Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Dalam
Sukan
CHAN SENG PENG CHAN MING FOONG
Definisi Keganasan/Keagresifan
Menurut Baron dan Richardson ( 1994 ): Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.
Keagresifan Ketara
Keagresifan Instrumental
Keagresifan Asertif
Keagresifan Ketara
Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.
Contoh : Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.
Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
Keagresifan Instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk
mencapai matlamatnya.
Contoh :
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.
Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.
Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.
Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.
Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan
Faktor-faktor
Salah satu contoh dalam sukan adalah bola yang dalam kawalan seseorang pemain bola sepak telah dirampas oleh pihak lawan, pemain tersebut berkemungkinan besar merampas balik bola dengan melakukan tackle yang kasar ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan kesilapannya.
Teori Bredemeire
Berdasarkan kepada Teori Piaget mengenai perkembangan kognitif. Mengenai alasan moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan tahap/tingkat alasan moral (Bredemeire,1994) Sifat agresif manusia dianggap sesuatu yang tidak beretika.
Dalam sukan lasak seperti ragbi, sesuatu yang dianggap kasar dalam permainan ini seolaholah satu keagresifan yang diterima dan sah kerana terdapat dalam peraturan. Keadaan ini akan mencelarukan perkembangan moral seseorang apabila cuba mengenalpasti sesuatu yang dianggap agresif.
Contoh: Dalam pertandingan hoki, pemain pasukan A telah merampas bola dengan cara yang tidak dibenarkan tetapi pengadil tidak nampak kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh pemain-pemain lain. Ini akan menyebabkan pemain pasukan B menjadi kecewa dan menggunakan kayu hoki memukul kaki pemain pasukan A. Pemain pasukan B berbuat demikian kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan marah yang ada pada dirinya.
Contoh:
Apabila seseorang peminat bola sepak melihat orang lain bertindak ganas sama ada melalui siran televisyen atau semasa menonton perlawanan bola sepak dan akhirnya meniru perbuatan tersebut. Bagi mereka, apa yang ditonton merupakan satu pembelajaran yang secara sedar atau tidak membolehkan mereka mempraktikkan insiden yang serupa untuk mereka meniru perlakuan sedemikian.
Walau bagaimanapun, peningkatan kemarahan dan kekecewaan hanya berkesan dalam keagresifan apabila kita belajar tindakan agresif yang sesuai dalam sesuatu keadaan. Sekiranya pembelajaran tindakan agresif melalui sosial tidak sesuai maka ia tidak berkesan.
Melalui model Berkowitz, pada mulanya seseorang individu akan menjadi frustrasi dalam sesuatu keadaan, kemungkinan melalui kekalahan dalam pertandingan. Seterusnya kekecewaan akan meningkat kesan daripada frustrasi.
Keagresifan tidak akan terus terhasil sekiranya peningkatan kekecewaan dan kemarahan menyebabkan keagresifan berlaku hanya jikalau individu tersebut pernah belajar bahawa ia adalah sesuai untuk melakukan tindakan agresif dalam keadaan tersebut. Jadi, seseorang pemain bola sepak akan menyepak kaki pemain pihak lawan hanya jika jurulatihnya membenarkan perkara tersebut berlaku dalam sesi latihan.
1. Kebangkitan fisiologi
Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas serta mudah marah.
Ini telah dibuktikan oleh Reifman, Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut.
Bagaimanapun, jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan yang agresif dilakukan kerana semua pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.
4.Lokasi perlawanan
Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen,1975).
5. Keputusan pertandingan
Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pamain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen&Cullen,1975).
Justeru itu, mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.
7. Penggunaan Steroid
Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar atlet kita tidak terlibat mengambil bahan terlarang ini demi untuk kebaikan diri dan orang lain.
1.Kurikulum sukan
Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam sukan.
Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.
3. Peranan Jurulatih
(Papanek,1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan agar keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keagresifan. Oleh itu, pemain-pemain Jurulatih juga akan mempunyai kemahiran tidak
mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. disarankan supaya memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).
Terdapat ramai atlet professional yang berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka mata pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara bersih.
Atlet yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda.
Bukan sahaja pemain yang bersalah dihukum, malahan jurulatih menggalakkan penggunaan taktik strategi yang bersifat agresif juga dikenakan hukuman.
Semangat bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu, memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal.
Stimulus luaran seperti sepanduk serta kain rentang yang bersifat menghina perlu diharamkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan atau semangat yang negatif khususnya kepada pasukan yang merasa dihina.
7. Memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih. Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa depan.
Bola sepak
Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.
Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahanan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan bahawa beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelacur.
Sukan tinju
Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk,The Sound and The Fury ini Tyson dua kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.
Ice Hockey
Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff Hoki Ais Pertama di antara pasukan Ottawa Senator dan Tampa Bay Lightning.
Kejadian atlet marah dan memukul pengadil akibat tidak puas hati dengan keputusan pengadil.
Jurulatih marah pengadil sebab tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan akhirnya dihalau oleh pengadil.
Kejadian penonton menggangu perlawanan yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, kejadian penonton menggunakan laser untuk menggangu perlihatan para pemain dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki 2011 di antara pasukan Malaysia dengan Indonisia.
Kejadian penonton merosakkan stadium bola sepak serta membakar kereta selepas perlawanan. Atlet dendam sebab kalah dalam perlawanan pertama dan melakukan keganasan pada perlawanan ke-dua untuk membalas dendam kekalahan yang dialami dalam perlawanan pertama.
Keganasan penonton
Dibahagikan kepada 2 jenis :
I. Penonton televisyen II.penonton acara sukan
Penonton televisyen
Kebanyakan tontonan pertandingan sukan berlaku di hadapan televisyen. Penonton di hadapan televisyen mungkin menonton dengan penuh ekspesif semasa menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka mungkin marah dan melakukan pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya.
Apabila penyokong-penyokong dari pasukan yang bertentangan berada di tempat pertandingan yang sama, mereka akan membuat perbuatan yang fitna atau mengeluarkan perkataan yang menyakit hati penyokong pasukan yang bertentangan. ini akan menyebabkan pergaduhan dan keganasan berlaku semasa menonton pertandingan sukan.
Contoh Keganasan tercetus sebaik pengadil meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong al-Ahly, menimbulkan kekacauan dan suasana cemas apabila pemain al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri.
Setelah pasukan Kelantan tewas dalam pusingan akhir,penyokong bertindak membakar trak polis, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
1. Memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium.
Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini.
3. Singkirkan penonton yang bertingkah laku agresif (contohnya halau mereka keluar).
Hentikan tingkah laku agresif dengan cepat ketika ia bermula dan maklumkan kepada mereka bahawa pihak penganjur tidak akan bertorelansi.
5. Maklumkan kepada jurulatih bahawa tidak ada torelansi jika agresif berlaku dalam pasukan mereka.
6. Bekerjasama dengan media untuk menghantar maklumat penting supaya pihak media tidak memuji kelakuan agresif yang berlaku dalam sukan.