Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan

Seni dalam Pendidikan, SDP merupakan sesuatu yang menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni yang lain seperti seni teater, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Akan tetapi SDP lebih menyentuh kepada aspek perasaan, estetika, dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi, dan konsepsi. Seni dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya serta mengamalkan pertimbangan, kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Oleh yang demikian, guru perlulah merancang atau membina satu rancangan pengajaran harian yang mempunyai unsur-unsur seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap subjek agar dapat meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dan daya imaginasi murid-murid untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh serta menyeronokkan. Maka, kerja kursus ini telah disusun untuk membina serta menghuraikan satu rancangan pengajaran harian yang mempunyai ketiga-tiga unsur ini, iaitu unsur seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Selain itu, kerja kursus ini juga memerlukan guru pelatih membina atau mereka satu alat muzik buatan tangan atau satu hasil karya seni yang dihasilkan sendiri untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kami berharap kerja kursus ini akan memberi ilmu dan manfaat kepada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai