Anda di halaman 1dari 4

1.0 PENGENALAN 1.

1 PENDAHULUAN Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi dan mementingkan bahasa. Budi dianggap sebagai sendi bangsa yang membawa kepada pengukuhan sesuatu bangsa. Bahasa pula mencerminkan jiwa sesuatu bangsa.. Oleh itu, penerapan budi bahasa amatlah penting dalam individu setiap remaja pada hari ini bagi mengekalkan ketamadunan masyarakat dahulu yang terkenal dengan nilainilai murni. Salah satu inisiatif yang boleh diambil adalah melalui kempen budi bahasa yang telah di lancarkan pada 11 Januari 1995 di Istana Budaya oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. 1.2 RUANG LINGKUP PENULISAN Ruang lingkup penulisan saya adalah mengenai konsep kempen budi bahasa dalam membentuk sahsiah remaja pada hari ini. 1.3 BATASAN KAJIAN Batasan kajian saya merangkumi tujuan kempen budi bahasa dilaksanakan, kepentingan berbudi bahasa sesama masyarakat dan cara menyemai sifat berbudi bahasa di kalangan remaja pada masa kini. 1.4 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang telah saya gunakan dengan merujuk bahan rujukan seperti buku ilmiah yang boleh diperolehi di perpustakaan, melayari internet, perbincangan dengan pensyarah dan juga rakan-rakan.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP KEMPEN BUDI BAHASA Kempen menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka memberi erti segala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matlamat dan lain-lain. Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan budi sebagai tutur kata, budi bahasa, kejujuran, keadilan, pemurah, timbang rasa, perangai yang baik, watak yang baik, budi pekerti, berterima kasih dan akhlak yang terpuji. Bahasa pula di takrifkan dalam ayat paling ringkas iaitu sebagai sistem bunyi, suara, isyarat, perkataan, pertuturan, lambing dan makna yang dituturkan oleh sesuatu kelompok manusia sebagai alat komunikasi. Apabila perkataan kempen, budi dan bahasa ini digabungkan akan menjadi usaha menyemai budaya berbudi bahasa yang membawa erti menabur jasa dan bakti melalui bahasa. Menurut kefahaman secara holistik, budi bahasa merujuk kepada sifat atau perilaku yang lahir di dalam diri setiap individu dalam sesebuah masyarakat melalui proses sosialisasi baik daripada rumah, sekolah, universiti ataupun rakan pergaulan. Selain itu, setiap gerak laku, tuturkata, cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain secara peribadi mahupun pergaulan masyarakat juga merupakan antara aspek yang ditekankan di dalam konsep budi bahasa. Konsep budi bahasa ini jelas terangkum dalam prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Hal ini jelas membuktikan bahawa budi bahasa bukanlah satu perkara yang harus dipandang remeh. Oleh itu, menanam sikap berbudi bahasa dalam diri setiap individu haruslah diberi perhatian terutamanya kepada golongan remaja yang merupakan generasi pewaris dan tonggak kepada kemajuan sesebuah negara. 3.0 TUJUAN PELAKSANAAN KEMPEN BUDI BAHASA

3.1 MENERAP DAN MENANAM NILAI-NILAI MURNI Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bertempat di Istana Budaya bertarikh 11 Januari 1995 adalah bertujuan untuk menyemai kembali sikap berbudi bahasa yang semakin hilang dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja. Di samping itu, kempen ini diharap dapat meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. Remaja hari ini lebih cenderung mengamalkan gaya hidup barat yang lebih jauh bertentangan cara hidup sebenar rakyat Malaysia. Nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi amalan seperti hormat-menghormati dan bersopan-santun sudah semakin hilang ditelan arus pemodenan. 3.2 MELAHIRKAN MASYARAKAT MENTALITI KELAS PERTAMA Kemajuan negara adalah bergantung pada pembangunan minda masyarakat yang selaras dengan budi pekerti yang mulia. Dalam ucapan perasmian Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni, mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi berkata jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga, kita akan pantas dikalahkan oleh negara-negara lain. Oleh sebab itu, pembangunan nilai dan budaya yang betul dalam diri masyarakat memainkan pengaruh yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Nilai-nilai seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, beramanah dan akauntabiliti budaya serta sistem nilai adalah kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju. Dari aspek peribadi pula perlulah diperbaiki dan dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat Malaysia dapat menjadi masyarakat yang benar-benar bertamadun dan bukan hanya retorik sahaja. 3.3 MENINGKATKAN MOTIVASI BERBUDI BAHASA

Walaupun budaya berbudi bahasa ini semakin pupus

Anda mungkin juga menyukai