Anda di halaman 1dari 1

Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Ayer Hitam Batu 15, 84200 Bakri Muar, Johor Darul Tazim.

E-mel : jba5001@tm.net.my

No. Tel : 07-4213387

Ruj. Kami : JB5001/02/06/002/2012/(3) Tarikh : 15 Oktober 2012 Kepada: Semua Guru Besar, Sekolah-sekolah daerah Muar. Tuan/Puan,

HARI KEJOHANAN OLAHRAGA SK BUKIT NANING KE-42 : Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Hari Kejohanan Olahraga SK Bukit Naning akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : Masa : Tempat : 13 November 2012 (Khamis) 8.00 pagi-1.00 petang Padang SK Bukit Naning

3. Sehubungan itu, sekolah tuan dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan peraturan pertandingan dan borang penyertaan untuk tindakan pihak tuan. 4. Penyertaan hendaklah diisi di dalam borang dan dihantar ke Puan Atiqa Bt Amer di alamat Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Ayer Hitam Batu 15, 84200 Bakri Muar, Johor Darul Tazim selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2012. 5. Semoga dengan penyertaan sekolah pihak Tuan/Puan akan lebih memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kerjasama dan perhatian yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(PUAN ATIQA BINTI AMER ) Setiausaha Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Bukit Naning.

Anda mungkin juga menyukai