Anda di halaman 1dari 12

Polifiksyen: Kerajaan Maya Rakyat

Mat Saman Kati, Perak

www.perakexpress.com
Nukilan ini ditujukan khas untuk OKUb (Orang Kurang Upaya Berfikir)

Terbitan Siri 1 - Revolusi Percambahan Minda

BloggersNetwork@Malaysia

- Desember 2009 -

2
Sejak kebelakangan ini, waktu tidor aku ialah pukul 7 sampai 11 pagi. Lepas hantar
anak kesekolah..aku tarik selimut. Orang lain pergi kerja..aku pergi tidor. Sebab malam-
malam tak boleh tidor…dah jadi kelawor.

Pagi semalam…pukul 9 pagi…ada orang kacau aku tidor. Ada kereta Wira putih datang
kerumah. Kalau tengok rupa…macam orang tarik kereta. Tapi bila tengok jeket..nampak
macam SB.

Tiga orang keluar dari kereta. Seorang daripadanya memberi salam.

“Assalamualaikum Encik Mat!”

“Waalaikumsalam”

“Baru bangkit tidor ke? Maaf le kalau kami menganggu.”

“Apa halnya?”

“Kami di arahkan untuk membuat siasatan terhadap Encik Mat.”

“Pasai apa?”

“Kami mendapat maklumat..Encik Mat sedang merancang untuk merampas kuasa!”

“Haaaa?!!

Fuh! ini sudah kes serius. Silap-silap boleh jadi macam kes Al Maunah.

“Boleh tunggu kejap tak..saya mandi dan gosok gigi dulu. Lepas tu boleh la kita
sembang.” Mungkin SB tu tengok aku masih berserabut..dia pun setuju je.

Tak gosok gigi pun…takat kumor je. Mandi pun dua tiga cebok. Lepas berpakaian..aku
panggil depa masuk. “Mana lagi dua orang? ” aku tanya kat yang pakai dua paku. Rupa-
rupanya…depa dok keliling rumah aku. Nak cari apa? Ayam dengan angsa ada la.

“Saya Inspektor Sahab dari CCD.”

“fuh!! Patut la macam Yusuf Haslam. Balai Kuala pun ada CCD ka?”

“Tak..Kami dari Bukit Aman.”

Ghauu!!! berderau darah aku. Ni bukan main-main lagi. “Tadi Encik kata saya nak
rampas kuasa..pasai apa bukan CID yang siasat?”

“Sebab kami yang memantau PerakExpress, dan kami nampak ada unsur-unsur kearah
itu.” jawab Insp. Sahab.

“Saya nak rampas kuasa sapa? Pusat ke.. negeri? Rampas kuasa dari BN ke..PR?”

3
“Yang tu la kami nak siasat”

K
“ alau nak rampas kuasa Pusat…yang tu Anwar punya kerja. Kalau nak rampas kuasa
Negeri…yang tu Tajol Rosli punya kerja.” aku bagi tau.

“Habis, Encik Mat nak tubuh kerajaan Pusat atau Negeri?”

“Mana aku tau! Hang yang kata aku nak rampas kuasa…bukan aku.”

“Idea Encik Mat nak tubuh Kerajaan Maya Rakyat tu macam mana? Nak ambil alih
Pusat atau Negeri?” Insp. Sahab tanya.

Kah…kah..kah.. “Yang tu ka hangpa nak siasat?..tok sah takut la..Kerajaan Ayah Pin
lagi bahaya.”

“Kami nak tau idea Encik Mat tu.. adakah Kerajaan Maya Rakyat ni mendukung prinsip
Rukunegara?”

Aku garu kepala.

Kepercayaan kepada Tuhan... Yang ni aku tak boleh nak kata. Aku tak boleh paksa
orang lain , depa nak percaya kat Tuhan ka..kat Keramat ka..aku boleh buat apa? yang
tu masing-masing punyai pasai la. Sesama Islam pun ada yang kata orang tu
kafir..orang ni murtad..orang ni sesat. Jadi bagi aku…dalam Kerajaan Maya
Rakyat..ugama tu hak peribadi. Tak ada paksaan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara…yang ni lagi satu. Dalam Kerajaan maya rakyat…
tak ada Raja dan tak ada negara. Bendera pun tak dak. Perdana Menteri pun tak dak.
habih…nak setia kat sapa? Semua orang dilahirkan sama. Tak ada Tuan dan tak ada
hamba. Hang baguih…orang suka. Hang tak baguih..orang benci.

Keluhuran Perlembagaan..yang ni susah sikit nak cerita. Kalau ikut kata ustaz-
ustaz..orang Islam tak boleh ikut cara kafir. Dan oleh kerana Perlembagaan Negara
yang ada sekarang ni ikut Orang putih..orang Islam tak boleh ikut la. Nak ikut cara
Perlembagaan Islam…Aku tak tau ada ka tak dak. Kalau nak ikut Quran dan Hadis…
yang bukan Islam macam mana pulak? Jadi…aku pikir…dalam Kerajaan Maya Rakyat
ni…tak perlu ada perlembagaan. Pakai akai dah cukup.

Kedaulatan undang-undang..undang-undang pun belum ada lagi. tapi kalau nak buat
undang-undang..sapa nak approve? Kita bukan ada Parlimen…bukan ada Wakil
Rakyat!

Kesopanan dan Kesusilaan…takat ni…belum ada lagi blogger yang kena bunuh macam
Altantuya. Nak baling bangku macam Umno buat pun tak boleh..silap-silap komputer
yang pecah. Nak pekena orang macam depa pekena Anwar pun tak boleh..kami tak dak
barua yang sanggup buat.

Jadi…secara keseluruhannya..dan pada dasarnya..Rukunegara tidak diperlukan dalam


Kerajaan Maya Rakyat. Panjang ceramah aku. Insp. Sahab diam saja.

4
T
“ erima kasih Encik Mat..dan kami rasa..berdasarkan penjelasan Encik Mat tadi.. kami
percaya, idea Encik Mat itu membahayakan negara.

Encik Mat telah menolak konsep Ketuhanan, tidak lagi menghormati dan setia kepada
pemerintah, menolak perlembagaan negara, tidak menghormati undang-undang yang
ada dan mengajak rakyat memberontak!”

“Whoit!!! Kesitu pulak pergi nya?” aku terkejut.

“Kami terpkasa membawa Encik Mat ke balai untuk siasatan lanjut dan kami juga
terpaksa mengambil komputer Encik Mat sebagai bukti.”

“Hangpa nak tahan aku dibawah seksyen apa?” aku tanya.

“Tak..tak…kami bukan nak tahan..cuma nak siasat. Kat balai boleh cerita”

Naya!!!

Sampai di balai..kami terus naik tingkat 4. Aku dok perati jugak…kot-kot ada geng
Khairy..tapi ofis boy dia pun tak dak. Satu bilik luas..tapi cuma ada satu meja dan tiga
bangku.

Insp. Sahab membawa CPU aku yang dirampas dan meletakkan diatas meja.

“Boleh sambungkan CPU tu kat projector?” aku tanya Insp. Sahab. “Tak de la susah
saya nak cerita. Saya boleh tunjukkan perancangan kami…tak ada masalah. Semuanya
terbuka…tak ada rahsia.”

Insp. Sahab mengarahkan seorang Sarjan pergi mengambil projektor.

“Macam ni Encik Mat. Saya dapat tahu…sekumpulan pejuang reformasi akan berkumpul
pada 22/11 ni untuk menubuhkan Kerajaan Maya Rakyat. Dan saya juga dapat
tahu..Encik Mat salah seorang daripada penganjur” ujar Insp. Sahab.

“Betul! 22/11, hari Sabtu jam 6.00 petang. Tempatnya belum dipastikan lagi sebab baru
nak cari duit nak bayar makan.”

“Apakah agenda perbincangan nanti?”

“Pertama..kami nak cari orang-orang yang boleh menggerakkan idealisma rakyat.” aku
jawab.

“Tujuannya? Nak ambil alih pemerintahan Negeri atau Pusat?”

“Kami bukan nak ambil alih..tetapi untuk memastikan kerajaan yang ada memenuhi janji-
janji mereka semasa pilihanraya. Masa pilihanraya…dua-dua..BN dan PR janji macam-

5
macam. Dan kami nak pastikan mereka mengotakan janji. Kalau tidak…dalam
pilihanraya akan datang..kami tolak. Tak kira BN atau PR.”

“ Sapa yang akan hadir? Dikalangan orang Pas atau PKR?”


“Kami bukan mewakili mana-mana parti. Kerajaan Maya Rakyat bukan ditubuhkan oleh
parti. Ia akan dihidupkan oleh rakyat…tanpa mengira parti. Kerajaan Maya Rakyat
dipimpin oleh Rakyat..untuk kebaikan rakyat. Tak ada MB, Tak ada EXCO dan tak ada
ADUN.

“Macam mana nak bergerak kalau tak ada pemimpin?” tanya Insp. Sahab.

Sarjan yang bermisai naik membawa projektor dan setelah selesai membuat semua
penyambungan…aku on komputer.

“Ini struktur pemerintahan Kerajaan Maya Rakyat.” aku memulakan persembahan.

“Diperingkat awal..kami akan memberikan tumpuan kepada Negeri Perak. Dan dalam
perjumpaan nanti..kami akan memilih dikalangan kami…mereka yang kami fikirkan
untuk menggerakkan reformasi ini.

Kerajaan Maya Rakyat Negeri Perak akan memilih seorang Primamaya...iaitu Ketua
Koordinasi. Dia tak ada kuasa macam MB atau PM. Dia hanya membantu untuk
memastikan koordinasi diantara Pemaya.

Kemudian kita akan pilih seorang Promaya. Tugasnya adalah untuk menjalankan kerja-
kerja pengurusan..Lebih kurang macam Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dan bagi pengurusan kewangan..kita akan melantik seorang Pramaya. Kalau


diperingkat negeri..tugasnya macam Pegawai Kewangan Negeri..kalau diperingkat
JKKK…macam Bendahari.

Kita juga akan melantik beberapa orang untuk membantu Primamaya, Promaya dan
Pramaya untuk merancang program-program untuk rakyat. Pemikir-pemikir untuk
program-program ini akan dipanggil J-Pemaya.

Manakala semua rakyat yang mendokong perjuangan Kerajaan Maya Rakyat akan
dikenali sebagai Pemaya. Tidak ada Melayu, Cina atau India. Tak ada Muslim atau non-
muslim, dan tak ada Bumiputra atau bukan-bumiputra. Semuanya sama.”

Insp. Sahab duduk tak bercakap. Dia menghulurkan rokok kat aku. Aku minta air
segelas.

“Boleh Encik Mat ceritakan manifesto Kerajaan Maya Rakyat ini?”

“Kami tak perlukan manifesto. Semua janji-janji Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat
itu kami terima sebagai manifesto kami. Apa yang penting ialah BN yang menguasai
Pusat dan PR yang menguasai negeri melaksanakan janji-janji mereka. Kita akan bantu
kalau mereka mahu menerima kita dan kita akan tentang kalau mereka gagal
melaksanakan janji-janji mereka.”

6
“Bagaimana dengan pentadbiran Kerajaan Maya Rakyat?”

K
“ erajaan Maya Rakyat tidak mempunyai EXCO kerana tidak mempunyai Dewan
Undangan Negeri. Sebaliknya..kita akan beroperasi melalui sebuah Universiti Maya
Rakyat (UMAR).

Diperingkat negeri, kita akan melantik seorang Pengerusi UMAR, yang dipilih oleh
Menteri Besar sedia ada. Diperingkat Nasional..terpulang kepada Perdana Menteri sedia
ada.

UMAR akan ditadbir oleh seorang Rektor yang dipanggil PrimaMaya, seorang Pendaftar
yang dikenali sebagai ProMaya, dan seorang Bendahari yang dipanggil PraMaya.

Universiti Maya Rakyat (UMAR) akan mempunyai beberapa fakulti yang akan diketuai
oleh beberapa Profesor Maya.

Dan kita akan melantik beberapa pensyarah sebagai tenaga pengajar.

Diperingkat awal, Universiti Maya Rakyat akan menubuhkan fakulti-fakulti Informasi dan
Komunikasi, Fakulti Khidmat Komuniti, Fakulti Penyelidikan dan Produksi, Fakulti
Industri Perladangan, Fakulti Penternakan dan Fakulti Pelancungan.

“Dah ada ke orang-orang yang akan dipilih untuk memegang jawatan ini?” tanya Insp.
Sahab.

“Yang tu tak susah. Kita ada Profesor Albanjari untuk mengetuai fakulti informasi dan
komunikasi. Kita ada Dugung Darat untuk menjadi Pensyarah dalam bidang
telekomunikasi radio.

Dalam Fakulti Khidmat Komuniti..Profesor Matcomot sedang menyiapkan perisian


komputer yang akan menghubungkan setiap rakyat dengan semua pemimpin…dari
Menteri Besar, EXCO, ADUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung sampai la ke AJK Masjid.

Bagi Fakulti Penyelidikan dan Produksi, kita ada Profesor Wahab. Dan saya percaya…
tak lama lagi, fakulti ini akan mengatasi kepakaran MARDI. Kalau MARDI masih lagi
dengan projek pengklonan durian..Profesor Wahab sudah pun mampu menanam buah
zaitun, pear, epal dan anggur di ladangnya.

Bagi Fakulti Penternakan…kita sudah pun memulakan modul ternakan kambing organik
yang diketuai oleh Profesor Matsamankati. Gerenti halal dan siap dengan sijil
pengesahan Aqiqah.

Bagi fakulti-fakulti lain…kita akan membuat tender terbuka. ”

“Apakah syarat-syarat kemasukan Universiti ini? Sampuk Sarjan yang bermisai.


Nampak macam dia pun berminat.

7
S
“ apa-sapa pun boleh masuk. Tak perlu SPM atau Diploma. Dan…percuma! tak payah
bayar satu sen pun! Dan dalam hal ini, kita sudah mendahului Pakatan Rakyat kerana
memberikan pendidikan percuma!”

Handphone Insp. Sahab berbunyi.. “minta maaf Encik Mat. Bos panggil. Kita sambung
kejap lagi.”

Belum sempat aku habis sebatang rokok, Insp. Sahab kembali kedalam bilik bersama
dengan dua lagi pegawai. Dua-dua pakai tiga paku tapi ada beza pada logo. Mungkin
sorang Chief Inspekter dan sorang lagi ASP. Agak aku la..aku bukan hafal pangkat
depa.

“Macam ni Encik Mat. Tuan Roslan mahukan penjelasan lanjut tentang struktur
pemerintahan Kerajaan Maya Rakyat ini. ” ujar Insp. Sahab.

“Peringkat pertama tadi tak mau dengar ka?” aku tanya.

“Dah…dia ikut penerangan Encik Mat tadi melalui CCTV.” jawab Inps. Sahab.

“Fuh!! Hangpa pasang kamera kat mana?”

“Takpa..yang tu tak penting.” balas Tuan Roslan.”Cuma kita nak tau, sapa nak jadi Ahli
Majlis, sapa nak jadi DO, sapa nak jadi Penghulu…Ketua Kampong…AJK semua.”

“OK…kita masuk modul ketiga..Pemaya.”

“Apa maknanya tu?” tanya Tuan Roslan.

“Sesiapa saja yang mempunyai perhubungan internet akan menjadi Pemaya. dan
dengan lebih 15 juta penduduk Malaysia yang mempunyai hubungan internet…kita
mempunyai Pemaya disetiap kampung.

Kita tak perlu DO, Ahli Majlis, Penghulu atau Ketua Kampong…sebaliknya kita akan
berhubung terus diantara Universiti Maya Rakyat dengan Pemaya.

Sebagai contoh…

ProfesorMaya Penyelidikan akan membentangkan hasil kajian beliau dalam kolokium


yang akan diadakan setiap bulan di UMAR. Kita ambil contoh…Ternakan Ayam
Neophillic. ProfesorMaya Penternakan akan menterjemahkan hasil kajian tersebut
kedalam satu modul dengan kerjasama PensyarahMaya beliau , dan memperincikan
idea tersebut supaya menjadi satu modul yang senang difahami dan diikuti. Modul ini
kemudian akan dimuatnaik kedalam blog dan dapat diakses oleh Pemaya-Pemaya yang
ada disetiap kampung.

8
Jadi..setiap Pemaya dikampung akan memperolehi semua maklumat, dari ringkasan
eksekutif hinggalah aliran tunai bagi setiap projek yang diminati. Dengan demikian…
orang-orang dikampung tak perlu cari orang lain untuk buat kertas kerja, tak perlu panjat
tangga setiap jabatan untuk mengambil borang, kemudian menyembah Wakil Rakyat
untuk meminta sokongan.”

“Saya rasa…Encik Mat cuba menghapuskan pengaruh Ketua Kampung!” celah Tuan
Roslan.

T
“ idak! Kalau Ketua Kampung itu sendiri menjadi Pemaya..sudah pasti pengaruh beliau
akan meningkat…kerana dia mempunyai banyak maklumat. Tapi…kalau Ketua
Kampung itu tidak mahu belajar dari internet…mintak maaf la.

Dan saya melihat…reformasi ini akan dilakukan oleh Pemaya muda. Pemaya muda
dikampung akan menjadi pusat sumber kepada rakyat dikampung kerana mereka
mempunyai akses kepada maklumat.

Saya bagi satu lagi contoh yang sudah berlaku. Yang ni cerita benar..

Kg. Bekor…diKuala Kangsar adalah kampung yang paling ulu..berjiran dengan


kampung Orang Asli. Selama ini..kampung tersebut memang ketinggalan. Tok sah kata
penduduk…Ketua Kampung pun tak tau apa-apa. Yang depa tau…tunggu Rafidah
datang bawak bantuan. Dapat beras sekampit, kain pelikat sehelai duit lima puluh
ringgit…depa kata BN dah baguih dah. Bila PR ambil alih..Ketua kampung pun bertukar.
Tapi pasai dia tak dak maklumat, orang kampung dok marah Ketua Kampung…kerajaan
baru buat apa? Nak tunggu maklumat dalam surat khabar…tok sah harap la. Nak
dengar radio..Perak FM bukan nak siar. Habih dia nak dapat maklumat dari sapa? tak
kan sebulan sekali tunggu laporan Mesyuarat Kawasan.

Tapi ada sorang anak muda dikampung tu yang ada hubungan internet. Bila dia baca
Perakexpress…dia tau ada peruntukan bulan puasa, dia tau ada peruntukan orang
miskin, dia tau ada peruntukan hari raya, dia tau peruntukan nak masuk universiti. Bila
dia baca…dia call saya nak tau macam mana nak dapat peruntukan ini. Saya bagi tau
kat mana nak mintak…dan dia buat!

Akhirnya…orang kampung pergi kepada anak muda ini kerana dia lebih tau dari Ketua
Kampung! Jangan marah saya…kalau dalam pemilihan Ketua Kampong nanti, anak
muda ini dipilih jadi Ketua Kampung, mengalahkan Ketua Cawangan Pas atau PKR!

“Berapa ramai pemimpin BN dan PR yang mempunyai akses internet?” tanya Insp.
Sahab.

“Sikit sangat. Boleh bilang dengan jari. Saya boleh bilang berapa ADUN yang ada email.
Kebanyakan Ahli Majlis tak pernah dengar Malaysiakini. Dikalangan Ketua
Kampung..lagi teruk…ada yang tak reti tulis surat.

Macam mana maklumat nak sampai kebawah? Kadang-kadang sampai bermingu-


minggu..kadang-kadang sangkut kat tengah jalan. Itu sebab kita menganjurkan Kerajaan
Maya kerana cara konvensional tidak efektif.”

9
“Kesimpulannya…Kerajaan Maya Rakyat ini mampu menggugat kerajaan sedia
ada..Encik Mat bersetuju dengan saya?” tanya Tuan Roslan.

“Ya..kalau depa tak buat kerja. Tetapi akan menguatkan kerajaan itu kalau depa buat
kerja.” aku jawab.

“Jadi…kedua-dua BN dan PR dalam bahaya!” Tuan Roslan bercakap kepada Insp.


Sahab. seorang lagi..Chief Inspektor tak cakap apa-apa kerana sibuk menulis.

M
“ engapa Tuan cakap macam tu?” aku tanya Tuan Roslan…sebab ayat itu jugak
membahayakan aku.

“Ha…ha…ha..” Tuan Roslan tergelak.” Pasai depa tak buat kerja!”

” OK, Encik Mat. Kami nak buat laporan pun susah. Kita anggap selesai sudah la. Jom
kita pi minum kat kantin”

Lega!!!!!

Tuan Roslan mengajak aku minum dikantin IPK. Insp. Sahab pun ikut sama. Sampai
dikantin, aku tengok penuh dengan anggota polis lain. Depa ni tak kerja ka?

Kami duduk dibucu kantin dan aku minta teh tarik gelas besar. Bukan senang nak
makan duit polis. Tak kan kita saja yang belanja depa.

“Macam ni Encik Mat…nak buat benda ni kat mana nak dapat dana? Mintak kat Anwar
ka?” tanya Tuan Roslan.

“Ishh. Anwar bukan ada duit..nak sewa bangunan PKR pun minta RM10.00 kat ahli dia.”

“Habih nak dapat kat mana? Amerika?”

“Tak payah…modal kita cuma ada dua. Niat dan akai. Orang tua-tua dulu tak pernah
pinjam bank..tak payah gadai tanah…sebaliknya depa dapat tanah. Sistem perbankan
yang ada hari ini menyebabkan orang kita kehilangan tanah. Tak kaya jugak!

Kami akan memperkenalkan Kutu Incorporated.Kalau seorang menyumbang sepuluh


ringgit kedalam akaun Kutu Inc…seribu orang kita boleh dapat 10,000 ringgit. Dengan
sepuluh ribu ringgit, kita dah boleh mula satu projek kecil. nak buat projek pekasam..dua
tiga ribu dah cukup. Nak buat bisnis kerepek pisang…seribu dua dah cukup. Dalam
sebulan..kita dah boleh memerdekakan orang kampung dari kemiskinan.”

“Nak mohon dana macam mana? Kena pakai kabel ka? nak dapat sain Ketua Kampung
ka” tanya Insp. Sahab.

10
“Tak payah. Orang kampung cuma kena cari Pemaya yang ada kat kampung dan isi
borang secara online. Borang tu kita akan sediakan dan nak isi borang …Pemaya boleh
bantu. Tak payah jolok PA YB, tak payah himpit Setpol, tak payah belanja teh.”

“Tapi yang menyumbang tak kan tak dapat dividen kot?”

“Pasai apa tak dapat? Kalau bagi duit dan kemudian tunggu dia berbunga tanpa
membuat sesuatu…yang tu dikira faedah. Hangpa ugama apa?

Kita akan kumpulkan modal apabila ada projek nak buat. Contoh…nak buat projek ikan
masin kat Titi Serong. Orang kampung cuma perlu kemukakan idea itu kepada mana-
mana Pemaya yang ada kat kampung. Pemaya akan search kot-kot ada modul projek
ikan masin. Kalau ada…no problem. kalau tak dak..J-Pemaya kat UMAR kena buat
research dan buat kertas kerja.

Dan salah seorang PensyarahMaya…sebolehnya orang Titi Serong akan menjadi


Projek Manager. Mungkin kita boleh lantik Dr. Cenangau jadi PM. Kemudian baru kita
kumpulkan dana…khas untuk projek ini. Tapi biarlah penyumbang-penyumbang dana ini
anak Titi Serong sendiri…sama ada yang ada dikampung atau diluar. Supaya bila depa
balik kampung…depa boleh tengok-tengok projek depa.”

“Kalau projek tu gagal?”

“Kita balun Dr. Cenangau! Kalau dia berjaya..hinggakan ikan masin Titi Serong berjaya
dijual diDubai….jangan jealous kalau dia jadi ADUN! ha..ha..ha.”

“Encik Mat ingat benda ni orang boleh terima ka? ”

“Fuh!!! Nabi pun dulu orang halau dari Mekah…ini kan pulak aku. Silap-silap depa katok
kepala aku.”

--- TAMAT –

11
Akan Bersambung di Edisi Berikutnya …

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca .

Tahniah, Kerana Anda Bukan OKUb (Orang Kurang Upaya Berfikir)

Penulis : Mat Saman Kati, Sauk, Perak


Email : matsamankati@gmail.com
Web : www.perakexpress.com
Bloggers Network @ Malaysia

E-Books ini disusun oleh : mohd asrol – Bloggers Network@Malaysia

12