Anda di halaman 1dari 5

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PRODUK

1.1 PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. 1.12 Sejarah Perkembangan Reka Cipta

Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artifak artifak yang telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini ada kaitan dengan rekaan masa kini. Ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini.

.1TI 11

Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing. Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18 dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik. Manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya. Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya.

Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi. Antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes ciptaan Archimedes pada tahun212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, dan Alexander Graham Bell dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876. Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian,alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. Barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti.

Rajah 1.12(a) Peralatan berburu (kapak batu) yang direka dan digunakan oleh manusia Zaman Batu

1.13 Pereka Dan Hasil Ciptaan

Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta. Jika kita lihat kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat. Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan. Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalam dirinya. Manusia dijadikan 2

dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dan kebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia. Berikut adalah contoh-contoh pereka dan hasil ciptaan mereka. a) Bidang Perhubungan dan Komunikasi

(i)Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 Ogos 1922) - manusia pertama mencipta telefon

(ii) John L. Baird (13 Ogos 1888 14 Jun 1946) - Manusia pertama mencipta televisyen b) Bidang Elektrik

(i) Thomas Alva Edison (11 Feb 1847 18 Okt 1931) - manusia pertama mencipta lampu c) Bidang Pembangunan dan Infrastuktur

(i) John Loudon McAdam (21Sep 1756 26 Nov 1836) -mencipta jalan raya bertar

d) Bidang Pengangkutan

(i) Gottlieb Daimler -mencipta kereta beroda empat

(ii) James Watt (1736-1819) -mencipta enjin stim

1.14 Kepentingan Dan Sumbangan Reka Cipta Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif & invensif Memudahkan aktiviti seharian manusia Memenuhi kehendak pengguna masa kini Menggalakkan pelajar menjadi usahawan Mewujudkan masyarakat yang berdaya saing Memupuk masyarakat yang bertamadun

1.15 Rumusan Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna. Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan invensif. Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan manusia. Bidang reka cipta memberi peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif dan produktif, dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan. Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang kearah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi, meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat berpengetahuan dan bertamadun. Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih mesra alam dan mesra pengguna. 5

Anda mungkin juga menyukai