Anda di halaman 1dari 2

Alexandra, Kevin, Nur Farhana

PJM 3106 FISIOLOGI DAN ANATOMI

Kita semua tahu dan sedar bahawa air merupakan nadi kehidupan kepada manusia. Kita dapat melihatnya dengan jelas bahawa dua per tiga tubuh manusia adalah berasaskan oleh cecair. Sistem tubuh manusia juga bergantung kepada air. Kekurangan air dalam tubuh manusia akan membawa perubahan besar kepada metabolisma manusia dan menyebabkan dehidrasi. Air adalah zat gizi yang penting bagi tubuh, sehingga kehilangan air sebanyak 20% saja akan mengakibatkan kematian, menurut Dr. dr. Luciana B. Sutanto, MS. SpGK, anggota Perhimpunan Dokter Gizi Medik Indonesia (PGDMI). Apabila kita berasa haus, kita hendaklah minum air secepat yang mungkin kerana jika kita biarkan, rasa haus yang hilang akan membawa kepada peringkat dehidrasi yang lebih tinggi, hal ini juga memberi petanda bahawa dehidrasi sedang berlaku kepada tubuh kita. Namun ada masanya kita mengalami dehidrasi tanpa merasa haus atau dahaga dan ini merupakan dehidrasi yang merbahaya kerana kita tidak menyedari bahawa tubuh badan kita sedang mengalami dehidrasi. Untuk mengembalikan cecairan atau air yang telah hilang daripada tubuh badan, adalah digalakkan untuk seorang manusia untuk minum air paling sedikit adalah lapan gelas atau dua liter air setiap hari. Kita seharusnya minum air sebelum dan juga selepas kita melakukan aktiviti seperti bersukan, berjalan, beriadah dan membuat kerja. Tujuannya adalah untuk mengelak mendapat dehidrasi dan kehilangan lebih banyak air dalam tubuh badan. Jenis air yang diminum juga penting, air minum biasa seperti air mineral mengandungi beberapa zat penting untuk tubuh badan seperti oksigen, magnesium, sulfur dan klorida. Manakala air minuman yang mengandungi ion tidak berfungsi untuk menghilangkan dahaga melainkan hanya untuk memberikan tenaga seperti karbohidrat, lipid dan protein. Air berion ini hanya sebagai pengantara untuk berlakunya tindak balas biokimia dan berperanan dalam proses metabolisma tubuh sehingga tubuh badan mendapat kembali kesegaran otot tubuh. Contoh minuman yang mengandungi ion ialah coca cola, hundred plus, revive dan sebagainya.

PISMP SAINS JANUARI 2011

Alexandra, Kevin, Nur Farhana

PJM 3106 FISIOLOGI DAN ANATOMI

Selain itu, meminum jus buah juga merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan rasa dehidrasi. Rasanya yang enak dan segar serta mengandungi vitamin dan mineral yang banyak dapat membantu untuk mengembalikan kehilangan cecair dalam tubuh badan manusia. Dipercayai bahawa jus jambu batu mengandungi kandungan vitamin C 3 - 6 kali lebih tinggi daripada jus jeruk. Namun para atlet adalah tidak digalakkan untuk untuk meminum jus buah semasa berolahraga kerana akan mengalami kesukaran untuk menyerap cecairan padat tersebut ke dalam tubuh.

PISMP SAINS JANUARI 2011