Anda di halaman 1dari 13

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

Tahap Punca Tekanan dan Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak
Oleh Safiah Hj Shain Setiausaha Gerko Institut Perguruan Tun Abdul Razak

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap punca tekanan yang utama dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan professional, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran sekolah dan hubungan interpersonel serta strategi menangani tekanan yang berkesan dalam mengurangkan tekanan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca tekanan utama guru-guru ialah dari aspek beban tugas iaitu berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.60 diikuti oleh punca dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan professional, pengurusan sekolah dan persekitaran sekolah. Strategi menangani tekanan yang paling berkesan ialah dengan mengamalkan suruhan agama diikuti dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan belajar mengawal emosi.

Pendahuluan
Pengenalan
Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Tekanan boleh berlaku di mana-mana, sama ada dalam kehidupan seharian, dalam alam pekerjaan ataupun dalam hal-hal peribadi. Tekanan yang dihadapi oleh pekerja akan memberi kesan terhadap kualiti kerja dan prestasi pekerja di sesebuah organisasi sekiranya masalah yang dihadapi tidak diselesaikan segera. Kirsta (1986) menyatakan bahawa tekanan boleh terdiri daripada tekanan terkawal atau tidak terkawal. Tekanan terkawal akan memberi kesan yang positif kepada pekerja manakala tekanan yang tidak terkawal akan memberi kesan yang negatif terhadap pekerja dan organisasi. Tekanan ini akan menyebabkan seseorang itu berasa bosan, hilang keyakinan dan sebagainya. Dalam pengajarannya, seorang guru melibatkan dirinya secara total, sama ada dari segi fizikal (contoh : pegerakan tangan, intonasi suara, pergerakan kaki, ekspresi muka), mental (contoh : jenis soalan ditanya, jenis aktiviti yang perlu dijalankan) atau pun secara afektif (contoh : memberi peneguhan positif, galakan, menunjukkan kasih sayang, empati dan understanding). Dalam kesemua tugas ini, ia juga perlu mengekalkan hubungan interpersonel yang baik dengan semua murid, rakan sejawat, kakitangan sekolah serta para ibu bapa. Memandangkan tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini, adalah tidak hairan bahawa kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa seorang guru mengalami tahap tekanan yang sangat tinggi. (Suseela, 1994; Sarros & Sarros 1990). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah disiplin pelajar, bebanan kerja , isu SSM dan PTK serta perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru. Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Perubahan itu dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap guru semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah (Amla Mohd Salleh, 1994). Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi menghadapi perubahan. Dengan itu, guru berasa amat kecewa kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sudah berubah. Dalam konteks Negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Bin Tun Abang Hj Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah

10

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji punca tekanan dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan profesional, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran kerja dan hubungan interpersonel serta strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru Sekolah Rendah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Secara khususnya, objektif kajian adalah: Untuk mengkaji tahap punca tekanan dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan profesional, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran dan hubungan interpersonel di kalangan guru-guru Sekolah Rendah di daerah Kota Samarahan. Untuk mengkaji tahap punca tekanan yang paling utama daripada aspek tingkah laku pelajar, tuntutan profesionalisme, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran sekolah dan hubungan interpersonel di kalangan guru-guru Sekolah Rendah di daerah Kota Samarahan. Untuk mengenalpasti strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru di Sekolah Rendah di daerah Kota Samarahan.

Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan reka bentuk tinjauan yang mana dapat dianggap sebagai metodologi yang paling sesuai untuk situasi yang dinyatakan. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti punca tekanan dan strategi menangani tekanan di kalangan guru.

Populasi
Populasi kajian terdiri daripada 415 orang. Seramai 146 guru lelaki dan 269 guru perempuan. Mereka bertugas di 22 buah sekolah rendah di daerah Kota Samarahan. Jumlah saiz sampel kajian ditentukan berdasarkan Jadual Penentuan Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970). Persampelan Dalam kajian ini, penyelidik menentukan saiz sampel berdasarkan Jadual Penentuan Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) (Lampiran B). Oleh itu, bilangan sampel adalah seramai 196 guru yang dipilih secara rawak kelompok iaitu sebanyak 46.7 peratus.

Instrumen Kajian
Soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Memandangkan daerah kajian yang luas, kaedah pengumpulan data ini dianggap sesuai dengan faktor masa dan kos kajian.

Skala
Item-item soal selidik di dalam kajian ini menggunakan skala lima mata. Terdapat lima pilihan respon untuk setiap item. Bagi mengkaji punca tekanan, pilihan respon ialah Tidak tertekan, Sedikit tertekan, Sederhana tertekan, Banyak tertekan dan Sangat banyak tertekan. Nilai bagi setiap item adalah seperti dalam jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Nilai Bagi Item Tahap Punca Tekanan Skala Tidak tertekan Sedikit tertekan Sederhana tertekan Banyak tertekan Sangat banyak tertekan Nilai 1 2 3 4 5

Sementara bagi mengkaji strategi menangani tekanan, pilihan respon ialah Tidak berkesan , Sedikit berkesan, Sederhana berkesan, Berkesan dan sangat berkesan. Nilai bagi setiap item adalah seperti dalam jadual 2 berikut:
Jadual 2 : Nilai Bagi Item Strategi Menangani Tekanan

11

Jurnal Akademik 2006 IPTAR Skala Tiada berkesan Sedikit berkesan Sederhana berkesan Berkesan Sangat berkesan Nilai 1 2 3 4 5

Dapatan Kajian dan Perbincangan


Tahap Punca Tekanan Yang Paling Utama dari Aspek Tingkah Laku Pelajar, Tuntutan Profesional, Pengurusan Sekolah, Beban Tugas, Persekitaran dan Hubungan Interpersonal
Bahagian ini membentangkan dapatan punca utama tekanan dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan profesionalisme, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran dan hubungan interpersonal
Jadual 3: Min Responden Serta Nilai Sisihan Piawai Setiap Aspek Punca Tekanan Bil 1 2 3 4 5 6 Aspek Punca Tekanan Tingkah laku pelajar Tuntutan profesional Pengurusan sekolah Beban tugas Persekitaran sekolah Hubungan interpersonel Min 3.30 3.16 3.13 3.60 2.87 2.33 SP 0.96 1.07 1.16 1.13 1.09 1.12

Jadual 3 di atas menunjukkan purata min dari 6 aspek yang menyebabkan punca tekanan kepada guru-guru. Nilai min bagi semua aspek berada di antara nilai 2.33 hingga 3.60. Berdasarkan pembahagian nilai bagi kedudukan tahap punca tekanan, 5 aspek berada pada kedudukan tahap punca tekanan yang sederhana iaitu aspek tingkahlaku pelajar, tuntutan professional, pengurusan sekolah , aspek beban tugas dan persekitaran sekola. Sementara itu, hanya 1 aspek sahaja berada pada tahap punca tekanan yang rendah iaitu aspek hubungan interpersonal. Aspek beban tugas mendapat purata min yang paling tinggi iaitu 3.60, di ikuti dengan aspek tingkahlaku pelajar iaitu dengan nilai purata min 3.30 dan purata min ketiga tertinggi ialah dari aspek tuntutan professional iaitu 3.16. Aspek pengurusan sekolah mendapat kedudukan ke empat dengan nilai purata min 3.13, diikuti oleh aspek persekitaran sekolah dengan nilai min 2.87. Satu aspek yang berada pada tahap punca tekanan yang rendah ialah aspek hubungan interpersonal dengan purata nilai min ialah 2.33.

Strategi Menangani Tekanan


Bahagian ini membentangkan dapatan item strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah rendah.
Jadual 4: Min Strategi Menangani Tekanan Mengikut Urutan Keberkesanan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 No Item C12 C15 C16 C18 C22 C17 C2 C8 C7 C13 C4 C1 C19 C23 C9 C20 C10 C5 C11 C6 C14 C21 C3 Kenyataan Mengamalkan suruhan agama Mengamalkan gaya hidup sihat Belajar cara mengawal emosi Mengelakkan persengketaan Merancang dan mengutamakan kerja lebih awal Mencari kelucuan daripada sesuatu keadaan Berehat selepas kerja Melibatkan diri dengan aktiviti lain semasa waktu lapang Memahami kerja yang akan dilakukan/ diajar Melupakan urusan sekolah selepas waktu kerja Menganalisis serta cuba menyelesaikan masalah Membincangkan masalah dengan rakan Melanjutkan pelajaran Membaca buku mengenai tekanan Menganggap pelajar sebagai individu Berkongsi kegagalan Meluangkan banyak masa untuk berkomunikasi dengan ibu bapa Mendapatkan khidmat kaunseling psikologi Memikirkan tentang cuti yang akan datang Menghela nafas dengan dalam Bersendirian Memohon pertukaran sekolah Tidak hadir bekerja Min 4.34 4.29 4.23 4.05 3.98 3.88 3.85 3.82 3.81 3.73 3.72 3.57 3.54 3.52 3.46 3.45 3.38 3.27 3.13. 3.10 2.95 2.81 1.82

Item c12 mengamalkan suruhan agama mendapat nilai min yang paling tinggi berbanding item yang lain iaitu 4.34. Seramai 108 (55.1%) responden mengatakan mengamalkan suruhan agama merupakan strategi menangani tekanan

12

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

yang sangat berkesan. 57 (29.1%) responden pula mengatakan berkesan , 25 (12.8%) responden mengatakan sederhana berkesan, 2(1.0%) mengatakan sedikit berkesan dan 4 (2.0%) pula mengatakan tiada berkesan. Nilai min item c15 merupakan nilai min yang kedua tertinggi iaitu 4.29. Bagi item ini, sebanyak 89 (45.4%) responden mengatakan mengamalkan gaya hidup sihat merupakan strategi menangani tekanan yang sangat berkesan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh sebanyak 87 (44.4%) responden yang mengatakan sangat berkesan. 11(5.6%) responden mengatakan sederhana berkesan. Hanya 6 (3.1%) responden mengatakan sedikit berkesan dan juga 1 (0.5%) responden mengatakan tiada berkesan. Item c16 belajar cara mengawal emosi dan item c18 mengelakkan persengketaan masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat tertinggi dalam strategi menangani tekanan guru dengan nilai min 4.23 dan 4.05. Berdasarkan pembahagian nilai min bagi strategi menangani tekanan guru, kedua-dua item c16 dan c18 berada dalam kedudukan strategi yang berkesan. Item c1 membincangkan masalah dengan rakan mendapat nilai min yang sederhana iaitu 3.57. Seramai 24 (12.2%) responden mengatakan berbincang masalah dengan rakan merupakan strategi yang sangat berkesan, 88 (44.9%) responden mengatakan berkesan , 60 (30.6%) mengatakan sederhana berkesan, 23 (11.7%) mengatakan sedikit berkesan dan hanya 1 (0.5%) pula mengatakan tiada berkesan. Item c23 membaca buku mengenai tekanan mendapat nilai min yang sederhana berkesan iaitu 3.52. Hanya seramai 36 (18.4%) responden mengatakan strategi berhubung tekanan iaitu dengan membaca buku mengenai tekanansangat berkesan . 67 (34.2%) mengatakan berkesan. Sementara itu, responden yang mengatakan sederhana berkesan ialah sebanyak 62 (31.6%) dan responden yang mengatakan sedikit berkesan pula sebanyak 25 (12.8%). Manakala 6 (3.1%) responden pula mengatakan mereka tiada berkesan . Berdasarkan pembahagian nilai min bagi strategi menangani tekanan guru, kedua-dua item c14 dan c21 berada dalam kedudukan strategi menangani yang sederhana berkesan. Item c14 bersendirian dan item c21 memohon pertukaran sekolah masing-masing mendapat tempat 21 dan tempat 22 (mengikut rank) dalam strategi menangani tekanan guru dengan purata nilai min masing-masing ialah 2.95 dan 2.81. Item c3 tidak hadir bekerja mendapat nilai min yang terendah sekali dalam item strategi menangani tekanan iaitu 1.82. Hanya seramai 4 (2.0%) responden mengatakan tidak hadir berkerja merupakan strategi menangani tekanan yang sangat berkesan dan 18 (9.2%) mengatakan berkesan. Sementara itu, responden yang mengatakan sederhana berkesan ialah sebanyak 25 (12.8%) dan responden yang mengatakan sedikit berkesan pula sebanyak 40 (20.4%). Sebanyak 109 (55.6%) responden pula mengatakan tiada berkesan berhubung perkara tidak hadir bertugas berhubung strategi menangani tekanan guru.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Tingkah Laku Pelajar


Tahap punca tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek tingkah laku pelajar adalah seperti jadual 5.
Jadual 5: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Tingkahlaku Pelajar Aspek Tingkahlaku Pelajar Sikap pelajar yang lemah terhadap tugasan/pelajaran Ramai murid datang ke kelas tanpa bahan yang diperlukan dalam pembelajaran Individu pelajar yang sama yang selalu berkelakuan buruk Masalah dengan pelajar yang kurang bermotivasi Pelajar terlalu bising Menangani masalah displin dalam kelas Purata Nilai Min 3.50 3.44 3.42 3.28 3.09 3.09 3.30 Tahap Punca Tekanan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Daripada jadual 5 didapati kesemua nilai min aspek tingkah laku pelajar yang menjadi punca kepada tekanan guru berada pada tahap sederhana. Nilai tahap sederhana ialah daripada 2.34 hingga 3.67, dengan min purata bagi aspek ini ialah 3.30. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa tingkah laku pelajar menyebabkan punca tekanan kepada guru-guru. Punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Chris Kyriacou dan Pei-Yu Chien (2004) dalam kajian terhadap tekanan guru-guru sekolah rendah di Taiwan, mendapati sikap pelajar yang lemah terhadap pelajar dan masalah dengan pelajar yang kurang bermotivasi memberikan tekanan yang sederhana terhadap guruguru. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Sten Tellenback, Sten-Olof Brenner dan Horst Lofgren

13

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

(1983) terhadap 445 guru-guru sekolah di Great Britain mendapati bahawa punca tekanan utama guru ialah masalah berkaitan dengan tingkah laku pelajar. Sementara itu oleh kajian oleh Fred C. dan Edward B. (1986) terhadap 4000 orang guru mendapati bahawa 37.2 peratus guru-guru mendapati individu pelajar yang berterusan yang tidak bertingkah laku baik merupakan antara punca tekanan yang utama kepada mereka. Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Tatyana (2001) mengenai tekanan profesional di kalangan 300 orang guru-guru di Lativia mendapati punca utama tekanan guru ialah dari aspek tingkah laku pelajar iaitu mendenda pelajar dengan nilai min 2.25 dan tanggungjawab terhadap pelajar seperti peperiksaan dengan nilai min 2.17 dan kedua-duanya item berada pada tahap tekanan yang sederhana.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Tuntutan Profesional


Tahap punca tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek tuntutan profesional adalah seperti jadual 6.
Jadual 6: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Tuntutan Profesional Aspek Tuntutan Profesional Prosedur Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Kurang pengiktirafan diberi untuk kerjakerja tambahan yang telah disiapkan Gaji yang tidak mencukupi/setimpal Kurang peluang kenaikan pangkat Sukar untuk menangani dengan perubahan dan kehendak kurikulum Status dan penghormatan yang rendah dalan profesion keguruan Kurang progres dalam kerjaya Purata Nilai Min 3.40 3.33 3.28 3.11 3.04 3.00 2.97 3.16 Tahap Punca Tekanan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Daripada jadual 6 didapati kesemua nilai min aspek tuntutan profesional yang menjadi punca kepada tekanan guru berada pada tahap sederhana. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa tuntutan profesional guru menyebabkan punca tekanan kepada mereka. Punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Booney Vance et., al (1989) di Arizona Utara yang membuktikan bahawa kurang pengiktirafan yang diberikan terhadap kerja-kerja tambahan yang telah disiapkan dengan nilai min 3.4 berada pada tahap tekanan yang sederhana . Kajian beliau juga mendapati status dan penghormatan yang rendah dalam profesion keguruan berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 2.91 serta kurang progres dalam kerjaya menyebabkan tekanan pada guru pada tahap yang sederhana dengan nilai min 2.6. Bagaimanapun kajian oleh Booney Vance et., al (1989) mendapati punca utama tekanan guru-guru di Arizona Utara ialah gaji yang tidak mencukupi atau setimpal dengan purata nilai min 4.0 iaitu berada pada tahap tekanan yang tinggi. Sementara itu kajian oleh Chris Kyriacou dan Pei-Yu Chien (2004) mendapati punca utama tekanan guru-guru sekolah rendah di Taiwan ialah sukar menangani dengan perubahan dan kehendak kurikulum berada pada tahap tekanan yang tinggi. Kajian ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Fred C. dan Edward B. (1986) terhadap 119 orang guru mendapati bahawa antara punca utama tekanan guru-guru ialah aspek penilaian terhadap guru (31.4) peratus serta kurang progress dalam kerjaya.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Pengurusan Sekolah


Berdasarkan analisis dapatan kajian di dalam Bab IV, tahap punca tekanan guruguru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek pengurusan sekolah adalah seperti jadual 5.2.3.

14

Jurnal Akademik 2006 IPTAR Jadual 7: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Pengurusan Sekolah Aspek Pengurusan Sekolah Tiada masa untuk berehat di antara masa pengajaran Desakan bertugas selepas waktu persekolahan Terpaksa menggantikan guru-guru yang tidak hadir Sikap dan tingkah laku guru besar Kekurangan bahan/ sumber pengajaran Kurang dilibatkan dalam membuat keputusan Purata Nilai Min 3.35 3.31 3.25 3.08 2.94 2.86 3.13 Tahap Punca Tekanan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Daripada jadual 7 didapati kesemua nilai min aspek pengurusan sekolah yang menjadi punca kepada tekanan guru berada pada tahap sederhana. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa aspek pengurusan sekolah menyebabkan punca tekanan kepada guru-guru sekolah rendah. Punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Sten Tellenback, Sten-Olof Brenner dan Horst Lofgren (1983) terhadap 445 guru-guru sekolah di Sweden mendapati bahawa salah satu punca utama tekanan guru ialah masalah berkaitan dengan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Booney Vance et., al (1989) di Arizona Utara yang membuktikan bahawa guruguru tiada masa untuk berehat menyebabkan tekanan kepada guru dengan nilai min tekanan ialah 3.2 iaitu berada pada tahap tekanan yang sederhana.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Beban Tugas


Tahap punca tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek beban tugas adalah seperti jadual 8.
Jadual 8: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Beban Tugas Aspek Beban Tugas Terlalu banyak kerja perkeranian Diarah untuk melakukan banyak tugas yang berbeza dalam masa yang singkat Berkerja dalam tempoh siap yang ketat Terpaksa membawa pulang kerja ke rumah Diharap dapat melaksanakan tugas yang mana tidak pernah mendapat latihan dalam bidang tersebut Bilangan waktu mengajar yang membebankan Purata Nilai Min 3.76 3.72 3.67 3.51 3.48 3.46 3.60 Tahap Punca Tekanan Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Daripada jadual 8 didapati item terlalu banyak kerja perkeranian dan guru yang diarah untuk melakukan banyak tugas yang berbeza dalam masa yang singkat berada pada tahap punca tekanan yang tinggi. Nilai tahap tinggi ialah daripada 3.68 hingga 5.00. Manakala 4 item lagi berada pada tahap punca tekanan yang sederhana. Secara keseluruhan , dapatlah dikatakan bahawa aspek beban tugas juga menyebabkan punca tekanan kepada guru-guru sekolah rendah dengan punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Salleh (1983) yang telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan di Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan tekanan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja pengkeranian yang dibuat. Kerja-kerja pengkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu. Dapatan kajian ini disokong oleh Zubaidah (1999) dalam kajiannya yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi seterusnya menyebabkan tekanan kepada guru. Abdul Malek (2000), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat, tidak dapat menyiapkan tugas, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Dapatan ini menyamai dengan kajian yang dibuat oleh Siti Rodziah (1982) terhadap 71 orang guru dari beberapa buah sekolah di wilayah Persekutuan, mendapati tekanan atau ketegangan guru lebih dipengaruhi oleh beban kerja iaitu terlalu banyak kerja pengkeranian dan masa mengajar yang terlalu banyak. Kajian oleh Denise Micallef (2002) berkaitan dengan tekanan dikalangan guru-guru sekolah rendah di Kepulauan Maltese mendapati menyemak kerja

15

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

pelajar dirumah, merupakan punca tekanan yang utama kepada mereka yang mengakibatkan tekanan secara personel dan professional. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian rintis yang telah di jalankan oleh Lynda (2000) terhadap 189 orang guru-guru di Newfoundland dan Labrador, Kanada mendapati antara punca utama tekanan guru-guru ialah beban tugas iaitu sebanyak 74 peratus. Antara aspek beban tugas ialah guru-guru yang diarah melakukan banyak tugas yang berbeza dalam masa yang singkat serta guru terpaksa membawa pulang kerja ke rumah.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Persekitaran Sekolah


Tahap punca tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek persekitaran sekolah adalah seperti jadual 9.
Jadual 9: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Persekitaran Sekolah Aspek Persekitaran Sekolah Keadaan kerja persekitaran fizikal kelas yang sangat lemah Jadual kerja tidak menentu Bunyi bising dalam kelas susah untuk ditanggung Persekitaran fizikal sekolah amat sesak, bising atau suram Peralatan untuk berehat kurang bermutu dan melemahkan semangat Rasa tersisih dalam bilik guru Purata Nilai Min 3.26 3.12 3.04 2.96 2.77 2.07 2.87 Tahap Punca Tekanan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Sederhana

Daripada jadual 9 didapati 5 item mempunyai nilai min aspek persekitaran sekolah yang menjadi punca kepada tekanan guru berada pada tahap sederhana . Manakala 1 item lagi iaitu rasa tersisih dalam bilik guru berada pada tahap punca tekanan yang rendah. Nilai tahap rendah ialah daripada 1.00 hingga 2.33. Secara kesuluruhan , dapatlah dikatakan bahawa aspek persekitaran menyebabkan punca tekanan kepada guru-guru sekolah rendah dengan punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh National Union of Teachers (NUT) di United Kingdom yang mendapat bahawa bunyi bising di tempat kerja, merupakan salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan tekanan.

Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Hubungan Interpersonel


Tahap punca tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan dari aspek hubungan interpersonal adalah seperti jadual 10.
Jadual 10: Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Hubungan Interpersonel Aspek Hubungan Interpersonel Ketua saya kurang memberi maklumbalas yang mencukupi tentang prestasi kerja saya Kakitangan sokongan adalah tidak cekap dan tidak berkesan Kebelakangan ini saya risau bagaimana orang lain di tempat kerja menilai saya Kebanyakkan rakan sejawat saya tidak mesra dan tidak memberi sokongan Kebelakangan ini perhubungan saya dengan rakan sejawat kurang baik Sering bertelagah dengan kawan Purata Nilai Min 2.73 Tahap Punca Tekanan Sederhana

2.71 2.49 2.05 2.02 1.96 2.33

Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah

Daripada jadual didapati 3 item mempunyai nilai min aspek hubungan interpersonel yang menjadi punca kepada tekanan guru berada pada tahap sederhana . Manakala 3 item lagi berada pada tahap punca tekanan yang rendah. Nilai tahap rendah ialah daripada 1.00 hingga 2.33. Secara keseluruhan , dapatlah dikatakan bahawa aspek

16

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

hubungan interpersonal kurang menyebabkan tekanan kepada guru-guru sekolah rendah dengan tahap punca tekanannya adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Kendell (1983) terhadap tahap tekanan guru di Newfoundland dan Labrador dimana antara punca utama tekanan ialah konflik interpersonal dikalangan guru-guru serta konflik interpersonal diantara guru-guru dengan staf sokongan .

Tahap Punca Tekanan Utama Guru


Tahap punca tekanan utama guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan adalah seperti jadual .
Jadual 11: Tahap Punca Tekanan Guru Aspek Punca Tekanan Beban Tugas Tingkah laku Pelajar Tuntutan Profesional Pengurusan Sekolah Persekitaran Sekolah Hubungan Interpersonel Purata Nilai Min 3.60 3.30 3.16 3.13 2.87 2.33 3.07 Tahap Punca Tekanan Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Sederhana

Daripada jadual 11 didapati kebanyakkan aspek punca tekanan berada pada tahap punca tekanan yang sederhana. Nilai tahap sederhana ialah daripada 2.34 hingga 3.67. Manakala hanya 1 aspek sahaja berada pada tahap punca tekanan yang lemah. Secara kesuluruhan , dapatlah dikatakan bahawa kesemua punca tekanan menyebabkan tekanan kepada guru-guru sekolah rendah dengan tahap punca tekanannya adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Nor Azizah (1991) terhadap 338 orang guru di 24 buah sekolah di Daerah Hulu Langat, Selangor mendapati bahawa guru juga melahirkan rasa tertekan dengan beban tugas yang berat. Terdapat 63.3 peratus guru menyatakan bahawa beban kerja di sekolah adalah berat yang menyebabkan tekanan kepada mereka. Dapatan kajian ini disokong oleh Zubaidah (1999) dalam kajiannya yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi seterusnya menyebabkan tekanan kepada guru. Abdul Malek (2000), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat, tidak dapat menyiapkan tugas, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Tekanan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, fikiran menjadi kurang berstruktur dan hilang daya konsentrasi. Ini akhirnya akan mengakibatkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya. Kajian yang dibuat oleh Timothy (2003) terhadap guru-guru sekolah menengah di Ohio juga menyokong dapatan kajian ini dengan punca utama tekanan guru-guru ialah tekanan yang berpunca dari peranan guru dengan nilai min 2.75 , tuntutan profesionalisme dengan nilai min 3.19 dan keadaan persekitaran dengan nilai min 3.52. Kajian oleh Chris Kyriacou dan Pei-Yu Chien (2004) mendapati aspek beban tugas merupakan punca utama atau punca dominan tekanan, guru-guru sekolah rendah di Taiwan. Kajian yang dibuat terhadap guru-guru di Nova Scotia (1999), mendapati purata jam seminggu guru disana adalah 50 jam seminggu. 80% guru mengatakan mereka terpaksa terkejar-kejar melakukan kerja setiap hari, 70% mengatakan mereka risau tentang kurangnya masa untuk bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Mereka juga mengatakan punca utama tekanan ialah tuntutan professional iaitu sukar untuk menangani dengan perubahan dan kehendak kurikulum serta beban tugas iaitu tambahan pada tugas pengkeranian. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian rintis yang telah di jalankan oleh Lynda (2000) terhadap 189 orang guru-guru di Newfoundland dan Labrador, Kanada mendapati punca utama tekanan guru-guru ialah beban tugas dan tuntutan profesional. Kajian mengenai kaitan antara kepuasan dan tekanan guru yang dibuat oleh Max Smith dan Sid Bourke (1989) terhadap 182 orang guru kelas di Newcaste mendapati dua punca utama tekanan ialah tanggungjawab pengurusan dan beban tugas yang menyebabkan tekanan yang tinggi kepada mereka. Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Aeria (1995) terhadap tahap burnout dikalangan guru-guru sekolah menengah mendapati beberapa faktor kerja yang menpunyai hubungan signifikan dengan tahap burnout. Antara faktor-faktor ini termasuk beban kerja, peruntukan masa, sokongan rakan sejawat, sokongan pengetua, kemudahan bahan mengajar, kemudahan fizikal dan faktor-faktor pelaksanaan kurikulum seperti kejelasan kurikulum dan kepraktikalan kurikulum. Kajian yang dibuat oleh Abang Mat Ali (1998) berkaitan dengan strategi menangani tekanan di kalangan 209 guruguru di bahagian Kuching, mendapati bahawa 70.3% guru berada pada tahap tekanan kerja yang sederhana, sangat

17

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

tertekan dan amat sangat tertekan dengan punca tekanan yang utama adalah berpunca daripada pengurusan sekolah, Kementerian atau JPNS, ibubapa atau masyarakat, keluarga dan rakan-rakan dan terakhir ialah pelajarpelajar. Kajian yang dibuat oleh Tatyana (2001) mengenai tekanan profesional di kalangan 300 orang guru-guru di Lativia mendapati punca utama tekanan guru ialah dari aspek tingkah laku pelajar, aspek persekitaran sekolah dan aspek pengurusan sekolah. Kajian yang dibuat oleh Chin (2000) terhadap 100 orang guru mengenai tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah kerajaan aliran bahasa cina mendapati punca tekanan yang utama ialah dari aspek peranan guru dalam organisasi yang meliputi peranan guru yang pelbagai, konflik peranan serta tanggungjawab yang harus dipikul. Kajian beliau juga mendapati punca tekanan yang lain ialah aspek beban tugas dan aspek dengan pihak pengurusan sekolah dengan kesemua punca tekanan berada pada tahap tekanan yang sederhana iaitu sebanyak 95 peratus.

Tahap Keberkesanan Strategi Menangani Tekanan


Tahap keberkesanan strategi menangani tekanan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan adalah seperti jadual 12.
Jadual 12: Tahap Keberkesanan Strategi Menangani Tekanan Strategi Menangani Tekanan Mengamalkan suruhan agama Mengamalkan gaya hidup sihat Belajar cara mengawal emosi Mengelakkan persengketaan Merancang dan mengutamakan kerja lebih awal Mencari kelucuan daripada sesuatu keadaan Berehat selepas kerja Melibatkan diri dengan aktiviti lain semasa waktu lapang Memahami kerja yang akan dilakukan/ diajar Melupakan urusan sekolah selepas waktu kerja Menganalisis serta cuba menyelesaikan masalah Membincangkan masalah dengan rakan Melanjutkan pelajaran Membaca buku mengenai tekanan Menganggap pelajar sebagai individu Berkongsi kegagalan Meluangkan banyak masa untuk berkomunikasi dengan ibu bapa Mendapatkan khidmat kaunseling psikologi Memikirkan tentang cuti yang akan datang Menghela nafas dengan dalam Bersendirian Memohon pertukaran sekolah Tidak hadir bekerja Min 4.34 4.29 4.23 4.05 3.98 3.88 3.85 3.82 3.81 3.73 3.72 3.57 3.54 3.52 3.46 3.45 3.38 3.27 3.13. 3.10 2.95 2.81 1.82 Tahap Keberkesanan Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah

Daripada jadual 12 didapati 11 item berada pada tahap keberkesanan strategi menangani tekanan yang tinggi. Nilai tahap tinggi ialah daripada 3.68 hingga 5.00 . Terdapat 11 item berada pada tahap keberkesanan strategi menangani tekanan pada tahap sederhana. Hanya 1 item sahaja yang berada pada tahap keberkesanan yang rendah. Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Chris Kyriacou dan Pei-Yu Chien (2004) dalam kajian terhadap 203 orang guru-guru sekolah rendah di Taiwan berkaitan dengan strategi menangani tekanan, mendapati bahawa strategi yang paling utama bagi menangani tekanan mengikut urutan ialah : i) ii) iii) iv) v) mengamalkan gaya hidup yang sihat; memahami kerja yang akan dilakukan; mencari kelucuan daripa sesuatu keadaan; belajar cara mengawal emosi; dan berehat selepas bekerja.

Kesemua strategi yang disenaraikan di atas adalah berada pada tahap keberkesanan yang tinggi. Kajian beliau juga mendapati strategi yang paling kurang berkesan dalam menangani tekanan ialah tidak hadir bekerja, iaitu sebanyak 64.9 peratus, diikuti dengan mendapatkan khidmat kaunseling psikologi iaitu sebanyak 56.7 peratus , bertukar sekolah dengan nilai peratus sebanyak 54.2. Sementara itu kajian yang dibuat oleh Abang Mat Ali (1998) berkaitan dengan strategi menangani tekanan di kalangan 209 guru-guru di bahagian Kuching, mendapati bahawa tujuh strategi yang paling berkesan dalam menangani tekanan guru ialah memastikan diri faham apa yang akan diajar (73.8%), belajar daripada kesilapan dan

18

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

memaafkan diri sendiri (64.4%), berbincang urusan-urusan dengan guru-guru (54.6%), bersembang dengan rakan sejawat tentang minat rekreasi dan sebagainya (53.4%), realistik terhadap matlamat-matlamat (50.0%), cuba mengatasi sesuatu keadaan (50.0%), dan menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa (50.0%) merupakan strategi menangani tekanan yang pernah dicuba dan berkesan. Manakala tujuh strategi yang tidak akan dicuba ialah melepaskan kemarahan kepada rakan sejawat, melupakan kurikulum nasional untuk hari tersebut, berhenti daripada menyukai kerja, mengambil cuti pada hari itu untuk mencari ketenangan, mengambil masa untuk berehat secara sedar/sengaja semasa hari persekolahan, bermain muzik dalam bilik darjah dan mengamanahkan tugas-tugas kepada rakan-rakan sejawat yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Narawi (1998) bagi strategi daya tindak menangani stress di kalangan pengetua sekolah menengah di Sarawak terhadap 119 orang pengetua mendapati strategi daya tindak yang paling berkesan dalam menangani tekanan ialah dengan bersikap positif yakni mengamalkan kemahiran perhubungan dengan rakan sekerja, menghadapi masalah secara optimis, mewujudkan set mental yang lebih positif serta menggunkan peluang kursus dan perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan komunikasi. Strategi lain yang boleh membantu dalam menangani tekanan ialah persepktif yang lebih realistik seperti berseloroh dan bergurau jenaka (humour), serta sokongan intelektual, sosial dan kerohanian seperti melibatkan diri dalam kegiatan kerohania, berbual dengan ahli keluarga atau sahabat karib dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Kesimpulan Kajian
Masalah tekanan di kalangan guru seluruh negara merupakan satu fenomena yang memang wujud di kalangan guru-guru. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan mental guru. Oleh itu, adalah penting bahawa pemantauan perlu dibuat ke atas tahap tekanan dari semasa ke semasa. Sebarang peningkatan pada tahap tekanan guru perlu diberi pertimbangan yang serius dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Seandainya tidak , ia boleh membawa kepada kemerosotan sistem pendidikan negara dan seterusnya menghampakan segala aspirasi negara mencapai negara maju menjelang Wawasan 2020. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap tekanan di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan negara. Ekoran itu, timbul pertanyaan apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya tekanan ini dan apakah strategi menangani tekanan yang paling berkesan digunakan dalam menyelesaikan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan. Dalam kajian ini, objektif kajian adalah untuk mengkaji tahap punca tekanan dan apakah tahap punca tekanan yang paling utama dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan professional, pengurusan sekolah, beban tugas, persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal di kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan. Selain itu, objektif kajian ini juga untuk mengenalpasti strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan. Hasil kajian ini ini dianggap penting untuk membantu pihak kementerian pelajaran menstrukturkan semula tugas guru-guru bagi mengelakkan bebanan tanggungjawab yang berlebihan yang boleh mendatangkan tekanan. Sementara itu, bagi guru-guru pula kajian ini penting dalam membantu mengurangkan tekanan kerja yang dialami mereka supaya mereka dapat memfokuskan kepada urusan utama mereka iaitu mengajar. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, kajian ini berhadapan dengan pelbagai batasan, khususnya batasan masa dan kewangan. Lantaran itu, kajian ini agak terhad, terutama dari segi pemilihan populasi kajian dan kaedah pengumpulan data. Dari segi tinjauan literatur pula, penyelidik telah mengemukakan pandangan dan kajian pengkaji lain. Subtajuk berkaitan model tekanan dan tekanan kerja guru diharap akan dapat memberi gambaran tentang pentingnya tekanan yang dialami oleh guru-guru. Perbincangan tentang kesan-kesan tekanan berkaitan tekanan kerja guru pula menunjukkan betapa perlunya pihak kementerian mengambilkira pelbagai faktor sebelum menstrukturkan semula tugas kepada guru. Di samping itu subtajuk strategi menangani tekanan dalam membantu mengatasi tekanan yang dialami oleh guru juga turut dibincangkan. Pandangan dan kajian pengkaji lain juga menyediakan latar belakang penting bagi kajian ini tentang punca tekanan dan strategi menangani tekanan guru-guru. Sampel kajian terdiri daripada 196 orang guru sekolah rendah dari daerah Kota Samarahan, Sarawak. Soal selidik digunakan sebagai kaedah untuk mengumpul data. Statistik deskriptif iaitu analisis frekuensi dan peratusan digunakan untuk mengkaji dan membincangkan persoalan punca tekanan dan strategi menangani tekanan di kalangan guru. Nilai min pula digunakan untuk menentukan tahap punca tekanan setiap aspek dan membandingakan tahap punca tekanan yang paling utama yang menyebabkan tekanan kepada guru sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Nilai min juga digunakan untuk menentukan strategi menangani tekanan yang paling berkesan yang digunakan oleh guru-guru dalam menangani tekanan yang dialami oleh mereka.

19

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

Hasil kajian mendapati punca tekanan yang paling utama yang menyebabkan tekanan kepada guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan, Sarawak ialah datangnya dari aspek beban tugas iaitu berada pada tahap sederhana. Aspek hubungan interpersonel pula bukan merupakan punca kepada tekanan guru dengan tahap tekanan berada pada tahap tekanan yang rendah. Mengamalkan suruhan agama, mengamalkan gaya hidup sihat dan belajar mengawal emosi merupakan strategi yang paling berkesan yang digunakan oleh guru-guru dalam membantu menangani tekanan mereka. Manakala tidak hadir bekerja dan memohon pertukaran sekolah bukanlah merupakan strategi yang paling berkesan dalam menyelesaikan tekanan yang dialami oleh guru-guru.

Cadangan
Sistem pendidikan di Malaysia masih memperlihatkan pelbagai kelemahan yang harus diperbaiki dan disempurnakan. Boleh dikatakan, sistem pendidikan harus dikaji dan diubahsuai dari semasa ke semasa untuk kemajuan dan kepentingan rakyat pelbagai kaum dan sejajar ke arah mencapai wawasan negara. Melalui kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan perlu diberi perhatian oleh pihakpihak yang berkaitan dengan punca tekanan guru-guru sekolah rendah. Cadangan-cadangan ini dikemukakan , kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kepada pihak pengurusan sekolah yakni Guru Besar, kepada semua guru serta kepada pengkaji lain yang berminat dalam penyelidikan untuk tujuan menjalankan kajian lanjutan.

Cadangan Untuk Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)


Daripada kajian ini adalah jelas bahawa aspek beban tugas, tingkah laku pelajar dan tuntutan profesional merupakan punca tekanan yang utama kepada kepada guru-guru yang berada pada tahap sederhana. Memandangkan betapa perlunya guru-guru bertanggungjawab terhadap profesionnya dan bersedia untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, maka beberapa cadangan boleh dilakukan bagi menangani punca tekanan dikalangan guru. Antaranya ialah ; 1. Diwujudkan satu jawatan khas seperti kerani bagi membantu mengisi dan merekod data atau butir-butir diri pelajar. Begitu juga dengan kerja cetak bahan pengajaran dan pembelajaran , kertas soalan peperiksaan dan ujian, serta segala urusan seperti pungutan yuran, pendaftaran, pinjaman buku teks dan lain-lain hendaklah dilakukan oleh kerani atau staf sokongan. Dicadangkan pungutan yuran boleh dibayar melalui akaun bank sekolah berkenaan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Ini boleh memudahkan kerja guru dan tidak akan menganggu sosioemosi dan juga konsentrasi guru di dalam kelas. Bilangan murid dalam bilik darjah hendaklah mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu sekolah rendah seramai 30 orang bagi setiap kelas. Ini akan memudahkan guru memantau pelajar-pelajarnya dan akan membantu mengurangkan masalah berkaitan dengan tingkah laku pelajar. Kelas tambahan yang hanya diadakan untuk tujuan menghabiskan sukatan pelajaran tidak perlu diadakan. Kelas yang diadakan pada waktu petang atau pada masa cuti mestilah berbentuk kelas pengayaan dan pemulihan. Latihan secara topikal boleh mengesan kelemahan pelajar dan pemulihan boleh dijalankan semerta. Menambahkan bilangan guru pada setiap sekolah yakni menukar ratio bilangan guru berbanding murid yang sedia ada sekarang. Ini bagi mengurangkan bilangan waktu mengajar yang harus dipikul oleh guru dan memberikan ruang masa rehat yang lebih baik kepada setiap guru. Pihak perancang kurikulum mungkin perlu mengkaji terlebih dahulu sama ada guru telah bersedia dan pihak sekolah telah mempunyai infrastruktur yang sewajarnya sebelum mereka memperkenalkan sesuatu perubahan kepada kurikulum. Prosedur Penilaian Tahap Kecekapan perlulah dikaji semula kaedah penilaiannya, kerana penilaian sedia ada kurang dapat menggambarkan realiti kemampuan sebenar guru kerana penilaian lebih berdasarkan peperiksaan bertulis(PTK).

2.

3.

4.

5.

6.

Cadangan Untuk Pihak Pengurusan Sekolah (Guru Besar)


Daripada kajian ini adalah jelas bahawa aspek pengurusan sekolah dan persekitaran sekolah merupakan punca tekanan kepada kepada guru-guru dengan tahap sederhana. Memandangkan betapa perlunya guru-guru bertanggungjawab untuk mentadbir, maka dicadangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan bagi mengatasi tekanan dikalangan guru. Antaranya ialah : 1. Para pentadbir sekolah haruslah peka terhadap hal-hal yang melibatkan soal-soal kemanusiaan, seperti mengenai keadaan pekerjaan, kesihatan jiwa guru dan fizikal sekolah. Pihak pentadbir juga haruslah menimbangkan soal-soal perumahan guru dan cara menilai pegawai dibawah jagaannya seperti yang dikehendaki dalam Sistem Saraan Malaysia. Di samping itu, pihak pentadbir harus jugs memikirkan soal latihan yang bertujuan meningkatkan prestasi kerja dan dalam memberi kepuasan kerja serta mengamalkan teknikteknik kepimpinan dan motivasi yang lebih mesra.agar dapat memberikan keadilan kepada semua agar dapat mengurangkan tekanan.

20

Jurnal Akademik 2006 IPTAR

2.

3.

4.

Konsep pengarahan perlu disisipkan untuk menjelas dan membahagikan tugas-tugas kepada guru dan kakitangannya secara seimbang dan teratur. Pengetua juga perlu melihat sesuatu keadaan dari kaca mata guruguru dan kakitangannya. Mereka hendaklah disediakan ganjaran jika perlu untuk mengurangkan tekanan. Kekurangan pengetahuan dan pengalaman perlu diberikan latihan yang secukupnya agar dapat membuahkan hasil kerja yang lebih baik. Guru Besar juga harus mengambil tahu kebajikan dan hal ehwal guru, menghargai setiap usaha guru dan lebih berempati dengan masalah guru, supaya guru bebas dari tekanan, emosi, mental dan fizikal. Guru besar juga perlu mengamalkan komunikasi berkesan di sekolahnya. Guru-guru akan merasa puas hati dan tidak berada dalam kekaburan peranan. Mereka sentiasa mendapat bimbingan dan latihan daripada guru besar semasa menjalankan tugas di sekolah. Dengan ini guru boleh bekerja dengan tenang dan tidak merasa tertekan. Guru Besar juga harus melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan yang boleh mempengaruhi mereka dan pekerjaan mereka. Guru akan lebih dihargai kerana keputusan yang dibuat juga adalah yang telah dipersetujui oleh mereka sendiri.

Cadangan Untuk Pihak Guru


1. Guru perlu menentukan susunan kerja mereka sendiri. Mereka akan bekerja lebih kuat demi mencapai sasaran yang telah ditentukan oleh mereka sendiri. Omardin Ashari (1996) mengikut teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu. Dengan ini guru akan merasa lebih bebas sedikit dan ini akan mengurangkan tekanan kepada mereka. Guru-guru juga boleh diajar cara-cara mengurus tekanan (Pengurusan tekanan). Seelok-eloknya guru-guru diajar cara mengurus tekanan ini semasa mereka berada dalam latihan lagi. Christina Maslach (1982) menggariskan beberapa perkara yang harus diketahui oleh seseorang untuk mengelakkan dari dari tahap tekanan yang tinggi sehingga boleh menyebabkan burnout. Antaranya, seseorang itu perlu tahu mengesan tanda-tanda awal tekanan, memperoleh kemahiran-kemahiran interpersonal dan mengamalkan teknik-teknik mengurangkan tekanan seperti latihan untuk meregangkan otot dan merehatkan minda. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru menyatakan mereka mengamalkan suruhan agama sebagai strategi yang paling berkesan dalam menangani tekanan. Untuk itu dicadangkan agar memasukkan unsur-unsur kerohanian dan keagamaan dalam kebanyakkan program yang melibatkan guru contohnya latihan perkembangan staf (LPS), program rasmi sekolah dan sebagainya

2.

3.

Cadangan Untuk Kajian Lanjutan


Kajian ini adalah merupakan kajian permulaan terhadap tahap punca tekanan dan strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Untuk itu kajian mendalam dan secara lebih meluas boleh dikendalikan terhadap populasi yang lebih luas, yakni seluruh Malaysia dengan sampel kajian secara rawak daripada setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian lanjut tentang kesan tekanan serta kaitannya dengan prestasi dan kepuasan kerja boleh juga dikendalikan selanjutnya terhadap guru-guru sekolah rendah di seluruh Malaysia. Dengan kajian yang sedemikian rupa, bolehlah dikenalpasti perkaitan antara prestasi dan kepuasan kerja dengan keberkesanan strategi yang digunakan untuk mengawal tekanan di kalangan guru-guru sekolah rendah di negara ini. Untuk kajian pada masa akan datang juga dicadangkan agar prosedur pengumpulan data harus dipelbagaikan dan tidak hanya terbatas kepada bentuk kuantitatif sahaja. Pendekatan secara kualitatif dalam mengumpulkan data juga amat penting. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian, pelbagai maklumat tambahan yang tidak dapat diperolehi melalui pendekatan kuantitatif dapat dikumpulkan. Dicadangkan juga agar kajian lanjutan tentang tahap punca tekanan serta strategi menangani tekanan yang digunakan oleh guru-guru sekolah menengah, Guru Besar dan Pengetua apabila mereka berhadapan dengan tekanan. Dengan kajian yang sebegini bolehlah nanti dibuat perbandingan antara tahap punca tekanan serta strategi menangani tekanan yang digunakan oleh pelbagai kategori guru dalam perkhidmatan pendidikan.

Rujukan
Abdul Malek Abd Rahman (2000). Manusia dan Stress. Buletin Akademik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.2 (10-11) Amla Mohd Salleh. (1994, 1 Okt). Beban Kerja Halang Kemampuan Guru. Berita Harian. Kuala Lumpur. Hal, 19. Booney V., Susan M., Sam H., Francine R. (1989). Sources and manifestation of Occupational Stress As Reported by Fulltime Teachers Working In A Bia School. Journal of American Indian Education. Vol 28. No 2 http://jaie.asu.edu/v28/V28S2sou.htm

21

Jurnal Akademik 2006 IPTAR Chin.N.S & Chong K.Y. (2003). Occupational Stress Among Teachers In The Government Aided Chinese Committee Primary Schools (Grade A) In Kuching, Sarawak. Koleksi Laporan Penyelidikan BPG, MP Tun Abdul Razak. (Tidak diterbitkan) Chri Kyriacou (2000). Stress busting for teachers. Cheltenham : Nelson Thornes Chris Kyriacou and Pei-Yu Chien (2004). Teachers stress in Taiwanese primary schools. Journal of Educational Enquiry, Vol 5. No 2. 86-104 Crow dan Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kirsta, A. (1986). The Book of Stress Survival Identifying and Reducing the Stress In Your Life. London : Simon & Schuster Inc. Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Measurement. 30. 607-610. Determining Sample Size for Research. Journal of Education and Psychological

Kyriacou, C. & Sutcliffe, J. (1977). Teacher Stress. A review. Educational Review. 29(4), 299-306. Lynda J.Younghusband (2000). Teacher Stress In One School District of http://www.mun.ca/educ/faculty/mwatch/fall00/younghusband.htm Newfoundland And Labrador : A Pilot Study

Narawi Udin. (1998). Strategi Daya Tindak Menangani Stress Di Kalangan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan) Nor Azizah Salleh (1991). Kepuasan bekerja dan keperluan professional guru-guru lepasan maktab dan implikasinya kepada pendidikan lanjutan. Jurnal Pendidikan. 16:84-89. Siti Rodziah Kadir (1982). Beberapa faktor yang mempengaruhi ketegangan serta kesannya ke atas guru-guru. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.( Tesis Tidak diterbitkan) Suseela Malakolunthu.(1994). A study of teacher stress and its correlates. Unpublished masters thesis, University of Malaya, Kuala Lumpur. Swent, B. (1983). How administrators cope with stress. Theory Into Practice, 22(1), 70-84. Tatyana Uzole (2001). Professional Stress Among Latvian Teachers. http://www.ispaweb.org/en/colloquium/nyborg/Nyborg%20Presentations Uzole.htm Timothy F. Kerlin. ( 2003). A Comparison of Role/Task/Enviroment Stress Experienced By Beginning Academic and CareerTechnical Teachers In Southwestern Ohio Career-Technical Schools. Journal of Vocational Education Research. Vol.27, No 3. Zubaidah Aman (1999). Burnout di kalangan guru : perkaitannya dengan factor latar belakang, tekanan kerja, kekaburan peranan dan sokongan social. Tesis Dr.Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

22

Anda mungkin juga menyukai