Anda di halaman 1dari 6

1.

Pengenalan

Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah bengkel kemahiran hidup. Struktur dan bentuk organisasi yang berbeza-beza dari segi dalaman atau luaran, amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan. Langkahlangkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, boleh melahirkan pelajar yang positif. Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah berhasrat memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (PPK 1992). Asas kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini seperti membuka, memasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil, mengurusniaga barang, menanam, menternak, memasak dan menjahit (kemahiran Teknikal) amatlah berguna bagi kegunaan kehidupan seharian mereka. Hasil kerja tangan yang di lakukan oleh tangan (hands on) dan kemahiran diri mampu mencipta hasil (produk) yang baru atau inovasi dari produk sedia ada yang boleh digunakan oleh orang ramai. Oleh itu, guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai peluang menggunakan bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah seperti bengkel kerja kayu, elektrik dan elektronik, dan bilik lukisan teknik secara optimum. Untuk mengelakkan berlakunya masalah penyenggaraan ketika berada di bengkel, guru-guru perlulah mengetahui cara pengendalian bengkel dengan sempurna agar kerjasama di antara guru-guru yang lain dapat berjalan dengan baik. Suasana pembelajaran untuk aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin, berkesan dan mencapai matlamat. Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), 96.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada keadaan di bengkel dan tugas guru. Beban tugas guru bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. Menutut PPK lagi pelbagai masalah timbul apabila 66.7% alatan tidak mencukupi, 61.9% menyatakan alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual. 88.9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93.6% menyatakan kemudahan dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini.

1.2

Bengkel Kemahiran Hidup

Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. Terdapat ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruang-ruang ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)

Lakaran Bilik Kemahiran Hidup yang bersih dan teratur

Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru

yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya, keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmal-makmal yang lain. Guruguru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan. Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif .

Lakaran Bilik Kemahiran Hidup yang kotor dan tidak tersusun

1.3

Keselamatan

Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari, 1992).

Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali. Oleh itu langkahlangkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Untuk menimbulkan sikap ini, pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan.

Menurut Hassan (1997), sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua, penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti Utamakan Keselamatan atau Berhatihati Semasa Berkerja pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai.

Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah, membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali.

1.4

Penutup

Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi mempastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa. Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan daya intelek.