Anda di halaman 1dari 18

Sesi:8

ISU/MASALAHYANG DIBERIKAN PENEKANAN: MENCEGAH JANGKITAN HIV(+) KEPADA ORANG LAIN 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 Memberikan kefahaman kepada klien mengenai cara-cara HIV merebak. Memberikan kesedaran kepada klien mengenai cara-cara mengelakkan jangkitan HIV. Membolehkan klien mempraktiskan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan HIV (+) kepada orang lain.

2. KANDUNGAN ISI 2.1 2.2 2.3 Memfokuskan perhatian klien kepada perasaan klien setelah mempraktiskan kaedah mengurangkan tekanan perasaan. Memberi sokomngan jika berjaya dan memilih kaedah alternatif jika cara yang dipraktiskan klien kurang berkesan. Membincangkan dengan klien tentang cara-cara yang selamat untuk mengelakkan jangkitan HIV (+) kepada orang lain seperti berikut. Tidak berkongsi jarum suntikan Tidak mengamalkan seks bebas Menggunakan kondom bila menggunakan hubungan seks Tidak menderma darah

2.4 2.5 2.6 2.7

Memberikan kesedaran supaya klien mempraktiskan cara-cara mengelakkan jangkitan HIV(+). Memberikan risiko yang dialami jika klien tidak mempraktiskan kaedah-kaedah mengelakkan jangkitan HIV(+). Memberikan kesedaran kepada klien pentingnya amalan hidup sihat. Merumuskan sesi.

3. KESAN PADA AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 3.4 Klien mengetahui cara-cara mengelakkan jangkitan HIV(+) kepada orang lain. Klien bersedia untuk mengamalkan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan HIV(+) kepada orang lain. Klien sedar akibat dan kesannya jika ia tidak mempraktiskan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan HIV(+) kepada orang lain. Klien memahami pentingnya amalan hidup sihat.

SESI:9 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN PENEKANAN: PENTINGNYA AMALAN HIDUP SIHAT. 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 Memberikan kefahaman kepada klien mengenai amalan hidup sihat. Memberikan kesadaran kepada klien mengenai cara amalan hidup sihat. Membolehkan klien mempraktiskan cara amalan hidup sihat.

2. KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Menekankan tentang keadaan kesihatan klien secara keseluruhan. Membincangkan tentang gaya hidup klien untuk menghubungkan dengan keadaan kesihatannya. Menjelaskan tentang amalan hidup sihat. Kepentingan amalan hidup sihat. Risiko yang dihadapi jika amalan hidup sihat tidak dipraktiskan. Membincangkan cara-cara amalan hidup sihat. Makanan seimbang Bekerja rehat yang cukup. Tidur yang cukup. Latihan jasmani/ riadah. Menyempurnakan kewajipan agama. Penglibatan dalam kerja sosial dan kemasyarakatan.

2.7 2.8 2.9

Mengamalkan kebersihan diri Prihatin terhadap keluarga Tidak terlibat dengan dadah Mempunyai sikap suka menolong orang lain Tidak terlibat dengan jenayah Lain-lian yang positif dan sihat membincangkan tentang kesiaan klien untuk mempraktiskan amalan hidup sihat. Kesan amalan hidu sihat kepada kesihatan klien Merumiskan sesi

3. KESAN PADA AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 3.4 Klien sedar pentingnya amalan hidup sihat. Klien sedar akibat dan kesan amalan hidup tidak sihat Klien memahami cara amalan hidup sihat Klien bersedia untuk mempraktikan amalan hidup sihat

SESE:10 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN PENEKANAN: SUMBER PERTOLONGAN DALAM KOMUNITI 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 Memberi maklumat kepada klien tentang sumber-sumber dalam komuniti yang boleh membantu klien setelah dibebaskan Membolehkan klien menggunakan sumber-sumber dalam komuniti untuk membantu dirinya Mewujudkan jaringan sosial untuk membolehkan klien mendapatkan pertolongan lanjut dalam komuniti 2. KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 Memfokuskan perhatian klien kepada sesi yang lepas mengenai amalan hidup sihat dan kesannya. Teruskan memberikan sokongan terhadap usaha-usaha yang dilakukan klien untuk memastikan dirinya dalam keadaan yang sihat Memberikan tumpuan kepada isu berkaitan kehidupan klien selepas tamat pemulihan dan menjalani kehidupan dalam komuniti Membincangkan sumber-sumber yang telah memberikan pertolongan lanjut dalam komuniti Mengenalpasti sumber-sumber pertolongan dalam komuniti Mengenalpasti bentuk pertolongan yang klien perlukan Membincangkan cara-cara untuk mendapatkan pertolongan tersebut

2.8 2.9 2.10

Membincangkan tentang pentingnya mewujudkan jaringan sosial untuk memudahkan klien mendapkan pertolongan Terus mendapatkan perkhidmatan dan rawatan dari Pusat-pusat Kesihatan Primer yang disediakan Merumuskan sesi

3. KESAN PADA AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Klien menyedari pentingnya mendapatkan pertolongan lanjut dalam komuniti Klien boleh mengenalpasti sumber-sumber pertolongan dalam komuniti Klien boleh memanfaatkan sumber pertolongan tersebut bagi mendapatkan pertolongan lanjut Klien sedar perlunya mewujudkan jaringan sosial yang baru dalam komuniti Klien sedar perlunya rawatan secara berterusan di Puasat Kesihatan Primer yang disediakan

SESI:11 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN PENEKANAN: PERGANTUNGAN TERHADAP DADAH 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 Memberikan kesedaran lebih mendalam tentang faktor-faktor yang menyebabkan klien menagih dadah Menimbulkan keinsafaan kepada klien tentang akibat buruk penyalahgunaan dadah Memberi kefahaman kepada kepada klien tentang pergantungan fizikal dan psikologi terhadap dadah 2. KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 Membincangkan secara lebih lanjut dengan klien tentang faktor-faktor yang menyebabkannya menghisap dadah Memberi kefahaman dan kesedaran tentang kelemahan/kesilapan dan jalan keluar negatif yang diambil klien sebagai mekanisme penyelesaian 2.3 2.4 2.5 Membincangkan tentang akibat buruk yang dialaminya setelah ketagih dadah dan bergantung kepada dadah Menjelaskan kepada klien tentang pergantungannya kepada dadah iaitu dari segi fizikal dan psikologi Membincangkan tentang perlunya masalah pergantungan terhadap dadah di atasi supaya klien boleh berfungsi semula secara normal

3. KESAN DI AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 3.4 klien lebih menyedari sebab-sebab sebenar yang menjerumuskan dirinya ke dalam masalah penagihan. Klien menyedari kesilapan yang dilakukan kerana menggunakan dadah sebagai mekanisme untuk mengatasi masalahnya Klien memahami akibat dan kesan negatif penagihan ke atas dirinya. Klien sedar tentang pergantungannya kepada dadah dan perlunya masalah itu diatasi untuk membolehkannya berfungsi secara normal.

SESI:12 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN TUMPUAN KEYAKINAN DIRI UNTUK MENGATASI MASALAH PENAGIHAN DADAH 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 Membina keyakinan diri untuk meninggalkan tabiat penagihan Memberi kesedaran tentang kekuatan yang ada pada diri klien untuk mengatasi kelemahan dan tabiat penagihan 2. KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Membincangkan tentang keyakinan diri klien untuk meninggalkan tabiat penagihan Bantu klien meningkatkan keyakinan dengan mengfokus kepada kekuatan kepada kekuatan dan aspek-aspek positif dirinya Membincangkan cara-cara yang pernah digunakan oleh klien untuk mengatasi masalah penagihan Meminta klien mengkaji keberkesanan cara yang digunakan untuk meninggalkan tabiat penagihan Mengenalpasti punca-punca kegagalan dan kelemahan yang meyebabkan cara-cara tersebut tidak berkesan 2.6 Meberi kesedaran kepada klien tentang kesilapan dan kelemahan dirinya sehingga yang dilakukan untuk mengatasi masalah ketagihannya tidak berjaya.

3.

KESAN DI AKHIR SESI 3.1 3.2 Keyakinan klien untuk mengatasi masalah ketagihannya meningkat dan bertambah kuat Klien sedar tentang aspek-aspek positif dan potensi dirinya untuk membuang tabiat penagihan

SESI:13 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN TUMPUAN CARA-CARA MENINGGALKAN TABIAT PENAGIHAN 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 Memberi kefahaman kepada klien tentang kaedah-kaedahuntuk meninggalkan tabiat penagihan. Memberi kemahiran kepada klien mengenai cara-cara untuk mengatasi masalah penagihan. 2. KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 2.3 2.4 Membincangkan dengan klien untuk menerokai pelbagai cara membuang tabiat penagihan Bantu klien untuk membuat penilaian tentang kebaikan dan kelemahan cara-cara tersebut Membincangkan mengenai cara-cara yang sesuai dan boleh dibuat oleh klien untuk mengatasi masalah penagihannya Membuat penstukturan semula (cognitive restructuring) minda dengan memberi cabaran kepada kognitif klien yang tidak rasional (irrational belief system) 2.5 2.6 2.7 Memperkukuhkan struktur minda baru yang rasional untuk mendorong klien bertingkahlaku secara lebih adaptif dan rasional Membingcangkan tentang cara hidup sihat dan bagaimana untuk mempraktiskannya dalam kehidupan seharian Memberi dorongan dan pengukuhan kepada perubahan

strukturminda dan cara hidup baru yang akan diamalkan 3. KESAN DI AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 Klien memahami dan menyedari cara-cara yang lebih berkesan untuk membuang tabiat penagihan Klien boleh mengubah struktur mindanya kepada cara berfikir yang rasional Klien menyedari perlunya cara hidup sihat dan bersedia untuk melaksanakannya

SESI:14 ISU/MASALAH YANG DIBERIKAN TUMPUAN: MASALAH BERKAITAN DENGAN KELUARGA 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 2. Memberi kesedaran kepada klien tentang keadaan perhubungannya dengan keluarga Mengenalpasti masalah yang dihadapi klien dengan keluarga Membantu klien untuk mengatasi masalahnya dengan keluarga

KANDUNGAN SESI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 Memfokuskan sesi kepada kedudukan perhubungan klien dengan keluarga Membincangkan corak perhubungan klien dengan keluarga dan bagaimana klein mempersepsikannya Membincangkan halangan perhubungan yang dihadapi klein dengan keluarga Mengesan masalah yang dihadapi klien dengan keluarga Membincangkan apakah yang klien harapkan atau matlamat yang hendak dicapai Menerokai apakah alternatif-alternatif penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut Membuat penilian dan memilih alternatif penyelesaian yang sesuai Mengatur langkah-langkah untuk mengatasi

3.

KESAN DI AKHIR SESI 3.1 3.2 3.3 Klien memahami punca-punca yang menyebabkan hubungan dengan keluarganya terjejas Klien dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dengan keluarga Klien boleh mengatasi masalah yang dihadapinya dengan keluarga

SESI:15

ISU/MASALAH YANG BERKAITAN TUMPUAN: PERHUBUNGAN DENGAN KELUARGA 1. OBJEKTIF 1.1 1.2 1.3 Memulihkan perhubungan dengan keluarga Mengerat dan merapatkan semula perhubungan dengan keluarga Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai tanggungjawab klien kepada keluarga 2. KANDUNGAN ISI 2.1 Membincangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mewujudkan kemesraan dengan keluarga umpamanya menulis surat, mengadakan sesi perbincangan dengan keluarga, makan bersama keluarga, menagdakan perkelahan, menziarahi saudara mara dan sebagainya 2.2 Menekankan perlunya mewujudkan hubungan yang positif dengan keluarga bercirikan sebagaimana berikut: 2.2.1 Mesra 2.2.2 Erat/rapat 2.2.3 Harmoni 2.2.4 Prihatin/mengambil berat 2.2.5 Kasih saying 2.2.6 Bertanggungjawab 2.2.7 Tegur menegur dan 2.2.8 Nasihat-menasihati 3. KESAN DI AKHIR SESI

3.1 3.2 3.3

Klien berkeyakinan dapat mewujudkan kemesraan bersama keluarga Klien menyedari keadaan yang boleh membantu mewujudkan kemesraan dan mengeratkan perhubungan dengan keluarga Klein memahami dan menyedari tanggungjawab kepada keluarga dan bersedi meyempurnakannya dengan penuh rasa tanggungjawab

Anda mungkin juga menyukai