Anda di halaman 1dari 16

1.

PENGENALAN Carta organisasi adalah satu hirerki dalam pengurusan sesebuah organisasi.

Biasanya carta organisasi sekolah diterajui oleh seorang pengetua/guru besar dan dibantu oleh 4 penolong kanan iaitu penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum dan juga penyelia petang. Setiap jawatan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan. Carta organisasi adalah medium yang sangat penting kerana ia menghubungkan pekerja dengan pihak atasan yang saling membantu bagi menguruskan sesebuah sekolah supaya pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Bagi tugasan ini, kami memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas yang terletak di Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah gred A kerana bilangan pelajarnya melebihi daripada 1000 orang pelajar. Sekolah ini juga mempunyai satu lagi cawangan lain yang terletak di Sarawak.

VISI SEKOLAH SMK. St. Thomas akan menjadikan sekolah "Top Ten" di daerah kuantan menjelang tahun 2013

MISI SEKOLAH SMK. St. Thomas akan memberikan pendidikan yang sempurna dan efektif kepada semua murid dalam persekitaran yang kondusif dengan pengurusan pentadbiran yang mantap serta hubungan komuniti yang erat.

1|Page

2.0

SEJARAH SEKOLAH Sejarah Sekolah Saint Thomas bermula pada tahun 1910, apabila tanah di

mana sekolah ini dibina dibeli oleh seorang paderi bernama Anthony Duvelle dengan harga $100 (dolar). Duvelle kemudiannya membina sebuah gereja kecil dengan nama Saint Thomas. Pengasas sekolah ini kemudiannya, menamakan sekolah ini sempena nama gereja tersebut. Sekolah ini ditubuhkan oleh Rev. Father Guittat pada bulan April 1950 di perkarangan Gereja Saint Thomas dengan dibantu oleh Rev. Father Reutens dan berikutnya Rev. Father Yap. Sekolah ini bermula dengan 40 orang pelajar dan menjelang 1951, bilangan pelajarnya meningkat kepada 80 orang. Sekolah Rendah ini adalah sebuah sekolah persendirian dan kemudiannya dijadikan Sekolah Bantuan pada tahun 1953. Mulai Januari 1954, bilangan pelajarnya sudah meningkat ke 180 orang. Sekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah naungan Marist Brothers dan seterusnya St. Gabriel.

Sekolah Saint Thomas ditubuhkan di perkarangan gereja Saint Thomas (1950)

Perasmian bangunan baru Saint Thomas 1953


2|Page

Pada tahun 1956, pelajaran Sekolah Menengah dimulakan dan pelajar sekolah ini ditempatkan di sebuah pondok atap yang serba kekurangan. Namun demikian, pengasingan pentadbiran antara Sekolah Rendah dan Menengah hanya dibuat pada Januari 1958, di mana Bro. William menjadi Guru Besar Sekolah Menengah dan Bro. Aloysius, Guru Besar Sekolah Rendah.

Sekolah Saint Thomas mencipta sejarah pada tahun 1960, apabila buat pertama kalinya di bawah pentadbiran Bro. Eugene, mencapai kelulusan 100% dalam peperiksaan The Overseas School Certificate. Bangunan 3 tingkat yang sedia ada dibina pada tahun 1961 dan pembukaannya dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah pada 18 Jun 1961 manakala bangunan Sekolah Rendah yang sedia ada, dibina pada tahun 1963

3|Page

3.0

BIDANG TUGAS Setiap jawatan dalam carta organisasi mempunyai bidang tugas yang

tersendiri. Setiap jawatan menjalankan tugas masing-masing dengan rasa tanggungjawab bagi memastikan kelancaran dalam proses pentadbiran organisasi. Bidang tugas yang dipilih untuk dikaitkan dengan pengurusan makmal Ekonomi Rumah Tangga (ERT)/ Sains Rumah Tangga (SRT) ialah tugas pengetua, penolong kanan hal ehwal murid, guru kanan matapelajaran vokasional dan teknik, ketua panitia vokasional dan teknik dan juga guru matapelajaran ERT.

3.1

PENGETUA Setiap pentadbiran sekolah akan diketuai oleh seorang pengetua. Oleh itu,

setiap persatuan yang ada juga akan dinaung oleh pengetua. Pengetua beperanan sebagai penaung untuk setiap persatuan, kelab, badan beruniform dan organisasi untuk setiap mata pengajaran yang ada di sekolah. Pengetua akan dibantu oleh empat orang kanan iaitu guru penolong kanan pentabdiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum dan guru penolong kanan petang. Bagi sekolah yang mempunyai dua sesi pengajaran akan adanya guru penolong kanan petang di mana tugasnya adalah penganti pengetua bagi menguruskan sesi persekolahan di waktu petang. Bagi setiap mata pelajaran yang ada di sekolah akan mempunyai carta organisasi yang tersendiri bagi mengagihkan tugas supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Tugas pengetua adalah memantau setiap pergerakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran berjalan dengan lancar. Bagi mata pelajaran sains rumah tangga juga tidak terkecuali. Setiap kewangan yang diagihkan kepada pihak sekolah, pengetua adalah orang yang bertanggungjawab untuk menerima kewangan perbelanjaan tersebut. Pengetua akan mengadakan mesyuarat bagi mengetahui setiap keperluan mata pelajaran supaya pengagihan wang keperluan cukup dan sesuai dengan keperluan subjek tersebut. Bagi subjek sains rumah tangga peruntukkan kewangan sedikit melebihi daripada subjek lain kerana bagi subjek sains rumah tangga
4|Page

memerlukan peruntukkan yang lebih bagi membeli bahan-bahan masakan, jahitan dan pengurusan diri. Ini kerana subjek ini mempunyai amali. Setelah pengetua mendapat setiap peruntukkan setiap mata pelajaran, pengetua akan membuat perbincangan dengan guru-guru penolong kanannya bagi menapis setiap keperluan yang tidak penting. Setelah mendapat persetujuan, pengetua akan mengagihkan peruntukkan kewangan kepada setiap guru kanan mata pelajaran. Setelah mengagihkan kewangan tersebut, pengetua juga akan terus memantau dan membuat pemeriksaan perbelanjaan setiap mata pelajaran setiap bulan. Ini untuk menggelakkan daripada berlakunya penyelewangan atau

pembaziran. Selain itu, pengetua juga akan menjalankan pemeriksaan buku rekod mengajar guru-guru setiap seminggu sekali. Ini kerana supaya setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dilakukan dengan lengkap dan berkesan. Selain itu, pengetua juga akan membuat pemeriksaan atau pemantauan pretasi setiap guru-guru yang mengajar dan guru-guru yang memegang sebagai guru kelas. Pemantauan pretasi guru-guru penting supaya setiap pencapaian muridmurid dapat ditingkatkan sekaligus meningkatkan pretasi sekolah tersebut. Selain itu, peranan dan tanggungjawab pengetua yang utama sebagai pengurus pentadbiran sesebuah organisasi pendidikan ialah memahami dan

mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSM dan membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

Selain itu, pengetua juga memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Seorang pengetua harus mempunyai peranan dan

tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
5|Page

Pengetua yang bagus akan membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi serta mampu menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan

6|Page

3.2

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) adalah individu yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Penolong kanan HEM juga ada mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Beliau bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah dan juga kantin sekolah. Penolong kanan HEM juga membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Tugas utama Penolong Kanan HEM adalah berkaitan dengan disiplin pelajar. Dari segi disiplin pelajar, beliau akan menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai nilai murni dan memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Ianya dapat dilihat berkait rapat dengan pengurusan makmal ERT di mana setiap makmal ERT mempunyai jadual keselamatan yang perlu diikuti sebagai langkahlangkah keselamatan. Beliau juga akan memastikan bahawa guru matapelajaran memaparkan jadual keselamatan di dalam makmal dan memastikan pelajar mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau juga akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku. Salah laku pelajar contohnya bergaduh di dalam makmal, membawa keluar peralatan makmal tanpa kebenaran dan sebagainya. Jika kesalahan yang dilakukan berat, guru akan merujuk kesalahan tersebut kepada penolong kanan HEM. Program perlindungan pelajar juga derancang oleh penolong kanan HEM seperti memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan. Jelas menunjukkan bahawa pengurusan makmal adalah kawasan di mana langkah keselamatan perlu diperketatkan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Dari aspek pengurusan pelajar, penolong kanan HEM bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar. Guru matapelajaran ERT akan menguruskan buku kehadiran dan seterusnya akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. Beliau juga bertanggungjawab untuk
7|Page

menyemak buku kedatangan harian, membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah dan juga membantu merancang takwim sekolah. Anggaran belanjawan yang diperlukan oleh Ketua Panitia Vokasional dan Teknik akan diuruskan oleh Penolong Kanan HEM. Jika kelab ERT ingin mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan bidang vokasional dan teknik, perancangan perlu dilakukan bagi mengisi takwin sekolah.

8|Page

3.3

GURU KANAN MATAPELAJARAN VOKASIONAL DAN TEKNIK Bagi setiap mata pelajaran akan mempunyai guru kanan yang akan mngetuai

setiap mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran sains rumah tangga yang diketuai oleh guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional. guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional ini akan dibantu oleh guru panitia Bagi guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional, bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemantauan kepada ketua-ketua panitia yang berada di bawahnya. Ini supaya setiap tugas yang dipertanggungjawabkan dijalankan dengan baik dan berterusan. Selain itu, guru kanan mata pelajaran juga bertanggungjawab dalam memantau setiap amali yang dijalankan. Ini kerana supaya matlamat utama amali tersebut sampai dengan berkesannya kepada setiap murid yang mengikutinya. Selain itu, guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional ini perlu sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan semasa kelas amali dijalankan kerana mata pelajaran yang berada di bawah bidang teknik dan vokasional ini mempunyai amali. Guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional juga perlu membuat pemeriksaan peralatan yang berada di dalam makmal amali supaya peralatan yang bakal digunakan tidak membahayakan. Sebagai contoh, guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional perlu membuat pemeriksaan mesin jahit yang berada di dalam makmal jahitan supaya setiap mesin jahit yang digunakan masih berjalan dengan lancar dan tidak membahayakan murid-murid supaya proses kelas amali dapat dijalankan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah.

9|Page

3.4

KETUA PANITIA VOKASIONAL DAN TEKNIK Setiap mata pelajaran yang ada di sekolah akan ada ketua panitia yang

mengendalikan setiap program atau keperluan yang diperlukan oleh sesuatu mata pelajaran itu seperti keperluan amali. Tujuan panitia mata pelajaran ini diwujudkan ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran disamping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, panitia mata pelajaran harus juga mempunyai objektif bagi memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun

peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. Panitia mata pelajaran juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah. Bagi tugas ketua panitia mata pelajaran ialah memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu mata pelajaran. Selain itu, ketua panitia juga bertanggungjawab dalam memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut. Sebagai contoh, bagi mata pelajaran sains rumah tangga, buku teks yang sesuai ialah daripada bahan sumber pembelajaran iaitu pengurusan makanan mengikut tingkatan dan bidang. Ketua panitia mata pelajaran juga harus memilih dan mencadangkan bukubuku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guruguru untuk dibekalkan di dalam kelas atau makmal. Ini kerana dengan berpandukan buku teks sahaja tidak mencukupi. Bagi mata pelajaran sains rumah tangga yang

10 | P a g e

tidak hanya berpandukan pada waktu kelas tetapi semasa amali juga amat penting dalam membantu murid-murid bagi memperolehi maklumat yang cukup. Ketua panitia mata pelajaran juga bertanggungjawab dalam menyediakan satu sudut dan bahan-bahan pembelajaran serta merancang penggunaannya kepada murid-murid. Sebagai contoh di dalam makmal masakan atau jahitan perlu sediakan satu sudut yang sesuai bagi meletakkan bahan-bahan masakan atau jahitan seperti kategori peralatan, teknik-teknik dan sebagainya supaya ianya mampu menjadi satu bahan bacaan atau satu input yang berguna kepada murid-murid. Tugas ketua panitia juga menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan serta perlu mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkahlangkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru. Selain itu, ketua panitia juga perlu merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan seperti menguruskan mesyuarakat serta mempengerusikan mesyuarat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dipegang. Ketua panitia juga seharusnya membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas dan membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi. Bagi ketua panitia mata pelajaran sains rumah tangga, beliau menguruskan setiap pembelian bahan-bahan masakan atau jahitan yang diperlukan. Oleh itu, setiap peruntukkan perbelanjaan bagi amali masakan dan jahitan akan diuruskan oleh beliau dengan mendapat persetujuan dan pengesahan daripada guru kanan mata pelajaran teknik dan vokasional. Bagi meningkatkan pretasi murid-murid, ketua panitia jugalah yang

menguruakan dan merancang setiap aktiviti atau program yang sesuai dari masa ke masa. Sebagai contoh, dengan merancang satu pameran masakan atau jahitan yang mana dapat menengahkan bakat murid-murid sebagai tujuan utama. Sekaligus dapat menarik minat murid-murid bagi mencari kewangan sendiri jika tiada minat untuk belajar.
11 | P a g e

3.5

GURU MATAPELAJARAN ERT Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran. Guru mata pelajaran sains rumah tangga bertanggungjawab dalam

menyediakan dan menyemak kerja kursus setiap murid supaya hasil terakhir adalah hasil yang berkualiti. Selain itu, semasa amali dijalankan sebagai contoh semasa amali masakan dijalankan, guru yang berada di dalam makmal perlu mengawal displin dan pergerakkan murid-murid supaya tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Guru-guru juga seharusnya menunjukkan demo terlebih dahulu supaya murid-murid memahami apa yang perlu dibuat. Selain itu, guru mata pelajaran akan menentukan apa yang ingin diajarkan kepada murid-murid samada untuk kelas atau amali. Oleh itu, setiap guru perlu menyediakan rekod harian mengajar supaya panduan untuk pengajaran pada hari tersebut disusun dengan rapi. Ini memudahkan guru-guru dalam menyampaikan pembelajaran. Sebagai contoh, guru sains rumah tangga yang ingin mengadakan amali masakan perlu menyenaraikan bahan-bahan masakan dan peralatan yang diperlukan untuk amali masakan yang bakal dijalankan dan akan diberikan kepada ketua panitia untuk dibeli. Segala persediaan tersebut perlu dibuat seminggu lebih awal supaya proses amali dapat dijalankan dengan lancar. Guru-guru yang menguruskan kelas amali perlu menyediakan jadual tugas bagi setiap murid mengikut minggu supaya makmal yang digunakan ditinggalkan dengan kemas. Sebagai contoh untuk guru sains rumah tangga yang

bertanggungjawab dalam kelas amali perlu menyediakan jadual tugas bagi mengemaskan makmal masakan yang telah digunakan supaya setiap peralatan masakan yang digunakan tahan lama dan terjaga. Selain itu, keadaan makmal masakan pula mestilah berada dalam keadaan teratur dan kering supaya kemalangan jiwa dapat dielakkan.
12 | P a g e

Tugas yang lain ialah guru perlu sentiasa memantau murid-murid semasa di dalam kelas atau kelas amali. Akan tetapi keutamaan perlu diberikan semasa kelas amali. Bagi guru mata pelajaran sains rumah tangga, pengawasan yang teliti perlu diberikan semasa kelas amali masakan atau jahitan diadakan kerana semasa kelas amali masakan dan jahitan inilah murid-murid berseronok dan mudah mengalami kemalangan walaupun kemalangan yang kecil. Oleh itu, pemantauan yang ketat perlu diberikan kepada setiap murid-murid semasa kelas amali ini dijalankan. Bagi menjaga seorang guru yang cemerlang, guru itu perlu menguasai beberapa kemahiran dan antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran, kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif, kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik dan kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat asas kajian dalam proses pengajaran. Selain itu terdapat juga beberapa kemahiran yang perlu dikuasai bagi seorang guru seperti kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teoriteori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran, kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran, kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan, kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan, kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran dan kemahiran menangani masalah dan rasional cabaran berkeupayaan ke arah emosi membentuk dan jiwa yang dalam

mengawal

bertanggungjawab

menjalankan tugas serta kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk motivasi diri.
13 | P a g e

imej

kendiri,

kesedaran

diri

sebagai

salah

satu

aspek

Kesimpulannya di sini, setiap kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial. Justeru itu, hasil yang diperolehi ialah guru yang berkaliber dan cemerlang dari semua aspek.

14 | P a g e

4.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, carta organisasi penting dalam sesebuah organisasi bagi menjamin kelancaran dalam pentadbiran. Bidang tugas pengetua, penolong kanan HEM, penolong kanan matapelajaran, ketua panitia mahupun guru matapelajaran bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap tugas yang diamanahkan dipikul dengan baik. Setiap organisasi mempunyai seorang ketua yang memegang amanah yang sangat besar bagi memastikan anak buahnya menjalankan tugas yang

dipertanggungjawabkan.

Setiap sekolah mempunyai organisasinya yang tersendiri tetapi ianya berbeza dari segi jawatan yang diwujudkan berdasarkan kursus yang ditawarkan di sekolah tersebut. Setiap tugas atau jawatan mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain dan setiap jawatan saling bergantungan. Contohnya ketua panitia matapelajaran tidak dapat berfungsi dengan baik jika tiada guru matapelajaran.

15 | P a g e

5.0

LAMPIRAN

16 | P a g e