Anda di halaman 1dari 1

Masjid yang lebih dikenali dengan panggilan Masjid Terapung ini sebenarnya diberi nama Masjid Tengku Tengah

Zaharah sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu , Al-Marhum Sultan Mahmud terletak kira-kira 7 km dari bandar, mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di negara ini. Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas. Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Terengganu, Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, mini perpustakaan, bilik dan pejabat imam, stor dan tempat wuduk serta kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan. Dengan kombinasi lanskap, warna langit yang membiru, kilauan cahaya mentari dari permukaan

Anda mungkin juga menyukai