Ebook - Rahsia Kepujian Dekan Universiti V1

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 52

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Mohd Zaini Nanyan Noor Azrin Abdul Rahman

Rahsia Kepujian Dekan

Formula mempertingkatkan CGPA dan menjadi pelajar terbaik di universiti

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 1

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Rahsia Kepujian Dekan di Universiti


Copyright 2011 oleh www.RahsiaKepujianDekan.com
Hakcipta Terpelihara
Edisi Pertama Jun 2011 Sebarang bahagian di dalam ebook ini tidak boleh dicetak kembali, dipindah milik dalam apa jua format samada mekanikal, elektronik, rakaman, fotokopi, imbasan atau sebarang format simpanan bagi tujuan komersil tanpa kebenaran bertulis dari pihak RahsiaKepujianDekan.com kecuali bagi tujuan ulasan.

PENAFIAN
Pengarang sedaya upaya memastikan ebook yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang terkini dan lengkap. Namun demikian, pihak pengarang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan maklumat yang terkandung di dalam ebook ini kerana perkembangan teknologi dan undang-undang baru negara yang tidak dijangka. Pengarang tidak boleh dianggap sebagai pemberi khidmat nasihat profesional di dalam bidang perniagaan, perakaunan, undang-undang dan kewangan kepada pembaca. Pembaca disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada yang berkelayakan. Pengarang juga tidak bertanggungjawab terhadap atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti sama ada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 2

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Apa Kata Penulis


Suatu masa dahulu saya hampir-hampir tertekan belajar untuk mengekalkan tempat di universiti. Saya bertanya di sana sini, akhirnya saya terjumpa seorang mentor yang membongkar rahsia bagaimana untuk mengekalkan dan boleh mencapai CGPA yang kita kehendaki. Hasilnya, saya mendapat GPA 3.637 pada semester tersebut. Dan secara rasminya tersenarai dalam senarai pelajar KEPUJIAN DEKAN. Setelah saya bekerja, saya mendapat idea bahawa, semua orang berhak mendapatkan GPA lebih 3.5 dan seterusnya mendapatkan CGPA3.5 jika berkesempatan. Jadi, dengan sedikit pemaksaan saya untuk menulis ebook ini untuk kebaikan anda, maka terlahirlah ebook ini. Jika saya boleh mendapat keputusan yang saya kehendaki dan mendapat GPA lebih 3.5, anda sebenarnya pun boleh. Tujuan buku ini ditulis untuk memberi peluang kepada pelajar diluar sana yang mempunyai CGPA 2.0 atau lebih dan ingin memperolehi CGPA melebihi 3.5 dengan menggunakan formula yang ringkas tanpa membuang masa dengan kaedah-kaedah yang tidak berkesan. Malahan pelajar yang tiada peluang untuk mendapatkan CGPA2.0 pun masih boleh menggunakan formula ini. Jika anda bersedia untuk memperbaiki diri anda, anda akan senantiasa dibantu oleh strategi berkesan untuk tujuan anda ituEbook ini adalah satu ebook rahsia mencapai kepujian dekan untuk pelajar baru dan pelajar yang sedang berada dalam pengajian. Kepada sesiapa yang inginkan menjadikan pelajaran di universiti adalah sesuatu yang menyeronokkan, ini adalah salah satu ebook yang dapat merubah destinasi anda. Selamat menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN!! Penulis

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 3

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

ISI KANDUNGAN
APA YANG TERJADI?
1. Tak perlu risau, anda sebenarnya pandai 2. Anda vs strategi penentu kejayaan 3. Anda layak untuk dapat GPA 3.5? 4. CGPA kurang 3.0? Mana silapnya? 5. Sebab-sebab tidak boleh skor 6. Peringkat-peringkat golongan pelajar 7. Apa yang terjadi?

KENALPASTI ANDA DI ARAH MANA?


8. Apa sasaran anda 9. Apa yang patut disalahkan 10. Kuadran Habit Kejayaan 11. Penggunaan Formula Rahsia

21

FORMULA RAHSIA KEPUJIAN DEKAN


12. Formula Teknikal Kepujian Dekan 13. Formula Kuasa Minda Kepujian Dekan

31 42

APLIKASI FORMULA
14. Formula dah ada.Bagaimana menggunakannya 15. Amalan kejayaan berkesan 16. Halangan halangan kejayaan 17. Ubah pemikiran dan ubah masa depan anda

PENUTUP KATA-KATA AKHIR

51 52

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 4

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

................................................
APA YANG TERJADI?

Kenalpasti potensi anda ................................................

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 5

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

1
Tak perlu risau, anda sebenarnya pandai
Ramai pelajar-pelajar yang memasuki universiti mempunyai kebimbangan dengan membanding-bandingkan kebolehan diri dengan pelajar lain. Tahukah anda bahawa anda adalah yang terbaik?

Anda sebenarnya sudah masuk u


Tahukah anda bahawa anda adalah insan yang terpilih pada masa ini kerana masih banyak insan-insan lain di luar sana yang bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat dan anda berjaya mendapatkan tempat tersebut. Tak kiralah apa kursus yang anda dapat, yang penting anda sebenarnya telahpun diberi keistimewaan mendapat tempat antara beribu-ribu pelajar SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma dan sebagainya untuk memasuki universiti. Anda mempunyai satu kelebihan iaitu masa. Biar apa pun situasi anda pada masa ini. Samada anda berada dalam GPA 1.8, 2.5, 3.0, yang pasti anda akan diberikan pendedahan rahsia yang saya sendiri dapati daripada mentor saya untuk mencapai GPA3.5. Apa yang anda ada adalah MASA. Dan masa adalah satu perkara yang penting sekiranya anda mempergunakan sepenuhnya.

Masa lepas tidak sama dengan masa depan -Anthony Robbins

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 6

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Masa yang anda ada sekarang adalah penentu kerjaya pada masa depan anda. Masa sekarang akan menentukan samada anda akan mendapat biasiswa seterusnya. Masa anda sekarang akan memberi satu saat keemasan untuk anda untuk kekalkan biasiswa anda pada semester ini.

Gunakan masa sepenuhnya


Pada pandangan anda, anda masih bertungkus lumus untuk mempertingkatkan GPA anda pada masa semester ini. Anda mungkin buntu untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan anda berharap anda akan mencapai GPA yang tinggi pada semester ini dan anda belum tahu samada anda akan mencapainya. Persoalannya, adakah anda yakin dengan cara anda itu? Adakah anda pernah menggunakan formula belajar bersungguh-sungguh sehingga blank apabila berada di bilik peperiksaan? Dengan membaca ebook ini dengan melabur sedikit wang, saya akan pastikan perjalanan pembelajaran anda akan lebih terarah sekiranya anda menpergunakan rahsia yang saya akan dedahkan kepada anda sebagai pelajar yang sememangnya mempunyai potensi yang selama ini anda abaikan. Jadi, apa yang saya ingin cadangkan di bab pertama ini adalah gunakanlah masa yang ada sepenuhnya.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 7

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

2
Anda vs strategi penentu kejayaan
Anda
Sebagai pelajar yang inginkan kejayaan, sudah pasti anda tertanya-tanya apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi kepada anda sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap ebook ini. Saya ingin nyatakan bahawa anda sebenarnya adalah punca utama terhadap kejayaan anda. Tetapi, berita baiknya, anda dapat mengubah nasib anda di universiti sekarang ini. Anda akan menjadi nakhoda dalam perjalanan menuju menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN. Anda sekarang diberi pilihan samada untuk menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN untuk semester ini sahaja atau anda ingin mengharumkan skrol anda dengan CGPA 3.5 ke atas dan menjadi graduan KEPUJIAN DEKAN.

Strategi
Bahagian ini adalah sebenarnya yang menjadi asas kepada kejayaan anda untuk menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN. Strategi yang anda miliki dengan belajar dari ebook ini akan menjadi senjata kepada diri anda untuk merangkul apa yang bakal anda miliki dalam mimpi anda. Menurut kajian, mana-mana pelajar cemerlang mempunyai strategi mereka sendiri yang jarang-jarang dimiliki oleh pelajar-pelajar biasa. Malahan sekiranya anda memintanya anda pasti tidak akan memilikinya. Dan, yang pasti anda berjaya mendapatkan ebook ini yang akan memberi peluang kepada anda menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 8

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Kejayaan sekarang penentu masa depan
Anda sudah pasti akan menjadi teruja apabila anda dapat menunjukkan prestasi anda dengan tersenarai dalam senarai KEPUJIAN DEKAN. Amat rugi sekiranya anda mempunyai kebolehan untuk berjaya tetapi tidak menemui rahsia tersembunyi yang saya akan dedahkan. Kejayaan anda akan memudahkan kehidupan anda kerana anda akan lebih mudah untuk mencapai beberapa kelebihan antaranya: 1. Mudah mendapat biasiswa berbanding hanya layak untuk mendapat pinjaman. 2. Menjadi calon untuk pekerjaan di syarikat/badan kerajaan yang besar. 3. Anda tidak akan perlu risau tentang masalah bersaing dengan pelajar lain semasa mendapatkan biasiswa dan pekerjaan. 4. Memberi keyakinan diri kepada anda. 5. Anda dapat membina kemahiran kejayaan diri yang jarang diperolehi oleh pelajar lain. 6. Anda tergolong dalam lingkungan pelajar terbaik. 7. Memudahkan untuk mendapatkan tempat melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Persoalannya sekarang, adakah anda masih inginkan meneruskan cara pembelajaran anda sekarang ataupun anda ingin mengubah cara tersebut dengan mendapatkan hasil kejayaan yang lebih cemerlang?

Kejayaan besar adalah terhasil daripada kumpulan kejayaan-kejayaan kecil

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 9

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

3
Anda layak untuk dapat CGPA 3.5?
Layakkah anda?
Seperti pada bab awal yang saya terangkan, saya menekankan bahawa setiap orang mempunyai potensi yang mana jika digilap akan berupaya menjadi pelajar berstatus KEPUJIAN DEKAN dan seterusnya mengharumkan nama anda. Apa yang menjadi keperluan anda berikan tumpuan kepada apa yang akan saya kemukakan dalam rahsia yang akan saya dedahkan.

Perhatikan apa yang anda pernah lihat dan alami


Anda mungkin suatu masa dahulu pernah mengenali pelajar yang dulunya lemah dan kini merupakan pelajar cemerlang. Anda mungkin juga suatu masa dahulu pernah menjadi pelajar cemerlang dahulu dengan 8A1, 12A1 bahkan banyak A1 lagi yang pernah anda kumpul. Tetapi sekarang menjadi satu bebanan kepada anda kerana anda tidak dapat mengulangi kembali saat kegemilangan tersebut. Malah anda kini digelar pelajar universiti dan status pelajar cemerlang mula tercabut dari nama anda.

Anda layak untuk apa saja!


Itulah jawapan yang patut saya berikan kepada anda apabila soalan dikemukakan dalam bab ini. Anda sebenarnya layak sekiranya anda sanggup untuk membaca dengan teliti dan mengaplikasikan rahsia-rahsia KEPUJIAN DEKAN yang akan saya kemukakan.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 10

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

4
CGPA kurang 3.0? Mana silapnya?
Hasil pemerhatian yang saya lihat dalam graduan yang graduat setiap tahun, saya dapati kebanyakan pelajar tergolong didalam golongan CGPA3.0 ke bawah, dan jarang sekali melihat dalam senarai CGPA3.5 ke atas bilangannya sungguh kecil. Kerja saya dalam buku ini adalah mendedahkan kepada anda cara BAGAIMANA untuk tersenarai dalam senarai kepujian dekan dalam peringkat fakulti atau sekolah dan muncul menjadi pelajar CGPA 3.5 ke atas.

Mindset pelajar CGPA3.0 ke bawah


Saya membuat beberapa kajian dan mendapati sebahagian pelajar yang CGPA 3.0 ke bawah adalah pelajar yang menyalahkan beberapa faktor mereka tidak mencapai CGPA 3.0 dan CGPA 3,5 ke atas. Antaranya: a. Kawan b. Universiti, termasuklah pensyarah c. Salah cara pembelajaran d. Anda?

Mindset pelajar KEPUJIAN DEKAN


Setelah diteliti saya dapati pelajar CGPA3.0 ke atas adalah pelajar yang biasa sahaja tetapi mereka mempunyai MINDSET yang berbeza. Mereka mempunyai kemahiran tersembunyi yang saya akan dedahkan. Saya tidaklah dapat mengemukakan sepenuhnya apa yang pelajar KEPUJIAN DEKAN punyai, tetapi saya akan kemukakan apa rahsia yang paling penting kerana saya sendiri pernah mendapat GPA 3.6. Ya..yang pasti anda akan dapat strategi yang penting sahaja. Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 11

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Bukakan minda anda untuk belajar strategi baru
Dalam ebook ini, saya akan dedahkan rahsia kejayaan pelajar KEPUJIAN DEKAN. Anda pasti akan memulakan semuanya apabila anda mengetahui rahsia ini. Perkara pertama anda harus lakukan adalah mengubah apa yang selalu anda LAKUKAN Sekiranya anda belajar tanpa tujuan, mulakan dengan bertujuan. Anda mestilah berubah untuk menjadi pelajar KEPUJIAN DEPAN. Anda mesti berubah untuk mengubah keputusan peperiksaan anda. Anda pasti akan berasa tidak selesa pada permulaannya, tetapi apabila anda selesa dengan rahsia yang saya dedahkan dengan menggunakannya dalam sehari-harian, anda akan mudah melakukannya. Ia samalah seperti permulaan anda memandu kenderaan, yang mana pada permulaannya anda akan mengalami beberapa perkara yang mungkin tidak melambangkan anda pemandu yang berhemah dan seringkali tersalah gear. Pada permulaannya ianya agak mengecewakan dan banyak melakukan kesilapan. Jangan lupa, lupakan habit lama anda yang mana akan menjauhkan anda daripada menjadi pelajar terbaik. Anda mampu untuk menjadi yang terbaik sebenarnya.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 12

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

5
Sebab-sebab tidak boleh skor
Terdapat banyak kemungkinan yang terjadi yang menyababkan pelajar tidak skor. Ada beribu-ribu alasan dan sebab mengapa pelajar tidak skor. Saya senaraikan perkara-perkara yang sering timbula apabila ditanya kenapa seseorang itu tidak skor dalam pembelajarannya di universiti.

Tidak suka subjek yang diajar


Kebanyakan pelajar yang tidak mendapat GPA yang baik dalam pembelajarannya di universiti adalah disebabkan mereka tidak menyukai mata pelajaran/ subjek yang diambil. Ada sesetengahnya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengira dan ada sesetengahnya tidak menyukai pengiraan. Ada sesetengah pelajar adalah pelajar yang minat subjek sains sosial tetapi ditawarkan kursus teknikal.

Kursus yang diambil tidak menepati kehendak diri


Kadangkala, ada sesetengah pelajar mengambil tawaran kursus yang ditawarkan kerana terpaksa. Mereka terpaksa mengambil kursus ditawarkan untuk mendapatkan kepuasan kepada orang yang tersayang seperti kedua ibu bapa. Saya tidak menyalahkan mereka, tetapi anda mestilah sedar, apabila anda keluar dengan kursus yang anda tidak suka, apa yang akan terjadi apabila anda hendak cari kerja nanti? Adakah kerja yang akan anda ambil akan berbeza dengan kursus yang anda ambil. Bahagian ini memerlukan anda berfikir sejenak tentang masa depan anda.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 13

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Pensyarah yang tidak disukai
Ada juga pelajar-pelajar yang tidak suka dengan pelajaran yang diambilnya. Walaupun subjek tersebut adalah subjek kegemaran mereka, sekiranya pensyarah yang mengajar tidak disukai, ia akan menyukarkan pelajar untuk skor dalam peperiksaan nanti. Cara untuk mengatasinya adalah dengan mempunyai kawan yang cemerlang dan diramalkan akan skor dalam subjek yang diajarkan oleh pensyarah tersebut.

Pensyarah yang tidak pandai mengajar


Didapati ada juga dikalangan pensyarah dan pengajar yang tidak mengajar dengan baik dalam subjek yang diajar. Jika masalah ini berlaku, pastikan anda mengambil langkah proaktif dengan membaca seawal mungkin apa yang akan diajar dan banyakkan bertanya kepada pensyarah anda untuk meningkatkan pemahaman dengan lebih lanjut.

Kombinasi mata pelajaran yang diambil


Kombinasi subjek yang diambil akan mempengaruhi keputusan nanti. Jika seseorang mempunyai kombinasi subjek-subjek yang susah dalam satu semester, besar kemungkinan jika tidak mempunyai strategi berkesan, mereka tidak akan skor. Perlu diingatkan sekiranya anda mengambil banyak subjek susah, besar kemungkinannya anda akan tidak skor sekiranya anda mengelakkan untuk mempelajari sebarang strategi. Adalah menjadi kelebihan anda sekiranya subjek susah dipelajari dengan teknik dan strategi yang berkesan. Jika boleh, sekiranya anda diberi pilihan, pilih pelajaran atau subjek yang mempunyai kombinasi susah dan senang dalam setiap semester. Pastikan juga tiap semester mempunyai subjek gabungan yang tidak sama kumpulan seperti mempunyai subjek mengira dan juga subjek penghafalan.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 14

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Kurang kemahiran mengira CGPA
Ini adalah bahagian yang paling mudah, tetapi seringkali diabaikan oleh kebanyakan pelajar. Jika ditanya bagaimana mengira CGPA, saya pasti kebanyakan jawapan diterima akan mengecewakan. Mereka hanya menyerahkan bulat-bulat kepada sistem pengiraan yang telah ada dalam pengiraan CGPA untuk dicetak menjadi keputusan semester mereka. Adalah merugikan sekiranya perkara penting ini diabaikan, terutamanya untuk pelajarpelajar yang tidak berapa skor dan berkeputusan sederhana.

Jam kredit mempengaruhi keputusan keseluruhan


Tidak dinafikan, selain memilih subjek yang mempunyai kombinasi yang baik, anda seharusnya melihat jam kredit yang ditawarkan. Diingatkan bahawa, sekiranya ada jam kredit subjek anda 3, 4, 5, 6 ataupun lebih, anda hendaklah belajar bersungguh-sungguh dengan berhabis-habisan dalam subjek ini kerana ia adalah peluang untuk mendapatkan CGPA yang tinggi. Jangan sesekali menumpukan banyak jam belajar dalam subjek-subjek yang mempunyai hanya 1 jam kredit atau 2 jam kredit, walaupun anda menyukai subjek tersebut.

Keupayaan pelajar itu sendiri


Tidak semua pelajar adalah sama keupayaannya. Ada yang boleh mencapai pemahaman dengan sekali pengajaran, ada yang mengambil masa dan ada yang tidak mengambil kisah apa yang diajar oleh pensyarah. Sebenarnya, keupayaan seseorang pelajar boleh dipertingkatkan sekiranya mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu yang dapat memudahkan pemahaman dan menjawab soalan peperiksaan nanti.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 15

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

6
Peringkat-peringkat golongan pelajar
Dalam dunia pembelajaran di universiti, terdapat beberapa golongan kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai karakternya tersendiri. Setiap kumpulan tersebut diklasifikasikan mempunyai kelebihan dari segi biasiswa, kawan-kawan yang dikenali, dan status yang dipandang oleh pensyarah. Anda sebenarnya boleh melihat dimanakah anda ketika ini. Ini adalah masa anda melihat kembali siapa anda sebenarnya.

Kumpulan Pertama
Kumpulan pelajar dengan GCPA <1.0 Kumpulan ini adalah kumpulan yang mungkin dilupakan kerana sudah pasti universiti akan membuang pelajar kumpulan ini. CGPA mereka tidak dapat menampung mereka untuk kekal di universiti.

Kumpulan Kedua
Kumpulan pelajar dengan CGPA <2.0 Kumpulan ini bertungkus lumus untuk membuktikan diri mereka bahawa CGPA 2.0 adalah sasaran utama mereka. Mereka dari sehari akan belajar bersungguhsungguh. Cara pembelajaran mereka tidaklah efektif. Mereka tiada strategi. Jikalau mereka meneruskan keputusan tersebut untuk bebrapa semester lagi, mereka akan di buang dari universiti.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 16

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Kumpulan Ketiga
Kumpulan pelajar dengan CGPA <3.5 Kumpulan ini mendapat pinjaman pelajaran dengan mudah. Majoriti mereka menyatakan CGPA3.0 adalah tahap keputusan terbaik. Mereka belajar bersungguh-sungguh. Peluang untuk sambung belajar adalah 50% dan mereka selalunya bersaing dalam mendapatkan pekerjaan. Apabila mereka kerja, mereka akan membayar kembali pinjaman pelajaran mereka.

Kumpulan Keempat
Kumpulan pelajar dengan CGPA 3.5-3.75 Kumpulan ini menyasarkan CGPA4.0 adalah sasaran utama. Kadangkala mereka bergaul dengan palajar elit dan mereka mudah mendapat biasiswa. Majoriti kumpulan ini mempunyai strategi pembelajaran berkesan dan strategi untuk mencapai CGPA terbaik yang berkesan. Mereka adalah diklasifikasikan pelajar terbaik dalam universiti.

Kumpulan Kelima
Kumpulan pelajar dengan CGPA3.75-4.0 Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan elit. Mereka dicari oleh biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat besar. Mereka kadangkala ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan beserta biasiswa. Universiti dalam dan luar negara mencari mereka. Mereka tiada masalah sambung belajar dan biasiswa. Kumpulan mereka adalah kumpulan yang begitu mementingkan kejayaan luarbiasa. Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 17

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Dimana kumpulan anda?
Jadi, anda telah didedahkan dengan sedikit maklumat tentang kumpulan pelajar-pelajar di universiti. Sekarang anda bolehlah melihat, dan memerhati anda di dalam golongan mana?

Persoalan kendiri
Apabila anda memahami kumpulan pelajar ini anda bolehlah menanya kepada diri sendiri tentang kumpulan anda: Adakah anda berpuas hati kumpulan anda? Apa yang anda boleh dilakukan? Apa yang anda boleh dibaiki? Apa kesan kepada masa depan anda jika tidak dibaiki? Apa kepuasan anda sekiranya anda dapat mengubah kumpulan anda? Apa lagi perlu anda tambah untuk menjadi yang lebih baik? Jawab soalan-soalan ini dan anda akan tahu apa perlu anda lakukan nanti.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 18

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

7
Apa yang terjadi?
Sebagai seorang pelajar, adalah normal menjadi seorang yang banyak berfikir dalam tempoh pembelajaran. Ada yang seringkali belajar dengan tekun tetapi masih belum berjaya. Perlu diingatkan, saya juga pernah mengalami perkara tersebut. Anda sampai satu masa merasa buntu untuk mengenalpasti apa yang perlu dibuat untuk mencapai kejayaan di universiti. Anda mungkin keliru dengan apa yang terjadi kepada anda? Anda tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya? Anda tidak mencapai status pelajar terbaik dalam kelas? Itu adalah persoalan yang mungkin antara yang berlegar di dalam fikiran anda. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan anda tidak menunjukkan prestasi yang baik di universiti. Saya senaraikan apa yang sering menjadi isu dalam pembelajaran yang tidak berkesan. Persediaan kelas yang tidak baik Subjek pilihan yang tidak minat Pensyarah yang tidak memberi galakan Disiplin diri sendiri Teknik belajar iaitu sebelum, semasa dan selepas Spot soalan lepas yang tidak mengena

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 19

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Saya boleh senaraikan beratus-ratus punca seseorang pelajar tidak mencapai kejayaan dalam prestasinya. Apa yang saya ingin tekankan, bahawa sebenarnya apa yang paling penting dalam pembelajaran universiti adalah bukan faktor-faktor tersebut. Yang menjadi isu sekarang adalah bagaimana anda mengatur strategi sebagai pelajar terbaik.

Belajar + Strategi = Berjaya Belajar + Strategi Rahsia Kepujian Dekan = Kepujian Dekan
Ia adalah seperti mengatur strategi dalam peperangan. Dalam peperangan sekiranya anda mempunyai strategi yang baik dan berkesan, kemenangan adalah di pihak anda. Dalam buku ini saya dedahkan rahsia pelajar cemerlang dengan memberi strategi menjadi pelajar berstatus KEPUJIAN DEKAN, kerana banyak kelebihan untuk pelajar tersebut.

Ubah strategi anda , ubah hasil yang anda dapat

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 20

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

................................................
KENALPASTI ANDA DI ARAH MANA?

Mengetahui situasi anda ................................................

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 21

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

8
Apa sasaran anda?
Sebenarnya, dalam universiti, pelbagai sasaran adalah anda dapati apabila anda menanyakan soalan Apa tujuan anda di university? dan secara kasarnya menerangkan apa sasaran anda. Terdapat pelbagai sasaran pelajar yang berada di universiti. Antaranya:

a. Mendapatkan pendidikan yang lebih baik b. Terikut-ikut dengan persekitaran, adaik beradik dan kawankawan yang seringkali mengagungkan pelajaran universiti c. Batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan d. Membina kemahiran diri e. Bebas dengan kehidupan sendiri f. Dan lain-lain lagi
Saya dapati, seorang pelajar yang tergolong dalam lingkungan di atas akan mudah terbawa-bawa dengan dorongan kawan-kawan apabila berada di universiti kerana anda tidak dikawal lagi apabila berada di universiti. Anda diberi elaun, anda diberi kebebasan belajar sendiri, anda bebas melakukan segalanya. Saya tidak menyatakan kebebasan adalah sasaran utama anda.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 22

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Anda mungkin ada pandangan yang berbeza. Saya hanya ingin bertanyakan soalan:

Sekiranya anda meneruskan dengan perspektif tersebut, adakah berbaloi anda berada di universiti? Apakah yang paling penting di universiti? Apa yang anda akan bawa daripada pengalaman berada di universiti?
Soalan ini mungkin memberi satu tamparan kepada anda. Bukan itu tujuan saya sebenarnya. Saya hanya ingin membawa anda ke satu tahap pemikiran bahawa anda sebenarnya mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja, tetapi sekiranya anda tidak mengabaikan pelajaran ianya adalah baik, sekiranya anda mengabaikan pelajaran, anda akan rugi. Rugi kerana ramai pelajar lain di luar sana ingin menjadi seperti anda. Jika anda tiada sasaran anda akan merugikan masa, wang, dan tenaga anda. Apa yang saya ingin sarankan, anda cuba fikirkan dengan andaian sekiranya anda mempunyai sasaran untuk tersenarai dalam senarai KEPUJIAN DEKAN. Dan, anda adalah seorang pelajar terbaik dalam senarai pelajar KEPUJIAN DEKAN, apakah anda akan bergantung sepenuhnya kepada sasaran kebebasan yang anda impikan? Adakah anda hanya ingin menimba ilmu? Adakah anda hanya terikut-ikut kawan-kawan anda yang memasuki universiti? Adakah anda masuk universiti hanya untuk segulung Diploma atau Ijazah hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan? Tidak ramai akan bersetuju dengan soalan ini.

Sekiranya anda berjaya memberi peluang kepada diri anda untuk membina sasaran menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN, anda pasti akan menjadikan pengalaman di universiti adalah satu pengalaman yang indah.
Hidup anda sebagai seorang pelajar adalah lebih terarah. Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 23

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Banyak kebaikan yang akan anda dapati apabila anda boleh mencapai KEPUJIAN DEKAN dalam mana-mana semester dan jika anda SERIUS, anda akan muncul sebagai pelajar terbaik.
Anda akan mendapat kebaikan semasa di universiti, selepas pekerjaan, bahkan senang untuk naik pangkat. Tidakkah itu angan-angan anda sebenarnya. Anda inginkan kegembiraan dalam kehidupan anda. Lihatlah peluang anda dalam universiti adalah satu situasi yang mana anda membuktikan kehebatan anda. Jika anda mengetahui sasaran anda saya akan dedahkan caranya untuk mencapai sasaran tersebut ada dalam ebook ini. Apa yang anda perlu lakukan, beri perhatian kepada apa yang saya akan dedahkan.

Sasaran anda akan memudahkan anda belajar dengan lebih berkesan

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 24

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

9
Apa yang patut disalahkan?
Sebenarnya, banyak yang akan timbul apabila ditanyakan kenapa dan apa yang patut dipersalahkan. Memang ridak disangkal lagi pelbagai faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakpuasan dengan keputusan yang dihasilkan. Jika seseorang itu menyalahkan perkara-perkara luaran, saya pasti isu ini tidak akan selesai. Ia umpama mendapatkan buah yang baik tetapi tidak memberi baja yang cukup kepada pokok yang ditanam. Dalam sistem pembelajaran anda, apa yang anda boleh nyatakan adalah ianya bukanlah salah sesiapa, dan anda juga tidak bersalah. Yang menjadi kesalahan adalah peluang anda belum tiba untuk menggunakan formula rahsia KEPUJIAN DEKAN yang saya akan dedahkan. Adalah tidak wajar sekiranya menyalahkan sesuatu kerana mungkin sesuatu yang berlaku ada baiknya. Apa yang terjadi sebenarnya sekiranya anda tidak skor pelajaran anda mungkin kerana anda telah biasa dengan sistem pembelajaran lama. Adalah lebih baik anda menumpukan strategi KEPUJIAN DEKAN yang saya akan dedahkan kerana sumbangannya akan memberi banyak kelebihan kepada kehidupan semasa anda belajar dan selepas anda belajar nanti.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 25

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

10
Kuadran Habit Kejayaan
Dalam sistem pembelajaran seseorang, saya dapati terdapat empat jenis amalan pembelajaran dan mendapat hasil keputusan yang tertentu. Didapati terdapat dua jenis cara pembelajaran iaitu belajar secara sedikit masa dan belajar secara banyak masa. Manakala terdapat dua jenis hasil kepada pembelajaran iaitu, SKOR iaitu mendapat keputusan dengan baik dan TIDAK SKOR iaitu mendapat keputusan yang sebaliknya. Anda perlulah mengenalpasti habit kejayaan anda. Habit anda adalah penentu masa depan anda kerana ia melibatkan keupayaan anda dan amalan kemahiran pembelajaran anda sehari-harian.

Belajar sikit tapi TIDAK SKOR


Pelajar dalam kuadran ini meluangkan masa-masa yang tidak berfaedah. Mereka hanya datang kuliah untuk mendengar tetapi tidak mampu untuk memahami apa yang diajar. Mereka mempunyai habit yang tidak baik dengan tidak belajar, tidak menjawab peperiksaan dengan baik dan mereka tidak gemar untuk mengulangkaji apa yang dipelajari. Mereka tidak sedar mereka akan gagal dan mereka tidak tahu strategi untuk belajar. Kebanyakan pelajar ini tidak mampu untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mungkin ada juga yang tidak kekal di universiti di tahun pertama dan kedua.

Belajar sikit tapi SKOR


Cara pembelajaran untuk kuadran ini adalah cara pelajar yang akan anda gunakan selepas ini. Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 26

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Pelajar dalam kuadran ini mudah memahami pelajaran kerana mereka tahu arah tujuan pembelajaran mereka iaitu masuk dalam senarai KEPUJIAN DEKAN. Mereka memulakan kumpulan belajar yang berkesan. Mereka melakukan latihan soalan-soalan tahun lepas dan mereka mempunyai rahsia KEPUJIAN DEKAN yang saya akan dedahkan.

Belajar banyak tapi TIDAK SKOR


Pelajar dalam kuadran ini bertungkus lumus belajar dan belajar dengan menghabiskan masa mereka. Mereka merasakan mereka sudah belajar dengan baik dengan berjam-jam dan hasil keputusan mereka masih ditahap lama. Mereka tidak tahu sistem pembelajaran yang berkesan dan mudah putus asa. Apabila mereka mendapat markah yang baik mereka merasakan mereka letih kerana hasil yang diperolehi adalah hasil penat lelah menyekang mata dan banyak masa dihabiskan.

Belajar banyak tapi SKOR


Pelajar dalam kuadran ini meluangkan masa yang banyak untuk pembelajarannya. Mereka mempunyai sistem pembelajaran yang baik tetapi tidak berapa efektif. Mereka selesa dengan keputusan mereka yang sederhana. Mereka bergaul dengan kawan-kawan yang sama mempunyai keputusan yang sederhana. Mereka sebenarnya tidak terlibat dengan banyak aktiviti yang mendedahkan mereka kepada pergaulan sosial dan tumpuan mereka dari masa ke semasa adalah dengan pelajaran sahaja.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 27

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Kuadran Habit Pelajar
Hasil kesimpulan kepada keempat-empat jenis pembelajaran dan keputusannya saya ringkaskan kepada carta seperti berikut:

KUADRAN I Belajar sikit, TAK SKOR

KUADRAN II Belajar sikit, SKOR

KUADRAN III Belajar Banyak, TAK SKOR

KUADRAN IV Belajar banyak, SKOR

Carta perbandingan pembelajaran dan prestasi


Jadi, apa yang saya ingin lakukan adalah membawa anda untuk berfikir dan mengambil tindakan ke dalam kuadran yang mempunyai sistem pembelajaran yang berkesan dan efektif dan meluangkan masa yang sedikit dan digunakan dengan sepenuhnya (KUADRAN II). Seterusnya anda bergelar pelajar KEPUJIAN DEKAN. Anda sebenarnya boleh meluangkan masa yang banyak, tetapi sampai bila anda hendak meluangkan masa anda dengan sistem pembelajaran yang kurang efektif. Saya ingin memberi jalan pintas kepada kehidupan sebagai pelajar di universiti.

Rahsia pelajar cemerlang: Belajar sikit, tapi skor

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 28

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

11
Penggunaan Formula Rahsia
Anda pelajar baru
Sekiranya anda berada dalam semester pertama, anda adalah salah seorang pelajar yang berpotensi untuk mendapatkan KEPUJIAN DEKAN apabila anda menggunakan formula rahsia yang saya akan dedahkan. Anda boleh mencapai CGPA terbaik dengan CGPA>3.5 pada peringkat ini. Anda hanya perlu mengikuti langkah demi langkah dan amat berkesan untuk penggunaannya secara menyeluruh.

Anda di tahun pertama


Anda sedang berada di awal pengajian yang mana anda mungkin teraba-raba untuk mencari kaedah berkesan menjadi pelajar terbaik. Dengan menggunakan formula rahsia yang saya akan dedahkan, anda akan mudah untuk mengetahui di mana anda sekarang dan bagaimana anda boleh mencapai status pelajar KEPUJIAN DEKAN dengan senang. Anda bebas untuk mempertingkatkan GPA atau CGPA anda pada peringkat ini

Anda di tahun kedua


Di tahun ini anda akan merasakan sedikit kegusaran kerana anda sudah berada di tahun kedua, Usah risau, anda boleh merubah tahap keputusan anda sekiranya anda mampu member komitmen yang saya akan tunjukkan dan saya pasti anda akan mengetahui sesuatu yang hanya diketahui oleh pelajar terbaik dan mungkin juga pelajar kelas pertama sahaja yang mengetahuinya. Di tahun ini anda mampu untuk mempertingkat CGPA memperkemaskan GPA anda untuk semester di tahun ini. anda dengan

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 29

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Anda di tahun ketiga
Pelajar-pelajar di tahun ini adalah pelajar yang mungkin lebih menumpukan untuk bergaraduat. Anda mungkin juga terlepas pandang untuk mempertingkatkan masa untuk tahu tentang teknik untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Rahsia yang saya dedahkan akan dapat memberi peluang kepada anda untuk menyemak kembali apa yang telah anda capai dan anda dapai aplikasikannya untuk mempertingkatkan CGPA semasa anda.

Anda di tahun akhir


Pelajar di tahun akhir boleh mendapatkan KEPUJIAN DEKAN sekiranya mereka mampu untuk mempergunakan potensi mereka dengan lebih baik. Anda hanya ada dalam satu atau dua semester untuk menunjukkan keputusan yang baik. Peluang anda adalah menunjukkan GPA anda yang terbaik pada semester sekarang walaupun anda berada di tahun akhir. Jangan risau, sekiranya anda masih tidak mampu untuk mendapatkan KEPUJIAN DEKAN, anda dinasihatkan untuk memanjangkan pengajian anda kerana dengan memanjangkan tempoh pengajian anda akan ada masa untuk fokus kepada peningkatan CGPA anda. Ianya terpulang kepada anda samada untuk memanjangkan masa pembelajaran anda. Saya hanya inginkan anda lebih berjaya dengan CGPA yang baik, itu tujuan saya. Yang penting anda mempunyai strategi mempertingkatkan CGPA anda ke tahap yang lebih baik.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 30

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

................................................
FORMULA RAHSIA KEPUJIAN DEKAN

Formula merubah destinasi ................................................

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 31

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

12
Formula Teknikal mencapai Kepujian Dekan
Untuk formula ini dalam mencapai kejayaan di universiti, anda perlukan formula. Pada peringkat ini, bahagian formula teknikal adalah bahagian yang paling penting. Bahagian ini adalah bahagian yang kebanyakan pelajar mengabaikannya dan mengurangkan GPA mereka atau CGPA mereka. Anda akan memberi tumpuan kepada apa-yang diperlukan dalam mendapatkan CGPA3.5 ke atas. Tujuan anda menggunakan formula ini adalah untuk memberi kejelasan kepada anda dari mana anda berada pada masa sekarang dan ke mana anda akan menuju.

Langkah Pertama
Anda MESTI tetapkan angka CGPA3.5. TULISkan dalan satu kertas
Pada peringkat paling penting ini, anda hendaklah menetapkan berapa CGPA yang anda mahukan. Tetapkan kerana anda akan tahu ke mana akan anda usahakan. Ia umpama menetapkan arah perjalanan anda. Jika anda tidak menetapkannya, anda akan mudah berasa tidak yakin dengan diri anda untuk berjaya.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 32

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Langkah Kedua
Mempunyai kesedaran semasa. CATATKAN. Catat CGPA sekarang yang sedang dicapai.
Untuk peringkat ini, anda perlulah menyedarkan diri anda apa yang telah anda capai sehingga sekarang umpamanya anda masih CGPA2.5. Dan anda sekarang menyedarkan diri anda bahawa anda sekarang sedang menetapkan CGPA3.5 lebih. Dengan kesedaran di mana anda sekarang anda akan berasa bahawa anda perlu melakukan sesuatu untuk berubah.

Langkah Ketiga
Pilih berapa mata terkumpul anda perlukan untuk mencapai CGPA3.5. CATATKAN
Pada peringkat ini anda perlu sedikit kerja pengiraan dengan mengira berapa mata terkumpul untuk mata pelajaran berbaki untuk mendapatkan CGPA3.5 ke atas. Jika anda perlukan untuk mencapai CGPA3.5, berapa mata terkumpul dan berapa A perlu anda skor dalam subjek semasa dan subjek yang akan anda ambil pada semester sekarang atau berikutnya. Kuncinya disini anda perlu tahu berapa mata terkumpul hasil jumlah daripada jam kredit dikali dengan 2.5(diambil dari contoh no 2). Selepas itu anda perlu tahu berapa mata terkumpul berbaki yang perlu anda capai dalam semester terkini dan semester yang akan datang. Formula pengiraan CGPA diperlukan. Jangan risau, saya sertakan attachment bersama-sama ebook ini. Sila pastikan manual rahsia kepujian dekan ada bersama-sama ebook anda ini.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 33

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Langkah Keempat
Pemilihan teknik tumpuan jam kredit. CATATKAN
Pada peringkat ini, anda hendaklah mempunyai strategi dan teknik bagaimana untuk meningkatkan mata terkumpul dengan menumpukan mata pelajaran yang mempunyai kredit tertinggi. Tak gunanya anda menumpukan mata pelajaran yang mempunyai kredit rendah kerana menyumbang mata yang sedikit kepada CGPA anda. Pilih juga subjek senang yang dapat memberi CGPA tinggi kepada keputusan anda, tetapi jam kreditnya lebih dari 2. Contohnya: Jika anda skor A (4.0) untuk jam kredit berbeza ianya akan memberikan mata terkumpul yang berbeza. A(4.0) x 2 (Jam Kredit) = 8 (Mata terkumpul) A(4.0) x 4 (Jam Kredit) = 16 (Mata terkumpul) Jadi, inilah yang membezakan antara focus kepada jam kredit yang banyak dan kurangkan tumpuan untuk subjek yang kurang jam kreditnya.

Langkah Kelima
Pemantauan dengan DISIPLIN yang tinggi. CATATKAN
Pada peringkat ini anda hendaklah menyenaraikan sebarang ujian pertama, ujian kedua dan kuiz serta peperiksaan akhir. Tuliskan secara spesifik kepada setiap subjek yang anda pilih. Anda juga mungkin boleh memilih subjek senang terlebih dahulu. Pastikan proses ini berlaku secara berterusan dan perlu DIINGATI ujian pertama dan kedua hendaklah mendapat setinggi mungkin dan PALING UTAMA anda mencapai apa yang disasarkan Gred untuk setiap subjek (contonya A+ untuk subjek Matematik) Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 34

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Ujian pertama 15 10/15

Ujian kedua 15 10/15

Ujian ketiga 15 10/15

Kuiz dan tugasan 25 20/25

Peperiksaan akhir 40 30/40

A 100% 80 (Sasaran) 80 (Skor)

X/15

X/15

Pencapaian X/15 X/25

X/40

Selepas itu anda isikan markah yang diperolehi ditempat bertanda x dan buat perubahan teknik pembelajaran untuk mencapai jumlah keputusan keseluruhan untuk sasaran anda. Selepas anda mengisinya, lihat kembali samada keputusan anda yang anda perolehi sedang menuju markah sasaran yang anda tentukan. Saya letak di jadual atas sebanyak 80 untuk markah A, sekiranya anda yakin dapat skor lebih 80 anda boleh letakkan lebih 80 malah anda boleh meletakkan sebanyak 100 jika itu sasaran anda. Perlu diingatkan bahawa pemantauan ini memerlukan anda mempunyai sasaran. Sekiranya anda tidak mempunyai sasaran, usaha ini tidak akan menghasilkan kejayaan.

Langkah Keenam
Pantau dan pembetulan ditambah DISIPLIN. CATAKAN
Pantau dari masa ke semasa walaupun di mana peringkat anda pada masa kini. Pada permulaan, hendaklah sedikit bersabar kerana anda mungkin akan terlepas fokus kerana ianya satu aktiviti yang di luar aktiviti semasa anda. Lakukan perubahan yang member kesenangan kepada anda. Tanamkan perasaan fleksibiliti kepada aktiviti anda tetapi tidak menyimpang dari sasaran utama anda mendapatkan KEPUJIAN DEKAN.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 35

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Aktifkan kuasa catatan dan menulis segala aktiviti
Sekiranya anda perasan, saya banyak menyarankan anda menulis segala aktiviti anda. Kenapa saya menyarankan anda menulis? Fungsi kuasa catatan adalah untuk memberi latihan kepada anda apabila anda dapat melihat segala aktiviti anda telah lalui dan mempermudahkan sebarang pembetulan dan melihat kejayaankejayaan kecil yang diperolehi sepanjang mencapai CGPA3.5 ke atas. Apa yang saya dedahkan pada bahagian ini adalah sama seperti apa yang saya pergunakan semasa saya usahakan dalam peningkatan CGPA saya. Anda hendaklah konsisten, berani bertanya, jangan mudah putus asa untuk mencapai pelajar KEPUJIAN DEKAN. Kadangkala anda akan berasa susah pada permulaan kerana ianya agak teknikal dan banyak kerja perlu dilakukan dalam pengiraan mata terkumpul untuk semester semasa dan untuk semester keseluruhan.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 36

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

13
Formula Kuasa Minda mencapai Kepujian Dekan
Untuk mencapai KEPUJIAN DEKAN, anda hendaklah menggunakan formula TEKNIKAL dan menggabungkan formula KUASA MINDA yang mana akan membolehkan anda mencapainya dengan lebih cepat dan pantas. Anda tidak perlu risau dengan istilah kuasa minda kerana sebenarnya anda didedahkan untuk membina ketahanan diri untuk mencapai prestasi yang baik menerusi kekuatan emosi sebenarnya.

Langkah Pertama
Sasarkan Sasaran CGPA anda
Pada peringkat ini, anda tidak ada masalah kerana anda telahpun menulis di formula teknikal di atas. Anda telahpun mempunyai sasarannya iaitu CGPA3.5. Pastikannya tepat berapa GPA atau CGPA anda hendak.

Langkah Kedua
Percaya pada diri sendiri
Apabila anda telah sasarkan apa yang anda inginkan, anda hendaklah mula percayakan apa yang anda inginkan anda boleh sebenarnya. Jika anda kurang percaya, cuba fikirkan saat-saat anda memperolehi kejayaan dengan senang. Contohnya, bagaimana anda boleh berjaya mendapat tempat untuk belajar di universiti. Apa yang anda lakukan? Apa yang anda fikirkan? Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 37

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Apa strategi yang dilakukan? Anda pasti masih ingat bagaimana anda bertungkus lumus siang malam belajar untuk mendapatkan tempat di unniversiti. Hanya anda tahu tahap kepercayaan diri anda pada masa itu. Cuba kaitkan bagaimana anda mencapai apa yang anda hajati tersebut dan gunakan untuk mencapai CGPA yang anda inginkan.

Langkah Ketiga
Gambaran kejayaan
Anda dikehendaki meletakkan kertas sasaran anda di satu tempat yang selalu boleh dilihat oleh anda dan anda boleh merasakan kegembiraan anda mencapainya. Letakkan di cermin tempat anda selalu lihat. Dan luangkan masa untuk merasakan anda telah capai CGPA yang diidamkan sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Jika anda betul-betul inginkan kejayaan tersebut, lihat sasaran CGPA anda setiap masa, kerana anda akan sentiasa berasa gembira dengan kejayaan yang bakal di genggam.

Langkah Keempat
Bersyukur
Bina kesyukuran kerana anda diberi peluang untuk melakukan sesuatu kejayaan di masa ini dan di masa yang akan datang. Bersyukur kerana kegagalan lepas memberi peluang anda untuk meneruskan kemajuan diri. Mungkin kegagalan yang lepas menyebabkan anda terdorong untuk anda membaca ebook ini. Jika anda tidak gagal anda mungkin tidak akan membaca buku ini dan tidak memperolehi formula rahsia ini.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 38

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Jadi BERSYUKURLAH!

Langkah Kelima
Bina habit kejayaan
Mulai saat ini mulalah dengan melihat tentang kejayaan. Baca cerita-cerita kejayaan orang lain. Dengar apa pelajar-pelajar yang berjaya katakan dalam surat khabar, radio dan majalah. Cuba berlagak seakan-akan anda telahpun berjaya dalam semester ini. Rahsianya jangan tunggu sehingga anda mencapai kejayaan. Berlakonlah seakan-akan anda sudah pun menjadi pelajar terbaik. INGAT, jika anda berlakon seakan-akan berjaya, anda lambat laun akan berjaya juga. Ini adalah rahsia pelajar terbaik!

Langkah Keenam
Berkawan dengan pelajar first class
Cuba carikan pelajar terbaik, cuba dekatinya jika dapat dan mula bergaul dengannya. Lihat dan perhatikan apa yang dilakukannya dan buat seperti apa yang dilakukannya dan yang lebih baik lagi. Jangan dengar sangat apa yang diperkatakannya. Yang lebih penting adalah lihat apa yang dilakukannya, kerana apa yang dilakukannya adalah hasil pemikiran mereka, kerana pelajar first class adalah berbeza pemikirannya dengan pelajar biasa.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 39

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Langkah Ketujuh
Dapatkan kawan yang dapat membantu
Salah satu perkara yang menjadi rahsia kejayaan pelajar terbaik adalah mempunyai kawan yang dapat menolong dalam pelajaran. Dalam situasi ini, kawan tak semestinya seorang yang pandai belajar sahaja tetapi boleh mangajar anda. Cara memilih mentor adalah dengan bertanya pelajar yang mempunyai CGPA lebih 3.5 ke atas. Tanya apa yang diperlukan untuk berjaya. Mulakan bertanya bagaimana mereka berjaya kerana mereka akan suka menceritakan kisah kejayaan mereka. Ini juga rahsia penting kenapa mereka yang berjaya.

Langkah Kelapan
Ambil tindakan BERSUNGGUH-SUNGGUH
Dalam apa-apa bidang sekalipun, seseorang mestilah mempunyai daya ketahanan untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya anda seorang pelajar yang seringkali malas untuk bertanya, mulakan bertanya. Mulakan sesuatu aktiviti yang menunjukkan anda bersungguh-sungguh bahawa anda akan mencapai menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN. Dengan kata lain jangan MAIN-MAIN untuk merealisasikan impian anda.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 40

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

Langkah Kesembilan
Jangan putus asa
Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu, sudah pasti anda akan menemui banyak kegagalan. Ubat kegagalan adalah dengan belajar daripada kegagalan. Anda tidak akan mati kerana anda gagal melakukan sesuatu. Tetapi anda akan menyesal sekiranya anda tidak melakukan apa-apa. Bahkan semuanya sudah tersedia dalam buku ini dan hanya anda perlu lakukan dan JANGAN PUTUS asa.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 41

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

................................................
APLIKASI FORMULA

Panduan langkah kejayaan ................................................

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 42

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

14
Formula dah ada.Bagaimana menggunakannya?
Sekarang, anda telahpun didedahkan dengan formula rahsia. Formula rahsia ini akan anda gunakan dalam pembelajaran anda dari saat ini. Anda akan menjadikan CGPA3.5 adalah satu realiti. Saya sudah pasti tidak akan membiarkan anda menjalankan formula tersebut tanpa bimbingan susulan. Di sini, saya kemukakan tindakan susulan apabila anda ingin menggunakan formula tersebut. Saya senaraikan enam tindakan susulan anda untuk mendapatkan CGPA3.5. 1. Perlu menggunakan pen dan kertas Anda hendaklah mempergunakan sepenuhnya kemudahan pen dan kertas apabila menjalankan aktiviti menggunakan formula tersebut. Sebarang perkara yang ingin dilakukan hendaklah dicatat. Perkara yang selesai hendaklah dicatat. Ini akan member kepuasan kepada anda sekiranya anda melihat kembali apa yang anda telahpun capai. 2. Tulis sasaran anda di atas satu kertas Anda hendaklah menulis sasaran CGPA3.5 anda di atas satu kertas dan seringkali melihatnya. Anda boleh juga membuat laminate kertas gol anda.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 43

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Anda dinasihatkan untuk melihat gol anda sekerap mungkin untuk mengingati anda dengan target anda. Ingat, sasaran akan mudah disasarkan apabila disasarkan pada setiap masa. 3. Satu hari perancangan dan pemantauan Anda hendaklah menjadi pelajar yang rajin dengan memantau dengan teliti setiap perancangan yang telah dilakukan dan dipenuhi. 4. Rancangan dan strategi tiap hari Perancangan adalah segalanya. Anda dinasihatkan untuk merancang tiap aktiviti yang akan anda lakukan setiap hari. Jangan abaikan tugasan yang boleh disiapkan secara segera dan sebarang tarikh pepriksaan adalah perkara penting. 5. Raikan kejayaan kecil tiap hari Sebarang sesuatu kejayaan samada anda mencapai markah kuiz yang tinggi, menyiapkan tugasan dengan segera hendaklah diraikan dengan perasaan gembira. Raikan sesuatu kejayaan kecil kerana ia adalah penyumbang kepada CGPA3.5 anda. 6. Mulakan sesuatu dengan perkara kecil dan senang Sesuatu perkara yang besar selalunya bermula dengan perkara kecil. Malahan bukit bukau pun dapat ditarah dengan sedikit demi sedikit jika menggunakan alatan yang tepat. Anda dinasihatkan untuk memulakan sesuatu dengan langkah yang kecil dahulu untuk memperkemaskan diri kepada perkara-perkara besar. Belajar dengan penuh keseronokan dan pastikan rehat secukupnya. Anda dinasihatkan untuk memulakan belajar sejam sehari pada permulaannya dan menambahkan kepada satu setengah jam waktu belajar pada esoknya. Itulah usaha kecil penyumbang kepada perkara besar. Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 44

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

15
Amalan kejayaan berkesan
Kejayaan seseorang dibina dengan habit. Amalan seharian anda sebagai seorang pelajar universiti adalah penentu kejayaan anda masa kini dan masa yang akan datang. Pengabaian kesedaran tindakan yang baik pada masa kini akan menyebabkan anda terkebelakang. Menurut kajian, terdapat pelbagai strategi amalan pelajar yang berjaya. Ada yang mengambil masa yang lama dan ada pelajar yang mengambil masa yang sedikit untuk mencapai kejayaaan dan tersenarai dalam KEPUJIAN DEKAN. Jika mereka boleh, anda sebenarnya pun boleh. Antara strategi amalan yang diamalkan adalah seperti berikut: 1. Strategi belajar Pelajar yang baik adalah pelajar yang mengamalkan cara pembelajaran yang berkesan. Mereka memberi tumpuan 100% semasa belajar. Bahkan mereka membaca dahulu apa yang akan diajar oleh pensyarah sebelum kelas bermula walaupun tidak faham. Mereka banyak bertanya semasa dalam kelas. Mereka juga mencatit apa yang tidak faham dan menanya pensyarah selepas kelas. Mereka menggunakan peta minda dan mempunyai kemahiran membaca cepat.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 45

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Kebolehan tambahan yang paling PENTING adalah kebolehan MENJAWAB SOALAN dengan jawapan yang tepat adalah penyumbang utama kejayaan pelajar KEPUJIAN DEKAN. 2. Kumpulan belajar yang baik Kumpulan pelajar yang baik adalah WAJIB jika anda tidak selesa dengan pembelajaran secara sendirian. Ada banyak kelebihan dalam belajar secara berkumpulan. Pastikan anda mempunyai ketua dalam perbincangan. Setiap seorang pelajar mestilah komited dengan tugasan dan pembahagian tugas yang diberi. Pembelajaran secara berkumpulan adalah satu cara pembelajaran SMART LEARNING kerana ianya menyingkatkan masa belajar dan memudahkan membina disiplin. Diingatkan sekali lagi, anda juga hendaklah mencari ahli kumpulan yang betulbetul KOMITED dengan kumpulan anda, sekiranya tidak ianya akan memberi kesan negatif kepada keputusan anda. 3. Ambil tindakan yang tepat Tindakan yang tepat adalah tindakan yang memberi kesan yang baik kepada anda apabila anda melakukannya. Contohnya apabila anda seringkali mendapat markah 50%, sekiranya anda berupaya mendapat keputusan 60% pada ujian seterusnya, itu adalah petanda anda mengambil tindakan yang tepat. Ini kerana dari semasa anda mempertingkatkan kemampuan anda. Sekiranya diamalkan, ia akan menjadikan anda pelajar KEPUJIAN DEKAN. Bebaskan pemikiran daripada memberi kata-kata tidak baik kepada pelajar yang berjaya. Ini kerana sekiranya anda membina habit tersebut anda tidak akan menjadi seperti mereka kerana anda kondem apa yang anda inginkan.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 46

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Cuba elakkan daripada bergaul dengan pelajar yang suka membuang masa dan tidak berdisiplin. Ingat, anda hanya ada peluang untuk KEPUJIAN DEKAN dan bukannya untuk berseronok dengan kawan-kawan yang tidak bermutu. Elakkan memikirkan banyak masalah kerana sekiranya anda tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran, peluang anda untuk menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN akan tipis. Fikirkan bagaimana pelajar first class firkirkan dan anda pasti akan merasa diri anda lebih berpotensi dan bertenaga untuk belajar dengan lebih tekun. 4. Belajar daripada saranan pensyarah Terdapat pelbagai kaedah yang akan anda lakukan dalam sistem pembelajaran anda. Saya amalkan satu kaedah yang akan pastikan anda mendapat markah tertinggi. Caranya adalah dengan pembelajaran berdasarkan saranan pensyarah itu sendiri. Sekiranya anda dapat mengenali pensyarah anda dari hari pertama anda masuk kelas, saya pasti anda akan berusaha untuk mendapatkan teknik-teknik rahsia daripada pengajar tersebut. Ini kerana, setiap mata pelajaran mempunyai kaedah yang berbeza, dan cara pembelajaran untuk mendapatkan markah tinggi adalalh sudah pasti berbeza. Tugas anda di sini adalah untuk mengetahui apakah teknik rahsia daripada pensyarah anda untuk mendapatkan markah tertinggi. Ini adalah salah satu senjata bagi pelajar kelas pertama. Satu tindakan tepat lebih baik dari seribu tindakan sia-sia

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 47

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

16
Halanganhalangan kejayaan
Memang terdapat banyak halangan yang akan mempengaruhi anda apabila anda ingin mengaplikasikan formula rahsia tersebut. Antaranya adalah memori separa sedar anda tentang kegagalan lepas dan keupayaan anda mengaplikasi formula baru ini. Saya ingin sarankan anda beberapa petua yang perlu dielakkan dan mambina amalan baru. Jangan selalu menyebut perkara-perkara negatif dan mendengar perkara-perkara negatif. Dengan menyebut perkataan-perkataan yang hebat dan positif, otak anda akan lebih menumpukan ke arah pemikiran yang kritis dan baik. Elakkan pergaduhan, mendengar gossip, membaca majalah yang membuang masa. Kadangkala anda akan terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Elakkan perkara tersebut kerana anda akan terikut-ikut dengan perasaan negatif dan anda bukannya ada masa yang banyak kepada perkara-perkara tersebut kerana tumpuan anda adalah KEPUJIAN DEKAN. Jaga kesihatan anda kerana apabila anda berada dalam keadaan yang sihat, otak anda akan berfungsi dengan baik dan teratur. Anda perlu ingat, pemikiran yang sihat adalah terhasil daripada tubuh badan yang sihat.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 48

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

17
Ubah pemikiran, ubah masa depan anda
Akan sampai masanya anda tidak mahu meneruskan apa yang akan anda lakukan dengan formula rahsia ini. Ada kalanya anda akan memikirkan anda tidak berbaloi mempunyai formula ini kerana membuang masa. Ada kalanya anda akan memberi kata-kata negatif kepada diri anda kerana sebelum ini anda telah biasa dengan cara lama. Ia umpama anda menggunakan tangan kanan dan sekarang anda mula menggunakan tangan kiri anda untuk menulis. Proses aplikasi formula ini adalah satu proses yang mengambil masa beberapa minggu dan akan lebih cepat serasi dengan anda sekiranya anda betul-betul KOMITED untuk menjadi pelajar KEPUJIAN DEKAN. Anda sebenarnya boleh menukarkan apa yang anda rasa tentang apa yang akan anda lakukan menggunakan formula KEPUJIAN DEKAN ini. Anda boleh menukarkan perasaan negatif anda untuk menuju kejayaan dengan melihat apa-apa perkara yang akan merubah kehidupan anda sekiranya anda mencapai KEPUJIAN DEKAN pada semester ini. Anda boleh menyenaraikan apa yang akan anda capai sekiranya anda menjadi pelajar terbaik di universiti anda dan apa yanga akan anda rasakan sekiranya anda adalah pelajar pilihan fakulti ataupun sekolah anda.

Tukarkan pemikiran negatif anda kepada pemikiran positif


Seperti andainya anda rasa anda tidak boleh lakukan, anda boleh tukarkan dengan menyatakan anda sebenarnya boleh melakukan dengan belajar strategi yang saya dedahkan.

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 49

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti


Sekiranya anda berkata susahnya subjek ini, anda boleh menukarnya dengan subjek ini adalah subjek yang mencabar, terdapat orang yang mendapat gred tinggi dalam subjek ini, mereka boleh aku pun boleh. Penukaran dari pemikiran negatif kepada pemikiran positif akan member kesan baik sekiranya diamalkan kerana anda akan lebih terarah kepada perkara-perkara positif. Jadi, binalah kuasa pemikiran positif anda dan anda akan berpuas hati nanti.

Apa yang anda fikirkan, itulah yang selalu akan terjadi

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 50

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

PENUTUP
Anda telahpun didedahkan dengan beberapa formula rahsia yang jarang didedahkan. Saya pasti, anda akan lebih yakin untuk mencapai kejayaan di universiti. Anda sebenarnya mempunyai potensi lebih daripada apa yang anda ada sekarang. Dengan sedikit pendedahan daripada buku ini saya yakin anda akan lebih terarah dalam mempelajari pelajaran yang anda rasakan selama ini susah.

Sebenarnya, kebanyakan pelajar yang berjaya sekarang adalah salah seorang yang tidak berapa berjaya sama seperti anda yang sedang tercari-cari kaedah mencapai KEPUJIAN DEKAN dan menjumpainya dalam buku ini
Apa yang mereka lakukan hanyalah mempunyai strategi yang tepat dan berkesan. Saya amat berterima kasih kerana anda dapat menghabiskan pembacaan sampai ke penghujungnya kerana kebanyakan orang tidak membaca sehingga habih buku yang dibelinya. Saya sarankan untuk anda baca beberapa kali buku ini dan aplikasikan dengan teliti dan mengikut apa yang saya sarankan.

Kunci pemahaman adalah pengulangan

Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 51

Rahsia KEPUJIAN DEKAN Universiti

KATA-KATA AKHIR
Rahsia yang saya bongkarkan amat jarang didapati dibuku-buku panduan universiti. Jika ada pun mungkin agak teknikal dan sukar untuk difahami dan masalahnya, ianya tidak dipedulikan. Buku ini anda bayar untuk kelebihan diri anda. Saya ucapkan tahniah kerana melabur mengeluarkan sedikit duit yang mana akan memudahkan anda mencapai menjadi pelajar berstatus KEPUJIAN DEKAN. Saya pasti anda akan menjadi yang terbaik selepas ini. Saya sasarkan sekiranya anda tidak mendapat CGPA3.5 ke atas, paling kurang pun anda pasti akan mempertingkatkan CGPA. Dan, sekiranya anda bersungguh-sungguh mengaplikasikan apa yang saya sarankan, anda berkemungkinan akan merasakan kepuasan mendapat GPA3.5 ke atas dalam semester sekarang atau semester yang akan datang. Saya berani jamin, sekiranya anda SERIUS dengan rahsia ini anda pasti mendapat KEPUJIAN DEKAN paling tidak pun sekali dalam pengajian anda. Bayangkan apa yang akan anda Nampak dalam transkrip peperiksaan anda GPA 3.5 ke atas atau CGPA 3.5 ke atas. Apa yang orang sekeliling akan memperkatakan tentang anda? Apa perasaan anda ketika itu apabila anda adalah salah seorang dalam senarai KEPUJIAN DEKAN? Jadi, BERTINDAK SEKARANG!! Sebarang maklumbalas berkenaan ebook ini sila email ke: rahsiakepujiandekan@gmail.com Kepada 50 pelanggan pertama yang membeli e-book ini, saya ingin menawarkan peluang khidmat nasihat secara percuma untuk anda mendapatkan yang terbaik daripada saya. Sila email saya ke alamat email yang diberi.

Akhir sekali. Terima kasih.

Mohd Zaini Nanyan Noor Azrin Abdul Rahman


Hakcipta terpelihara 2011 www.RahsiaKepujianDekan.com Page 52

Anda mungkin juga menyukai