda mungkin juga menyukai