Anda di halaman 1dari 9

MINAT MURID KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 Isu yang difokuskan Semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, saya telah mendapati sesetengah murid murid gagal untuk menunjukkan minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Saya memfokuskan isu ini kepada murid murid tahun 4 kerana saya telah ditugaskan untuk mengajar mereka bagi matapelajaran kemahiran hidup. 2.0Perkembangan isu yang difokuskan Setiap kali proses pengajaran dan pembealajran bermula, saya akan memulakan dengan set induksi. Ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Namun begitu, setalah set induksi tamat, hanya sesetengah pelajar sahaja masih mengekalkan minat mereka untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Saya merasakan, sekiranya keadaan ini terus berlaku , maka hasil pembelajaran yang saya ingin murid capai tidak akan berlaku sepenuhnya, kerana kegagalan beberapa orang pelajar untuk menujukkan minat sekaligus menghilangkan tumpuan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru dihadapan. 3.0 Menganalisis isu yang difokuskan 3.1 Mengenal pasti sebab isu yang difokuskan Minat adalah sesuatu yang diperlukan untuk berjaya di dalam bidang diceburi. Ianya adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dinilai dengan mata kasar, namun dapat diperhatikan melalui tingkah laku dan kesungguhan seseorang. Tanpa minat, apa yang diusahakan tidak akan membuahkan hasil yang memuaskan. Begitulah yang boleh dikaitkan dengan senario di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa minat apa yang dipelajari akan menjadi sia-sia. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ianya tidak memberikan kesan kepada apa-apa. Ini adalah bertentangan dengan konsep pendidikan, dimana pendidikan bertujuan mengubah tingkahlaku manusia kepada sesuatu yang lebih baik. Sekiranya,

pengajaran itu tidak mampu mengubah tingkahlaku seseorang, ini bermakna tidak berlaku dengan sempurna pendidikan terhadap individu itu. Oleh itu, minat daripada setiap pelajar amat bermakna kepada guru sebagai tanda sokongan dan komitmen untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh guru. Pendidikan bukanlah bersifat terpaksa, namun ianya amat penting bagi seseorang itu mengubah tingkahlaku menjadi seorang yang mempunyai kualiti diri dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada kelompok manusia yang lain. Itulah matlamat pendidikan agar setiap manusia yang mengkehendakinya, mampu melakukan perubahan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, ia menunjukkan seseorang itu mampu meningkatkan ketamadunan bangsanya. Menarik minat pelajar bukanlah tugas utama guru. Tugas utama guru adalah mendidik mereka yang mahu menerima pendidikan tanpa paksaan. Namun begitu,a apalah ertinya mengajar,sekiranya murid-murid tidak menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Guru bukanlah pelakon pada layar skrin yang hanya ditonton untuk melihat mesej yang ingin disampaikan. Guru adalah mereka yang bertanggunjawab memberi pendidikan dan mengubah pelajar untuk menjadi manusia yang lebih baik. 3.2 Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu 3.2.1 Tahap persediaan pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bilik darjah, murid seharusnya telah bersedia pada tahap yang baik untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Sebarang ganguan yang ditimbulkan adalah merupakan kesalahan. Ini kerana, hak guru di dalam bilik darjah adalah mengajar pelajarnya tanpa sebarang ganguan yang diingini. Tahap persediaan pelajar menyumbang kepada banyak faktor. Antara faktor utama gagal memahami adab dan peraturan di bilik darjah. Mungkin faktor umur yang masih terlalu muda, murid-murid masih dipengaruhi keinginan untuk mengenal persekitaran. Oleh itu, mereka ingin meneroka apa yang terdapat di sekeliling mereka. Oleh itu, mereka tidak boleh duduk tanpa melakukan apa-apa.

Selain itu, faktor psikologi menyumbang kepada tahap persediaan pelajar. Kebanyakan masalah murid-murid bermula dari rumah. Kegagalan murid-murid untuk menyelesaikan masalah mereka di rumah akan memberi kesan kepada tumpuan mereka di sekolah. 3.2.2 Gagal memahami peraturan dan adab dalam bilik darjah Setiap kawasan yang terdapat di kawasan sekolah mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri. Namun malangnya, peraturan dan adab hanya terpampang pada dinding tanpa dihayati dengan sepenuhnya oleh pelajar. Adab dan peraturan tidak diajar secara formal . hanya disampaikan secara lisan. Selain itu juga peraturan dan adab hanya digunakan apabila berlaku masalah yang bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan. Ini menyebabkan murid-murid mudah lupa akan wujudnya adab dan peraturan. 3.2.3 Pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi tahap tumpuan murid-murid. Murid-murid mudah hilang tumpuan apabila mereka duduk bersama dengan rakanrakan yang mampu bersosial mereka dengan baik atau dengan kata lainnya duduk dengan rakan karib. Mereka mudah terjebak akan tingkahlaku rakan-rakan tidak kira masa dan tempat. 3.2.4 Ketegasan guru diabaikan Guru yang tegas akan membuatkan murid-murid hormat dan takut untuk melakukakan ganguan di dalam kelas. Namun sekiranya guru gagal bertindak tegas terhadap tingkahlaku yang ditunjukkan, murid-murid akan mengambil kesempatan untuk membuat ganguan di dalam kelas. Ini menyebabkan ganguan terhadap minat pelajar yang ingin mengikuti pembelajaran. 3.2.5 Susun atur tempat duduk Susun atur tempat duduk mempengaruhi minat pelajar. Murid yang aktif lebih gemar untuk duduk di bahagian hadapan manakala murid yang pasif lebih gemar untuk duduk di bahagian belakang. Kebanyakan murid yang hilang minat adalah terdiri daripada pelajar yang pasif kerana lebih suka memencilkan diri dan gemar melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika guru mengajar.

Selain itu juga, duduk secara berkumpulan antara punca minat pelajar mudah hilang. Ini kerana mereka mempunyai rakan-rakan yang dapat mengalih minat mereka daripada mendengar apa yang disampaikan oleh guru bertumpu apa yang ingin disampaikan oleh rakan mereka. 3.2.6 Jumlah pelajar yang terlalu ramai Jumlah pelajar yang terlalu ramai membuatkan persekitaran di dalam bilik darjah menjadi sesak. Setiap pelajar inginkan perhatian daripada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,kerana terlalu ramai pelajar, guru tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada setiap pelajar. Pelajar yang tidak mendapat perhatian kepada guru menyebabkan pelajar ini merasakan mereka tidak diendahkan oleh guru di dalam kelas. 3.2.7 Gaya penyampaian guru yang tidak menarik. Minat murid akan dapat dikekalkan sekiranya guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan menarik. Namun begitu, kebanyakan guru tidak berusaha menyampaikan isi pelajaran dengan menarik dan hanya melakukan setakat ala kadar untuk memenuhi pencapaian hasil pembelajaran. Kerana terlalu ingin mencapai hasil pembelajaran,guru tidak mengendahkan cara penyampain dan murid mulai merasai kebosanan dan hilang minat terhadap pengajaran guru. 3.3 Mengenal pasti kelemahan isu yang difokuskan. Pelajar yang gagal menujukkan minat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung tidak akan memberikan tumpuan. Ini bermakna mereka gagal mengikuti pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, apa yang di ajar oleh guru, tidak dapat diterima sepenuhnya oleh murid, apatah lagi untuk memahaminya. Hal sebegini pasti akan merugikan guru. Ini kerana guru terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk membantu pelajar yang hilang minat dan gagal memberikan tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, ianya akan membuatkan pelajar lain merasa bosan kerana terpaksa mengulangi pelajaran yang telah mereka fahami disebabkan sesetengah daripada rakan-rakan mereka tidak memberikan minat dan tumpuan semasa guru mengajar.

3.4 Mengenal pasti kekuatan isu yang difokuskan Sekiranya, murid dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, pasti hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru dapat dicapai dengan berkesan. Selain itu juga, ianya dapat menjimatkan masa guru selain menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menarik tanpa sebarang ganguan dan kerjasama yang baik daripada murid. Di samping itu juga, guru dapat mengajar dengan mudah dan dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan murid. 3.5 Meramal kesan dan akibat isu yang difokuskan Sekiranya murid-murid memberikan kerjasama yang baik dengan

menunjukakn minat dan memberikan sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran pasti segala apa yang dirancang oleh guru dapat berjalan dengan lancar. Selain itu juga, ia sekaligus mewujudkan tenang dan menyeronokkan kepada guru dan murid. Disamping itu juga, ia dapat meningkatkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar dan menjadikan pelajar individu yang berdisiplin kerana menegakkan peraturan dan mengamalkan adab-adab ketika berada di dalam bilik darjah. 4.0 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca 4.1 Memastikan tahap persediaan pelajar pada tahap yang terbaik Di dalam memastikan pelajar berada pada tahap persediaan yang terbaik sebelum mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, ianya memerlukan kerjasama antara ibubapa dan guru. Ibubapa hendaklah memastikan keperluan dan masalah anak-anak mereka ketika berada di rumah telah diselesaikan dengan baik. Manakala guru pula haruslah memahami setiap kelemahan dan kekuatan pelajar yang mereka ajar. Selain itu juga, guru bijak menarik minat pelajar dengan mengunakan kemahiran dan kreativiti yang ada untuk mereka mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dari mula hingga akhir. suasana pembelajaran yang

4.2 Bertegas tentang peraturan dan adab di bilik darjah pada setiap masa. Guru merupakan orang yang mengubal dan pelaksana terhadap peraturan dan adab-adab yang terdapat di sekolah. Oleh itu , mereka hendaklah bertindak tegas terhadap pelanggaran peraturan oleh pelajar. Selain itu juga, guru hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar setiap masa pertaturan-peraturan yang wujud di sekolah mahupun bilik darjah. Pengeguhan negatif harus diberikan kepada pelajar yang melanggar peraturan manakala peneguhan positif kepada mereka yang sentiasa mematuhi peraturan dan sekaligus ianya boleh dijadikan contoh pengajaran kepada pelajar lain. 4.3 Manipulasi pengaruh rakan sebaya Di sekolah ada rakan sebaya yang dapat dijadikan contoh dan ada yang boleh membawa kepada timbulnya masalah disiplin dan tingkah laku. Oleh itu, guru hendaklah bijak memanipulasi keadaan yang ada dengan dengan mengunakan pelajar yang dapat dijadikan contoh untuk mempengaruhi pelajar yang boleh menimbulkan masalah supaya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi peraturan. 4.4 Guru berkelakuan tegas Guru hendaklah berkelakukan tegas terhadap pelajar yang baru sebagai first impression kepada pelajar. Ini akan membuatkan pelajar akan lebih menghormati guru dan secara tidak langsung akan wujud perasaan gentar dalam diri untuk menimbulkan ganguan di dalam bilik darjah. Ini sekaligus pelajar tersebut akan memberikan tumpuan dan minat sedikit demi sedikit setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran. 4.5 Susun atur tempat duduk Susun atur tempat duduk haruslah dirancang dengan sebaiknya. Ini harus mengambil kira banyak faktor. Pertama adalah keluasaan bilik darjah. Kedua adalah tahap pelajar tersebut samadada kelas tersebut di dalam kategori cerdik ataupun kurang cerdik. Selain itu juga, guru hendaklah mengenalpasti corak pemilihan duduk pelajar. kebanyakan pelajar suka duduk bersebelahan atau berhampiran dengan dan

rakan karib. Guru haruslah memisahkan pelajar pelajar ini bagi mengurangkan risiko ganguan ketika ssi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, elakkan pelajar bercampur duduk dengan satu jantina sahaja. Campur adukkan mereka dengan berlainan tempat duduk. 4.6 Rancang aktiviti berkumpulan dengan kerap. Jumlah pelajar yang ramai akan meningkatkan risiko murid hilang minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana setiap pelajar mahu perhatian daripada guru. kegagalan guru untuk memberikan perhatian kepada setiap pelajar akan membuatkan pelajar terasa tidak dipedulikan dan mula mencari cara untuk menarik perhatian. Oleh itu, guru haruslah kerap memecahkan mereka ke dalam aktiviti berkumpulan dan lebih banyak mengunakan pendekatan berpusatkan murid dan bahan. Ini akan meningkatkan tahap minat pelajar untuk sentiasa aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka secara tidak langsung untuk belajar cara bekerjasama di dalam kumpulan dan sikap toleransi antara ahli kumpulan. 4.7 Guru sentiasa meningkatkan gaya penyampaian dari masa ke semasa. Gaya penyampaian yang menarik dapat mengekalkan minat murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan gaya penyampaian agar murid tidak bosan dan sentiasa merasakan ada perubahan wujud di dalam pembelajaran. Ini sekaligus akan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru dari mula hingga oleh. Selain itu juga, guru haruslah menyelitkan unsur kecindan di dalam penyampaian isi pelajaran. Ini bertujuan supaya dapat menghilangkan tekanan pelajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Disamping itu juga, ia dapat menimbulkan keseronokan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran akan datang kerana kesan dari seronok dan gaya penyampaian guru yang tidak membosankan.

Kesimpulan Minat murid bukanlah sesuatu sukar untuk dijelmakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. apa yang penting adalah guru itu sendiri bijak dan kreatif di dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya semua guru mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mampu merangsang minat pelajar, pasti sekolah merupakan tempat yang paling menyeronokkan bagi pelajar. Ganguan dan masalah yang sentiasa wujud di dalam kelas akibat kegagalan guru mengekalkan minat murid pasti tidak akan terjadi lagi sekiranya tahap persedian guru berada pada tahap yang maksimum. Disamping itu juga keprihatinan ibubapa di dalam memastikan keperluan anak-anak sentiasa mencukupi dan tahap persedian mereka untu menimba ilmu apbila datang ke sekolah akan membantu memudahakan tugas guru untuk mengajar anak- anak mereka.

Rujukan

Abdullah Sani Yahya,Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah ( 2007). Guru Sebagai Pemimpin, Cetakan Pertama. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed ( Tiada Tahun Cetakan ). Humor Dalam Pengajaran. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Robert F.Mager (2004). Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunug Semangat Mereka. Cetakan Pertama 2004. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur. Ainon Mohd, Abdullah Hassan. ( Tiada Tahun Cetakan ). Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah - Edisi Kemas Kini. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Rosie Turner-Bisset ( 2004). Pengajaran Pakar,Cetakan Pertama 2004. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai