Anda di halaman 1dari 12

Unit 1

KESELAMATAN JALAN RAYA

Tingkatan

Tajuk 1

Penggunaan Jalan Raya dan Masalahnya

Hasil Pembelajaran Fokus Utama :

9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. Aras 1 (i) Membentangkan idea dengan menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa dan ayat tunggal yang sesuai.

Fokus Sampingan

1.2 Mendengar dan memberi respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila.

Kemahiran PKJR Objektif

1.1.1

Pada akhir pembelajaran murid dapat: i. membentangkan idea bagi menjelaskan masalah pengguna jalan raya dengan menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat berdasarkan grafik. ii. mengemukakan soalan dan jawapan yang mudah tentang penggunaan jalan raya untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman. iii. menulis rumusan tentang masalah nahas jalan raya di Malaysia dan trauma akibat nahas.

Sistem Bahasa Tatabahasa Kosa Kata

: :

Ayat Tanya trauma, tragis, koma, ambulans, Unit Rawatan Rapi

Pengisian Kurikulum Ilmu : Nilai : KBT : BBM :

Statistik Sayang akan diri dan keluarga Belajar Cara Belajar (pengurusan grafik)

Buku Aktiviti PKJR Video Sekolah Menengah Faktor-faktor Penyumbang kepada Nahas Jalan Raya

21

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Langkah 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Membentangkan idea i. Guru menayangkan video yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. ii. Guru merangsang murid untuk memberikan pendapat secara terbuka tentang masalah pengguna jalan raya dengan cara mengemukakan soalan berikut: Soalan contoh: Adakah kamu pengguna jalan raya? Bagaimanakah kamu menggunakan jalan raya? Mengapakah jalan raya menjadi tempat yang tidak selamat? Apakah masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya? iii. Guru mencatat perkataan trauma dan tragis pada papan tulis dan bertanya kepada murid tentang pemahaman mereka.

Tingkatan

Nota/Media BBM: Video Sekolah Menengah Faktor-faktor Penyumbang kepada Nahas Jalan Raya Kemahiran Bahasa: Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur Untuk mencapai objektif i

iv. Guru meminta murid merujuk maksud sebenar perkataan trauma dan tragis dalam kamus. Murid mencatatkan maksud perkataan ini dalam buku kosa kata murid.
Nota guru: Trauma : Rasa terkejut yang meninggalkan kesan mendalam dan berpanjangan. Tragis : Sangat sedih.

BBM: Kamus Kosa Kata: trauma tragis koma ambulans Unit Rawatan Rapi

Memberikan respons i. Guru meminta murid duduk berdua dengan kawan mengikut pilihan mereka untuk berkongsi pengalaman tentang pengguna jalan raya. Semasa berkongsi pengalaman (memberikan dan mendapatkan maklumat), murid digalakkan untuk menggunakan kosa kata berikut mengikut kesesuaian: Kosa Kata: trauma tragis koma ambulans Unit Rawatan Rapi (ICU) risiko statistik
Nota guru: Beri pendapat dengan sopan agar tidak menimbulkan situasi sedih yang melampau dan sensitif.

22

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA

Tingkatan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ii. Untuk mendapatkan maklumat, murid diminta untuk menggunakan teknik bersoal jawab dengan mengemukakan soalan mudah kepada rakan. Misalnya, Pernahkah awak melihat nahas jalan raya?

Nota/Media Untuk mencapai objektif ii Sistem Bahasa: Ayat Tanya Sistem Bahasa: Bandingan semacam

iii. Murid digalakkan untuk menggunakan peribahasa atau perumpamaan yang menunjukkan situasi misalnya, Dia memecut motosikalnya dengan laju seperti kilat.

Mencatat maklumat i. Guru memperkenalkan Buku Aktiviti Keselamatan Jalan Raya. Dalam buku ini, murid mencatat pendapat, pandangan dan idea mereka berdasarkan sesi memberikan pendapat (perkara 2(ii) di atas). ii. Guru meminta murid merujuk statistik nahas jalan raya bagi motosikal dalam Buku Aktiviti. BBM: Buku Aktiviti Aktiviti 1 m/s 4 Ilmu: Statistik Kemahiran Bahasa: Kemahiran membaca Kemahiran bertutur iii. Guru berbincang dengan murid tentang grafik yang dilihat. Beberapa soalan boleh dikemukakan oleh guru semasa perbincangan. Soalan contoh: Apakah jenis grafik yang kamu lihat? (Jawapan: Carta palang atau carta bar yang menunjukkan statistik). Apakah jenis grafik lain yang kamu tahu dan pernah lihat? (Jawapan: Carta pai, carta alir, graf, peta minda, gambar rajah, pelan, peta, lakaran, atau carta tulang ikan). BBM: Statistik Nahas Jalan Raya Pengguna Motosikal Mengikut Kategori Umur Bagi Tahun 2007 KBT: Kemahiran belajar menggunakan kaedah grafik

23

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran iv. Secara berpasangan murid diminta untuk berbincang dan membina soalan yang berkaitan bahan grafik tersebut. Soalan contoh: Carta ini tentang apa? Ada berapa kategori umur dalam carta? Paksi x menunjukkan apa? Paksi y menunjukkan apa? Berapa ramaikah yang terlibat dalam nahas motosikal? Berapakah umur mangsa paling tua yang terlibat dalam nahas motosikal? v. Pasangan murid tertentu diminta mengemukakan soalan yang dihasilkan oleh mereka daripada perbincangan itu. Murid lain diminta menjawab soalan berkenaan.

Tingkatan

Nota/Media

vi. Murid lain diminta menambah soalan yang tidak dikemukakan oleh pasangan murid tadi dan sama-sama menjawabnya.

Menulis rumusan i. Guru meminta murid membuat catatan tentang hasil perbincangan. Catatan ini hendaklah dibuat dalam bentuk rumusan yang bertajuk, Masalah Nahas Jalan Raya di Malaysia dan Trauma Akibat Nahas Jalan Raya.

Untuk mencapai objektif iii Nilai: Sayang akan diri dan keluarga

Rumusan i. Guru menegaskan bahawa nahas jalan raya mempunyai pelbagai faktor, namun faktor yang paling utama merupakan faktor manusia. Oleh itu, untuk menjadi pengguna jalan raya yang lebih selamat, kita harus menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain untuk mengelakkan nahas jalan raya.

Refleksi Guru:

24

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Aktiviti 1

Aktiviti

Statistik Nahas Jalan Raya (Maut Dan Cedera) Pengguna Motosikal Mengikut Kategori Umur Bagi Tahun 2007
51 - 55
151 107 288

46 - 50

158 127

366

41 - 45
114

199

495

36 - 40
133

213

500

31 - 35
132

240

543

Kategori Umur

26 - 30
155

266

600

21 - 25

188

411

918

16 - 20

409

893

1970

11 - 15

566 568

1457

3051

6 - 10

132

335

500

1000

1500

2000

2500

3000

3500

Bilangan
Cedera Ringan Cedera Parah Kematian

Sumber: MIROS Road Accident Analysis and Database System (M-ROADS)

25

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA

Tingkatan

Tajuk 2

Berkeadaan Selamat di Jalan Raya

Hasil Pembelajaran Fokus Utama :

2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan. Aras 3 (i) Menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Fokus Sampingan

7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik. Aras 3 (i) Mengulas bahan dengan menyatakan isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

Kemahiran PKJR Objektif

1.3.1, 1.3.2, 1.3.3

Pada akhir pembelajaran murid dapat: i. menyatakan dan menghuraikan peraturan jalan raya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang boleh menjamin keselamatan semua. ii. mengulas bahan yang dibaca dengan menyatakan isi tersurat dan tersirat tentang Lapan Prinsip Keselamatan Jalan Raya. iii. menulis catatan tentang kepentingan mengoptimumkan keselamatan jalan raya.

Sistem Bahasa Tatabahasa Sebutan dan intonasi

: :

Penanda Wacana Pembentangan

Pengisian Kurikulum Ilmu : Nilai : KBT : BBM :

Kebijaksanaan merancang Mematuhi peraturan Kontekstual

Buku Aktiviti PKJR Media 1.1 (Kad Aktiviti) Kertas sebak

26

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA

Tingkatan

Langkah 1

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Membaca secara imbasan i. Guru merangsang murid memberikan idea tentang persoalan berikut: Kamu merancang untuk berkhemah bersama-sama rakan. Apakah persiapan kamu sebelum perkhemahan itu? ii. Setelah murid memberikan pendapat, guru merumuskan bahawa, Kita mesti merancang setiap aktiviti atau tindakan kita, begitu juga sebagai pengguna jalan raya. iii. Guru meminta murid membaca secara imbasan tentang Lapan Prinsip Asas Keselamatan Jalan Raya. Murid mengulangi bacaan dan menggarisi kata kunci bagi setiap prinsip. iv. Dalam kumpulan kecil, murid menghasilkan peta minda dengan merumuskan lapan prinsip tadi. Hasilkan peta minda dalam kertas sebak.
Nota guru:
Rancang perjalanan Jangan memotong barisan

Nota/Media Ilmu: Kebijaksanaan merancang

BBM: Buku Aktiviti: Aktiviti 2 m/s 5 Kemahiran Bahasa: Kemahiran membaca BBM: Kertas sebak Nilai: Mematuhi peraturan

Patuhi had laju

Elakkan mencelah di antara kenderaan Patuhi peraturan memotong

8 Prinsip Asas Keselamatan Jalan Raya


Patuhi peraturan jalan raya Elakkan mengekori kenderaan sepanjang masa

Berikan isyarat

27

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran v. Guru meminta murid supaya mengulas bahan (Lapan Prinsip Asas) dengan memasukkan perkara-perkara berikut semasa sesi perbincangan. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan: Prinsip asas keselamatan jalan raya. Sebab-sebab peraturan tersebut diwujudkan. Akibat sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi. Peraturan-peraturan lain. Apakah peraturan yang boleh ditambah? vi. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan kertas sebak. Murid dibimbing untuk menyebut dengan jelas dan menggunakan intonasi pembentangan yang sesuai. vii. Setelah selesai sesi pembentangan, murid menampal kertas sebak yang mengandungi peta minda tersebut pada dinding kelas.

Tingkatan

Nota/Media Untuk mencapai objektif ii

Kemahiran Bahasa: Kemahiran bertutur

Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi

Menyatakan dan menghuraikan peraturan jalan raya i. Guru mengedarkan Kad Aktiviti kepada setiap kumpulan seperti berikut:
Kad Aktiviti 1 Sebagai pejalan kaki, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu? Kad Aktiviti 2 Sebagai penunggang basikal, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu? Kad Aktiviti 3 Sebagai pembonceng motosikal, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu? Kad Aktiviti 4 Sebagai penumpang kereta, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu? Nota guru: Dua kumpulan menjalankan satu aktiviti yang serupa. Misalnya: - Kumpulan 1 & Kumpulan 2 = Kad Aktiviti 1 - Kumpulan 3 & Kumpulan 4 = Kad Aktiviti 2 - Kumpulan 5 & Kumpulan 6 = Kad Aktiviti 3 - Kumpulan 7 & Kumpulan 8 = Kad Aktiviti 4

BBM: Media 1.1 KBT: Kontekstual

28

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA

Tingkatan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ii. Semasa berbincang, murid diminta memberikan alasan sebab prinsip tersebut dipilih. Catatkan maklumat ini dalam buku latihan. Misalnya: Sebagai Pejalan Kaki
PRINSIP ASAS SAYA Berjalan menghadap lalu lintas BAGAIMANAKAH PERATURAN BOLEH MEMBANTU? Saya dapat melihat kenderaan dan bertindak dengan cepat sekiranya ada bahaya

Nota/Media BBM: Buku Aktiviti: Aktiviti 2 m/s 6

Nota guru: Guru boleh menerima prinsip yang sesuai dan rasional.

iii. Guru meminta seorang wakil daripada setiap kategori melaporkan hasil perbincangan kumpulan dengan menerangkan cara prinsip tersebut boleh membantu mereka. vi. Murid lain diberikan peluang untuk menambah dapatan. Kumpulan pelapor diminta mencatatkan maklumat tambahan ini.

Untuk mencapai objektif i

Menulis catatan i. Murid menyediakan satu catatan ringkas dalam dua perenggan tentang kepentingan mengoptimumkan keselamatan jalan raya. ii. Mulakan catatan dengan frasa berikut: Sebagai pejalan kaki... iii. Semasa menulis catatan, murid dibimbing untuk menggunakan penanda wacana seperti, selain itu, walau bagaimanapun, kemudian, seterusnya, di samping itu...

Untuk mencapai objektif iii Kemahiran Bahasa: Kemahiran menulis

Tatabahasa: Penanda Wacana

Rumusan i. Guru menekankan kepentingan merancang kerja untuk mendapatkan hasil yang baik. ii. Sebelum menulis catatan, murid-murid mestilah membuat lakaran dan mencatat isi penting.

Refleksi Guru:

29

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA

Media

1.1

Kad Aktiviti

Kad 1
Sebagai pejalan kaki, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu?

Kad 2
Sebagai penunggang basikal, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu?

Kad 3
Sebagai pembonceng motosikal, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu?

Kad 4
Sebagai penumpang kereta, apakah prinsip asas keselamatan jalan raya kamu?

30

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Aktiviti 2

Aktiviti

Lapan Prinsip Asas Keselamatan Jalan Raya

Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca nahas yang serius. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan. Jangan memotong kenderaan jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bermoral tetapi membahayakan semua pengguna. Elakkan mencelah antara kenderaan kerana tindakan ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

2 3 4 5 6 7 8

31

Unit 1
KESELAMATAN JALAN RAYA
Aktiviti 2

Aktiviti

Berdasarkan jadual di bawah, tulis prinsip asas anda. Terangkan bagaimana setiap peraturan boleh menjamin keselamatan semua.
PRINSIP ASAS SAYA BAGAIMANA PERATURAN BOLEH MEMBANTU KESELAMATAN

Berjalan menghadap trafik

Saya dapat melihat kenderaan dan bertindak dengan cepat sekiranya ada bahaya. Pemandu dapat melihat saya terutamanya

Berpakaian cerah

pada waktu malam.

32