Anda di halaman 1dari 3

PENAMBAHBAIKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Walau apa pun sistem yang digunapakai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, kelemahan tetap terdapat di mana-mana. Kecekapan manusia boleh berubahubah begitu juga kecekapan kaunselor yang berkait rapat dengan kemajuan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Usaha-usaha penambahbaikan adalah perlu agar perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor mencapai pengiktirafan yang tinggi di kalangan klien-kliennya. Untuk mencapai pengiktirafan yang tinggi segala tindaktanduk kaunselor perlulah profesional. Pengelibatan yang menyeluruh (total involvement) daripada semua warga sekolah dapat menaikkkan imej Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Komitmen yang menyeluruh dari segenap pihak akan menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling berjalan dengan baiknya. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah perlulah melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap kemajuan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa alat pengukuran perlu digunakan untuk mengukur keberkesanan program yang dirancangkan. Pihak pentadbiran dan kaunselor hendaklah cekap untuk menghidu masalah yang dijangka akan timbul. Langkah-langkah pengawalan adalah cara terbaik untuk menangani masalah kerana mencegah adalah lebih baik dari merawat. Penyeliaan yang kerap dan sistematik boleh menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling lebih profesional. Kerja-kerja menyelia bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan tetapi ia lebih menjurus ke arah penambahbaikan. Perbincangan dua hala diantara pentadbir dan kaunselor dalam suasana yang harmoni boleh menimbulkan semangat bekerja yang baik. Perhubungan yang mesra akan membuahkan sikap bekerjasama. Manusia perlu dihargai dan diberi rangsangan untuk berjaya. Guru-guru juga hendaklah diberikan kemahiran yang secukupnya untuk berhadapan dengan pelajar. Tugas guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi pendidikan yang diterapkan kepada pelajar adalah lebih utama. Pihak pentadbiran perlu mengadakan kursus-kursus dalaman yang berkaitan dengan kaunseling agar guru-guru bertambah yakin untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. "Benchmark" adalah perlu bagi guru-guru melihat perkembangan kaunseling di sekolah lain. Bimbingan dan kaunseling akan berkembang dengan baiknya sekiranya semua pihak sedar tentang peri mustahaknya bimbingan dan kaunseling terhadap sistem pendidikan di sekolahsekolah.

Objektif bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu di selia pada setiap masa. Pertanyaan-pertanyaan seperti adakah ia berjaya mencapai matlamat, adakah ia memenuhi cita rasa pelanggan, adakah ia sesuai dengan Islam, adakah ia mengikut prosedur yang betul, kenapa ia gagal dan berbagai-bagai persoalan lagi. Jadikan kesilapan-kesilapan yang berlaku sebagai guru yang baik.

MAKLUMAN KEPADA TAJUK CATATAN

RAKAN KAUNSELOR SEKALIAN REFRESHMENT BHG. 2: KE ARAH PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN BIMB & KAUNSELING FALSAFAH, PRINSIP DAN OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bil Pernyataan 1 Memahami falsafah, prinsip dan objektif perkhidmatan B & k. 2 Memberi penjelasan falsafah asas perkhidmatan B & K kepada pihak pengurusan sekolah. 3 Memberi penjelasan falsafah asas perkhidmatan B & K kepada guru-guru sekolah. 4 Falsafah, prinsip dan objektif perkhidmatan B & K dipamerkan. 5 Etika kerahsiaan dalam perkhidmatan B & K difahami dan dipercayai oleh pelajar sekolah. 6 Objektif perkhidmatan B & K dibina dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar. 7 Objektif perkhidmatan B & K dibina menjurus ke arah pembangunan dan perkembangan modal insan pelajar. 8 Objektif perkhidmatan B & K dibina melibatkan perkembangan kerjaya pelajar. 9 Objektif perkhidmatan B & K dibina melibatkan pemulihan tingkahlaku pelajar. 10 Objektif perkhidmatan B & K dibina melibatkan pencegahan nilai-nilai negatif. 11 Objektif perkhidmatan B & K dapat dinilai secara kuantitatif. 12 Objektif perkhidmatan B & K dibuat semakan dan dikemaskini berdasarkan keperluan pelajar.

e-kaunseling.umt.edu.my/komuniti/modules.php?

Anda mungkin juga menyukai