Anda di halaman 1dari 2

1) Adakah kesemua bentuk yang berkeluasan tetap mempunyai perimeter yang sama?

Jawapan: Tidak, bukan kesemua bentuk yang berkeluasan tetap mempunyai perimeter yang sama. Hal ini demikian kerana keluasan permukaan sesuatu objek adalah tidak bergantung pada perimeternya. Sebagai contoh, andaikan terdapat sebuah segi empat tepat yang terdiri daripada 10 segi empat sama yang mempunyai keluasan yang tetap (setiap segi empat sama mempunyai 1cm2) dan perimeter yang sama iaitu sebanyak 4cm bagi setiap segi empat sama. Apabila segi empat sama tersebut dibaris secara berturut-turut, hanya dua atau tiga sisi dari persegi masing-masing akan menjadi sebahagian daripada perimeter.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ |_|_|_|_|_|_|_|_|_|_|1cm
10cm

_ _ _ _ _ |_|_|_|_|_| |_|_|_|_|_|2cm
5cm

Rajah 1

Rajah 2

Seperti yang ditujuk dalam Rajah 1, terdapat 9 sisi adalah terlindung di dalam segi empat tepat tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh dikira sebagai perimeter. Perimeter bagi rajah di atas adalah 22cm iaitu 1cm + 10cm + 1cm +10cm. Keluasan adalah sebanyak 10cm2 iaitu 8cm(panjang) x 1cm(lebar). Jika 10 segi empat sama dibaris dengan cara yang berlainan, bentuk segi empat tepat akan berubah. Seperti yang ditunjuk dalam Rajah 2, segi empat tepat terdiri daripada 2 barisan dan setiap barisan mempunayai lima segi empat sama. Keluasan segi empat tepat ini masih sama dengan keluasan segi empat tepat dalam Rajah 1 iaitu 10cm2. Manakala, perimeter telah berubah daripada 22cm seperti yang ditunjuk pada rajah di atas menjadi 14cm (2cm + 5cm + 2cm + 5cm) Jelaslah kita dapat meliahat bahawa walaupun keluasan bagi kedua-dua segi empat tepat adalah sama iaitu 10cm2, tetapi perimeter adalah tidak sama. Ini menjukkan bahawa, semakin kurang sisi yang terdedah di luar, semakin kurang perimeternya. 2) Adakah kesemua bentuk yang mempunyai perimeter tetap, mempunyai keluasan yang sama? Jawapan: Tidak. Andaian seperti di atas, setiap segi empat sama mempunyai keluasan sebanyak 1cm2 dan mempunyai perimeter sebayak 4cm. Rajah 3 adalah sama seperti Rajah 2 yang ditunjukkan di soalan 1 di atas, iaitu mempunyai perimeter sebanyak 14cm dan keluasannya adalah sebanyak 10cm2. Manakala Rajah 4 menunjukkan sebuah bentuk yang mempunyai perimeter 14cm iaitu sama seperti Rajah 3 tetapi keluasannya adalah berbeza, iaitu sebanyak 6cm2 [(1x1)+(1x3)+(1x2)]. Ini menunjukkan walaupun perimeternya adalah sama, tetapi keluasannya tidak semestinya sama antara satu sama lain.
_ _ _ _ _ |_|_|_|_|_| |_|_|_|_|_|2cm
5cm

_ _|_|_ |_|_|_|_ |_|_|

Rajah 3

Rajah 4

Anda mungkin juga menyukai