Anda di halaman 1dari 3

Tujuan Hipothesis

:Untuk mencari jenis bola yang sesui untuk permainan futsal :

Teori : Dalam fizik, keanjalan atau kekenyalan ialah sifat fizik sesuatu bahan yang membolehkannya untuk kembali kepada bentuk asal setelah berubah bentuk ketika dikenakan daya. Dalam mekanik, dan fizik, hukum Hooke untuk kekenyalan ialah suatu penghampiran yang mengatakan bahawa pemanjangan suatu spring berkadar langsung dengan beban yang ditambah kepadanya selagi bebanan itu tidak melepasi had anjalnya. Bahan yang sifatnya mengampiri hukum Hooke dikenali sebagai bahan linear-kenyal atau "Hooke".

Secara matematik, hukum Hooke menyatakan

\mathbf{F}=-k\mathbf{x},

di mana x ialah sesaran hujung spring daripada kedudukan keseimbangannya; F ialah daya pemulih yang dikenakan bahan; dan k ialah pemalar daya (atau pemalar spring). Templat:Continuum mechanics Apabila ini benar, tindakan ini disebut linear. Jika ditunjukkan pada graf, garisannya akan menunjukkan ubahan langsung. Terdapat tanda negatif di sebelah kanan persamaan kerana daya pemulih sentiasa bertindak pada arah yang berlawanan dengan sesaran (contohnya, bila suatu spring diregang ke kiri, ia akan menarik balik ke kanan). Hukum Hooke dinamakan bersempena ahli fizik British abad ke-17 Robert Hooke. Dia pertama kali menyatakan hukum ini pada 1676 sebagai suatu anagram Latin,[1] yang jawapannya dia terbitkan pada 1678 sebagai Ut tensio, sic vis, ertinya, "Sebagaimana pemanjangan, begitu juga daya

Prosedur

1) Guna pembaris meter untuk mengukur ketinggian di antara permukaan lantai dengan jarak bola dilepaskan. 2) Ukur berat bola tenis dengan menggunakan neraca timbang. 3) Mengukur ukur lilit bola tenis dengan menggunakan benang. 4) Lepaskan bola pada ketinggian yang telah diukur. 5) Ukur ketinggian lantunan bola yang pertama dan catat bilangan lantunan bola tenis. 6) Ulang eksperimen dengan menggunakan bola baling, bola ping pong, bola takraw, bola tampar, bola getah dan bola sepak. Keputusan : KETINGGIAN PERMUKAAN (cm) 90 BERAT BOLA (g) UKURAN LILITAN BOLA (cm) 23 KETINGGIAN LANTUNAN PERTAMA (cm) 52

JENIS BOLA

Bola Tenis

58

Bola Baling

90

300

55

58

Bola Ping Pong

90

2.5

12

58

Bola Tampar

90

260

71

25

Bola Getah

90

425

63

56

Bola Sepak

90

420

79

47

Bola Takraw

90

180

42

33

Perbincangan -

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, ciri-ciri bola yang sesuai untuk digunakan dalam permainan futsal adalah sederhana besar, berat yang tidak terlalu rendah, dan ketinggian lantunan yang sederhana. Bola yang sederhana besar adalah yang paling optimum untuk memudahkan kawalan bola di padang futsal yang kecil. Bola yang besar menyukarkan pemain untuk menjaringkan gol memandangkan tiang gol adalah kecil. Bola yang terlalu kecil pula menyukarkan kawalan bola dan menyukarkan penjaga gol untuk menahan bola disebabkan saiznya yang terlalu kecil. Saiz bola yang sesuai adalah yang mempunyai ukur lilit diantara 50-60cm. Contohnya seperti saiz bola getah Berat yang paling sesuai pula ialah berat yang tidak terlalu ringan atau terlalu berat. Hal ini kerana bola yang terlalu ringan akan mudah melayang dan jauh dari sasaran apabila ditendang. Manakala bola yang terlalu berat pula akan menyakitkan kaki pemain serta menyakitkan tangan penjaga gol. Berat yang paling sesuai ialah diantara 250g hingga 300g. Contohnya ialah bola baling. Selain itu, ketinggian lantunan turut memainkan peranan penting sebagai ciriciri bola yang sesuai. Ketinggian lantunan bola yang sesuai adalah dengan ketinggian yang sederhana. Hal ini kerana sekiranya bola itu melantun tinggi, ianya akan melambatkan tempo permainan. Sekiranya bola terlalu rendah lantunannya, bola tidak akan dapat bergerak jauh apabila disepak tinggi kerana kadar lantunan yang terlalu rendah. Ketinggian lantunan bola yang paling sesuai ialah diantara 43-48 cm. Contohnya yang sesuai ialah bola sepak.

KESIMPULAN Ciri-ciri bola yang sesuai ialah bola yang mempunyai ukur lilit diantara 50-60cm, berat diantara 250g hingga 300g dan ketinggian lantunan diantara 43-48cm.